Himpunan 15 Resepi Popia Yang Sedap Dinikmati Seisi Keluarga | POPIA. Ini adalah salah satu makanan yang best! Lagi-lagi kalau dinikmati bersama keluarga. Popia boleh di makan sebagai sarapan ataupun untuk santapan menu petang. Tapi jika nak makan di waktu yang lain juga boleh. Tak de sekatan gitu. Popia juga ada banyak jenis sama ada yang basah ataupun yang digoreng rangup.

Resepi popia di masa ini ada banyak jenis. Antara resepi yang sering menjadi pilihan adalah resepi popia goreng inti telur, resepi popia goreng inti kentang, resepi popia goreng inti udang, resepi popia basah, resepi popia sayur campur ayam dan banyak lagi. Tak hanya itu, resepi popia goreng carbonara juga. Nak makin sedap boleh tambah dengan cheese.


Di sini akan dikongsikan 15 aneka resepi popia yang boleh di cuba. Ada yang sangat mudah nak buat dengan bahan yang simple dan ada juga yang agak rumit sikit nak buat dengan bahan yang lebih banyak. Apapun, terpulanglah atas selera masing-masing nak cuba resepi yang mana satu mengikut citarasa diri sendiri dan famili masing-masing.

#1 - RESEPI POPIA BASAH



Bahan Kulit :
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam

Cara Membuat :

1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan. Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang - kurangnya 1/2jam. 

2. Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper Buat dari arah jam.Mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan. 

3. Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan. Boleh disusun berlapis - lapis ia tak melekat.

Bahan Untuk Inti Popia

1/2 biji kobis - di racik halus
3 biji sederhana besar carrot - di sagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis

Cara Membuat :

1. Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering. 

2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yg dikisar tadi.

3. Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam. 

4. Last sekali, masukkan sayuran dan masak hingga sedikit layu.

Credits : My Resepi.



#2 - POPIA PISANG (POPIS)



Bahan bahan :
Pisang berangan sebiji
Kulit popia 4 keping
Gula pasir
Kepingan coklat

Cara buat :

1. Potong pisang kepada 4.


2. Bentangkan kulit popia. Letak pisang, gula sedikit dan kepingan coklat.

3. Gulung macam nak buat popia. Siap.

4. Sedia untuk digoreng


Kredit Resepi : Jamiatul Aspha‎


#3 - Resepi Popia Isi Ketam


Bahan - bahan:
10 batang isi ketam/crab stick (rebus sekejap & toskan)
1 batang lobak merah (disagat)
1/2 biji sengkuang yang kecil saiznya (disagat) - optional
1 pokok daun bawang (dihiris sebesar 1 inci)
kulit popia secukupnya
tepung gandum & air (dibancuh sebagai pelekat kulit popia)

Cara - cara:
1) kulit popia di lerai dan diletakkan di atas pinggan.
2) kemudian letakkan lobak merah, sengkuang, daun bawang dan isi ketam/crabstick di atas kulit popia.
3) lipatkan kulit popia tersebut untuk menutupi intinya dan gulungkan. sebelum sampai ke penghujung, sapukan bancuhan tepung tadi ke atas kulit popia supaya kulit popia boleh melekat.
4) panaskan minyak dan gorengkan popia dengan api sederhana sehingga berwarna keemasan.
5) angkat dan toskan. siap

Bahan - bahan sos:
10 biji cili merah (dibuang bijinya)
1 cawan air
3 ulas bawang putih
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan gula
3 sudu makan cuka
garam secukup rasa
sedikit tepung jagung & air (dibancuh untuk memekatkan sos)

Cara - cara:
1) Kisarkan cili merah, bawang putih bersama sos tomato, gula, cuka, garam dan air sehingga sebati.
2) selepas dikisar, masakkan bahan tersebut hingga mendidih dan kemudian masukan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sos.
3) Masak sos hingga nampak pekat. tutup api dan siap! (jangan lupa untuk rasa terlebih dahulu sos tersebut. kalau rasa seperti tak lengkap garam dan gulanya, sila tambah mengikut kepuasan sendiri

#4 - RESEPI POPIA NESTUM


Bahan-bahan:
1 bungkus popia (saiz lebar)
1/2 cawan nestum - kisar halus
1/2 cawan gula aising
1 cawan susu tepung
1 peket horlicks 3 in 1
1 sudu tepung gandum dicampur dengan sedikit air (sebagai pelekat)
1 kg minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Sediakan pelekat seperti gambar no. 1, tepung gandum yg dicampur dengan sedikit air.

