10 Jenama Terbaik Susu Formula Untuk Bayi Baru Lahir, Usia 0-6 Bulan
Tapi, pada waktu tertentu ada kes-kes yang memerlukan si ibu memberikan susu formula untuk bayi baru lahir. Mencari susu formula terbaik untuk bayi 0-6 bulan, merupakan satu tugas yang agak berat.
10 Jenis Susu Formula Untuk Bayi Baru Lahir, Usia 0-6 Bulan
- cirit birit
- kembung perut
- muntah
- naik ruam merah pada badan
1. Susu Tepung Dutch Lady Untuk Bayi Baru Lahir
Susu formula Dutch Lady salah satu dari susu tepung terbaik untuk bayi 0 – 6 bulan. Ductch lady merupakan salah satu jenama yang sudah lama ada di Malaysia. Untuk susu tepung formula jenama Dutch Baby 0-6 months ini, ramai ibubapa telah menggunakan susu ini untuk bayi baru lahir mereka.
2. Susu Formula Lactogen 1
Susu Lactogen mengandungi Omega 3 dan 6 serta DHA. Dapat bantu sistem imunisasi badan, kesihatan dan perkembangan otak bayi. Sesuai diminum oleh bayi yang berusia 0 hingga 12 bulan. Kena juga dapatkan nasihat doktor pakar sebelum gantikan susu ibu dengan susu ini.
3. Susu Tepung Formula Enfalac A+ Infant
4. Susu Tepung Formula Bayi Similac 1
Susu Tepung Formula Bayi Similac 1 telah disahkan halal oleh JAKIM. Jenama susu formula untuk bayi dengan nama Similac 1 ini sering juga ada di hospital-hospital swasta. Ia mengandungi DHA, Lutein, Vitamin E, Protein, Zink, Kalsium dan Vitamin D.
Harganya pula agak tinggi tetapi sering juga di beli oleh ibubapa sebagai salah satu susu formula terbaik untuk bayi baru lahir.
5. Susu Tepung Rumusan Bayi S-26 Gold SMA
Susu Tepung Rumusan Bayi S-26 Gold SMA sesuai untuk bayi bermula dari 0 sehingga 12 bulan. Susu formula ini agak tinggi kandungan zat besi dan kolina di dalamnya. Ia turut mengandungi DHA, Lutein and nutrien Choline Tambahan dengan Oligofructose.
6. Susu Tepung Rumusan Bayi Frisolac Langkah 1
Frisolac didatangkan jauh dari ladang lembu Holland, ianya dijual dalam 3 saiz berbeza iaitu (400g, 600g and 900g). Ia mementingkan kesejahteraan lembu dan memelihara nutrisi semulajadi sebanyak yang mampu! Formula ini mengandungi kolina dan kalsium tertinggi diantara tepung susu jenama dalam senarai ini!
7. Susu Tepung Rumusan Bayi Anmum Infacare Langkah 1
Jenama Anmum sudah lama popular. Anmum gah sebagai jenama susu ibu hamil dan menyusu badan. Tapi Anmum juga ada keluarkan susu formula bagi kegunaan bayi yang berusia 12 bulan ke bawah.
Anmum Infacare Step 1 Infant Formula Milk Powder, ada khasiat sepenuhnya kepada anak dan dapat bantu kurangkan ketidakhadaman pada usus. Ia kurang manis dan tidak menyebabkan masalah sembelit atau cirit-birit.
8. Jenama Susu Formula Soya Untuk Bayi Isomil
Berbeza dengan susu formula dari susu lembu, Isomil ini dihasilkan dari susu soya. Bayi yang ada alahan pada susu lembu, boleh cuba diberikan susu ini. Isomil mempunyai kalsium tinggi dengan formula susu berasaskan kacang soya 100% tanpa laktosa.
9. Susu Tepung Rumusan Bayi Dumex Mamex Cherish Langkah 1
Susu ini mengandungi DHA, AA, Vitamin A,C,D,E, Protein, Kalcium, Zink dan Zat Besi. Walaupun kandungan zat besi dan zink dalam susu ini lebih rendah (berbanding dengan jenama lain), susu ini tidak kurang bagusnya berbanding dengan jenama susu formula untuk bayi baru lahir yang lain.
10. Susu Tepung Formula Bayi Nestle NAN Pro Langkah 1
NAN Pro Langkah 1 jenama susu keluaran Nestle. Nan Pro Langkah 1 mengandungi bifidobacterium lactis dalam membantu meningkatkan kesihatan usus bayi. Bahan khas bifidobacterium lactis probiotic dapat kurangkan risiko masalah cirit-birit. Susu ini boleh diberikan kepada bayi yang berusia 0 hingga 12 bulan.
Read This :
- Susu Formula Tahan Berapa Lama Selepas Dibancuh
- Cara Sendawakan Bayi Setelah Menyusu
- Cara Membaca Result Ultrasound Kehamilan
- Senarai Harga Kek Secret Recipe
- Senarai Harga Menu Starbucks Malaysia
Ibubapa Boleh Minta Nasihat Doktor Jika Masih Keliru
Itulah antara susu terbaik untuk bayi dan susu terbaik untuk anak ini, sebelum di beli pastikan di baca dulu labelnya. Jika masih was-was tentang susu bagus untuk anak, boleh dapatkan nasihat dari doktor. Doktor boleh bantu suggestkan.
Susu formula untuk kanak-kanak dan bayi ini, ada yang serasi dengan anak orang lain tapi tidak serasi untuk anak kita. Ini kerana setiap kanak-kanak mempunyai tahap penerimaan yang berbeza.
Langkah terbaik untuk mencari susu terbaik untuk bayi, adalah dengan membeli susu dalam pek kecil buat kali pertama sebagai langkah percubaan.
Jika susu formula untuk bayi yang di beli itu, nampak okay bila baby minum, maka bolehlah diteruskan. Setiap ibu yang baru melahirkan anak dalam masa yang sama perlu minum susu khas untuk ibu juga.
Kebanyakan susu direka khusus bagi bayi dalam jangka masa panjang sejak lahir sehingga berusia 12 bulan, begitu juga susu untuk ibu hamil dan selepas melahirkan.
Kesimpulan
Ada banyak jenis susu di pasaran dan susu formula newborn tidak sama dengan susu formula untuk anak aktif berusia 1 tahun ke atas.
Pilihlah mengikut penerima bayi. Mencari susu formula tambahkan berat badan bayi, susu formula untuk bayi sembelit, susu formula untuk bayi kuning dan susu formula untuk bayi kembung perut ternyata bukan mudah.
Namun tak ada jalan lain melainkan teruskan usaha untuk mencari susu formula yang paling serasi dengan penerima badan anak kesayangan kita.
Semoga perkongsian ini dapat bantu ibubapa memilih susu formula terbaik untuk bayi, terutama untuk bayi baru lahir hingga 12 bulan dengan khasiat penting yang diperlukan oleh baby.
Didoakan semoga cepat berjaya dalam misi mencari susu formula untuk bayi baru lahir dan masih di bawah usia satu tahun ini. Aamiin.
Post a Comment for "10 Jenama Terbaik Susu Formula Untuk Bayi Baru Lahir, Usia 0-6 Bulan "