Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Beza Daun Sup Vs Daun Ketumbar, 7 Tips Tak Salah Beli

Beza Daun Sup Vs Daun Ketumbar, 7 Tips Tak Salah Beli | Bila minta anak atau suami beli daun sup, pernah terjadi dibelinya daun ketumbar. Nak marah pun tak boleh sebab daun sup dan daun ketumbar memang susah nk beza. 

Daun sup dan daun ketumbar ni dah macam kembar seiras. Sekali tengok boleh tertukar. Kena tengok betul-betul baru boleh bezakan mana satu daun sup dan mana satu daun ketumbar.

"Mana satu daun sup, mana satu daun ketumbar? Daun sup vs daun ketumbar. Eh, peninglah!"

Permulaan memang rasa susah, bila dah kenal mudah jer untuk bezakan daun sup vs daun ketumbar ni. 

daun-sup-daun-ketumbar
 Daun Sup Vs Daun Ketumbar


"Biarlah kalau salah beli. Daun ketumbar boleh jadi pengganti daun sup. Settle masalah!"

Mungkin ada yang anggap daun ketumbar boleh jadi pengganti daun sup dalam masakan tetapi hakikatnya kedua-dua jenis daun ini sangat berbeza. 


"Tak boleh ke letak je daun ketumbar ni untuk masakan sup?" 

Bukannya tak boleh tapi rasanya tu tak kena. Kalau salah beli dan guna juga, rasa makanan yang dimasak boleh berubah. 

Kalau letak daun ketumbar untuk menu sup tulang, sup ayam dan sebagainya, dah tak sama macam sup yang biasa kita makan. 

Bau lain macam je sup tu nanti. Dah tak sama macam rasa dan bau sup yang biasa kita makan. Sebab tu, kena tahu perbezaan daun sup dan daun ketumbar supaya tak tersalah beli. 


7 Tips Perbezaan Antara Daun Sup Dengan Daun Ketumbar

Apakah perbezaan daun sup dan daun ketumbar ini? 

Dalam artikel ini, aku senaraikan perbezaan dari segi rupa, bau, rasa, dan kegunaan dalam masakan supaya dapat membantu korang untuk lebih kenal dengan daun sup dan daun ketumbar.

1. Baca Nama Pada Label Bungkusan

Bila beli di pasaraya, selalunya daun sup dan daun ketumbar ini dibungkus dalam plastik. Susah nak belek-belek macam beli di kedai runcit biasa. Jadi, cara paling mudah untuk tahu mana satu daun sup dan mana satu daun ketumbar, dengan baca nama pada label bungkusan. 

Jika label tu tak ditulis pun ‘daun sup’ atau ‘daun ketumbar’, jangan cemas. Memang kadang-kadang pasaraya ni letak label nama barang dalam bahasa inggeris.

Daun Sup in english : dilabel sebagai Celery Leaves / Chinese Celery

Daun Ketumbar in english dilabel sebagai Coriander Leaves / Cilantro

2. Perhatikan Bahagian Akar

daun-sup-dan-daun-ketumbar

Kebiasaannya, daun sup dan daun ketumbar ni dijual bersama dengan akar. Sebab akar untuk daun sup dan akar daun ketumbar turut berguna dalam masakan tau. Bau pada akar ni lebih kuat dari bau pada bahagian daun sebenarnya.

Aku sendiri cukup suka masukkan akar daun sup semasa sup sedang mendidih untuk tambahkan bau pada masakan sup tersebut. 

Bahagian akar daun sup dan bahagian akar daun ketumbar memang sangat berbeza. Cukup mudah nak bezakan kedua-dua jenis daun ini dengan melihat pada bahagian akarnya. 

Akar Daun Sup :  bersaiz kecil, jenis serabut dan banyak.

Akar Daun Ketumbar : bersaiz lebih besar, jenis akar tunjang dan terdapat satu akar yang besar di tengah.

3. Lihat Bentuk dan Warna Daun 

Lihat bentuk daun secara sekilas memang nampak sama dan susah untuk dibezakan. Tapi ada perbezaan pada kedua-dua daun ini sebenarnya.
Bentuk dan Warna Daun Sup : saiz daun lebih lebar dan besar tetapi agak jarang-jarang. Warna hijau daun sup lebih tua (gelap terang) berbanding warna daun ketumbar.
Bentuk dan Warna Daun Ketumbar : saiz daun lebih kecil, agak rimbun dan rendang pokoknya. Warna hijau daun ketumbar lebih muda (pudar) berbanding warna hijau daun sup.

