Cara Mudah Buat Mee Sendiri Di Rumah Tanpa Perlu Guna Mesin | Anak kat rumah mee suka makan mee, cuma memang selalu beli mee kuning yang dah siap kat kedai jual barang basah je. Mungkin disebabkan mee kuning ni harganya pun tak adalah mahal mana. Tapi nak dijadikan cerita, baru ni anak minta mee goreng dan kebetulan mee kuning kat rumah dah habis.

Cari cari resepi dan cara yang paling senang untuk buat mee kuning sendiri di rumah, eh memang ada pun! Tak payah guna mesin buat mee tetap boleh buat mee kuning homemade yang sedap untuk makan bersama famili. Fresh gitu.

Mula-mula dok cari cara membuat mee kuning homemade tanpa telur tapi tak jumpa. Alih-alih dapat resepi cara buat mee kuning sendiri macam gambar kat bawah tu. Sekilas tengok macam mee kuning cina atau mee sanggul pun ada. Tak kisahlah janji dah jumpa resepi mee kuning yang cukup senang dan simple!

Bila difikirkan balik, eh kenapalah dari dulu daku tak cari resepi buat mee kuning ni je. At least tak payah beli mee kuning yang ada bahan pengawet tu.


Bahan dan Cara Untuk Buat Mee Sendiri (Homemade)


Bahan-bahan :
250 gm TEPUNG GANDUM
secubit GARAM
1 biji TELUR AYAM
50 ML AIR (saya lebihkan sedikit sukatan supaya doh dapat di uli dgn baik)
1 sudu teh SERBUK KUNYIT

Cara-caranya :
1. gaul semua bahan sehingga menjadi satu adunan doh yang tak melekat di tangan

2. potong doh kepada 4 ke 5 bahagian
3, canai setiap satu bahagian doh tersebut hingga menjadi nipis kemudian potong guna pisau 




4. pastikan air rebusan mendidih kemudian masukkan mee ke dalam air rebusan dalam jangkamasa satu ke dua minit. Nanti terlalu lama nanti mee akan menjadi lembik 

5. keluarkan mee dan toskan cepat-cepat di bawah air paip sejuk yang mengalir untuk memberhentikan mee dari menjadi terlebih masak 

6. Ulangi proses hingga semua adunan mee habis 



Rupanya punyalah senang nak buat mee kuning sendiri di rumah ni kan? Time time berkurung ni memang bagus bila semua dapat buat sendiri je. Takde mesin potong mee pun takpe. Paling penting, resipi mi kuning homemade ni memang best sebab dihasikan tanpa perlu menggunakan kapur, asid borik dan pewarna tiruan. 

Nak masak mee kuning ni pun simple je. Hanya perlu sediakan bawang, ayam, telur, sayur sawi dan apa saja bahan lain yang kita suka nak letak. Kemudian gorenglah macam biasa.


Terima kasih banyak pada Puan Fahrini MarsyaLey yang sudi kongsikan resepi dan cara untuk buat mee kuning homemade ni. 

Okay, selamat mencuba!








Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.