Petanda Binatang Masuk Rumah Menurut Islam Dan Kepercayaan
Petanda Binatang Masuk Rumah Menurut Islam Dan Kepercayaan | Bila ada binatang masuk rumah, eh ada apa-apa maksud ke? Haa kalau nak tahu memang ada pun maksud atau petanda untuk binatang masuk rumah ni, lagi-lagi menurut kepercayaan melayu. Kalau nak disenaraikan memang banyak jugalah arti binatang masuk rumah ni untuk kita baca.
Antaranya seperti petanda biawak masuk rumah, petanda ular masuk rumah, petanda rama-rama masuk rumah, mentadak mentadu masuk rumah, kelawar masuk rumah, belalang masuk rumah,cengkerik masuk rumah dan macam-macam lagi.
Antara maksud atau petanda binatang masuk rumah ni, ada yang kita dengar sejak masih kecil dulu lagi. Kiranya entah sejak bila gamaknya semua maksud atau petanda ini wujud, tahu-tahu dah memang ada pun di kalangan masyarakat kita
Menurut kepercayaan, antara binatang atau haiwan yang dikatakan ada maksud bila masuk ke dalam rumah ini adalah seperti biawak, cengkerik, ular, kupu-kupu / rama-rama, tebuan, kodok/katak, ayam, kelip-kelip, kelawar, cengkerik, kala jengking, belalang, mentadak dan banyak lagilah!
Bagi yang seronok untuk tahu apakah maksud yang dikatakan sebagai petanda bila haiwan ini masuk rumah, di sini akan senaraikan sebahagian daripadanya.
Petanda Biawak Masuk Rumah & Tafsir Mimpi Tentang Biawak Mengikut Kepercayaan
- Petanda Biawak Masuk Rumah
Pertanda apa biawak masuk rumah menurut islam? Jika menurut Islam tak pasti tapi untuk tafsir mengikut kepercayaan masyarakat tempat, pertanda apa biawak masuk rumah menurut islam ada maksud buruk.Keluarga akan menerima masa-masa susah kerana biawak ini sering dikaitkan dengan 'sial' / malang. Tafsir dan ramalan dari mimpi melihat biawak masuk rumah pula akan sakit dalam waktu yang terdekat ini.
- Petanda Biawak Melintas Jalan Tika Sedang Lalu
Dikatakan jika biawak melintas jalan yang sedang kita lalui maka ia boleh membawa petana tidak baik. Jadi bila lihat biawak sedang melintas jalan, biarkan biawak melintas sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran.- Arti Mimpi Melihat Biawak
Tafsir mimpi biawak artinya anda akan bertemu dengan seseorang yang mampu mengisi kekosongan hati anda, jika anda sudah memiliki kekasih maka hal ini akan lebih hebat, lebih membahagiakan.biawak lintas jalan (gambar Google) |
- Tafsir Mimpi Digigit Biawak
Tafsir mimpi dipatuk atau digigit biawak artinya dipercayai bahawa ada sebuah situasi di mana jika si pemimpi itu perempuan maka dia akan mendapat tekanan dari orang-orang yang menyayanginya tentang jodoh dan kerjaya. Seolah-olah macam nak suruh cepat kahwin la tu!- Mimpi Lihat Biawak Sedang Bergaduh
Maknanya sedang berusaha meraih kejayaan- Arti Mimpi Membunuh Biawak yang Besar
Dikatakan membawa maksud akan mendapat rezeki yang besar dalam waktu dekat- Bermimpi Dikejar Biawak
Maknanya akan mendapatkan kesialan atas apa yang sedanng lakukan.- Arti Mimpi Melihat Biawak Tidak Berekor
- Bermimpi Menangkap Biawak
- Arti Mimpi Memijak Biawak
- Bermimpi Melihat Biawak / Bangkai Biawak Dimakan Binatang Lain
- Arti Mimpi Makan Daging Biawak
- Mimpi Bunuh Biawak
Bermakna akan mendapatkan rezeki yang besar dalam waktu dekat.- Tafsir Mimpi Biawak Besar
Bermakna akan mendapatkan masalah yang bersangkut dengan ramai orang.- Tafsir mimpi melihat Biawak Di Sungai
Dikatakan bahawa mimpi melihat biawak di sungai begini boleh membawa bahawa akan ada hal buruk yang bakal terjadi pada keluargaArti Binatang Masuk Rumah Mengikut Kepercayaan (Haiwan Lain Selain Biawak)
- Petanda Masuk Cengkerik Dalam Rumah
Cengkerik ni memang ada banyak di waktu selepas hujan pada waktu malam dan tak sangka pula yang cengkerik ni pun dikatakan ada petanda bila masuh rumah. Menurut kepercayaan cengkerik ini ada tanda yang berkaitan dengan sihir dan perlu dibuang segera jika masuk ke dalam rumah.- Petanda Kupu-Kupu / Rama-Rama Masuk Rumah
Rama-rama masuk rumah memang selalu di sebut bahawa itu tandanya akan ada tetamu yang akan bertandang ke rumah. Kiranya kalau ada rama-rama atau kupu-kupu yang tiba-tiba datang masuk ke dalam rumah, tu tanda ada orang nak datang. Lagi-lagi jika si rama-rama tu masuk rumah lepas waktu maghrib.Dikatakan juga yang rama-rama ni kalau terbang masuk ke rmah akan membawa tanda-tanda untuk berita baik.
