Himpunan Koleksi Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa! | Daku ni tiap kali tiba waktu berbuka puasa, yang dicari dulu mesti air. Rasanya korang pun sama kan? Lepas minum air barulah nikmati menu lain sama ada kuih, nasi, mee dan sebagainya.

Bila Tiba Waktu Untuk Berbuka? Mestilah pekena air sejuk. Sebab itu bagi daku air yang sedap adalah harus untuk tiap kali berbuka puasa. Daku paling suka jika air tu boleh beri rasa fresh lepas minum. Masam manis ke.... best sangat! Antara minuman favourite untuk daku dan famili tiap kali berbuka puasa adalah LAICI. Makin umph laici yang di campur dengan lemon atau soda. 

Dan untungnya sekarang ni ramai yang sudi berkongsi resepi air untuk kita cuba. Kat sini daku himpunkan koleksi resepi beraneka air sedap untuk berbuka puasa. Jom kita cuba sama-sama.

Resepi Air Laici Tambah Lemon (menu favourite)





BAHAN-BAHAN:
  • 1 biji lemon | diperah jus dan tapis bijinya
  • 1 biji lemon | dihiris
  • 6 helai daun pudina | dileraikan dari tangkai
  • 3 gelas air mineral
  • 2 tin laici berserta buah
  • 2 batang serai (di ketuk)
  • 4 sudu makan gula pasir atau secukupnya
  • Ais secukupnya

CARA MEMBUATNYA:
1.    Masukkan jus lemon dan air ke dalam jag.
2.    Masukkan gula dan kacau hingga gula larut.
3.    Masukkan hirisan lemon, serai dan daun pudina ke dalamnya.
4.    Akhir sekali masukkan laici tin dan ais.
5.    Sedia dihidangkan.


Baca Juga : Senarai Lengkap Air Yang Boleh Dan Tidak Boleh Minum Dalam Pantang



Resepi Coconut Shake (menu favourite)


Bahan-bahan:
- air kelapa muda
- ais krim vanila
- isi buah kelapa
- ais
- air gula

Cara membuatnya:
1. Sediakan blender.
2. Masukan semua bahan-bahan; air kelapa muda, isi buah kelapa, dan ketulan ais ke dalam blender.
3. Masukkan juga sedikit air gula secukup rasa.
4. Kemudian blend semua bahan-bahan tadi sehingga sebati.
5. Campurkan aiskrim vanilla
6. Siap sedia dihidang dan diminum


Di sini daku kongsikan juga beberapa koleksi resepi air untuk berbuka puasa yang boleh kita cuba sama-sama.


Resepi Lemon Pudina Ais & Laici Asam Boi (tengah viral - patut cuba)

Image Via : Oh Bulan 

Sukatan untuk 1 balang air

Daun pudina RM2.00
Lemon 4 biji
Sunquick 100g
Serbuk Asam Knor 100g
Air Gula 1 liter

Image Via : Oh Bulan

Cara Untuk Membuatnya 

1) Kisar 3 biji lemon dengan 2 liter air, amik air sahaja hampas buang masuk dalam bekas air. Masukkan 1 liter air gula.

2) Sunquick dan serbuk asam Knor masukkan sekali 1 liter air panas. Kacau-kacau masukkan dalam bekas air lemon tadi


3) Masukkan air batu, pati air lemon, masuk air masak agak-agak je, 1 biji hiris lemon, daun pudina. Kacau-kacau siap untuk minum



Image Via : Oh Bulan 



* Lagi Tambahan 10 Resepi Jenis Air Untuk Berbuka Puasa (patut cuba)







1. JUS LEMON PUDINA BERSODA

BAHAN-BAHAN:
  • 1 biji lemon | diperah jus dan tapis bijinya
  • 1 biji lemon | dihiris
  • 6 helai daun pudina | dileraikan dari tangkai
  • 3 gelas air mineral
  • 1 gelas soda
  • 4 sudu makan gula pasir atau secukupnya
  • Ais secukupnya

CARA MEMASAK:
1.    Masukkan jus lemon soda dan air ke dalam jag.
2.    Masukkan gula dan kacau hingga gula larut.
3.    Masukkan hirisan lemon dan daun pudina ke dalamnya.
4.    Akhir sekali masukkan ais.
5.    Sedia dihidangkan.



2. JUS SERAI

BAHAN-BAHAN:
  • 3 batang serai | dititik
  • 2 ketul gula batu
  • 3 sudu makan gula pasir
  • 3 gelas air mineral
  • Ais secukupnya

CARA MEMASAK:
1.    Bersihkan serai kemudian ketuk dan ketepikan.
2.    Masukkan gula batu, gula pasir dan air di dalam jag.
3.    kacau hingga kedua-dua jenis gula larut.
4.    Masukkan serai, kacau lagi.
5.    Akhir sekali masukkan ais dan sedia dihidangkan sejuk-sejuk.



