Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

25 Menu Resepi Ibu Dalam Pantang Yang Mudah Dan Sedap

 25 Menu Resepi Ibu Dalam Pantang Yang Mudah Dan Sedap | Dulu, masa mula-mula berpantang dalam hati pernah rasa gelisah sebabnya istilah senarai makanan dalam pantang ni bagi pendapatku saat itu tentu kurang itu dan ini dari segi rasa dan sebagainya. Namapun makanan dalam pantang kan?

 Tetapi rupa-rupanya telahanku itu adalah salah. Makanan untuk resepi dalam pantang ini sebenarnya banyak yang sedap malah bagus untuk diamalkan resepi makanan dalam pantang bersalin ini untuk diet yang seimbang. 

Sebagai seorang ibu, selepas saat melahirkan dalam badan ibu telah keluar banyak tenaga. Sebab itu makanan perlu diberi perhatian supaya vitamin dan tenaga dapat dikembalikan semula ke dalam tubuh si ibu. 

Secara tak langsung, susu ibu yang akan diberikan pada bayi juga akan menjadi bagus. Kerana itu, resepi makanan berpantang ini tidak boleh dipandang remeh. 

Sedikit Tips Pemakanan Untuk Ibu Berpantang Czer 

Menu lauk dalam pantang juga banyak yang best dan sedap walaupun sangat mudah untuk dimasak. Resepi menu dalam pantang ini juga selalunya sesuai untuk ibu yang bersalin secara czer mahupun normal. 

Cuma untuk ibu yang bersalin secara czer, seeloknya amalkan makanan yang lebih lembut seperti nasi kanji, sup dan ikan untuk perut berasa lebih selesa selepas pembedahan. 

Setelah tempoh berpantang menganjak 2 minggu macam tu, bolehlah ubah ke nasi lembut dan selepas sebulan bolehlah perlahan-lahan makan nasi yang dimasak seperti biasa. Banyakkan juga makan oren sunquick mandarin untuk elakkan sembelit. 

Ini semua berdasarkan pengalaman aku sendiri yang turut pernah bersalin secara pembedahan ceaserean suatu masa dulu. 

25 Resepi Makanan Ketika Berpantang Untuk Ibu Bersalin 


Bagi yang sedang mencari apakah menu resepi dalam pantang bersalin yang mudah dimasak serta sedap, di sini aku kongsikan sebanyak 25 resepi dalam pantang untuk di cuba. Ada resepi berasaskan ikan, ayam dan juga resepi sayur dalam pantang yang boleh diamalkan. 

Menu resepi dalam pantang yang dikongsikan ini juga cukup senang untuk dimasak oleh para suami untuk santapan isteri tersayang. 

Nak lagi mudah, masak je resepi makanan orang berpantang ni dalam kuantiti yang lebih banyak untuk santapan satu keluarga bersama-sama. Tak salah kalau nak masak resipi ketika berpantang yang mudah ini untuk dimakan satu famili. 

Macam yang dah di cakap tadi, makanan dalam berpantang ni sedap, berkhasiat dan bagus untuk diet pemakanan yang seimbang juga sebenarnya.


1- Resepi Ikan Tenggiri Masak Singgang Untuk Orang Berpantang 

Resepi berpantang pertama ialah ikan tenggiri masak singgang. Ini merupakan antara resepi yang disukai para ibu yang berpantang. 



Bahan-bahan untuk makanan pantang ikan tenggiri masak singgang ini :

1-2 ulas bawang putih 
½ cm kunyit hidup 
½ cm lengkuas muda 
1 keping isi ikan tenggiri 
1 sudu besar air asam jawa atau 1 keping asam gelugur 
1 batang serai 

Cara masak :

Mayang halus bawang putih, halia dan lengkuas muda. Ketuk serai. 

Di dalam periuk, panaskan 1 cawan air dan masukkan kesemua bahan. 

Setelah mendidih, masukkan isi ikan dan perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.



2- Ikan Tenggiri Masak Asam


1 keping isi ikan tenggiri
1 sudu teh asam jawa diambil air
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm halia muda

Cara Masak : 

Mayang halus bahan bertanda * dan masukkan ke dalam air asam jawa. Renehkan ikan bersama air asam jawa sehingga masak. Tambah sedikit air ketika perlu. Perasakan dengan lada hitam tumbuk dan garam.