4. Bahagian Batang
daun-sup-vs-daun-ketumbar

Bahagian batang untuk kedua-dua jenis daun ini turut mempunyai sedikit perbezaan.
Batang Daun Sup : lebih panjang dan gemuk jika dibandingkan dengan batang daun ketumbar.
Batang Daun Ketumbar : lebih pendek dan kurus jika dibandingkan dengan batang daun sup.


5. Cium Dan Bau Aromanya

Jika masih takut tersalah beli. Cara paling mudah untuk kenal mana daun sup dan daun ketumbar adalah pada aroma baunya. Bau kedua-dua ini memang sangat berbeza. Untuk sahkan itu memang daun sup, cubit sedikit daun dan cium baunya. 

Dulu, aku sendiri tak tahu nak beza antara daun sup dan daun  ketumbar. Cara inilah yang aku guna pakai supaya tak salah beli daun sup kerana takut tertukar dengan daun ketumbar. 

Bau Daun Sup : ada aroma yang lembut dan menyenangkanBetul-betul ada bau sup. Macam bau sup orang Melayu masak lebih kurang. 

Bau Daun Ketumbar : aroma lebih kuat dan agak tajam. Macam bau kumbang pun ada. Sesetengah orang tak boleh tahan dengan bau daun ketumbar ni sebab menusuk ke hidung. Tapi bagi aku, bau daun ketumbar ni best juga sebab seakan aroma sitrus yang segar.

6. Rasa

Selain dari cium untuk tahu bau, boleh juga letak sedikit daun ke mulut dan rasa daun sup dan daun ketumbar tu macam mana. Memang ada bezanya juga. 

Rasa Daun Sup : daun sup tidak rasa terlalu pahit. Biasa saja.

Rasa Daun Ketumbar : daun ketumbar ada rasa yang lebih kuat dan sedikit menyengat. Ada yang rasa daun ketumbar berbau seperti kumbang dan 'alah' pada bau ketumbar ni.

7. Kegunaan Dalam Masakan

daun-ketumbar-masak-thai

Daun Sup Untuk Masak Apa : daun sup selalunya digunakan dalam masakan sup orang Melayu bersama daun bawang. Daun sup dan daun bawang memang teman sejati.  

Guna daun sup untuk hias atas makanan seperti mee goreng, bihun goreng atau nasi goreng juga. Letak dalam bergedil pun boleh sebab bau dan rasa daun sup ni tak terlalu kuat dalam masakan. 

Daun Ketumbar Untuk Masak Apa : Daun ketumbar pula biasanya dalam masakan Thailand seperti tomyam, kerabu, makanan berkuah, nasi ayam Thai dan makanan yang agak universal. 

Untuk masakan Melayu, daun ketumbar agak kurang digunakan sebab bau dan rasanya yang agak kuat. 


Info Ringkas Untuk Daun Sup Vs Daun Ketumbar 

1. Daun Sup

  • daun sup in english dikenali sebagai Celery Leaves / Chinese Celery
  • daun sup in chinese disebut sebagai 汤叶 Tāng yè
  • daun sup tergolong dalam keluarga yang sama dengan daun saderi
  • daun sup dan daun bawang sering digunakan bersama sebagai hiasan masakan
  • akar daun sup jenis serabut halu dan akar ini boleh juga guna dalam masakan sup.
  • bau daun sup sedikit harum dan lembut, betul-betul macam bau sup
  • batang daun sup panjang
  • bentuk daun sup lebar dan jarang dengan warna hijau yang agak terang




2. Daun Ketumbar

  • daun ketumbar in english dikenali sebagai Coriander Leaves / Cilantro
  • akar daun ketumbar agak besar dan kelihatan seperti akar tunjang
  • batang daun ketumbar lebih pendek dan gemuk berbanding batang daun sup
  • saiz daun agak kecil dan nampak merimbun
  • warna daun agak pudar 
  • aroma bau daun ketumbar kuat dan agak tajam 
  • rasa daun ketumbar kuat dan menyengat
  • jarang digunakan dalam masakan melayu tapi selalu digunakan dalam masakan Thai

Petua Cara Simpan Daun Ketumbar Supaya Tahan Lama

Bila tahu cara simpan cara simpan daun ketumbar dalam peti ais dengan betul, boleh kekal segar selepas sebulan. Petua cara simpan daun ketumbar untuk tahan lama ini dikongsikan oleh Puan Noor Hafiza Mohamad melalui facebook.

