Resepi Ikan Kerisi Masak Singgang Pedas - Sangat Simple Tapi Sedap!
Resepi Ikan Kerisi Masak Singgang Pedas - Sangat Simple Tapi Sedap! | Semalam bila ke pasar ternampak ikan kerisi yang fresh! Terus rasa terliur bila bayangkan rasa manis isi ikan kerisi. Kalau nak tahu ikan kerisi ni boleh di masak dengan pelbagai menu.
Antaranya singgang pedas resepi Terengganu, ikan kerisi masak asam rebus, asam pedas ikan kerisi Kelantan dan lain-lain lagi. Bakar dan goreng begitu saja pun best!
Antara banyak-banyak menu, daku paling suka resepi ikan kerisi yang lebih simple untuk di masak seperti menu ikan kerisi masak singgang kuning.
Antara banyak-banyak menu, daku paling suka resepi ikan kerisi yang lebih simple untuk di masak seperti menu ikan kerisi masak singgang kuning.
Sebabnya resepi ikan kerisi masak singgang kuning bukan saja senang dan cepat untuk di masak tapi rasanya juga best. Layan makan dengan nasi putih bersama ulam dan sambal belacan memang nyangkut habis!
Ikan kerisi masak asam pedas daku tetap suka cuma untuk masak tu agak leceh sikit. Tambah-tambah nak kena cari daun kesum, bunga kantan dan sebagainya. Kalau memang dari awal memang prepair nak masak menu asam pedas tak apalah. Tapi kalau dah last minute macam ni hmmm baik masak singgang kuning sajalah..
Korang tentu dah biasa masak resepi singgang ikan kerisi ni kan? Sorry kalau bahan yang kita guna tak sama sebabnya daku memang lebih suka masak cara ringkas guna bahan asas. Untuk yang tak pandai masak, InshaAllah boleh cuba masak menu singgang pedas ikan kerisi yang terlajak mudah ni. Resepi ikan kerisi masak singgang pedas ni asalnya daku main campak je. Dan alhamdulillah rasanya boleh di terima dengan gabungan pedas, masin, manis dan masam. Kira oritelah tu.
RESEPI IKAN KERISI MASAK SINGGANG PEDAS
CARA UNTUK MEMASAKNYA :
1. Bersihkan ikan dan jangan di kelar untuk kekalkan rasa manis isi ikan. Jika nak lebih mudah makan boleh potong dua.
2. Tumbuk bahan yang bertanda (*) hingga tahap sederhana lumat. JANGAN guna blander! Nanti tak sedap.
3. Masukkan air ke dalam kuali besar / periuk , masukkan bahan yang telah ditumbuk dan garam.
4. Biarkan sekejap hingga mendidih kemudian masukkan ikan dan asam keping.
5. Masak sambil curah-curahkan kuah di atas isi ikan sehingga masak. Sesekali balikkan ikan. Jangan kacau selalu sangat takut hancur isi ikan tu. Biarkan saja kuah mereneh hingga ikan masak.

BAHAN-BAHANNYA :
- 4 ekor ikan kerisi saiz sederhana
- 6 biji cili kering (rebus/rendam hingga kembang) *
- 2 inci kunyit hidup *
- 3 ulas bawang merah *
- 2 keping asam gelugur (boleh tambah jika nak lebih masam)
- garam secukup rasa
- 2 cawan air
CARA UNTUK MEMASAKNYA :
1. Bersihkan ikan dan jangan di kelar untuk kekalkan rasa manis isi ikan. Jika nak lebih mudah makan boleh potong dua.
2. Tumbuk bahan yang bertanda (*) hingga tahap sederhana lumat. JANGAN guna blander! Nanti tak sedap.
3. Masukkan air ke dalam kuali besar / periuk , masukkan bahan yang telah ditumbuk dan garam.
4. Biarkan sekejap hingga mendidih kemudian masukkan ikan dan asam keping.
5. Masak sambil curah-curahkan kuah di atas isi ikan sehingga masak. Sesekali balikkan ikan. Jangan kacau selalu sangat takut hancur isi ikan tu. Biarkan saja kuah mereneh hingga ikan masak.
Tempoh untuk masak resepi singgang pedas ikan kerisi ni tak lama tau. Dari penyediaan bahan hingga tempoh siap masak rasanya dalam sekitar 20 minit. Jika nak lagi mudah biasakan diri dengan bersihkan ikan sepenuhnya sebelum simpan dalam peti. Sebabnya tempoh untuk masak memang sangat-sangat cepat. Tumbuk-tumbuk, rebus, tunggu didih dan ikan masak, terus boleh makan.
[ Resepi Sedap Lain ] :
Resepi singgang pedas ikan kerisi ni juga boleh dijadikan sebagai salah satu menu ibu pantang bersalin. Sebabnya ikan kerisi memang ibu berpantang boleh makan. Lagipun cara masakan ni sama sekali tak gunakan sebarang minyak. Cuma mungkin boleh dikurangkan sedikit jumlah ciri kering supaya tidak terlalu pedas. At least happylah sikit hati ibu yang tengah berpantang tu kan? Takde lah asyik di paksa menghadap menu ikan kering je.
Geng orang bujang juga boleh cuba menu singgang pedas ikan kerisi ni. InshaAllah boleh hilang sikit rasa rindu pada masakan emak kat kampung tu. Bahan pun takdelah susah mana nak cari. Selamat mencuba ye... moga bertambah selera makan kalian... Ops sebelum makan tu jangan pula lupa baca Bismillah =D
sedap nih, ikan kerisi kalau msk kuah mcm ni mmg sesuai
ReplyDeletesbb isi ikan dia tu kot
Betul tu... sbb isi dia rasa manis kan.. awa suka ikan jenis gini
DeleteSelalu buat singgang biasa je.. Tak pernah rasa atau masak yang versi pedas nie..
ReplyDeletepasni leh cuba.... awa suka pedas masam mcm ni.. x pedas x kick! hehe
DeleteSedap sangat kerisi singgang ni. Ruby suka. Sebab Ruby orang Ganu. Dulu kecik-kecik, Mak suka masak menu ni :)
ReplyDeleteGanu dengan singgang berpisah tiada Ruby kan... =D
DeleteLauk simple..tpi sedap ni..mkn dgn nasi panas2 tambah ulam dgn belacan
ReplyDeletebetul... ada sambal belacan plak perghhhh sedapp
DeleteMenggoda banget pakai bumbu kuning. Pasti sedaplaah ini :D
ReplyDeleteinshaAllah sedappp.. boleh cuba :D
Deletesalam. thank you sis datang blog saya dan follow saya. Actually saya dah lama follow blog sis, cuma sis jer yang tak perasan. Btw, thank you sebab follow saya..
ReplyDeleteSalam awak... ya Allah betul x perasan la tu.. mujurlah BW sampai ke sana... sorrryyy tau... n TQ sgt sudi follow blog sis
Deletelamanya tak makan masak singgang ni..nampak sedap sangat ni. makan dengan sayur ulam dengan sambal belacan memang mengena sangat ni :D
ReplyDeleteterima kasih kongsi resepi boleh cuba masak ni nanti :)
Fatina Mudz || Amazing Distance
tengok pun dah menyelerakan apatah kalo dapat rasa... sedapnyaa.... done follow sis...
ReplyDeleteDah ada resepi...ble lah test nanti...
ReplyDelete