3- Sawi Lobak Masak Tumis


3 cm lobak merah
1 mangkuk sawi
2 ulas bawang putih

Cara Masak :

Panaskan air dan masukkan bawang putih hingga mendidih.Masukkan sayur.Perasakan dengan lada hitam tumbuk.Memang elok makanan dalam pantang seperti ini untuk luka dalaman ibu cepat sembuh.



4 - Ikan Tenggiri Grill


- 1 keping isi ikan tenggiri
- Tumbuk kunyit hidup bersama lada hitam dan garam
- Perap bahan tumbuk bersama isi ikan dan grill sehingga masak. 

Lada hitam yang bersifat panas sangat elok untuk para ibu yang dalam tempoh bersalin. Sebab tu kegunaan dia banyak dalam resepi berpantang kali ini tak kira bersalin normal atau caesarean.

5 - Serunding Halia Muda Goreng


Potong halus jejari atau kalau rajin , parut halia muda dan goreng menggunakan minyak yang sedikit serta api yang perlahan. Walaupun mengambil masa , tapi sangat elok supaya badan ibu yang bersalin menjadi panas dan mengeluarkan angin daripada badan.Nanti bonus kurus cantik selepas tempoh berpantang.

6 - Sayur Sawi Celur ( Steam )


Steam atau celur sayur sawi mengikut kuantiti yang anda mahu. Tabur serunding hali goreng , bawang putih goreng dan sedikit minyak bawang putih tadi. Sedap.

7 - Ayam Masak Steam


Kalau ketika tempoh berpantang , daging ayam salah satu pantang larang bagi para ibu . Kenapa. Sebab ayam yang dijual di pasar sudah disuntik dengan pelbagai hormon dan vitamin untuk mempercepatkan pembesaran. Jadi gunakan ayam kampung sahaja lagi elok.

-1/4 ayam kampung
-Hirisan carrot ,sedikit daun bawang dan daun sup
-1 sudu minyak bijan

Cara Masak Resepi Berpantang ini. 

Steamkan ayam dengan lada hitam tumbuk , sedikit garam beserta carrot. Kemudian bila masak, tambah minyak bijan , daun bawang dan daun sup. Air rebusan boleh dijadikan sup panas untuk mudah telan nasi.

8 - Ikan Merah Tumis Bawang



-1 keping isi ikan merah
-1 ulas bawang putih
-1 cm halia muda
-Daun bawang sedikit

Perap ikan dgn garambersama alda hitam . Goreng ikan merah guna minyak yang sedikit, ketepikan. Tumis bawang halia masukkan semula ikan yang dh digoreng tadi. Kemudian masukkan daun bawang. Hidangkan dengan nasi panas.


9 - Sambal Lada Hitam Tok Tok

Bahan2 ikan bilis, bawang merah, bawang putih, bawang holland besar sikit, lada hitam. 

Layurkan kesemua bahan tu, kemudian tumbuk dengan sedikit garam. Siap, sedap sangat dimakan bersama nasi panas.

10 - Ikan Salmon Grill


-1 keping isi ikan salmon
-Tumbuk lada hitam dan garam
-Perap bahan tumbuk bersama isi ikan dan grill sehingga masak. Boleh dimakan bersama serunding halia tadi untuk membantu ibu memanaskan badan semasa tempoh berpantang.


11 - Sayur Sawi , Carrot Bersama Daging Cincang


Seeloknya resepi berpantang ini diambil pada tempoh selepas 44 hari kerana menggunakan daging

-Cincang daging hingga lumat
-Sayur sawi dan carrot
-Tumis sedikit bawang putih ketuk , masukkan daging sehingga masak barulah ditambah sayur.Perasakan dengan lada hitam dan garam

Credits : FB Resepi Makanan Pantang 


#12 - SERUNDING HALIA IKAN BILIS

@by Nurasyikin Ali


Bahan-bahan:

-Halia disagat (kuantiti terpulang)
-Ikan bilis 2 genggam
-Bawang putih 5 ulas sagat/hiris nipis
-Lada hitam tumbuk


Cara cara:

- Goreng Halia, ikan bilis dan Bawang putih berasingan. Goreng garing dan guna api yang sedikit kuat. Angkat dan toskan.

