Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

5 Cara Untuk Tajamkan Semula Mata Blender Yang Dah Tumpul

5 Cara Untuk Tajamkan Semula Mata Blender Yang Dah Tumpul | Rasanya setiap suriumah akan bersetuju jika dikatakan yang blender adalah salah satu perkakas dapur yang sangat penting! Tanpa blender, hmmm rasanya tak mampu nak masak menu itu ini dengan senang. Nak guna penumbuk batu tu untuk sesetengah perkara bolehlah tapi kalau nak tumbuk hingga halus lumat untuk semua bahan memang tak mampu.

Sebab itu jugalah, pengantin baru cukup suka kalau dapat hadiah blender. Boleh blender cili, sayur dan tak lupa juga bubur nasi untuk di tapis sebelum beri pada baby 6 bulan.

Cuma, apa yang menjadi problem kengkadang tu adalah pabila mata blender menjadi tumpul. Kalau pisau senang boleh asah terus guna batu pengasah. Tapi untuk tajamkan mata blender yang ada kat rumah ni, rasanya agak susah kalau nak tajamkan macam tajam mata pisau.




Walaubagaimanapun, jangan terus susah hati kerana memang ada cara untuk tajamkan mata blender sendiri kat rumah dengan cukup senang! Kat sini akan dikongsikan lima cara atau petua untuk tajamkan mata blender tumpul.  

Lepas ni semua mak-mak boleh tajamkan mata blender yang ada di rumah tu dengan guna petua-petua yang ada kat bawah ni. Tak payahlah nak rengek pada si ayah untuk beli baru blender yang baru. 



Cara-cara atau Petua Untuk Tajamkan Mata Pengisar Di Rumah


1. Guna Garam Kasar



Ambil segenggam atau secawan garam kasar dan masukkan ke dalam blender. 
Kemudian, tekan butang kisar dan biarkan ia mengisar kering garam kasar tadi hingga halus.
Ulang beberapa kali hinggalah mata blender terasa lebih tajam dari sebelumnya.

2. Guna Kulit Telur

Cara yang kedua selepas garam kasar adalah dengan menggunakan kulit telur.
Haa lepas ni, telur yang dah dipecahkan tu tolong jangan dibuang dulu kulitnya tu. Bersih dan keringkan sekejap. Lepas tu boleh gunakan untuk tajamkan mata blender kita. Mungkin boleh buat sebulan sekali. 
Caranya sama saja, masukkan dalam blender dan kisar kering. Kemudian bilas dan basuh hingga betul-betul bersih.

3. Guna Ais Ketul / Ais Kiub

Sesetengah orang risau nak guna blender untuk kisar ais. Takut rosak mata blender katanya. Almaklumlah ais ni kan agak keras. 
Tapi, kalau nak tahu aid merupakan salah satu bahan yang boleh tajamkan mata blender. Malah dikatakan yang ais keraskan sendiri di rumah dari ais kiub yang beli adalah lebih bagus kerana ais yang di buat sendiri ini lebih keras dan padat.
Hancurkan sikit sebelum masukkan ke dalam blender. Kemudian kisarkan macam kita nak buat ice blended tu. Kisarkan lebih kurang 10 minit dan InshaAllah mata blender kita akan menjadi lebih tajam. 

4. Hampas Kelapa

Lagi satu cara, boleh juga gunakan hampas kelapa. Tapi agaknya cara ni kalau kat bandar susah sikit sebab ramai yang suka guna santan kotak kan?
Bagi yang ada guna santan asli yang diperah, bolehlah cuba cara ni. Caranya mudah saja, hanya perlu kisarkan hampas kelapa yang ada tu secara kering tanpa perlu tambah air. Kisar sehingga lebih kurang 10 minit, kemudian bilas.

5. Beras

Siapa sangka, beras pun boleh tajamkan mata blender rupanya. Tak kisahlah beras jenis apa, ambil segenggam atau secawan dan kisar kasar selama beberapa minit.
Lepas tu, tengoklah hasilnya. Silap haribulan akan rasa lebih tajam macam baru blender yang baru di beli.

Itulah dia beberapa cara atau petua mudah untuk tajamkan kembali mata blender yang tumpul tanpa perlu keluarkan kos yang banyak. Bahan yang perlu digunakan tu pun dah memang biasa ada kat dapur kita. 

Lepas ni tentu para suami tersenyum lebar sebab dapat jimatkan duit dari perlu beli pengisar blender baru pada si isteri kan? Dan si isteri pun tentu akan tertawa semula sebabnya boleh masak di dapur dengan lebih senang dan cepat. 

Okaylah, selamat mencuba!



Sumber : Sirap Limau 

2 comments for "5 Cara Untuk Tajamkan Semula Mata Blender Yang Dah Tumpul "

  1. Wah sharing yang sangat bermanfaat ni.. tq sis... klo saya rasa blender dah tak tajam, bolelah guna tips diatas

    ReplyDelete
  2. Oh tak penah tau sebelum ni. Haha

    ReplyDelete