12 Resepi Apam Guna Blender Yang Mudah, Gebu Dan Sedap | Sedap pula lihat pelbagai koleksi resepi apam yang dikongsi di sana sini. Lagi-lagi bila lihat resepi apam susu Azlina Ina, oh mak sedap sungguh nampaknya tu! Dulu, daku ingatkan nak buat resepi apam susu ni kena guna tepung naik sendiri saja, rupanya mudah dari tu. Tak payah susah payah beli tepung naik sendiri pun tak apa. Makin best buat guna blender je pun dah boleh!

Dalam banyak-banyak resepi apam, daku cukup suka dengan resepi apam pisang, resepi apam nasi guna loyang dan resepi apam susu. Cuma dok mencari resepi apam milo tak pula jumpa, dapat resepi apam coklat mudah je haa,. okaylah tu janji ada kaitan dengan coklat yang boleh tarik selera anak-anak.

Bagi para penggemar apam, rasa teringin nak buat sendiri, meh kita sama-sama pakat cuba buat ikut pelbagai resepi apam yang ada kat sini.


#1 - Resepi Apam Susu Kukus Guna Blender

Sebut sahaja tentang apam susu, terbayang tekstur lembut yang sesuai dicicah bersama air ketika bersarapan ataupun minum petang. Aduhai sedapnya!


Bahan - Bahan

4 bj telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu bsar ovalate
1 cwn gula pasir
4 sudu bsr susu pekat
2 cwn tpung gandum
pewarna

Cara membuat Apam Susu Kukus :

Blend telur bersama esen vanila, ovalate, gula dan susu pekat smpai halus dan kembang..


Masukkan tepung dan gaul sebati..

Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan..

loyang tu, leset dengan majerin sikit..masuk adunan dalam loyang selang seli dan kukus dalam 45 minit..



#2 - Resepi Apam Pisang Coklat Urai 



bahan :

7-8 biji pisang (di lecek) jika pisang berangan dalam  5 ke 6 biji
3/4 cawan gula
3/4 cawan minyak masak
2 cawan tepung gandum
4 biji telur
1 sdt baking powder
1 sdt baking soda
1/2 cawan coklat rice
Secubit garam.
Sedikit esen pisang (tak nak letak pun tak apa)

Cara :

1. Panaskan air kukusan hingga mendidid

2. Blender gula bersama telur  dalam masa 10 minit (hingga kembang) kemudian masukkan ke dalam bekas dan letakkan esen vanila serta minyak masak. Gaul semuanya hingga betul-betul sebati

3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking soda dan juga baking powder. Kaup balik semuanya hingga sebati 

4.  Sekarang masukkan pisang dan gaul lagi hingga sebati dan langkah terakhir masukkan pula coklat rice dan gaul sekali lagi hingga sebati... 

5. Akhir sekali masukkan adunan ke dalam bekas kukusan dan kukus dengan api sederhana kuat selama lebih kurang 20 ke 30 minit (hingga masak) 

Resepi dari Mariana Zainal


#3 - APAM PISANG MONTOK BY MAMA CEMAH


RESEPI
2 cwn tepung gndum
1 cawan gula
1 cawan minyk msk
3 biji telor
2 sudu soda bikabonat
pisang emas dlm 11/12 ulas

CARA

Blender pisang, gula, minyak dan telur kemudian masukkan ke dalam bekas

Campurkan tepung gandum bersama soda bikabonat lalu masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan gaul semuanya hingga sebati. 

Kukus selama 10 ke 20 minit atau hingga masak. Siap!



#4 - Apam Beras Gebu



Bahannya.
2 cawan nasi blender dgn 3 cawan air.
3 cawan tepung beras.
1 cawan tepung gandum.
11/2 cawan gula.
1 paket muripan.

Cara-cara : 
Gaul semua bahan dan perap 1 jam.

Bila adunan dh naik boleh letak dlm acuan lompang dan kukus 10 minit, sehingga masak.

Kalau nak pakai loyang pun boleh....kukus 45 minit.


kredit resepi kepada ‎Mas Mas‎ via RESEPI MAMA KENT



#5 - Resepi Apam Keledek



Bahan-bahan
• 1/2 cwn gula pasir
• 200 ml air
• 1 helai daun pandan
• 2 cwn tepung beras
• 1 cwn keledek yang dah dilecek (sy gune kledek oren..jadilah kaler itew..)
• 3/4 cwn tepung gandum
• sedikit garam
• 1 sudu kecil yeast
• 1 sudu kecil bakingpowder
• 250 ml susu cair

Cara-cara
1. Keledek rebus di blend bersama dgn susu cair (biarkan sebentar)

2. Masak gula bersama air dan daun pandan.

3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, baking powder dan garam.

4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati

5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.isikan 3/4 penuh bekas.Biarkan lagi 10 minit(adunan akan naik sikit lagi)

6. Kukus bekas kecil2 selama 15 minit.

7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.

8. Apam ini boleh di makan bersama dgn kelapa parut yg dikukus sebentar dan gaul sikit ngn garam


Sumber: purplerossa

#6 - Resepi Apam Coklat Mudah


Bahan-bahan :

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan air
3 sudu besar serbuk koko
1 biji telur
1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara:

1. Ayak tepung, serbuk koko dan soda bikarbonat.

2. Masukkan SEMUA bahan dalam blender dan kisar hingga benar2 sebati.

3. Tuangkan ke dalam acuan yang telah diletakkan cawan kertas.(isi penuh)

4.. Kukus selama 15 minit. (Tutup penutup kukus dengan kain supaya air tidak menitik pada apam)

5. Siap Untuk dihidang.

#7 - Apam Nasi



Bahan : 
2 cawan nasi putih
1 1/2 cawan gula
2 1/2 cawan air biasa
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras cap teratai
1 sudu besar instant yis
Pewarna pink dan hijau

Cara :
Blender air dengan nasi dan gula hingga halus dan masukkan dalam bekas yang besar.