-Guna kuali lain, campurkan bahan-bahan tadi bersama lada hitam tumbuk, sedikit garam (optional). Gaul rata.

-Tutup api dan hidang

-Kalau ada lebihan, tunggu sejuk dan terus masuk dalam bekas kedap udara.


#13 - URAP ULAM ULAMAN

@by Fara Farttin Jaafar

Urap ulam ulaman

- pengaga
- daun cekur
- daun selom
- cabang tiga
- halia muda


Resepi

Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lada hitam
(tumbuk bahan diatas)


Sangai semua bahan yang ditumbuk
Gaulkan semua ulam2 yang telah dihiris sehingga sebati
Perasakan dengan sedikit garam dan perahan limau. Siap dihidang..


14 - SALMON PANGGANG LEMON BERHERBA


@by Aizah Zarirah

Bahan-bahan :


Ikan salmon
minyak zaitun
Bawang putih - kisar/tumbuk/cincang halus
Kulit lemon - shredded (anggaran 1 sudu kecil)
*Rosemary (fresh) 1sudu
*Thyme (fresh) 1 sudu
(*kalau tak dapat yg fresh, guna yang kering pun boleh)
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa


Cara buat:
1. masukkan ikan salmon dalam zipper bag (plastik biasa pun ok)
2. untuk bahan perapan, campurkan minyak zaitun, bawang putih, kulit lemon, rosemary, thyme, garam & black pepper. sebatikan dan tuang dalam zipper bag yang ada ikan tadi.
3. perap dalam peti sejuk selama lebih kurang 2-4 jam.
4. untuk gril, drain ikan tadi dari perapan. kemudian gunakan pan grill untuk memanggang dalam lebih kurang 15-20 minit sehingga ikan betul-betul masak.


15 - Resepi Ikan Tenggiri Goreng Halia

@by Aizah Zarirah

Bahan bahan:
4 ketul ikan tenggiri
2 ulas bawang putih *dimayam
4 ulas bawang merah *dimayam
1 biji cili merah *dihiris
5 biji cili kecil hijau *dihiris
4 inci halia muda *dihiris memanjang
Sedikit daun bawang untuk hiasan
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar kicap cair
Garam dan kunyit secukupnya
Air secukupnya

Cara cara:
1. Gaulkan ikan tenggiri dengan garam dan kunyit. Goreng garing dengan minyak yang banyak.
2. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan bahan yang telah dihiris dan dimayam tadi. Masukkan sos ikan dan kicap cair. Letakkan sedikit air. Jika suka berkuah boleh diletakkan air secukupnya.
3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul sebati.
4. Masukkan ke dalam mangkuk/pinggan dan taburkan dengan daun bawang. Sedia untuk dihidangkan

16 - SALMON MASAK LADA HITAM



Bahan-bahannya

Sekeping salmon
½ inci halia muda(ditumbuk)
2 ulas bawang putih(ditumbuk)
½ sudu teh lada hitam (ditumbuk)
Garam dan gula secukup rasa
Kertas aluminium secukupnya untuk membalut ikan

Cara penyediaan

1. Siang ikan dan cuci bersih. Alaskan ikan dengan kertas aluminium.
2. Tumbuk bawang putih, halia,lada hitam bersama garam dan gula sehingga membentuk pes.
3. Sapukan pes tadi kepada pada ikan. Bungkus ikan dengan kertas aluminium.
4. Boleh bakar menggunakan oven atau balik-balikkan di dalam kuali atas dapur dengan api sederhana kira-kira 15 minit.
5. Periksa ikan sama ada masak atau tidak sebelum angkat dari kuali.
6. Lauk sedia untuk dimakan dengan nasi panas. 


