Tanda Bayi Sedang Alahan Dengan Susu Lembu / Susu Formula Yang Mama Perlu Alert |   Tidak dinafikan susu ibu adalah makanan semulajadi bayi yang sempurna kerana susu ibu sama sekali tidak akan memberi apa-apa masalah alahan terhadap bayi. Namun sayangnya tidak semua ibu mampu menyusu sendiri bayi / anak kecil masing-masing. Jika sudah tidak dapat menyusu badan apalah daya yang boleh di buat.

Ada bayi tidak suka minum susu formula kerana masih belum biasa dengan rasanya. Maka cara terbaik adalah dengan memilih susu yang sesuai berdasarkan keadaan anak. Cabaran untuk ibu yang memberi susu lembu / susu formula ini adalah apabila bayi mula menunjukkan tanda penolakan. Dalam erti kata bayi sedang alahan dengan susu yang diberikan. 




Alahan Susu Lebih Kerap Berlaku Di Kalangan Bayi dan Kanak-Kanak

Tanda-tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi boleh dilihat pada reaksi tindak balas daripada bayi itu sendiri. Perkara inilah yang mama perlu alert sentiasa terutama tatkala sedang memberi susu dari jenis yang baru. Tidak kisah sama ada tidak dapat menyusu badan atau dengan sendiri sengaja memilih untuk tidak melakukannya, paling penting tolong alert tentang tindakbalas bayi terhadap susu formula yang diberikan.

Bayi boleh mengalami simptom yang berbeza pada masa yang berlainan. Ini bergantung kepada jumlah susu atau produk susu yang telah di makan dan keterukan alahan individu.


Alergi susu turut dikenali sebagai alahan tenusu atau alahan susu lembu yang akan memberi suatu tindak balas hingga boleh membahayakan anak. Selalunya alahan akan terjadi dalam masa 1 minggu selepas susu formula lembu diperkenalkan. 

Tidak ada ubat yang boleh merawat alahan susu lembu, tetapi simptom-simptom dan reaksi alahan boleh dielakkan dengan tidak mengambil produk tenusu atau susu lembu. Kerana itu para ibu bapa perlu tahu perbezaan antara masalah alahan susu yang boleh mengancam nyawa dengan masalah yang hanya menjejaskan sistem penghadaman.

Antara Tanda-Tanda Yang Berlaku Apabila Bayi Alahan Dengan Susu Formula

Di sini turut disenaraikan antara tanda alahan yang boleh berlaku ke atas bayi / anak untuk rujukan para ibu dan ayah di luar sana.

