13 Resepi Air Viral Sedap Untuk Sejukkan Badan Di Bulan Puasa | Air dan puasa di bulan Ramadhan memang tak boleh dipisahkan. Kalau pergi pasar Ramadhan tu, bermacam jenis air ada sampai tak tahu nak beli yang mana satu. Paling berkenan air viral ala detox yang bagus untuk sejukkan badan. 

Antara air di bulan puasa yang paling daku tak tahan dalah air tebu, air tembikai, air cincau susu. air teh bunga, dan air mangga. Perghhh memang menggoda habis! Mesti laku peniaga air buah di bulan Ramadhan ni kalau semua orang tak tahan godaan. Hehe... 

Untuk selamatkan kos, maka daku ambil keputusan untuk buat dari beli. Yelah, tak kan hari-hari nak beli kot! Botak kepala encik suami dah lah anak ramai. Dalam banyak-banyak air, daku suka buat air detox yang sedap dan dalam masa yang sama boleh juga bantu sejukkan badan. Sedap minum air yang masam manis dan fresh ni sebenarnya. Dahaga lepas setengah hari berpuasa ikut rasa hilang dengan perasaan yang agak puas. 

Antara jenis air viral sedap di bulan ramadhan untuk waktu berbuka setelah seharian berpuasa adalah: 



Air Soda Herbs




Bahan bahan yang diperlukan:

1 botol besar air aiskrim soda.
1 tin laici ~ ambil buahnya sahaja/guna longan pun boleh.
2 batang serai ~ dititik.
daun pudina ~ terpulang berapa helai.
1 biji lemon ~ dihiris nipis.
5 biji asam boi putih.
ketulan ais secukupnya.

Cara caranya:

-Cuci semua bahan hingga bersih.
-Hiriskan lemon nipis nipis.
-Sediakan bekas yang bersesuaian.
-Letakkan daun pudina secukupnya.
-Masukkan lemon yang telah dihiris.
-Diikuti asam boi putih.
-Masukkan buah laici / longan.
-Tuangkan air aiskrim soda secukupnya.
-Letakkan ketulan ais jika suka.
-Akhir sekali masukkan serai yg telah dititik.

Ok, dah siap dah. Sekarang anda dah boleh minum!

credits : Saja Kongsi




Lemonade Ungu Selasih



Bahan-bahan
2g (1/4 sudu besar) biji selasih
50ml air suam
220ml air sejuk
26g (2 sudu besar) air bunga telang
13g (1sudu besar) jus lemon
14g (2 sudu kecil) madu
Hidangan untuk 1 gelas minuman

Cara-cara
Rendam biji selasih di dalam air suam untuk mengembang sepenuhnya. Dalam beberapa saat sahaja, setiap biji akan mengembang. Proses ini hanya berlaku apabila biji selasih terendam di dalam air. Jadi, jika anda mahu menggunakan biji selasih yang banyak, lebih banyak masa yang diperlukan. Anda akan tahu semua biji selasih sudah mengembang apabila semua biji tersebut termendap di dasar mangkuk atau gelas anda.

Apabila biji selasih sedia untuk digunakan, masukkan air bunga telang di dalam satu gelas.
Seterusnya, masukkan air sejuk. Kacau rata.
Ambil kamera atau keluarkan telefon bimbit anda (kerana anda mungkin mahu merakam bahagian ini). Masukkan jus lemon ke dalam air tersebut dan lihatlah warna air berubah daripada ungu menjadi warna merah jambu! Kacau rata.
Masukkan 2 sudu besar biji selasih yang sudah mengembang. Lebih banyak, lebih baik.
Masukkan madu untuk memberikan rasa manis.

Tip tambahan
Rendam biji selasih terlebih dahulu kerana proses tersebut akan mengambil masa untuk biji selasih mengembang sepenuhya. Tidak mengapa jika ada beberapa biji yang tidak mengembang.
Anda boleh meningkatkan kuantiti madu yang digunakan atau tidak masukkan madu langsung. Kami mahu mengingatkan anda bahawa air bunga telang agak tawar.



 Soda Pandan Lemon



Bahan-bahan
13g (1 sudu besar) jus pandan
13g (1 sudu besar) jus lemon
160ml air soda (1/2 tin)
ais
Hidangan untuk 1 gelas minuman

Cara-cara
Campur jus lemon dan pandan di dalam satu gelas. Kacau.
Isi gelas dengan separuh ais.
Masukkan air soda.
Untuk markah tambahan, hidangkan dengan satu hiris lemon dan daun pandan, khususnya untuk jamuan.

Tip tambahan
Masukkan 1 hingga 2 sudu teh madu untuk maniskan minuman ini, jika perlu.
Jus pandan dan lemon segar boleh disimpan dalam peti ais selama 2 hingga 3 hari, jadi jangan risau jika anda ada jus lebih.


Strawberi Limau Timun Pudina




Penyediaannya mudah malah ia juga rendah kalori. Hanya belahkan 7 biji strawberi, kemudian hiriskan sebiji limau nipis dan 1/2 batang timun. Masukkan kesemuanya ke dalam jag yang berisi air. Letakkan beberapa kiub ais dan 5 helai daun pudina.

