Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Drama Dia Semanis Honey - Tonton Penuh Episod 1 Hingga 16 (Akhir)

Drama Dia Semanis Honey - Tonton Penuh Episod 1 Hingga 16 (Akhir) | Jika sukakan cerita yang ada unsur suspen berkaitan hati, ada part gembira, ada part sedih dan sebagainya, antara drama yang boleh ditonton untuk genre ini adalah DIA SEMANIS HONEY. Drama Dia Semanis Honey ini telah pernah ditayangkan episod-episodnya melalui Slot Tiara saluran Astro Prima dan rata-rata ramai yang suka menonton drama ini. 

Drama Dia Semanis Honey ini merupakan sebuah adaptasi dari novel yang bertajuk Dia Semanis Honey karya Dila Dyna. Dan pelakon utama yang menerajui drama ini adalah Siti Nordiana. Makin terkesan, apabila lagu pembukaan untuk drama ini adalah "Memori Berkasih" yang juga merupakan lagu nyanyian Siti Nordiana dan arwah Achik Spin suatu ketika dulu. Kiranya sedikit sebanyak lagu ini memang membawa feel untuk menonton drama tersebut. 

Dia Semanis Honey Full Episode


Ohya drama Dia Semanis Honey ini juga turut dikenali sebagai Dia Semanis Honeymoon. Jadi jika ternampak tajuk yang berbeza, sebenarnya ia adalah drama bersiri Malaysia yang sama arahan Hadith Omar.

Info Dan Barisan Pelakon Dia Semanis Honey


JUDUL : DIA SEMANIS HONEY
EPISOD : 16 Episod
TARIKH TAYANGAN : 2 Mei 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
SKRIP : Nazri M. Annuar / Fairul Nizam Ablah
NOVELIS : Dila Dyna
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Cube Film Sdn Bhd

WATAK PELAKON
Alif Satar sebagai Ahnaf Wafiy
Siti Nordiana sebagai Hani Safira
Hairul Azreen sebagai Adam Hazrul
Hafeez Mikail sebagai Hanafi
Farez Ridzwan sebagai Hakimi
Ziha Salleh sebagai Ara
Nadya Syahera sebagai Bella
Falisha Crossley sebagai Ariana
Aleza Shadan sebagai Puan Munirah
Nina Juren sebagai Puan Sri Hartini
Lan Kristal sebagai Hafiz
Adam Mika sebagai Nabil
Zainol macwiilson sebagai Dr Farid
Danish Hazriq sebagai Rayyan
Fatihah Baharum sebagai Aishah

Dia Semanis Honey Full Episode

Sinopsis Penuh Dia Semanis Honey


Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak. Perbalahan semi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan.

Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka.

Adakah perkataan ‘sahabat’ itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. Akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi? 

Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya? Bagi yang belum pernah menonton drama Dia Semanis Honey ini ketika saat ditayangkan di kaca TV dulu, kini kalian boleh tonton Full Episod melalui video di bawah. 

Tonton Full Episode Drama Dia Semanis Honey - Ep 1 Hingga 16 (Akhir)

Drama Dia Semanis Honey Episode 1


Drama Dia Semanis Honey Episode 2


Drama Dia Semanis Honey Episode 3


Drama Dia Semanis Honey Episode 4


Drama Dia Semanis Honey Episode 5


Drama Dia Semanis Honey Episode 6


Drama Dia Semanis Honey Episode 7 - klik HERE 

Drama Dia Semanis Honey Episode 8


Drama Dia Semanis Honey Episode 9


Drama Dia Semanis Honey Episode 10


Drama Dia Semanis Honey Episode 11 - klik HERE

Drama Dia Semanis Honey Episode 12


Drama Dia Semanis Honey Episode 13


Drama Dia Semanis Honey Episode 14


Drama Dia Semanis Honey Episode 15 - klik HERE 

Drama Dia Semanis Honey Episode 16 (Akhir) 



Special Episode : Dia Semanis Honey Raya 

Dia Semanis Honey turut ada sinambungannya dalam telefilem bertajuk Dia Semanis Honey Raya. Drama special ini di buat khas untuk menemui para peminat drama ini sempena tayangan Aidilfitri di kaca TV suatu ketika dulu. Dan di sini daku sertakan sekali video drama Dia Semanis Honey Raya sebagai pelengkap drama ini.

[ Drama Menarik Lain ] :


Selamat menonton................ 


3 comments for "Drama Dia Semanis Honey - Tonton Penuh Episod 1 Hingga 16 (Akhir)"