3. JUS NANAS BERSODA

BAHAN-BAHAN:
  • 250gm nanas segar | dibuang kulit dan potong dadu
  • 150gm nanas dalam tin | hiris kecil
  • 2-3 hirisan nanas | untuk hiasan
  • 3 sudu makan gula pasir
  • 3 gelas air mineral
  • 1 gelas soda
  • Ais secukupnya

CARA MEMASAK:
1.    Kisar nanas hingga hancur kemudian masukkan dalam jag.
2.    Tambahkan air bersama gula, kacau hingga gula hancur.
3.    Tambahkan soda bersama ais, kacau lagi.
4.    Hiaskan dengan hirisan nanas.
5.    Jus sedia dihidangkan.



4. JUS SIRAP KELAPA MUDA

BAHAN-BAHAN
  • 3 gelas air kelapa muda
  • 1 mangkuk isi kelapa muda | dihiris memanjang
  • 3 sudu makan sirap gula
  • Ais secukupnya

CARA MEMASAK:
1.Tuangkan sirup gula dalam jag.
2. Kemudian masukkan air kelapa dan kacau rata.
3.Masukkan air dan isi kelapa muda, kacau lagi.
4. Sedia dihidangkan.



5. JUS LAICI KIWI

BAHAN-BAHAN:
  • 2 biji buah kiwi | dibuah kulit
  • 150gm buah laici
  • 1 gelas air laici
  • 2 gelas air mineral
  • 3 sudu makan gula pasir
  • Ais secukupnya

CARA MEMASAK:
1.    Hiris buah kiwi bentuk tiga segi untuk isian dalam air, ketepikan.
2.    Masukkan air dan gula dalam jag. Kacau rata sehingga gula larut.
3.    Kemudian masukkan air laici, diikuti buah laici dan buah kiwi.
4.    Akhir sekali masukkan ais.
5.    Sedia dihidangkan.



6. JUS GUAVA ASAM BOI

BAHAN-BAHAN:
  • 200gm guava/jambu batu
  • 3 gelas air mineral
  • 4 sudu makan gula pasir
  • 4-5 biji asam boi
  • Ais secukupnya

CARA MEMASAK:
1.    Buang kulit luar dan biji guava.
2.    Potong dadu dan masukkan dalam pengisar bersama air. Kisar hingga halus.
3.    Tuangkan dalam jug, masukkan asam boi  dan ais.
4.    Sedia dihidankan.



7. JUS KALAMANSI  ASAM BOI

BAHAN-BAHAN:
  • 8 biji limau kalamasi/kasturi | ambil jus
  • 4 biji limau kasturi | dihiris bulat nipis untuk hiasan
  • 6biji asam boi
  • 5 sudu makan gula pasir
  • 3  gelas air
  • Ais secukupnya

CARA MEMASAK:
1.    Masukkan jus limau kasturi bersama air dalam jag. Kacau rata hingga gula larut.
2.    Kemudian masukkan hirisan buah limau kasturi dan asam boi. Kacau lagi.
3.    Masukkan ais  secukupnya.
4.    Untuk kelainan boleh hidangkan jus ini dalam botol.



8. JUS KASTURI SELASIH PUDINA

BAHAN-BAHAN:
  • 6 biji limau kasturi | diambil jusnya sahaja
  • 1 sudu makan selasih yang telah direndam
  • 10 helai daun pudina
  • 3 gelas air mineral
  • 4 sudu makan gula pasir
  • Ais secukupnya

CARA MEMASAK:
1.    Masukkan jus limau kasturi dalam jag bersama air mineral dan gula.
2.    Kacau rata sehingga gula larut.
3.    Masukkan selasih, daun pudina dan ais. Kacau lagi.
4.    Sedia dihidangkan.


9. JUS  OREN NATA DE COCO SELASIH

BAHAN-BAHAN:
  • 2 biji buah oren
  • 2  gelas air sirap
  • 150 gm nata de coco
  • 1 sudu makan  biji selasih yang telah direndam
  • Ketulan ais secukupnya

CARA MEMASAK:
1.    Buah oren buang kulit dan biji, kisar bersama dua gelas sirap
2.    Tapis jus ke dalam jag.
3.    Masukkan selasih, nata de coco dan ketul ais.
4.    Sedia dihidangkan.


10. JUS TEMBIKAI SUSU AISKRIM VANILA

BAHAN-BAHAN:
  • 250gm tembikai susu yang telah dibuang kulit
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 3 gelas air mineral
  • Aiskrim vanila secukupnya
  • Ais secukupnya

CARA MEMASAK:
1.    Dadu buah tembikai susu kecil-kecil, kemudian campur dengan air dan gula..
2.    Kisar hingga sebati.
3.    Tuangkan dalam jag, tambah ais dan kacau rata.
4.    Tuangkan dalam gelas kemudian hias atasnya dengan aiskrim Vanila dan tembikai susu yang didadu kecil.
5.    Sedia dihidangkan


Sumber : 





Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.