2. Gulung popia seperti dalam gambar no.2. Tak payah guna lidi pun takpe sebab mudah je. Lekat dihujungnya dengan pelekat tepung atau air sebelum digulung habis. Jangan gulung ketat2 dan jangan ditindan2. Susun macam dalam gambar no. 3 ni ye.

3. Gunting popia yang telah digulung ikut bentuk yang kita suka.. menyerong ke, menegak ke.. Saya biarkan beberapa jam, baru goreng. Sebab ada terbaca, kalau simpan 24 jam lagi rangup. Cuma tak sanggup le nak simpan lama2..

4. Goreng dengan minyak yang banyak sehingga kekuningan & Toskan..

5. Dalam bekas lain, campur sebati bahan2 nestum, gula, susu dan horlicks. Bila popia dah agak2 suam, taburkan bahan serbuk td ke atas popia


#5 - Resepi Popia Inti Pisang Bersalut Nutella


Bahan-bahan :
Kulit Popia
Pisang
Roti
Nutella
Minyak Masak

Cara-cara :
1. Ambil kulit popia
2. Letak inti roti yang telah disalut dengan Nutella
3. Letak pisang yang dibelah 2
4. Gulung kulit popia tersebut
5. Goreng dalam minyak penuh hingga kekuningan

**Sedap sgt kalau dihidang bersama ais krim vanilla + sira coklat

#6 - POPIA SIMPUL KASIH SERUNDING IKAN


Bahan-Bahan:

1 bungkus kulit popia
serunding ikan
minyak, untuk menggoreng

Bahan-bahan untuk serunding ikan:
1 kg ikan kembung
3 keping asam gelugor
15-20 biji cili kering*
3 inci halia*
3 inci lengkuas*
2 inci kunyit hidup*
2 batang serai, hiris nipis*
15 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 mangkuk minyak untuk menumis
air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

 Cara-cara untuk serunding ikan:

1) Rebus ikan bersama asam gelugor dan kemudian ambil isinya sahaja. Tumbuk isi ikan atau boleh juga di kisar di dalam blender. Ketepikan.

2) Kisar halus bahan bertanda (*).

3) Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga masak dan pecah minyak. Masukkan isi ikan dan kacau dengan perlahan sehingga kering. Pastikan api tidak terlalu kuat supaya serunding tidak cepat hangus. Apabila sudah kering sekata, angkat dan sejukkan sebelun di simpan di dalam bekas kedap udara.

Cara Penyediaan Popia:
Potong 8 kulit popia dan tutup dengan kain lembab supaya kulitnya tidak kering.
Sudukan 1/2 sudu kecil serunding ikan dan letak di tengah kulit popia yang dipotong kecil tadi.
Gulung memanjang, pastikan inti berkumpul di tengah dan kemudian simpulkan dengan rapi. Ulangi langkah sehingga kulit popia dan serunding habis.
 
Goreng popia di dalam minyak sehingga kekuningan. Angkat dan toskan. Pastikan popia betul-betul sejuk sebelum di masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Tips:
Goreng popia dalam minyak panas di atas api yang sederhana perlahan dan kemudian kacau dengan kerap supaya popia masak sekata, warna cantik kekuningan dan kekal rangup jika disimpan lama.


kredit resepi : iResipi.com

#7 - RESEPI POPIA INTI BLACK PAPER


Bahan:
Kulit Popia
2 bj bawang putih (diketuk)
1 biji bawang besar (didadu)
4 -5 bj kentang (didadu)
300 gm daging kisar
1-2 sdb serbuk lada hitam
300 gm mix vege
2 sdb sos tiram
sedikit daun sup
sedikit bawang goreng
.
Cara Penyediaan:

Tumis bawang putih hingga wangi,masukkan kentang dan sedikit air. Masak hingga kentang empuk.

Tambah daging kisar,sos tiram,lada hitam. Masak hingga daging empuk.

Tambah mix vege ,bawang besar dan kacau sebetar.Rasakan garamnya.

Tutup api.Tabur daun sup dan bawang goreng dan gaulkan.

Biarkan inti sejuk .Masukkan inti ke atas kulit popia dan gulung seperti biasa.