Strawberi terkenal dengan khasiat buahnya yang kaya dengan antioksidan, timun pula bersifat deuretik yang membantu dalam penyahidratan, manakala limau nipis adalah sangat baik yang bertindak sebagai agen anti-penuaan serta memulihkan kembali rambut, kulit dan kuku.


Strawberi Tembikai Pudina
 


Bahan-Bahan :
secawan strawberi
5 hirisan tembikai
1 jag air
daun pudina
sedikit air gula (jika mahu)

Campurkan secawan strawberi bersama lima hirisan tembikai yang dipotong kecil dan rendamkannya ke dalam 1 jag air.

Untuk aroma yang lebih memikat, masukkan beberapa helai daun pudina.

Sejukkan air minuman ini antara 4 hingga 6 jam di dalam peti sejuk dan nikmatinya pada bila-bila masa.


Nanas Pudina



Nanas merupakan bahan anti-radang yang membantu melegakan sakit sendi dan artritis. Daun pudina menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan.

Cara untuk membuat air ini ialah ambil 1/2 biji nanas dan potong kecil-kecil mengikut citarasa anda. Masukkan potongan buah ini ke dalam jag yang berisi 1 liter air dan tambahkan dengan segenggam daun pudina. Tutup dan simpankan ia ke dalam peti ais. Biarkan semalaman agar campuran ini sebati sepenuhnya.


Resepi Air Laici Tambah Lemon (menu favourite)



BAHAN-BAHAN:
  • 1 biji lemon | diperah jus dan tapis bijinya
  • 1 biji lemon | dihiris
  • 6 helai daun pudina | dileraikan dari tangkai
  • 3 gelas air mineral
  • 2 tin laici berserta buah
  • 2 batang serai (di ketuk)
  • 4 sudu makan gula pasir atau secukupnya
  • Ais secukupnya


CARA MEMBUATNYA:
1.    Masukkan jus lemon dan air ke dalam jag.
2.    Masukkan gula dan kacau hingga gula larut.
3.    Masukkan hirisan lemon, serai dan daun pudina ke dalamnya.
4.    Akhir sekali masukkan laici tin dan ais.
5.    Sedia dihidangkan.



Air Balang Lemon Pudina



RM2 ringgit Daun pudina
4 biji Lemon
100 gram Sunquick
100 gram Serbuk Asam Knor ( gantikan dengan asam boi pun boleh )
1 liter Air Gula
Cara Buat Air Lemon Pudina :

Blend tiga biji lemon bersama dua liter air
Tapis untuk buang hampas yang ada.
Masukkan satu liter air gula
Masukkkan sunquick,dan asam
Masukkan satu liter air panas

Teh Hijau Limau Pudina



Bahan-bahan:
1 uncang teh hijau
Jus limau nipis (1 biji)
2 helai daun pudina
1 gelas air

Caranya:
Campurkan semua bahan ke dalam gelas yang berisi air suam. Kacau dan biarkan seketika untuk pastikan teh hijau tersebut kembang. Seterusnya boleh diminum seperti biasa.


Kiwi Strawberi



Hiriskan dua biji Kiwi dan dua biji Strawberi. Masukkan ke dalam gelas besar  bersama air masak. Sejukkan di dalam peti semalaman.

Kiwi kaya dengan Vitamin A dan E yang sangat berkesan untuk melawan radikal bebas serta mengeluarkan toksin. Manakala Strawberi pula sangat baik untuk kulit


Jus Markisa




BAHAN-BAHAN:

8 biji buah markisa
1/2 liter air mineral /ejuk
Sirap gula pekat secukupnya
Ketulan ais secukupnya
Daun pudina
Sirap gula: Masak 100gm gula pasir, 50ml air, 2 sudu makan jus limau kasturi dan sedikit pewarna hijau. Biar sejuk.

CARA PENYEDIAAN:
1. Belah buah markisa, korek keluar isinya. Campurkan air dan kacau hingga jusnya keluar. Tak perlu kisar atau tapis.
2. Masukkan sirap gula dan ketulan ais ke dalam gelas. Tuang jus markisa.
3. Masukkan daun pudina jika suka. Sedia untuk dinikmati.


Epal Asam Boi




HAN-BAHAN:

2 biji epal hijau
1 gelas air
Sirap gula secukupnnya
5 biji asam boi putih
Ketulan ais secukupnya

CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan epal, buang biji dan potong kecil. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar halus. Tapis.
2. Kemudian masukkan sirap gula, ais dan asam boi ke dalam gelas. Tuang jus epal.
3. Kacau rata dan sedia untuk dinikmati.


SODA SERAI BERMADU


BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan madu1 cawan soda1 batang serai (diketuk)

CARA MEMBUAT:1.Letakkan madu di keliling dinding gelas.2.Masukkan soda.3.Masukkan serai. Biarkan seketika.4.Letakkan ais (jika suka). Sedia untuk diminum.


Itulah dia himpunan resepi minuman viral ala detox yang sedap untuk sejukkan badan di bulan puasa. Moga ianya dapat beri manfaat untuk sesiapa saja yang sedang mencari resepi-resepi air sedap begini. Selamat mencuba dan selamat mengerjakan ibadah puasa. =D










Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.