Kenapa rama-rama atau kupu-kupu ini ada aura untuk kebahagian dan apakah petanda rama rama masuk rumah menurut Islam? Bab ni aku tak pasti, cuma rama-rama dikaitkan dengan benda baik mungkin kerana ia cantik barangkali.
rama-rama / kupu-kupu (gambar Google) |
- Petanda Bila Belalang Pelesit Masuk Rumah
Belalang pelesit, ya memang itu nama panggilannya, Tak tahulah jugak kenapa di gelar sebagai belalang pelesit. Dan untuk belalang pelesit ini dikatakan membawa petanda buruk dan ada kaitan dengan unsur mistik.Dah nama pun pelesit kan. Jadi kalau ada belalang pelesit ini masuk ke rumah terutama pada waktu malam bolehlah tangkap dan lepaskannya di luar rumah.
- Petanda Kelip-Kelip Masuk Rumah
Tapi di sebalik kecantikan di kelip-kelip ini turut ada maksud lain disebaliknya mengikut kepercayaan. Katanya kelip-kelip atau kunang-kunang ini sebenarnya adalah jelmaan iblis.
- Petanda Burung Merpati Masuk Rumah
Jika tinggal di kawasan perumahan atau kampung, kadangkala memang ada sejumlah burung merpati. Mengikut kepercayaan burung mepati ini boleh membaa petanda muncul dan boleh mejnjadi petanda bahawa rumahtangga yang di bina akan bergolak.- Petanda Tebuan Masuk Rumah
Jika ada nampak sarang tebuan di sekitar rumah halaman rumah, lebih baik segera memusnahkan sebab tebuan bukan saja bahaya malah dikatakan turut membawa pertanda buruk dan mengundang kecelakaan untuk orang di rumah.
- Petanda Kodok/Katak Masuk Rumah
Katak juga menjadi salah satu haiwan yang seringkali masuk ke dalam rumah. Katak dikatakan membawa maksud bahawa akan ada tetamu yang bakal datang dari jauh.
- Petanda Kumbang Masuk Rumah
Kumbang ni adalah dari jenis yang bertanduk dan mengikut kepercayaan, apabila kumbang jenis ini masuk rumah pada waktu malam ataupun siang, dikatakan yang ia membawa maksud akan mendapat fitnah yang disebarkan oleh orang yang dengki.
- Petanda Ular Masuk Rumah
Sama seperti biawak, menurut kepercayaan orang jika ular masuk rumah ia merupakan satu pertanda. Masuknya ular ke dalam rumah dikatakan adanya iblis atau jin yang cuba untuk masuk ke dalam rumah. Walaubagaimanapun, untuk mimpi kena patuk ular tandanya ada orang nak masuk meminang dan seperkara lagi, pernah juga dengar yang tidak boleh bermain rekoder atau sebarang alat tiupan dalam rumah pada waktu malam kerana dipercayai akan ada ular masuk ke dalam rumah nanti.
- Petanda Kelawar Masuk Rumah
Kelelawar dipercaya dapat membawa nasib buruk. Kelelawar sering dikaitkan dengan kematian dan energi negatif. Dipercayai juga jika kelelawar hanya datang dan masuk ke dalam rumah maka ia akan dianggap sebagai membawa sial namun jika kelawar tersebut bersarang di rumah, maka ia akan membawa sebuah keuntungan besar dalam bentuk wang. Dan kelawar serta biawak sering dikaitkan dengan nombor 4D
- Petanda Kucing Hitam Masuk Rumah
Jika tiba-tiba kucing hitam datang dan mulai tinggal di rumah, ini dianggap tidak menguntungkan. Sudah sering menjadi kepercayaan umum bahwa kucing hitam sepenuhnya ini menunjukkan sihir hitam yang dikirim ke dalam rumah.- Petanda Burung Hantu Masuk Rumah
Meskipun burung hantu biasanya tidak masuk ke dalam rumah, harus tetap waspada jangan sampai ia memasuki rumah kerana dipercayai burung hantu ini adalah pertanda burukburung hantu (gambar Google) |
2. Seseorang yang sedang sakit tenat, tiba-tiba didekati atau dihinggapi kupu-kupu, dipercayai kehidupannya sudah tidak lama lagi.