#8 - RESEPI POPIA PANCAKE RANGGUP


BAHAN-BAHAN:
Udang /ayam cincang halus2 ( 1/2 cawan )
Garlic powder ( 1 sudu kecil )
Daun bawang potong halus (1/2 cawan )
Brokoli dicincang halus ( 3 sudu besar )......OPTIONAL..tak isi pun tak apa
Tepung jagung ( 4 sudu besar )
Garam ( secubit )
Gula ( secubit )
Lada putih ( 1 sudu kecil )
Mozarella cheese ....optional... ( secukupnya )
Telur ( 1 biji )
Kulit popia secukupnya


CARA-CARA PENYEDIAAN:
1-Udang / ayam dicincang sampai halus
2- daun bawang potong halus
3- campurkan kesemuanya dlm bekas dan gaul .sebatikan dgn rasa secukup rasa.
Ambik sekeping kulit popia dan isi intinya dan rata kan .jgn byk sgt inti klau nak lebih ranggup.
4-panaskan minyak Goreng dlm 3 sudu minyak balik balikkan sampai masak sekata ..
5- Angkat dan potong, sedap dimakan bersama cili sos
.
Kredit resepi ini kpd Anita Daniel's kitchen


#9 - RESEPI POPIA VIETNAM.


Beli kulit popia vietnam kat pasaraya Tesco ke Giant ke atau mana2 yg ada jual.
Rebus udang dan isi ketam sebentar letak sedikit garam dan toskan.
Celur sayur sawi jepun, karot, angkat dan toskan.
Masukkan air masak masak dlm dulang.
Celupkan kulit popia sebentar dlm dulang, angkat dan bentang dlm pinggan leper.
Susun semua bahan celur dan tabur bijan.
Gulung segera spt kuih dadar.
Susun dlm pinggan.

SOS:
1 botol cili sos ikut kegemaran masing2 dan masukkan dlm mangkuk.
Tambahkan 1 sudu besar jus orange sunquick.
3 titik minyak bijan.
100mls air panas.
1sudu kecil bijan sangai.
Daun ketumbar yg dihiris halus.
Kacau semua hingga sebati dan hidang bersama popia vietnam.


Credit resepi : saleha rahman


#10 - Resepi Popia Mini Udang Kering Rangup



Bahan-Bahan:
300 gram udang kering
bawah merah (ikut suka) ditumbuk
serbuk cili kering (ikut suka)
air asam jawa (ikut suka)
sedikit minyak untuk menumis
garam, gula (lebihkan) & serbuk perasa (secukup rasa)
Kulit popia
.
Cara Membuat:
1. Rendam sebentar udang kering. Cuci dan toskan. Selepas itu dikisar halus.
2. Tumis bawang sehingga naik bau. Kemudian masukkan udang kering yang telah dikisar. Gaul.
3. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa. Gaul hingga udang agak kering.
4. Bila dah kering, tutup api dan sejukkan sebentar. Kemudian kisar lagi supaya udang tidak berketul-ketul.
5. Cara membungkus popia; Kulit popia dipotong segi 4 dan bungkus macam popia biasa. Atas potong segi empat panjang, isi udang ditengah dan gulung. Kemudian temukan kedua-dua hujungnya dan simpul sekali.
6. Goreng menggunakan minyak yang banyak dengan api yang sederhana. Kalau bungkus cara popia biasa, masa menggoreng, gunakan api yang perlahan.
Tip: Tutup kulit popia yang belum dibungkus dengan kain untuk elakkan kulit popia jadi keras.
.
Sumber: Fauziah Hussain



#11 - Resepi Popia Ikan Bilis


Bahan-bahan :
Kulit popia – saiz potong mengikut suka
Ikan bilis -basuh
Minyak
Tepung gandum

Cara Penyediaan:1.Bancuh tepung gandum dalam 2 sudu. Bancuhan tu asal boleh lekatkan ikan bilis dan kulit popia.
2. Kulit popia yang dipotong disusun dalam dulang.
3. Celup belakang ikan bilis yang di belah 2 ke dalam bancuhan tepung. Tampalkan di kulit popia.
4.Biarkan sekejap, agar kulit popia itu keras
5. Setelah minyak panas, boleh gorengkan popia ke dalam kuali.

Kredit : Zuraini Abu Bakar


#12 - Resepi Popia Goreng Inti Tauhu Dan Udang 




resepi popia goreng inti tauhu





yang sudah pasti lazat, Resepi Popia Goreng Inti Tauhu Pernah jom cuba memasak Resepi Popia Goreng Inti Tauhu di sini telah diwarisi secara turun-temurun

Bahannya: (utk 10 keping)
  • 10 kpg kulit popia
  • 1 biji putih telur sebagai pelekat
  • minyak utk menggoreng
Bahan inti:
  • 2 kpg/150gm tahu lembut ~ dihancurkan dgn garpu
  • 150gm udang basah dicincang halus
  • 1 biji telur ~ dikocak sedikit
  • 1 tangkai daun sadri*
  • 1 tangkai daun bwg* (+ sendiri /dihiris halus)
  • 1 sb/25gm tepung sagu/ubi
  • 1/4 st serbuk lada sulah
  • 1/2 st serbuk lada hitam (+ sendiri)
  • 1/2 st garam
  • 1/4 st gula
Cara membuatnya:
  1. Inti: Campurkan semua bahan2 inti dan dikacau rata.
  2. Ambil sekeping kulit popia dan isi inti. Lipat kulit popia menjadi segiempat dan lekatkan dgn putih telur.
  3. Goreng dalam minyak yg telah dipanaskan dgn api sederhana sehingga masak.

