Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Popia Vietnam Roll Dan Sos Pencicah Sedap Cara Mudah

Resepi Popia Vietnam Roll Dan Sos Pencicah Sedap Cara Mudah | Kalau pergi Vietnam, harus makan spring rolls kat sana. Vietnamese Spring Rolls ini antara makanan tradisi Vietnam. Rupa Vietnam Roll walaupun bentuknya seperti popia biasa, tetapi sangat berbeza pada rasa, rupa dan bahan yang digunakan.  

Siapa yang pergi Vietnam mesti dah tahu, kalau pergi sana dan tak makan Vietnamese Spring Rolls ni memang tak sah! Walaupun makanan popia Vietnam roll ini berasal dari Vietnam tetapi turut popular di Malaysia. 

Popia Vietnam memang sedap. Intinya terdiri dari isi udang, sayur-sayuran serta herba segar yang digulung dengan 'rice paper' dan dinikmati bersama sos.


Tak nak beli tapi nak buat sendiri

Bagaimana cara nak buat popia vietnam dan sos pencicah yang sedap?

Boleh cuba resepi Vietnam Roll. Bikin sendiri Vietnam Rolls ni kat rumah, lagi yakin nak makan. Tak payah risau halal atau tidak jika beli di luar. 

Bila dah tahu resepi dan cara nak buat Popia Vietnam Rolls ni, bila-bila masa terasa nak makan Vietnamese Spring Rolls, tak payah pergi sampai ke Vietnam pun tak apa. Sebabnya dah ada yang pandai buat resepi popia Vietnam sendiri yang sedap. Cara buat yang dikongsikan juga sangat mudah! 

Resepi Vietnamese Spring Rolls - Menu Diet Yang Sedap Dan Segar

Mula-mula tercari juga azie kitchen popia vietnam tapi bila search, hasil carian untuk vietnamese spring roll resipi yang mudah dan sedap ada begitu banyak untuk di cuba. 

Dan dalam banyak-banyak resepi dan cara untuk buat popia vietnam ni, daku amat tertarik dengan resepi yang dikongsikan oleh Keroroyz Royz melalui Facebook.  

Vietnamese spring roll turut dikenali sebagai 'goi cuon' dan ia memang merupakan salah satu resepi yang berasal dari Vietnam, sebab tu dipanggil sebagai Popia Vietnam. 

Untuk bahan, bentuk dan rasa memang berlainan dengan popia yang sudah biasa ada di negara kita. 

Senarai Bahan-bahan untuk Vietnamese Spring Rolls 

  • Sebungkus rice paper - boleh beli online di Shopee 
  • 15 ekor udang buang kulit rebus dan hiris menjadi dua
  • 5 helai coral salad koyak 2
  • 2 tangkai daun ketumbar potong sepanjang mancis
  • 3 tangkai daun pudina ambil daun sahaja
  • 50gram timun jepun potong memanjang
  • Sedikit suun siap dicelur
  • Air utk melembutkan rice paper

Panduan Cara Membuat Vietnamese Spring Rolls Langkah Demi Langkah 

1. Basahkan sekeping rice paper dengan air suam, sekali celup saja ya
2. Bentangkan rice paper dlm pinggan. Susun salad, suun, pudina, timun dan ketumbar diikuti udang dihujung rice paper
3. Cara gulung vietnam spring roll sama macam kita gulung popia basah. Gulung kena kemas supaya semua bahan tak terkeluar. 
4. Hidangkan bersama sos.

resepi popia vietnam mudah dan sedap

Resepi Sos Pencicah Untuk Vietnam Roll 

Sejak Vietnam Roll mula popular dekat Malaysia, ramai peniaga mula jual Vietnamese Spring Rolls atau Popia Vietnam ni. Popia Vietnam bukan sekadar hidangan dengan rasa sedap tapi sangat sesuai untuk mereka yang sedang diet. 

Kena pula dengan sos pencicahnya yang sedap, makin power! Patutlah boleh popular sampai ke Malaysia, Korea, Thailand dan sebagainya. 

Boleh kecur air liur tiap kali lihat resepi resipi untuk Vietnamese Spring Rolls ni. Lagi-lagi kalau terjumpa Vietnamese Spring Rolls with peanut sauce. 

Siapa yang belum pernah makan, eloklah cuba buat resepi ni sebabnya vietnam spring roll ni memang best! Bagus untuk kalian yang nak berdiet juga.

Bahan Yang Diperlukan Untuk Buat Sos Pencicah Popia Vietnam 



resepi popia vietnam mudah dan sedap

Cara Membuat Sos Pencicah Untuk Popia Vietnam 

1. Campurkan semua bahan kecuali daun ketumbar ke dalam periuk. Didihkan sebentar. Tutup api dan masukkan daun ketumbar. 
2. Sos tidak perlukan garam sebab sos ikan/nampla dah masin dan sos manis Thai memang sedia manis. 
3. Jika suka sos yang lebih pekat, boleh tambah bancuhan tepung jagung. Akak suka cair ala-ala dip sauce kat Hatyai gitew sebab lebih best masa makan. 
resepi popia vietnam mudah dan sedap

Kesimpulan 

Lain negara lain resepi makanannya. Kita boleh cuba makan untuk tahu keunikan rasa makanan negara lain. Jika takut tak halal, boleh cuba masak sendiri di rumah. Resipi dan cara untuk buat Vietnam Spring Roll bersama dengan sos pencicahnya sekali ini, tidaklah sesusah mana. 
Cuma tak dinafikan untuk buat sendiri resepi Popia Vietnamese spring roll ni kena banyak sabar untuk gulung popia Vietnam ni baik-baik. Urusan pembelian rice paper, boleh terus beli di Shopee. Dah dapat rice paper Vietnames spring roll bolehlah mula buat.
Semoga perkongsian resipi popia Vietnam atau Vietnamese Spring Rolls ini dapat memudahkan urusan kalian untuk mencubanya sendiri di rumah. 
Jika mahukan resepi popia Vietnam yang lain boleh Google cari resepi popia Vietnam Azie Kicthen, resepi popia Vietnam Che Nom dan resepi popia Vietnam Azie Kicthen. 
Selamat menjamu selera. 



Nak tahu lebih lanjut tentang NOXXA, meh klik link ni 👇




Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram

Jemput join di Telegram  : 


Semoga bermanfaat. 

6 comments for "Resepi Popia Vietnam Roll Dan Sos Pencicah Sedap Cara Mudah "

  1. fav saya tuh..nak cuba la buat..heheh thanks resepi

    ReplyDelete
  2. Menarik... Bolehlah try nanti resepi ni

    ReplyDelete
  3. Adudu sedapnya vietnamese roll ni

    ReplyDelete
  4. betul..memang sedap sangat.Saya makan 2 je dah kenyang.Tu pun rasa nyesal tak makan banyak.Padahal makan 2 ketul dah kenyang tu.Hahhaah

    ReplyDelete
  5. Sy suka jugak..tp...xpernah buat sendiri...bukan apa..Risau bahannya yg habis dulu sebelum menggulung mende alah tu...hahaha

    ReplyDelete