Read This :
- Harga Kek Secret Recipe
- Harga Kereta Perodua Baru Malaysia
- 10 Jenama Susu Terbaik Untuk Bayi 0-6 Bulan
- Cara Dapatkan CIMB Bank Statement Online
belalang pelesit (gambar Google) |
Arti Binatang Masuk Rumah Dalam Islam
Jika di atas tadi berdasarkan kepada kepercayaan, ini pula jawapan berdasarkan Islam. Sebagaimana kita tahu, haiwan ini juga adalah makhluk Allah SWT dan tidak dinafikan yang Allah SWT turut menciptkan benda ghaib dan mistik yang sangat misteri.
Maka mungkin disebabkan itu telah membuatkan ada unsur kepercayaan untuk sesetengah haiwan yang telah diperkatakan sejak dari zaman dulu hingga terbawa ke masa kini.
Sebagai contoh tanda-tanda alam yang seakan mengarut seperti kupu-kupu masuk ke dalam rumah itu tandanya ada orang jauh nak datang. Jika cengkerik berbunyi itu tandanya ada benda tak elok bakal berlaku. Eh macam tak logik je. Jika ada berlaku sekalipun rasanya sekadar kebetulan saja kot.
Walaubagaimanapun, sebagai orang Islam kita kena tahu binatang apa yang boleh kita bunuh dan binatang apa yang patut kita biarkan hidup. Takut-takut kalau haiwan yang ada bersangkutan dengan benda ghaib itu 'dibunuh' tanpa sedar hingga boleh bawa musibah.
Apakah Jenis Binatang Yang Boleh Dan Tidak Boleh Di Bunuh Menurut Islam?
- Semut
- Lebah
- Burung hud-hud
- Burung Shurad
Cara Halau Biawak Masuk Rumah / Cara Usir Biawak Keluar
Biawak ini tak dinafikan memang boleh masuk ke dalam rumah dan selalunya berada di dalam tandas. Bila ada biawak dalam tandas, hmm memang boleh meremang bulu roma oi! Takut! Tak kiralah biawak kecik atau besar, biawak tetap biawak dan daku sendiri gerun bila fikirkan rupanya dengan lidah yang bercabang tu. Ya Allah, Kau jauhkanlah..
Dan menurut apa yang dikongsikan melalui carian Google, cara untuk halau biawak dalam tandas ini adalah dengan menggunakan garam. Tak tahu betul ataupun tidak tapi dikatakan yang biawak ini kelemahannya adalah takut pada garam.
Tanda-tanda alam termasuk haiwan atau binatang ini memang boleh memberi gambaran maksud negative atau positif jika melibatkan benda yang ghaib. Lagi-lagi jika binatang ini masuk ke dalam rumah pada waktu malam.
Walaubagaimanapun kita jangan terlalu obses hingga semuanya nak di anggap sebagai ada maksud atau petanda.
Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran dan jika haiwan itu berbahaya eloklah kita usir segera. Tak perlu fikir apa maksud di sebaliknya melainkan halau biawak atau apa saja binatang yang masuk rumah dengan segera.
Keselamatan keluarga kita perhatikan dan akidah dalam diri kita jaga. Biar ke duanya seiring barulah tidak terjebak dengan apa-apa pemahaman yang salah berkaitan apa saja termasuklah untuk petanda binatang masuk rumah ini.
kadang tak tau nak balas macam mana ayat kalau pasal petanda binatang masuk rumah ni. kang dikata menjawab pulak, huhu
ReplyDeleteBaru tahu rupanya biawak takut pada garam..
ReplyDeleteSy dgr rama2 masuk umah mmg tanda org nk dtg.. tp kalo kupu2 (yg kaler brown tu atau kaler hitam) masuk umah makna nya tak bagus.. wallahua'lam!
ReplyDeleteApa maknak nya kalau kala jengking masuk dalam bilik ditur
ReplyDeleteSaya pon ada kene kala jengking ada di depan bilik tidur, kebetulan pula baru lepas balik dari berubat masa tu, masa tu plak pkol 12 lebih tgh malam.. mmg Aneh rasa, tibe2 muncul, tak penah2 ada sblom ni, besar plak tu.. saya terpkse bunuh takut bahaya ahli keluarga saya, sambil bunuh baca Bismillah.. xtau nk buat apa jgak masa tu, jadi saya fikir secara logik harus bunuh, ikot Islam berserah pada Allah jika ada gangguan sihir..
Deletemelihat beruk @ monyet berwarna kuning keemasan
ReplyDelete