17 - Ikan Bawal Putih Kukus


Bahan Bahan:

I ekor ikan bawal putih (boleh tukar kepada ikan lain)
1 ½ inci halia
1 inci kunyit
3ulas bawang putih
2 sudu besar kicap manis
1 sudu the lada hitam
1 batang karot
Bunga kubis

Cara Cara Masak:

- Lumurkan ikan dengan kicap ,lada hitam dan garam (perap seketika)
- Letakan ikan dalam bekas kukus
- Siram baki perapan atas ikan
- Tabor bahan yang di potong atas ikan..masukan karot dan bunga kubis di sekeliling ikan
- Kukus hingga masak (angaran dalam 10-12minit )
- Hidangkan


#18 - PAIS IKAN TENGGIRI



BAHAN-BAHAN

2 ketul ikan tenggiri
3 biji bawang merah
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil asam jawa (campurkan 3 sudu besar air)
3 helai daun pisang (dilayur)
Garam secukup rasa


BAHAN-BAHAN YANG DITUMBUK

3 biji bawang merah
1 biji cili merah
1 ulas bawang putih


CARA PENYEDIAAN
1) Satukan bahan-bahan yang ditumbuk dengan air asam jawa,serbuk kunyit dan garam.
2) Lumurkan pada ikan hingga rata.
3) Perapkan selama 30 minit.
4) Bungkus ikan dengan daun pisang.
5) Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah Celcius sehingga masak.

19 - IKAN TALAPIA MERAH PANGGANG DAUN KUNYIT



BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan tilapia merah |bersihkan
½ serbuk kunyit
3 helai daun kunyit
Garam secukupnya

CARA MEMASAK:

Kelar ikan dan lumur dengan kunyit dan garam dengan sekata.
Kemudian balut ikan dengan daun kunyit. Sediakan kuali pembakar dan ikan dibakar sehingga masak.
Angkat dan sedia dihidangkan.

20 - SUP IKAN HARUAN



Bahan-bahan:

1 ekor ikan haruan -saiz kecil 2 biji bawang kecil -dihiris 2 ulas bawang merah -dihiris ½ inci halia -dihiris 1 batang serai 2 keping asam keping 1 biji cili merah 1 biji tomato Garam dan air secukupnya

Cara Memasak:

1. Didihkan bahan hiris bersama serai yang diketuk. 2. Masukkan ikan dan biarkan masak seketika. 3. Masukkan asam keping, tomato dan cili merah serta perasakan dengan garam. 4. Apabila mendidih, angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

21 - IKAN HARUAN BAKAR SOS LADA HITAM



BAHAN-BAHAN:

2 keping ikan haruan |bersihkan
1 inci halia
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Daun pisang untuk membalut

BAHAN UNTUK SOS LADA HITAM:

1 sudu lada hitam |ditumbuk halus
1/3 cawan air
½ sudu tepung jagung

CARA MEMASAK:

1. Halia, bawang putih dan bawang merah ditumbuk.
2. Gaulkan ikan haruan dengan bahan tumbuk berserta garam dan serbuk kunyit.
3. Balut dengan daun pisang dan bakar sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

1. Untuk membuat sos lada hitam: Satu sudu lada hitam ditumbuk halus dan dicampurkan dengan 1/3 cawan air dan ½ sudu tepung jagung. Kacau di dalam kuali selama 10 minit hingga memekat. Angkat dan sedia dihidangkan bersama ikan haruan bakar.

22 - IKAN SELAR BAKAR DAN AIR ASAM




Bahan-bahan:

1 ekor ikan selar
Serbuk kunyit dan garam

Bahan Air Asam:
2 biji cili padi
½ biji cili merah
1 biji bawang merah
Air asam secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit belacan

Cara Memasak:
1. Gaulkan ikan selar bersama garam dan serbuk kunyit kemudian bakar hingga masak.
2. Untuk penyediaan air asam pula, satukan kesemua bahan dan gaul sebati.
3. Hidangkan bersama ikan bakar dan nasi panas.

23 - AYAM PANGGANG ORANG BERPANTANG

Resepi ayam panggang orang berpantang ni boleh dipanggil juga sebagai resepi ayam percik orang dalam pantang. Ini kerana rasanya memang seakan sama dengan ayam percik cuma bezanya ini untuk tempoh pantang. 



