Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Pizza Homemade Tanpa Oven, Guna Dapur Gas (Macam Makan Pizza Hut)

Resepi Pizza Homemade Tanpa Oven, Guna Dapur Gas (Macam Makan Pizza Hut) | Entry kali ni daku nak share tentang resepi homemade pizza. Biasalah emak emak macam daku ni memang tak terlepas dari mencari resepi homemade untuk anak-anak. Dan apa yang bestnya memang ada pelbagai resepi menarik yang simple dan mudah untuk di cuba, termasuklah dengan resepi pizza homemade yang boleh kita cuba untuk santapan suami dan anak-anak. 

Sebelum jumpa resepi pizza homemade ni, dalam fikiran selalu ingat yang resepi pizza homemade ni susah! Satu lagi tak yakin nak buat takut kalau-kalau tak sedap. 

Rupa-rupanya tanggapan daku tu sama sekali salah! Masih ada resepi homemade pizza yang sangat mudah, ringkas dan tidak menggunakan kos yang mahal. Senang je buat pizza ni cuma apakan daya baru kini berjumpa dengan resepinya. 



Bila dah jumpa je Resepi Pizza Homemade yang nampak rupa ala-ala Pizza Hut ni, terus rasa teringin nak cuba. So kat sini daku kongsikan sekali resepinya, manalah tahu ada dikalangan kalian yang turut ingin mencubanya. Bolehlah kita buat sama-sama makan kat rumah dengan insan tersayang. =D

Ohya kalau follow resepi ni secara penuh boleh dapat dalam 3 biji pizza. Jadi kalau nak buat sedikit dari tu maka bolehlah kurangkan semua bahan separuh dari tu. Tak naklah sampai membazir pula nanti kan. 


Inilah dia resepinya. Jom cuba!

Resepi Pizza Homemade Ala Pizza Hut 


Bahan-bahan Untuk Doh : 
4 cwn tepung gandum
¼ cwn minyak
secubit garam
1 sdt gula
1 ½ cwn air suam
2 sdt yis

Bahan-bahan Untuk Topping :
sos spagethi dlm tin
bawang holland potong dadu
cili benggala potong dadu
cendawan dlm tin
daging kisar
serbuk lada sulah
serbuk lada hitam
sedikit oregano kering ( jika ada )
mozarella cheese

Cara-Cara Membuatnya :

1. masukkan yis dan gula dlm air suam ..kacau bg larut sikit dan tunggu 10-15 min sampai berbuih
2. dalam bekas yang lain, masukkan tepung dan garam kemudian gaul rata dan buat lubang kat tengah-tengahnya. Kemudian curahkan minyak dan yis yang telah berbuih tadi.

3. gaul rata dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan halus 

4. bulatkan doh, sapu minyak sikit dan tutup doh sampai naik sekali ganda 

5. Setelah doh tersebut naik sehingga satu kali ganda, tumbuk-tumbuk pada doh untuk buang angin dan bahagikan kepada 2 bahagian. Jika mahukan yang lebih nipis maka bahagikan kepada 3 bahagian.

6. Tekan doh pada bekas yang di sapu dgn sikit minyak. Kemudian cucuk permukaan dengan garfu 


7. Sekarang bolehlah disapukan sos ke atas doh, hias dengan topping kegemaran dan akhir sekali taburkan mozarella cheese di atasnya.

8. Untuk proses memasak boleh pilih salah satu dari cara ini. Yang pertama kalian boleh bakar pizza ini dengan api bawah sampai masak menggunakan overn dan setelah itu boleh setkan kepada api atas sahaja bagi mendapat permukaan pizza yang lebih cantik.

9. Jika ingin pizza tanpa over hanya dengan menggunakan dapur gas maksudnya, kalian boleh letakkan doh di atas tudung periuk leper kemudian masukkan ke dalam kuali yang sesuai dengan saiznya. Setelah itu tutup pula dengan tudung periuk lain supaya boleh di masak atas dan bawah. Gunakan api yang kuat selama proses memasak.


Rupa Pizza Homemade Sebelum Dan Selepas Dimasak Guna Dapur Gas 


sebelum

selepas

Credits kepada tuan empunya resepi : Khairiyah Othman


Jika kebetulan ada lebihan roti gardenia, kita boleh buat resepi pizza roti gardenia yang lebih mudah dan cepat. Sekurang-kurangnya tak payahlah membazir roti tu kan. Resepi pizza roti ni juga sesuai untuk mereka yang teringin nak makan pizza tapi malas nak menguli doh. 

Inilah dia rupa pizza roti gardenia yang dimaksudkan. Resepi ni boleh di masak secara bakar dengan menggunakan oven atau boleh juga di masak dengan menggunakan kuali. 



Resepi Pizza Roti Gardenia


Bahan-bahannya :


Roti gardenia 6 keping
Sosej 4 batang (di hiris serong)
Capcicum hijau dan merah (dihiris)
Cheesedale 6 keping
Monzerella cheese
Sos tomato 3 sdb*
Sos cili 3 sdb*
Cendawan butang dalam tin (dihiris)



Cara-caranya :


1. Sapukn sos pada roti. Letakkan cheesedale, sosej, capcicum dan cendawan. Taburkn monzerella cheese.


2. 
Bakar pd suhu 180° guna api atas bawah selama 15 ke 20 minit bergantung pada oven masing-masing. Boleh juga dimasak menggunakan kuali atas dapur gas dengan api sederhana. 

3. Siap utk dihidangkan.

Credits : Resepi Masakan Yati Mohd


*******

[ Resepi Menarik Yang Lain ] :

+ Resepi Bahulu Paling Mudah Guna Blender dan Sandwich Maker 
5 Cara Untuk Tajamkan Mata Blender Yang Tumpul 
+ Cara Buat Mee Kuning Sendiri Tanpa Perlu Guna Mesin
10 Resepi Roti Homemade Yang Senang Nak Buat
+ 8 Resepi Kek Mudah Masak Guna Rice Cooker
13 Resepi Air Viral Sedap Untuk Sejukkan Badan Di Bulan Puasa
14 Menu Tidak Pedas Untuk Anak Dan Famili
7 Resepi Biskut Raya Mudah Tapi Sedap (Boleh Jimat!)
7 Resepi Kek Tanpa Perlu Bakar @ Kukus (Guna Peti Sejuk Je)
Resepi Bubur Lambuk Guna Rice Cooker
Resepi Nasi Minyak Paling Ringkas Guna Beras Biasa 


*******


Itulah dia dua jenis resepi pizza homemade buatan sendiri, satu dengan homemade pizza dough dan satu lagi dengan menggunaka roti keping gardenia. Kalau nak tukar roti keping jenama lain pun tak apa. Tak kisah pun. 

Yang pasti, pizza homemade ni memang mudah dan sedap serta sesuai di makan sebagai sarapan ataupun minum petang. Kalau nak makan untuk dinner pun tak apa. Terpulanglah pada kehendak dan citarasa masing-masing. 

Selamat mencuba !!


3 comments for "Resepi Pizza Homemade Tanpa Oven, Guna Dapur Gas (Macam Makan Pizza Hut)"