Cara simpan yang salah :

pernah tersilap cara dengan rendam akarnya dan masukkan dalam bekas yang sama. Tidak tahan lama sebab akar cepat reput dan busuk. Mungkin juga sebab tak kerap tukar airnya.

Cara simpan yang rasa tak serasi : 

Dah pernah guna beg ziplock. Tak serasi. Rasa leceh nak basuh dan lambat kering juga.

Selain tu, ada orang simpan dalam freezer dengan cara masukkan dalam bekas kiub ais dan ada pula yang masukkan dalam plastik aiskrim supaya jimat ruang peti sejuk. Tak guna cara ni sebab nak kan daun yang segar buat hiasan atas makanan.


Cara simpan yang betul dan terbaik :

Pilih daun yang segar semasa beli. Jangan basuh kerana perlu disimpan kering. Masukkan daun dalam bekas kering dan kedap udara. 

Setiap 4 hari boleh dibuka dan keluarkan daun yang mula berubah warna dan rosak. Kelebihan simpan guna container macam ni lebih praktikal, bekas pun senang nak basuh dan keringkan.

simpan-daun-ketumbar

simpan-daun-ketumbar

cara-simpan-daun-ketumbar



Gambar Ini Bukti Daun Ketumbar Kekal Segar Selepas Sebulan


daun-ketumbar-tahan-lama


Dulu tak sempat nak guna habis, daunnya dah makin layu dalam peti sejuk. 

Sekarang dengan guna petua cara simpan daun ketumbar yang betul, boleh kekal segar walau selepas sebulan. 

Alhamdulillah. 



Read This :

Petua Cara Simpan Daun Sup Agar Tahan Lama

Cara simpan daun sup sedikit berbeza dengan cara simpan daun ketumbar. Jika daun ketumbar tidak boleh dibasuh kerana perlu disimpan kering, daun sup boleh dibasuh dan dipotong supaya lebih pendek bagi memudahkan penyimpanan.

Kemudian, letak alas kain bersih atau tisu ke dalam bekas kedap udara yang akan digunakan untuk simpan daun sup ini.

Cara lain untuk simpan daun sup supaya kekal segar dan tahan lama, sediakan botol air saiz 1.5 liter. Potong 1 per tiga pada bahagian atas botol air tersebut.

Masukkan daun sup bersama akar dan letak sedikit air di dasar botol untuk mengekalkan kesegaran.

cara-simpan-daun-sup

Kesimpulan

Berbanding daun seleri dan parsli, daun ketumbar lebih mudah dibezakan kerana bentuk daunnya lebih bulat dan warna hijaunya lebih cerah. Tapi bila nak beli daun ketumbar atau daun sup, boleh termenung panjang depan rak sayur sebab tak tahu nak bezakan.

Lagi-lagi untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia dapur. Ramai keliru antara daun ketumbar dan juga daun sup ini kerana kedua-duanya mempunyai bentuk yang hampir sama.

Hakikatnya memang ada perbezaan daun sup dan daun ketumbar dari segi rupa, bau, rasa, dan kegunaan dalam masakan. Bentuk daun sup berdaun tajam dan berbatang panjang juga tidak sama seperti daun ketumbar.

Semoga dengan adanya info bagaimana untuk bezakan daun sup vs daun ketumbar ini, korang boleh kenal dengan lebih mudah. 

Para suami yang selalu diminta isteri beli daun sup di kedai tu, lepas ni harap-harap taklah tersalah beli akibat tertukar dengan daun ketumbar lagi. 



Sumber Rujukan : SirapLimau , DapurCheKam


Post a Comment for "Beza Daun Sup Vs Daun Ketumbar, 7 Tips Tak Salah Beli"