Resepi Nasi Ayam Simple Yang Sedap (Lengkap Dengan Sos & Kicap) | Nasi ayam adalah salah satu menu kegemaran masyarakat Malaysia. Sis tak tahu dari mana asal nasi ayam ni tapi bila lihat sekali imbas seakan resepi menu masyarakat Cina. Variasi untuk resepi nasi ayam ini pula bukannya hanya satu. Banyak tau! Antaranya resepi nasi ayam hainan (nasi ayam cina), resepi nasi ayam penyet, resepi nasi ayam madu, resepi nasi ayam thai dan sebagainya. Masing-masing dengan keistimewaan rasa yang tersendiri.

Namun dalam banyak-banyak jenis resepi nasi ayam ini, sis lebih suka dengan resepi nasi ayam simple yang sesuai untuk dinikmati bersama suami dan anak-anak. Walaupun ada resepi nasi ayam viral di luar sana tetapi rasa yang sesuai dengan selera anak tetap menjadi keutamaan. Namapun seorang ibu kan....


Dan dalam banyak-banyak resepi, sis tertarik dengan resepi nasi ayam simple yang sedap seperti di bawah. Nampak terliur pula bila terpandang menu dari resepi nasi ayam simple facebook ini. Walaupun ianya bukan sepopular resepi nasi ayam Sheily Rusly, resepi nasi ayam simple Azie Kitchen dan resepi nasi ayam hainan Azlita yang sememangnya sedap tu, tapi bagi sis resepi ini juga tidak kurang hebatnya untuk di cuba.

Di sini sis kongsikan satu resepi nasi ayam simple dan sempoi dengan rasa yang sedap hasil masakan Puan Haziqah. Bukannya sis tak pernah masak menu nasi ayam sebelum ini, sis pernah masak menu mengikut resepi nasi ayam sendiri tapi tak salahkan untuk cuba mengikut resepi orang lain pula. 


Kalau nak tahu, resepi nasi ayam simple dan sedap sangat berbaloi untuk di masak terutama pada hari cuti. Dengan aroma nasi ayam yang dihasilkan dapat membuka selera anak-anak. Dapat juga duduk bersama menikmati menu nasi ayam dengan ahli keluarga. Paling penting, walaupun resepi nasi ayam ini nampak sukar dengan gabungan nasi, lauk ayam dan sup tetapi hakikatnya ia tidaklah sesekar mana pun. Resepi Nasi Ayam simple ini bukan saja mudah untuk disediakan, tetapi ia juga sedap dan sihat. 

Sajian nasi ayam simple yang sedap ini juga sesuai untuk dihidangkan pada sebarang majlis open house. Sebagai contoh majlis hari lahir, majlis kesyukuran, majlis ulangtahun perkahwinan, majlis perpisahan, majlis hari guru dan sebagainya. Resepi Nasi Ayam pasti akan menjadi perhatian apabila dihidangkan untuk majlis-majlis tertentu sebegini.




Jika di lihat pada bahan dan cara memasak untuk nasi ayam simple dari Puan Haziqah ini, ternyata agak berbeza dengan resepi Nasi Ayam yang sis masak sendiri sebelum ini. Hmm. tak sabar pula nak cuba resepi nasi ayam simple yang sedap ni. 


Resepi Lengkap Nasi Ayam Simple Yang Sedap Bersama Sos & Kicap

Cara & Bahan Untuk Buat Nasi Ayam Sedap Dan Mudah

1. SUP ( ayam sebelah )
• ayam
• 3 liter air
• 1 kiub ayam
• 1 sup bunjut tulang
• 2 inci halia dihiris
• 1 btg serai diketuk
• gula
• garam
• bawang merah yg digoreng sendiri. Ambil sekali minyak

Cara
• satukan air , kiub ayam , sup bunjut , halia , serai dan masak sehingga mendidih
• masukkan ayam , gula dan garam dan biar sehingga ayam masak
• masukkan bawang goreng
• ketepikan


2. NASI
• beras yg telah dibasuh dan ditoskan
• sup
• 3 sb marjerin
• 1 btg serai yg diketuk
• 1 inci halia dihiris nipis
• daun pandan
• gula dan garam ( jika perlu )

Cara-cara
• tumis marjerin , halia , daun pandan dan serai
• kemudian masukkan ke dalam beras. Gaul sebati
• masukkan sup ke dalam beras dan masak seperti biasa



3. AYAM
• ayam yg telah direbus
• kicap manis
• sos tiram
• bwg putih dan halia ditumbuk halus

Cara-cara
• satukan semua bahan dan perap selama 20-30 minit
• goreng ayam dalam minyak panas
• kemudian masukkan sekali kicap perapan ayam dan kacau sebati. Tinggal sikit utk buat sos kicap

Untuk resepi nasi ayam , part paling penting sudah tentulah pada bahagian lauk ayam. Bila lihat ayam goreng yang tampak cantik berkilat begini terus rasa macam nak makan. Lagi-lagi bila dapat dinikmati dengan nasi yang lembut dan wangi. 




4. SOS CILI
• tomato
• cili besar
• cili padi
• bawang putih
• halia
• sup
• gula dan garam

Cara-cara
• satukan semua dan blend sehingga halus
• masak sehingga mendidih


5. SOS KICAP
• kicap perapan ayam
• sup
• gula garam ( jika perlu )

Cara-cara
• satukan semua bahan dan masak sehingga mendidih



Jom cuba Resepi Nasi Ayam Sedap dari Puan Haziqah ni sama-sama. 


Credit : Facebook Nuhaz Kitchen 








Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.