Kelopok Mata Bergerak Bawa Petanda? (Benarkah Bagai Yang Dikata?) | Kalian pernah tak alami kelopak mata bergerak secara tiba-tiba? Kalau ikut kata orang-orang lama, kelopak mata bergerak-gerak ni ada petanda tau. Selain tu ada juga yang mengatakan mata berkedip ini ada kaitan dengan hati dan perasaan kita. Tak lupa juga ada yang cuba 'meramal masa depan' dengan pergerakan yang berlaku secara tidak terkawal begini. 

Daku sendiri pernah ada pengalaman mata berkedip ni. Timbul  juga rasa rimas bila kelopak mata asyik bergerak-gerak dengan sendiri begini. Tak dinafikan ada juga rasa risau dan tak sedap hati bila teringat kata-kata orang tua yang situasi mata berkedip atau bergerak ni ada makna. Ishhh lain macam pulak rasanya. Kelopak mata bergerak apa tandanya? Dan apakah benar bagai yang di kata?

Kelopok Mata Bergerak Bawa Petanda

Ada ketika sudah masuk seminggu kelopak mata bahagian atas sebelah kiri bergerak-gerak. Pergerakannya yang datang tidak menentu dan secara tiba-tiba berulangkali buat hati rasa makin tak keruan.

Bila di Google info tentang maksud mata bergerak atau berkedip ni, katanya "kalau yang bergerak tu kelopak mata kanan, ada saudara sebelah ayah yang meninggal , kalau sebelah kiri , ada saudara sebelah mak pula." 


Kelopok Mata Bergerak Bawa Petanda

Kiranya berdasarkan pengalaman orang tua-tua, kalau mata sebelah kiri bergerak-gerak atau menguit, itu tandanya orang tersebut bakal mendapat berita buruk dan jika mata sebelah kanan yang bergerak atau menguit itu tandanya akan mendapat berita baik.  

Adakah benar kelopak mata bergerak-gerak ini ada petanda dan alamat mengenai sesuatu kejadian yang bakal berlaku?

  • Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – Akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.
  • Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – Akan mendapat kesusahan.
  • Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – Akan mendapat kebaikan.
  • Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – Alamat berita sedih dan hendak menangis.
  • Ekor Mata Kanan bergerak – Bakal menerima kedatangan orang jauh.
  • Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – Mendapat sedikit kepayahan.
Kelopok Mata Bergerak Bawa Petanda

Selain daripada mata berkedip, terdapat juga maksud dari orang tua yang dikaitkan dengan anggota tubuh lain. Antaranya adalah seperti yang ada di bawah ini. 
Ubun-ubun bergerak – berbahagia pada hari tersebut.
Kening kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan. 
Bibir bawah bergerak – akan menangis.
Kepala bergerak – beroleh kerja yang baik.
Siku Kanan bergerak-gerak – beroleh kebahagiaan.
Siku Kiri bergerak-gerak – orang yang mengasihi kita akan datang.
Pelipis Telinga bergerak – alami kebahagiaan.
Telinga bergerak – akan berkelahi.
Kepala bergerak – ada orang menyakiti hati kita.
Kepala bergerak ke kiri – beroleh kebesaran.
Bahu Kanan bergerak-gerak – harta hendak datang.
Bahu Kiri bergerah-gerak – bakal berjumpa pembesar/ketua.
Lengan Kanan bergerak-gerak – akan sakit kepala.
Lengan Kiri bergerak-gerak – beroleh harta.
Pipi Kanan bergerak-gerak – alamat sakit mata.
Pipi Kiri bergerak-gerak – sentiasa bahagia.
Tangan Kanan gatal – nak dapat duit.
Tangan Kiri gatal – nak buang duit.
Kaki gatal – asyik nak berjalan saja

Kebenarannya kelopak mata kanan atas bergerak dan kelopak mata kiri atas menurut Islam tidak ada kena mengena dengan berita baik mahupun berita buruk. Begitu juga dengan anggota tubuh yang lain.

Iyalah kita ini kan di ajar untuk percaya pada qada dan qadar bukannya pada pergerakan anggota di badan yang bergerak sendiri secara tiba-tiba begini. Itu semua hanyalah sebuah mitos yang jika berlaku juga adalah secara sebuah kebetulan semata. 

Habis Kenapa Mata Boleh Berkedip Dengan Tiba-tiba?
Situasi ini sebenarnya boleh berlaku disebabkan oleh gerakan kelopak mata atas dan kelopak mata bawah secara tiba-tiba atau mengejut (spasma), berlaku sangat cepat dan sekejap; tidak berasa sakit dan juga tidak boleh dibuat-buat.
Kelopok Mata Bergerak Bawa Petanda
Ia boleh berlaku sekali dalam beberapa saat atau dalam siri yang berulang-ulang kali dan bersifat sementara serta tidak berpanjangan. Sama ada ia berlaku pada mata sebelah kiri atau kanan (tidak berlaku serentak pada kedua-dua belah mata), keadaan ini tidak menimbulkan sebarang bahaya.
Ia mungkin saat yang menghiburkan kerana setiap individu paling tidak mesti pernah mengalaminya sekali dalam seumur hidup. Tetapi selain tindakan luar kawalan yang mengejut, ia juga mungkin membawa petanda masalah kesihatan dan kita tidak mahu ia berlaku secara berulang-ulang kerana ia diluar tabiat biasa kerdipan mata.
Istilah Perubatan Menamakan Situasi Ini Sebagai Myokymia 
Dari segi istilah perubatan situasi ini digelar sebagai Myokymia. Dalam bahasa Inggeris yang lebih mudah pula ia dikenali sebagai Eye Twitching. Haa bukan orang melayu je yang alami situasi ni. Kaum lain pun ada. Yelah ianya disebabkan oleh keadaan kelopak mata mengecut bukannya atas sebab sesuatu ramalan maka tak hairanlah jika semua orang boleh mengalaminya. 
Mengikut Medical News Today, gerakan kelopak mata ini disebabkan oleh aktiviti elektrikal dalam otak yang merangsang sel saraf menghantar isyarat dengan sangat cepat kepada otot kelopak mata. 
Inilah Antara Faktor Penyebabnya
Keletihan otot mata dan rangsangan berlebihan (overstimulation) adalah antara faktor puncanya akibat:
  • Stress
  • Pengambilan kafein berlebihan
  • Gangguan tidur atau tidak cukup tidur
  • Mata kering
Penyebab lain yang secara tidak langsung boleh mencetuskan gejala kelopak mata bergerak-gerak ini ialah:
  • Pengambilan alkohol
  • Terdedah kepada cahaya terang
  • Iritasi permukaan biji mata atau bahagian dalam kelopak mata
  • Kesan kerja keras secara fizikal tubuh
  • Merokok
  • Terdedah kepada cuaca dan angin
  • Sakit kepala atau pening kepala
  • Kesan pengambilan ubatan atau rawatan tertentu
  • Terlalu kerap menghadap laptop / komputer

Kelopok Mata Bergerak Bawa Petanda

Macam-macam kan? Namun suka untuk diingatkan sekali lagi yang semua ini hanyalah sebuah mitos. Nak tahu sekadar suka-suka tak ada salahnya namun jangan sesekali dipercaya 100% hingga terlupa kepada penjelasan saintifik yang lebih jelas dan logik untuk diterima akal.


" Jemput komen dan follow blog untuk tinggalkan jejak. InshaAllah saya akan pergi balas kunjungan dan follow blog anda semula nanti. TQ "