#13 - Resepi Popia Goreng Berinti Ayam



Bahan-Bahan:
Kulit popia secukupnya
1 cawan sayur campur
300 gram taugeh
1 cawan isi ayam, bahagian dada atau isi
1/2 bawang besar dipotong dadu
1/2 kiub ayam
3 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
sedikit air

Cara Membuat:
1. Cincang kasar isi ayam.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga naik bau, kemudian masukkan isi ayam. Goreng sehingga isi ayam masak.
3. Masukkan sayur campur, taugeh, garam. kiub ayam dan sedikit lada sulah. Masukkan sedikit air. Goreng lagi dalam 2-3 minit. Angkat dan sejukkan.
4. Ambil sekeping kulit popia dan letakkan inti. Kemudian gulung kulit popia. Letakkan sedikit air di hujung sebagai gam.
5. Goreng popia dalam minyak penuh sehingga kekuningan. Boleh dihidangkan bersama sos cili atau sos cili thai.




#14 - Resepi Popia Goreng Inti Kentang 




Bahan-bahan diperlukan:

  • 3 biji kentang (Dipotong dadu kecil) 
  • 12 ekor udang 
    (Dibuang kulit dan dipotong kecil) 
  • 1 batang lobak merah 
    (Dipotong kecil dan panjang) 
  • 1 peket kulit popia (saiz besar) 
  • 1 pokok daun bawang (Dipotong pendek) 
  • 2 biji cili merah (Dihiris) 
  • 1 sudu makan tepung gandum 
    (Dibancuh dengan sedikit air) 
  • Garam secukup rasa 
  • Minyak masak secukupnya 
  • Sos cili secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebus kentang dengan sedikit air dan garam di dalam kuali sehingga empuk dan kering air. 
  2. Masukkan lobak merah, udang, cili merah, dan sedikit garam. Masak sebentar kemudian sejukkan. 
  3. Buka kulit popia dan asingkan satu per satu. Tutupkan kulit dengan kain. 
  4. Bentangkan kulit popia dan letakkan bahan yang dimasak tadi di tengah tengah. 
  5. Lipatkan bahagian kiri dan kanan kulit popia. 
  6. Gamkan hujung kulit popia dengan bancuhan tepung gandum dan air. 
    Gulungkan kemas-kemas. 
  7. Gorengkan sehingga garing dalam minyak yang panas. Angkat dan tuskan minyak. 
  8. Hidangkan bersama sos cili.

#15 - Resepi Popia Carbonara 


RESEPI
  • 300g sos carbonara
  • 1 biji bawang holland
  • 1 ketul dada ayam (80g)
  • 2 biji sosej
  • 1/2 biji cili benggala
  • 1/3 batang lobak merah
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu kecil mixed herb/oregano
  • mozarella/cheddar cheese
  • kulit popia
  • 1 biji telur

CARA CARA :
  1. Tumis bawang holland
  2. Masukkan dada ayam, sosej, cili benggala, lobak merah (tumis sehingga masak)
  3. Masukkan sos carbonara (masak sos selama beberapa minit)
  4. Masukkan serbuk lada hitam, mixed herb/oregano, garam
  5. Ambil kulit popia kemudian letakkan sos carbonara yang telah siap dan letak mozarella/cheddar cheese
  6. Gulung dengan betul
  7. Goreng popia



Jika ditanya daku suka makan popia yang mana satu, jawapannya tak lain dan tak bukan popia inti sayur yang simple tetapi rangup. Popia goreng yang rangup begini pekena pula dengan sos Thai, pergh memang asyik!

Bagi para pengemar popia, bolehlah cuba antara resepi yang ada di sini. Sesekali bertukar menu popia dengan pelbagai inti yang berbeza pun seronok juga kan? Yang pasti, tak kisahlah popia inti udang ke, popia inti tauhu ke, popia inti taugeh saja sekalipun... masa menikmatinya bersama yang tersayang memang sukar untuk dicari ganti.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. Jom masak popia! =D








Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.