Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

10 Jenis Ikan Untuk Ibu Berpantang, Jenis Ikan Yang Tidak Gatal

10 Jenis Ikan Untuk Ibu Berpantang, Jenis Ikan Yang Tidak Gatal | Ikan untuk ibu berpantang ada banyak jenis juga. Ikan untuk orang berpantang ini adalah dari jenis ikan yang tidak gatal. Bila makan ikan untuk orang berpantang begini, barulah luka dalaman cepat sembuh. 

Dan ikan yang boleh dimakan ketika berpantang ini bukan hanya dikhususkan untuk ibu berpantang lepas bersalin tetapi juga untuk mereka yang berpantang selepas pembedahan dan bersunat. 
 
Sewaktu sedang berpantang aku sendiri lebih banyak makan ikan daripada daging. Ikan yang paling aku gemari adalah haruan dan juga gelama. Hmmmm sedapnya sup ikan yang panas-panas. Paling best isi ikan yang tak gatal ni rasanya manis.


Semasa berpantang anak sulung berbelas tahun yang lalu, aku keliru juga tentang jenis-jenis ikan yang boleh dan tidak boleh di makan ni. Bila tanya pada emak, kata emak ikan yang boleh di makan adalah yang berisi putih dan tidak punya isi perut hitam. 
 
Mula tu aku pelik juga, isi perut hitam, apa tu? Mak cakap, kalau nak mudah faham elakkan saja ikan yang isinya hitam seperti bawal hitam, tongkol, duri, pari, sembilang, parang. Bila dengar jenis ikan yang emak sebut, terus aku tanya pada emak.
 
 
Oleh kerana takut luka lambat sembuh, terus listkan jenis jenis ikan yang tidak gatal dan jenis ikan untuk ibu berpantang lepas bersalin.

Di sini, aku kongsikan jenis ikan dalam pantang untuk kita sama-sama tahu ikan pantang ini apa. Antara ikan yg boleh dimakan semasa berpantang sebagaimana yang emakku beritahu adalah : 

1. IKAN HARUAN boleh makan dalam pantang


2. IKAN KERISI boleh makan dalam pantang 

Ikan kerisi untuk ibu berpantang boleh dibakar, di buat sup ataupun masak singgang, boleh lihat pada Resepi Ikan Kerisi Masak Singgang ini.  




3. IKAN GELAMA boleh makan dalam pantang



4. IKAN SELAR boleh makan dalam pantang



5. IKAN SENANGIN boleh makan dalam pantang

6. IKAN TENGGIRI boleh makan dalam pantang 

 

7. IKAN BAWAL PUTIH boleh makan dalam pantang

8. IKAN MERAH boleh makan dalam pantang


9. IKAN YU boleh makan dalam pantang



10. IKAN JENAHAK boleh makan dalam pantang



Itulah 10 jenis ikan yang boleh di makan di dalam pantang. Tetapi ingat ya, lain orang lain penerimaannya. Jadi sebaiknya, cuba makan dulu sikit kalau okay tanpa ada apa-apa tanda alahan seperti gatal-gatal dan sebagainya barulah di teruskan. 



 

Ikan Cencaru boleh makan dalam pantang ?

Lain orang lain ragam dan untuk sis ni, sewaktu di dalam pantang, emak sis cakap cencaru tak boleh makan tapi emak mertua cakap boleh makan tetapi dengan syarat kena abaikan part isi yang hitam tu.
 
So aku pun cubalah makan ikan cencaru ni dalam pantang dan alhamdulillah badanku boleh terima. Aku makan ikan cencaru dengan hanya ambil part isi putihnya saja dan masak dengan kaedah bakar semata-mata.




Seperkara lagi.... ada ramai yang berkata ikan bilis boleh makan ketika berpantang tetapi kena pilih ikan bilis yang putih tu... walaubagaimanapun aku sama sekali tak makan ikan bilis tika dalam pantang sebabnya mak tak kasi. Mertua pun sama. 
 
Mereka cakap ada banyak lagi ikan lain dan elakkan ikan bilis ni. Bila di tanya mereka risau kalau-kalau ikan bilis ni dah bercampur dengan ikan bilis lain ketika penghasilan. Hmmmm.. mungkin! Ye lah, ikan bilis tu kan kecik.


Itulah orang tua-tua... ada yang boleh dan ada yang tak boleh. Begitu juga dengan diri masing-masing, ada yang makan rasa okay dan ada yang tidak. 
 
Walaubagaimanapun, sila hati-hati dan fahami penerimaan diri masing-masing ketika sedang berpantang ini. Jika rasa was-was terus elakkan. Jangan risau, ada banyak lagi pilihan lain untuk di makan. 

Aku saat ini, alhamdulillah dah berjaya pantang untuk 6 anak tetapi soal makan masih lagi berhati-hati. 
 
Itulah dia senarai jenis ikan dalam pantang atau ikan yang boleh dimakan ketika berpantang, Semoga artikel mengenai ikan dalam pantang ini boleh memberi manfaat. Ingat tau, makan kena hati-hati dan pastikan hanya makan ikan untuk ibu berpantang dari makan sembarangan.

Jemput join  : 

Selamat mencuba .



2 comments for "10 Jenis Ikan Untuk Ibu Berpantang, Jenis Ikan Yang Tidak Gatal "

  1. sekarang ramai pantang ikut cara moden tak mau dah ikut cara orang dulu-dulu, tapi terpulang kepada masing-masing sebab yang sakit nanti badan dia orang sendiri...

    ReplyDelete
  2. terima kasih berkongsi//
    ibu bersalin kena berpantang betul-betul..
    makan kena jaga

    ReplyDelete