1. Cirit-Birit / Sembelit
Setelah minum susu lembu, perhatikan najis bayi. Perhatikan najis baby, keras, kental, lembut, dan juga warna najis ok? Brownish or greenish? Tanda alahan susu lembu termasuklah najis yang terlalu cair, atau sembelit di mana najis bayi disertai dengan berdarah. Jika keadaan ini berterusan, bayi berisiko mengalami masalah usus dan gagal mencapai berat yang optima untuk tumbesaran.
2. Sakit Perut / Kembung
Kembung perut atau colic boleh ditunjukkan oleh bayi dengan reaksi seperti menangis terus-menerus, perut yang kelihatan kembung dan ketidakselesaan. Pada permulaan bolehlah di sapu dengan minyak dan sebagainya tetapi jika masih juga berterusan, segera hentikan susu dan bawa berjumpa dengan doktor.
3. Bintik-bintik merah 
Bintik merah pada bayi akibat alergi susu lembu berbeza dengan bintik merah akibat peluh. Kadangkala bintik merah ini boleh menyebabkan rasa gatal pada kulit bayi. 
4. Masalah Pernafasan 
Akibat gangguan sistem pernafasan, mungkin terhasilnya lendir berlebihan hingga menjadi punca nafas bayi berbunyi. Ia boleh diiringi dengan simptom seperti bersin, hidung dan mata gatal, atau mata merah. Kesulitan bernafas juga boleh menjadi gejala asma/lelah pada bayi dan menyebabkan bayi berdehit (wheezing).
5. Muntah 
Ada ibu yang menganggap sesetengah bayi akan muntah kerana belum biasa dengan susu formula yang baru. Ada juga ibu yang menganggap bayi muntah setelah minum susu formula kerana kerana kurang suka dengan rasanya. Tapi muntah ini boleh disebabkan oleh rasa tidak selesa dan sesak pada bahagian kerongkong. Saluran pernafasan boleh memberikan reaksi yang berlebihan terhadap bahan kimia tertentu dalam susu lembu hingga boleh menyebabkan bayi sukar menelan susu, muntah atau menangis ketika meminumnya.
6. Ruam
Timbul ruam sering berlaku terhadap bayi. Kadangkala ibu hanya pandang remeh dengan hanya menyapu ubat yang dibeli dari farmasi. Tetapi sebenarnya ruam juga boleh memberi tanda bahawa anak sedang alahan terhadap susu formula yang diberikan dan ruam ini jika tidak diberi rawatan yang tepat boleh menyebabkan risiko yang lebih besar seperti ekzema dan asma.
7. Hidung Berair
Selain batuk, reaksi alergi yang biasa berlaku adalah hidung dan mata bayi yang kelihatan berair. Keadaan ini boleh menyebabkan rasa gatal pada bahagian mata.
8. Batuk 
Awalnya mungkin bayi akan mengeluarkan suara serak akibat reaksi terhadap susu lembu. Kemudian, bayi akan menjadi lebih sering batuk terutama sejurus setelah menyusu. Jangan pandang remeh jika bayi mula menunjukkan tanda ini.

Panduan Tukar Susu Formula Bayi / Anak 


[~] Beli susu baru dalam saiz yang kecil atau boleh juga di mohon sampel percuma atau dengan sedikit bayaran secara online di website milik company pengeluar susu tersebut. Sebagai contoh sampel susu SUSTAGEN FRISCO GOLD,  S-26  GOLD PROGRESS dan lain-lain lagi.

[~] Cuba berikan dulu dengan sukatan yang sedikit, paling kurang 2oz. 

[~] Pantau keadaan anak sentiasa. Alert jika berlaku sebarang perubahan pada anak. 

[~] Jika susu tersebut lambat tidak memberi tindak balas apa-apa dalam masa terdekat, itu tidak bermakna susu tersebut sesuai 100%. Ini kerana ada alahan yang akan muncul dengan cepat dan ada alahan akan muncul dengan lambat.

[~] Jika ada sebarang tindak balas yang negatif sebagaimana yang telah dikongsikan tadi maka itu bermakna susu tersebut tidak sesuai dengan tubuh anak. Segera hentikan serta merta! 

[~] Jangan juga lupa untuk memanjatkan doa kepada Nya supaya segala urusan pencarian susu formula yang sesuai untuk anak ini berhasil. Ameen. 

Tugas mencari susu formula yang terbaik dan paling sesuai dengan anak pula bukanlah satu tugas yang mudah. Ditambah lagi dengan lambakan susu formula yang ada di pasaraya membuatkan para ibu bapa makin pening kepala tidak tahu mahu pilih yang mana satu. Jika mahukan senarai susu formula terbaik untuk bayi, boleh singgah ke blog Ibu Syurga untuk rujukan. 


Paling penting, apabila bayi menunjukkan tanda-tanda alahan, sila segera di bawa kepada doktor untuk pemeriksaan dan sila dapatkan juga nasihat atau konsultasi daripada doktor. Ibu kena tahu yang setiap pencernaan baby berbeza. So, jika sesuatu susu itu bagus untuk bayi lain belum bererti ianya bagus dan sesuai untuk bayi sendiri.






" Jemput komen dan follow blog untuk tinggalkan jejak. InshaAllah saya akan pergi balas kunjungan dan follow blog anda semula nanti. TQ "