Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Senarai Jenis Makanan Sejuk Dan Berangin Elak Makan Dalam Pantang

Senarai Jenis Makanan Sejuk Dan Berangin Elak Makan Dalam Pantang | Proses berpantang memerlukan kita untuk menjaga pemakanan. Tidak kisah berpantang selepas bersalin normal (biasa) atau berpantang selepas pembedahan. 

Aku sendiri dah pernah lalui berpantang selepas bersalin normal dan juga berpantang selepas bersalin pembedahan ceaser. Aku bukanlah seorang yang mengamalkan pantang melayu tradisional 100 peratus. Kiranya aku ini memang berpantang tapi pantang yang biasa saja. 

Soal makanan memang aku cuba elakkan dari makan jenis makanan sejuk dan berangin semasa dalam pantang. Emak berkali-kali pesan, ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Aku ikut.

jenis-makanan-sejuk-dan-berangin

Kenapa Makanan Sejuk dan Berangin Tidak Boleh Makan Semasa Dalam Pantang? 

Makanan bersifat 'sejuk dan berangin' ini boleh mengakibatkan sakit dan sengal pada tubuh. Makanan tersebut juga dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi.

Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

Makanan bersifat sejuk ini, jika tidak sesuai dengan tubuh boleh memberikan kesan pada badan. Boleh rasa demam juga jika di makan ketika dalam tempoh berpantang. Terutama pada ibu-ibu selepas bersalin.

Orang tua-tua dah cegah dengan alasan mengambil sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan. Jadi apa salahnya kita ikut berdasarkan pengalaman mereka yang telah lama melaluinya.

Makanan sejuk berangin tadi bukannya semata-mata untuk ibu-ibu berpantang saja tau. Selepas pembedahan atau mungkin sedang ada masalah kesihatan yang memerlukan elak makan makanan sejuk berangin, maka elakkanlah.

senarai-makanan-sejuk-berangin
gambar sumber google , sekadar hiasan

Ohya, ada juga makanan sejuk untuk rahim dan dikatakan makanan sejuk untuk rahim patut dielakkan pada wanita yang berhajat nak hamil. 

Jenis Jenis Makanan Sejuk dan Berangin 

Bagi ibu-ibu lepas bersalin yang nak elakkan memakan makanan sejuk, berangin dan tajam. Di sini aku kongsikan senarai jenis makanan sejuk berangin yang patut dielakkan. Aku kongsikan juga sebab mengapa dalam pantang dinasihatkan untuk elak makan makanan sejuk berangin ini.

Mari kita semak antara makanan sejuk dan berangin yang tak boleh dimakan masa berpantang. 

Aku kelaskan kepada beberapa kategori senarai iaitu jenis sayur-sayur sejuk berangin, jenis buah-buahan sejuk berangin dan jenis minuman sejuk tajam. 

1. Jenis sayur-sayur yang sejuk dan berangin patut elak makan dalam pantang

  • kangkung
  • timun
  • sayur keladi
  • pucuk ubi
  • pucuk paku
  • bayam
  • sayur atau daun keti (bunga putih)
  • kacang panjang
  • kacang buncis
  • petola
  • labu
  • rebung
  • kacang botor
  • jeruk maman
  • petai
  • jering
  • terung
  • rebung
  • kobis
  • tomato

2. Jenis buah-buahan yang patut elak makan dalam pantang

  • nenas
  • jambu
  • belimbing
  • durian belanda
  • mangga
  • betik
  • ciku
  • langsat
  • dokong
  • tembikai / tembikai cina
  • nangka
  • cempedak
  • pisang masak hijau
  • pisang nangka
  • pisang embun
  • pisang udang
  • ubi kayu
  • ubi keladi
  • ubi kentang
  • sengkuang
  • manggis
  • macang
  • kuinin
  • binjai

3. Jenis minuman sejuk tajam patut elak minum dalam pantang

Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman sejuk tajam seperti :
  • minuman bergas
  • air tebu
  • cincau
  • air kelapa muda
  • air nenas

Selain dari senarai makanan tadi, ada lagi beberapa makanan lain yang turut dilarang oleh orang-orang lama (orang tua kita) seperti :

  • laksa
  • nasi sejuk
  • tauhu jepun
  • pulut
  • kekacang
  • air batu (ais)
  • makanan ringan (fast food)

Selama Mana Perlu Elak Makanan Sejuk Dan Berangin Ini?

Tempoh perlu elak dari makan makanan sejuk dan berangin ini, paling awal selepas anak sudah berusia 6 bulan. Itupun kena makan sedikit saja sekadar untuk lepaskan keinginan. Tidak boleh terus makan banyak mengikut kehendak nafsu makan.

Perhatikan juga reaksi tubuh sama ada okay ataupun tidak. Jika tubuh beri kesan yang kurang baik, terasa hendak demam atau sebagainya. Ini bermakna tubuh masih belum boleh terima semua makanan tersebut. 

Kakak Ipar Pantang Makan Laksa, Ais dan Air Kelapa Muda Hingga Setahun 

Orang lain aku tak tahu. Tapi, untuk diri aku ni, emak dan keluarga mertua memang melarang keras dari aku minum air kelapa dan makan laksa dalam tempoh terdekat selepas selesai tempoh berpantang. 

Kakak ipar aku sendiri ada memberitahu, dia tidak makan laksa dan air kelapa dalam tempoh setahun lepas berpantang. 

Walaubagaimanapun, suka untuk aku katakan yang makanan sejuk dan berangin ini semua memberi tindak balas yang tidak sama pada diri setiap orang. Ada orang okay dan ada orang tidak okay. Ianya bergantung pada penerimaan tubuh seseorang itu sendiri. 

jenis-makanan-sejuk-dan-berangin


Makanan bagaimana yang elok makan waktu dalam pantang?

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia.
Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

Khasiat ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Untuk tahu apakah makanan tidak berangin dan tidak sejuk yang boleh makan dalam pantang, baca artikel di bawah ini.


Read This :

Apakah Jenis Buah Yang Boleh Makan Dalam Pantang?

Antara jenis buah yang boleh di makan dalam pantang adalah :
  • kurma
  • kismis
  • oren
  • epal merah


Adakah makanan jenis sejuk berangin ini adalah makanan yang sesuai untuk orang berangin? Jika orang berangin itu bermaksud mereka yang cepat marah, apa salahnya. Boleh amalkan sebagai makanan sejuk badan.

Tapi jika orang berangin itu bermaksud mereka dari kalangan yang tubuh badan ada banyak angin, selalu sakit sendi dan otot. Elakkanlah dan amal makanan yang sesuai untuk orang yang berpantang.


Kesimpulan

Penerimaan badan setiap orang tidak sama. Ada wanita tak boleh makan pisang sewaktu dalam pantang. Bila makan timbul rasa lenguh, demam yang berpanjangan, menggigil sejuk seluruh badan, muntah, loya, gastrik, cirit birit dan sakit kepala yang serius.

Tapi ada juga wanita tak langsung alah pada kangkung atau tumbuhan menjalar lain walau makan sewaktu dalam pantang.

Jadi, apa kata kita semak antara makanan sejuk dan berangin yang tak boleh dimakan masa pantang dan elakkan sebelum apa-apa masalah berlaku.

Mencegah kan lebih baik dari merawat. Moga bemanfaat.





Tawaran Hebat Harga Jimat Amway 

ini kali betul-betul boom!!

whatsapp :

Post a Comment for "Senarai Jenis Makanan Sejuk Dan Berangin Elak Makan Dalam Pantang "