Ayak tepung gandum dan tepung beras dan campurkan ke nasi yang diblender tadi bersama yis sebatikan

Perap 1 1/2 jam ...bila adunan dah berbuih kacau sebati dan asingkan sedikit dalam 4 sudu warnakan dengan pink kaler dan 4 sudu lagi untuk warna hijau....

Acuan di sapu minyak terlebih dahulu

Sudukan adunan ke acuan dan pipingkan adunan pink dan hijau berselang seli dan guna lidi satay untuk tarik kebawah ikut kreativiti masing2.

Kukus 15-20 minit api sederhana. 
Penutup kukusan hendaklah di balut dengan kain

Selepas kukus tunggu suam baru keluarkan dari acuan dan sejukkan di redai.. Sedap di makan dengan kelapa putih.

Sumber: Fadzilah Sarip


#8 - Apam Gula Hangus

Bahan A:
1 cwn gula1 cwn air panas


Bahan B:1 1/2 cwn tepung gandum


Bahan C:1 sk soda


Bahan D:1/2 cwn minyak2 sb susu pekat2 sb butter2 biji telur


Cara:1. Masak gula tanpa air, setelah gula cair bubuh air panas (hati2.. nanti meletup) tutup periuk dan tuang air panas di tepi periuk perlahan2 dan kacau rata. Ketepikan dan sejukkan.


2. Blender bahan D selama 3 minit.


3. Masukkan bahan A dan bahan C. Blender lagi.


4. Masukkan bahan B dan blender lagi hingga sebati.


5. Sapu acuan dgn minyak. Bubuh adunan 3/4 acuan saja tau, nanti dia naik tinggi. Guna api besar. Kalau guna acuan lompang/seri ayu kukus 15 minit. Kalau acuan besar 45 minit. Selamat mencuba.


*akak guna acuan seri ayu.. 1 adunan dpt lebih kurang 30 ketul kuih



#9 - Resepi Apam Suri


BAHAN2:
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil Eno peket biru
1 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil yis mauripan
2 cawan air
Secubit garam
Pewarna

CARA2:
1) Masukkan semua bahan2 diatas dlm blender kecuali pewarna.. Kisar sebati

2) Perap dlm 2 jam atau sehingga naik

3) Kacaukan dulu

4) Bahagi kepada 2 bekas.. Warnakan

5) Panaskan kuali non stick/pemanggang ajaib.. Tak perlu sapu minyak.. Tuang sesenduk adunan dlm kuali.. Dh nampak kering bahagian atas terus angkat.. Tak perlu diterbalikkan

6) Dah masak keluarkan dan letak inti kastard atau inti apa saja yg sesuai

7) Tutup dan kelim tepinya dgn garfu masa tengah panas2.. Mudah melekat

8) Nak kapit dgn acuan karipap pun boleh

INTI KASTARD:
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan gula
2 cawan susu segar/susu cair
Secubit garam

CARA2:
1) Satukan semua bahan didlm kuali/periuk
2) Kacau sebati
3) Masak atas api perlahan.. Masak hingga likat dan nampak berkilat
4) Sentiasa kacau adunan ketika memasak

kredit : ig wan zura aishah


#10 - APAM KRIMER JAGUNG


Bahan A

1 sudu kecil gula
2 sudu kecil mauripan
3 sudu besar air suam
* satukan dan biarkan 10mnt

Bahan B

1/2 cawan krimer jagung dlm tin
1/2 cawan gula..boleh tambah sikit kalau nak manis
1/2 cawan santan pekat
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Cara2:

1) Gula + santan diblender hingga gula hancur
2) Masukkan telur dan esen vanilla..blender sekejap

Bahan C

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
* ayak

Cara2:

1) Satukan bahan B dan C.. Kacau2 sebatikan

2) Masukkn bahan A.. kacau sebatikan lagi

3) Perap adunan 3 jam

4) Acuan di sapu minyak

5) Air kukusan betul2 mendidih..kukus 15 minit.. Api besar

kredit : wan_azura_aishah


#11 - Apam susu Jagung Manis



Blender semua bahan di bawah ini hingga kembang putih :
  • Telur 4 biji
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 cwn gula pasir

Sekarang campurkan adunan tadi dengan 2 cawan tepung gandum sedikit demi sedikit dan adunkan semuanya hingga sebati

Akhir sekali, bahagikan kepada beberapa bahagian dan masukkan ke dalam loyang. Nak tambah dengan jagung seperti dalam gambar pun boleh

Kredit Resepi : Leesa Alif MAHN 


#12 - Resepi apam labu


Bahan A :
Labu satu cawan setengah kukus (sukat dulu baru kukus)
3/4 cawan gula
3/4 cawan air
1 cawan santan (sy letak 2 sb susu tepung bncuh ngn secawan air)
Mauripan 2 sudu kecil
Secubit garam\


Bahan B : 

2 cwn tepung beras
1 cwn tepung gandum

Cara :
1. Blender semua bahan A

2. Tuang semua bahan blender dalam tepung (bahan B) dan biarkan (peram) selama sejam.

3. Then kukus dlm 10-15 minit. Sedap di makan dengan kelapa parut.

Kredit Resepi : puteri lindungan bulan


Itulah dia antara 12 resepi apam yang boleh kita cuba. Tak payah nak susah payah pukul bagai mixer bagai, kita guna blender je dah cukup. Terima kasih sangat-sangat pada semua tuan empunya resepi.


Jom cuba!


p/s: Jemput join group FB Suka Resepi Mudah untuk follow lebih banyak resepi viral dan mudah yang best-best!! 










Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.