Resepi Vietnamese Spring Rolls & Sos Pencicah Sedap Cara Mudah
Resepi Vietnamese Spring Rolls & Sos Pencicah Sedap Cara Mudah | Siapa yang pergi Vietnam, mesti dah tahu yang kalau pergi sana dan tak makan Vietnamese Spring Rolls ni memang tak sah! Sejak bila Vietnam Roll boleh mula popular dekat Malaysia, yang tu daku tak pasti tapi yang ku tahu, Vietnamese Spring Rolls atau Popia Vietnam ni memang sedap! Patutlah boleh popular sampai ke Malaysia, Korea, Thailand dan sebagainya.
Apa yang lebih menariknya lagi, buat masa ini kalau terasa nak makan Vietnamese Spring Rolls, tak payah pergi sampai ke Vietnam pun tak apa. Sebabnya dah ada yang pandai buat resepi popia Vietnam sendiri yang sedap. Cara buat yang dikongsikan juga sangat mudah!
Mula-mula tercari juga azie kitchen popia vietnam tapi bila search, hasil carian untuk vietnamese spring roll resipi yang mudah dan sedap ada begitu banyak untuk di cuba. Dan dalam banyak-banyak resepi dan cara untuk buat popia vietnam ni, daku amat tertarik dengan resepi yang dikongsikan oleh Keroroyz Royz melalui Facebook.
Vietnamese Roll by Keroroyz Royz - Antara Menu Diet Yang Sedap Dan Segar
Bahan-bahan untuk Vietnamese Spring Rolls :
15 ekor udang buang kulit rebus dan hiris menjadi dua
5 helai coral salad koyak 2
2 tangkai daun ketumbar potong sepanjang mancis
3 tangkai daun pudina ambil daun sahaja
50gram timun jepun potong memanjang
Sedikit suun siap dicelur
Air utk melembutkan rice paper
Cara Membuat Vietnamese Spring Rolls Langkah Demi Langkah :
1. Basahkan sekeping rice paper dengan air suam, sekali celup saja ya4 biji cili padi siam dicincang
2 ulas bawang putih diparut/cincang
2 sudu makan sos ikan/nampla
1/2 cawan sos manis Thai Maepranom
1 sudu makan jus limau nipis
1/2 cawan air
1 tangkai daun ketumbar bersama akarnya dihiris
Campurkan semua bahan kecuali daun ketumbar ke dalam periuk. Didihkan sebentar. Tutup api dan masukkan daun ketumbar.
Itulah dia resipi dan cara untuk buat Vietnam Spring Roll bersama dengan sos pencicahnya sekali. Moga bermanfaat dan selamat menjamu selera.
Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.
6 Comments
fav saya tuh..nak cuba la buat..heheh thanks resepi
ReplyDeleteMenarik... Bolehlah try nanti resepi ni
ReplyDeletepencinta sayur
ReplyDeleteAdudu sedapnya vietnamese roll ni
ReplyDeletebetul..memang sedap sangat.Saya makan 2 je dah kenyang.Tu pun rasa nyesal tak makan banyak.Padahal makan 2 ketul dah kenyang tu.Hahhaah
ReplyDeleteSy suka jugak..tp...xpernah buat sendiri...bukan apa..Risau bahannya yg habis dulu sebelum menggulung mende alah tu...hahaha
ReplyDelete