BAHAN-BAHAN
500gm ayam
1/2 cawan air
1 batang serai (diketuk)
1 sudu kecil jintan manis
1 1/2 sudu kecil jintan putih
Air asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak

BAHAN-BAHAN DIKISAR

20gm halia
10gm kunyit hidup
10gm lengkuas
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN
1) Perap ayam dengan garam bersama setengah bahagian bahan yang dikisar selama 1 jam.
2) Panggang sehingga masak.
3) Panaskan sedikit minyak.
4) Tumis bahan kisar selebihnya hingga naik bau.
5) Masukkan serai,jintan manis,jintan putih,air asam jawa dan garam.
6) Tambah air dan biarkan mendidih.Curahkan ke atas ayam tadi.

24 - AYAM PANGGANG HALIA



BAHAN-BAHAN:

1/3 ekor ayam |bahagian paha
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
3 inci halia
Garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Daun pisang secukupnya

CARA MEMASAK:

Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk.
Kemudian gaulkan bahan tumbuk, serbuk kunyit dan garam sekata. Lumur rata pada ayam dan perapkan sebentar. Ketepikan.
Alaskan daun pisang di dalam dulang pembakar dan bakar menggunakan pan atau ketuhar sehingga ayam masak sepenuhnya.
Sedia dinikmati.

25 - Sup Ayam Halia Lada Hitam



Bahan :

Ayam satu mangkuk sup kecil
Serai sebatang di potong dan diketuk
Halia di hiris
1 sudu makan lada hitam
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah dan
beberapa ulas bawang putih
sedikit daun bawang
1 sudu gula
garam secukup nya

Cara-cara:

Masakkan air sehingga panas.
Tumbuk bawang merah putih dan lada hitam, masuk kan serai, halia, bahan tumbuk, ayam garam gula , tutup dan biarkan ia masak, selepas ayam sudah masak masukkan bawang putih dan daun bawang siap dimasak.

Credits : FB Resepi Ibu Berpantang 


Itulah dia antara 25 resepi menu berpantang sedap untuk para ibu selepas bersalin. Ada banyak lagi menu dalam pantang yang boleh dicari melalui internet seperti resepi dalam pantang Bonda Rozita, resepi menu sarapan pagi untuk ibu berpantang, resepi sandwich untuk ibu berpantang dan sebagainya.  Bagi yang masih tertanya-tanya apakah jenis ikan, sayur dan kuih yang boleh dimakan semasa pantang, jemput baca artikel di bawah ini.


Read This :


Kenapa lada hitam dan halia sering diambil oleh ibu di dalam pantang? 

Jawapannya kerana lada hitam dan halia ini dapat membantu memanaskan badan dan mengeluarkan angin dalam badan. Kunci sebenar senarai makanan berpantang ialah makanan berkhasiat yang mampu mengembalikan tenaga dan kesihatan ibu. 

Maka jangan pandang mudah dan masaklah resepi yang sesuai supaya kesihatan dapat pulih kembali dengan baik macam dulu. 

Tak kiralah sama ada resepi berpantang selepas bersalin secara normal mahupun resepi dalam pantang bersalin pembedahan, kedua-duanya boleh diamalkan cuma untuk ibu yang bersalin secara pembedahan elakkan makanan keras dalam tempoh tertentu untuk mengelakkan luka dalaman pada perut yang serius. 

Aku sendiri dulu semasa berpantang czer, demi nak cepat baik aku banyakkan makan sup ikan haruan dan minum air gamat. Air gamat ni ada dijual di Langkawi dan baunya agak hanyir dan busuk tau, rasanya pula masin semasin masinnya tetapi sangat bagus untuk luka dalaman. 

Ohya, sebelum terlupa, makanan berpantang keguguran pun boleh amalkan ikut resepi yang sama seperti di atas. 


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia



Tawaran Hebat Harga Jimat Amway 
ini kali betul-betul boom!!

whatsapp :

2 comments for "25 Menu Resepi Ibu Dalam Pantang Yang Mudah Dan Sedap "

  1. bukan bukan je untuk yg berpantang bersalin, jadikan menu diet pun sesuai.. nnt liez nak kumpul resepi ni buat panduan diet

    ReplyDelete
  2. menu yang sihat2 semua, bagus untuk kesihatan

    ReplyDelete