Cara Masak Resepi Nasi Briyani Ayam Simple Langkah Demi Langkah Dengan Noxxa Resepi nasi beriani memang banyak tapi tak semuanya mudah untuk di masak. Kerana itu, dalam banyak-banyak resepi untuk buat nasi beriani ni, daku lebih sukakan resepi dengan bahan yang senang didapati dan cara memasaknya juga mudah. Nak guna periuk biasa boleh dan jika mahu lebih cepat masak bolehlah guna periuk tekanan tinggi seperti Noxxa.  

Lihatlah gambar nasi briyani ayam simple dan sedap yang telah siap di masak ni. Dari rupanya pun dah boleh agak , ini sudah pasti lazat. Dah macam rupa Resepi Nasi Beriani Gam Noxxa pula kejadiannya. 

Terima kasih yang tak terhingga pada Puan Suzilawati Alias yang sudi berkongsi resepi nasi briyani ayam mudah simple sedap ini melalui facebook peribadinya.


Serius cakap, mudah je resepi nasi beriani ni. Kalau tak ada beras basmathi tu boleh juga guna beras biasa tapi nak lebih sedap dan cantik kejadiannya mestilah guna beras basmathi kan. Kalau rasa tak nak membazir, ala beli je sedikit dalam sekilo dua so lebihan dah masak tu takde la rosak dan membazir. 

Berbalik pada resepi nasi beriani ni, ianya kelihatan lebih kurang sama sama sahaja dengan resepi daging ayam ataupun resepi nasi beriani daging. Cuma sukatan bahan-bahannya ada sedikit berbeza. 

Tak nak cakap banyak, jom kita lihat antara bahan yang diperlukan berserta dengan langkah cara memasaknya step by step dari awal sampai siap!


Resepi Nasi Briyani Ayam Simple Dan Sedap Untuk Santapan 

Bahan-bahan :
Beras Basmathi 3 pot 
3sb planta / marjerin (untuk 3 pot beras)
rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih) (*)
Halia (*)
Tomato (*)
Bawang Holland (*)
Bawang putih (*)
Bawang merah (*)
Kentang
1 atau 2 tin Beef Curry (terpulang nak guna jenama apa dan tak nak letak pun takpe)
1/3 susu cair + 1 sb susu pekat (gula tak perlu)
Daun pandan (jika suka)



Cara Masak :


1. Panaskan marjerin/planta kemudian tumis semua bahan bertanda (*) sehingga naik bau dan sedikit layu. Campak je semuanya dalam periuk Noxxa tu, jangan takut!


2. Perap ayam sekejap (dalam resepi ni guna sebelah) dengan sedikit garam dan sedikit serbuk kari ayam/daging. 


3. Sekarang masukkan ayam dan juga kentang ke dalam bahan tumis tadi. Stir fry sekejap hingga nampak ayam seperti garing-garing sikit. 


4. Sekarang masukkan kari dalam tin tadi. Macam yang di beritahu tadi, nak guna 2 tin pun tak apa. Bergantung pada citarasa individu. 


5. Tibalah masanya untuk masukkan beras Basmathi sebanyak 3 pot. Kacau kejap dan biarkan seketika. Setelah itu masukkan susu cair suku cawan yang telah dicampur dengan 1sb susu pekat 1sb tadi. Jangan lupa untuk letak sedikit garam juga. 


6. Kemudian masukkan sedikit air, agak-agaklah ya macam dalam gambar di bawah ni. Jangan banyak sangat kan lembik pula beras tu haaa... letak sekali daun pandan jika ada bagi pengguna periuk Noxxa, gunakan high pressure selama 7 minit. 


7. Selepas 7 minit (untuk pengguna periuk Noxxa), rupanya akan jadi seperti dalam gambar di bawah. Waktu ini bolehlah letak sedikit pewarna kuning untuk cantikkan lagi rupa nasi beriani kita ni. Boleh juga taburkan sedikit kismis dan juga daun ketumbar untuk rasa dan bau yang lebih enak. Kalau rasa tak nak letak pun tak apa, takde masalah. 



8. Biarkan seketika lagi dan selepas dipastikan semuanya masak sekata, bolehlah dihidangkan untuk santapan bersama keluarga.


[ ANEKA RESEPI MENARIK LAIN ]
Resepi Nasi Minyak Paling Mudah Guna Beras Biasa 
Resepi Nasi Ayam Simple Lengkap Dengan Sos Dan Kicapnya
10 Resepi Kek Guna Blender Yang Senang 
30 Resepi Kuih Orang Lama Yang Popular 
10 Resepi Roti Homemade Buat Sendiri Yang Mudah Dan Best


Nak lagi sedap boleh makan nasi briyani ayam ni dengan dalca sayur. Gabungan nasi beriyani dengan dalca memang ngam habis!

Inilah Resepi Dalca Sayur Yang Mudah Untuk Di Masak 



Bahan-bahan :
Kacang Dal (1 genggam - basuh dan rebus sampai empuk)
Bawang putih, bawang merah, halia (kisar bersama)
Serbuk Kari Daging 1 sudu besar (bancuh dengan sedikit air)
Rempah Tumis (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang) buah pelaga takyah
Santan
Sayur yang digemari

Cara-cara :

1) Rebus kacang dal sampai empuk. Kalau ikut Masterchef, campak kat dinding, dal tu melekat maknanya dah empuk.. hehe... 


2) Panaskan sikit minyak dalam periuk, masukkan rempah tumis


3) Masukkan bahan kisar dan tumis sampai naik bau


4) Masukkan rempah kari yang dah dibancuh dan tumis hingga garing


5) Masukkan sedikit air dan masukkan semua sayuran yang keras


(aku guna carrot, kacang panjang dan kentang)

6) Biar sampai sayur empuk. Masukkan pulak sayuran lembut. Aku letak terung je


7) Bila dah mendidih, masukkan kacang dal dan santan


8) Perasa kuah dalca tu tunggu sampai mendidih. Boleh la tutup api



Itulah dia cara untuk membuat nasi beriyani ayam yang simple dan sedap langkah demi langkah. Macam dah cakap tadi nak guna periuk Noxxa boleh atau nak guna periuk biasa pun boleh. Cuma periuk biasa agak lama sikitlah tempoh untuk memasaknya. Bagi pengguna periuk noxxa baru tu, haa bolehlah cuba-cuba masak resepi nasi briyani ayam ni. Test periuk baru best tu!

Kalau terasa nak makan nasi beriani dengan ayam goreng berempah dan dalca, jangan letak ayam kat dalam nasi tu. Masak ayam goreng berempah berasingan. Pandai-pandailah olah ya. Bab memasak ni memang kena berani dan kreatif juga. 

Mudah je resepi nasi beriani ni. Kalau tak ada beras basmathi tu boleh juga guna beras biasa. Selamat mencuba!!









Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.