Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Susu Formula Boleh Tahan Berapa Lama? Bolehkah Juga Disimpan?

Susu Formula : Boleh Tahan Berapa Lama? Bagaimana Cara Nak Simpan? | Walaupun aku seorang ibu yang aktif menyusu badan namun tak bermakna aku tidak perlu ambil tahu soal susu formula. Sebagai seorang ibu kita perlu tahu info mengenai susu ibu dan susu formula. 

Untuk susu formula, seorang ibu itu perlu tahu beberapa info penting mengenainya termasuklah bagaimana cara nak bancuh, berapa lama susu formula dapat tahan lepas dibancuh dan bagaimana pula cara nak simpan? 



Untuk persoalan susu formula tahan berapa lama, sebenarnya ia bergantung pada susu itu sendiri. Jika di bancuh dan terus di simpan dalam peti sejuk maka ia boleh bertahan sehingga 24 jam (Sehari). Selepas 24 jam sama ada bayi minum ataupun tidak susu tersebut perlu segera di buang. 

Manakala susu formula yang telah di bancuh dan terus di beri pada bayi untuk di minum, ianya hanya akan bertahan selama 2 ke 3 jam sahaja. Ada yang beranggapan susu formula selepas di bancuh mampu bertahan sehingga 5 ke 6 jam dan sebenarnya anggapan itu agak kurang benar. 


Susu Formula Tahan Berapa Jam Setelah Dibuat?

Bolehkah susu formula yang tidak dihabiskan disimpan untuk sesi seterusnya? Jangan! Tolong jangan amalkan menyimpan lebihan susu untuk memberi semula susu formula itu pada bayi. Ibubapa perlu tahu info dan bahan bacaan mengenai susu formula ini iaitu:


  • susu formula memang boleh di bancuh awal dan dimasukkan ke dalam peti sejuk 
  • susu formula yang berada dalam peti sejuk boleh bertahan sehingga 4 jam
  • walau simpan dalam peti sejuk, bakteria masih tetap boleh membiak dalam susu formula tersebut kerana itu jangan di simpan terlalu lama
  • susu formula yang di bancuh dan berada dalam suhu bilik hanya boleh bertahan selama 1 ke 2 jam

  • lebihan susu formula yang tidak dihabiskan oleh bayi sebaiknya terus dibuang dan jangan diberi semula pada bayi
  • untuk elak pembaziran, bancuh saat bayi benar hendak susu dalam jumlah yang sesuai (jangan bancuh lebih awal dalam kuantiti yang banyak) 



Tidak dinafikan yang ada ibubapa menyimpan lebihan susu yang diminum bayi dalam peti sejuk disebabkan oleh harga susu yang agak mahal. Namun ternyata kaedah itu silap. Lebihan susu yang diminum sudah tidak boleh diberi secara berulang walau di simpan dalam peti sejuk. Ini kerana susu tersebut sudahpun terdedah saat menyusukan bayi tadi lagi-lagi jika terus diberi dari botol susuan. 


Adakah Susu Formula Ini Boleh Dipanaskan Semula?

Jawapannya TIDAK! Susu formula yang telah disedut (dihisap) oleh anak/bayi sama sekali tidak boleh dipanaskan semula. Sebaliknya susu formula ini hendaklah di buang jika telah melepasi masa 2 jam selepas di bancuh. 

Jika kebetulan bayi minum dan botol itu tidak di tutup dengan sempurna maka jangka waktu ketahanan susu akan menjadi lebih cepat rosak. 


Susu Formula Lebih Dari 3 Jam Akan Mula Menjadi Basi (Tanda Susu Formula Sudah Basi)

Tanda susu formula yang sudah basi ini ada banyak. Antaranya, bau susu formula tersebut berubah menjadi tengik dan warna susu juga sudah tidak cerah seperti susu yang baru dibancuh. Selain daripada itu susu yang sudah basi atau tidak elok ini akan ada rasa masam. 

Bila susu tersebut digoncang sedikit ia kelihatan seperti berketul. Jika ada semua tanda ini besar kemungkinan susu tersebut sudah basi (rosak) dan hendaklah segera dibuang. 

Susu formula yang sudah basi sama sekali tidak boleh diberikan pada bayi. Ini kerana susu formula yang sudah basi ini boleh mendatangkan bahaya pada bayi jika meminumnnya. 

Susu formula yang sudah basi ini boleh menyebabkan anak mengalami keracunan akibat susu formula tersebut dan percaya ataupun tiak, susu formula yang sudah basi ini akan membuatkan bakteria berkembang hingga boleh mendatangkan masalah yang serius pada usus. 



Read This :


Cara Bancuh Susu Formula Bayi Dengan Betul 

Ibubapa juga harus tahu cara untuk mengendalikan botol susu dan perlu juga tahu cara untuk bancuh susu dengan betul. Artikel ini bukannya berniat untuk mengalakkan susu formula kepada bayi ye. Antara susu formula dan susu ibu, terang lagi bersuluh susu ibu adalah yang susu yang paling terbaik sekali untuk bayi. 

Aku sendiri amalkan pemberian susu ibu pada semua anak tapi tak bererti kita perlu abaikan info mengenai susu formula ini

1. Ramai ibu bapa akan bancuh susu bayi dengan memasukkan susu terlebih dulu ke dalam botol susu. Sebenarnya cara itu silap. Cara yang betul. perlu masukkan air masak yang telah sejuk dulu ke dalam botol susu.
2. Tuangkan air panas (jangan yang mengelegak sangat) secara sedikit demi sedikit sehingga air di dalam botol menjadi suam. Nisbahnya air panas ke air sejuk adalah 1:4. Nak mudah, masa tuang air panas tu cukup sekadar  bila air tersebut bertukar menjadi suam.
3. Ramai yang silap dengan masukkan susu dulu diikuti air panas, cara tersebut memang salah kerana khasiat dan nutrisi susu akan hilang saat air panas itu di tuang.
4. Setelah berjaya mendapatkan tahap air suam tersebut, bolehlah disudukan susu formula ke dalam botol tersebut. Gunakan penyukat susu formula dan jangan lupa untuk ikuti arahan pada tin.

5. Tutup dan ketatkan botol susu. Goncangkan botol hingga semua susu menjadi larut dan sebati sepenuhnya dengan air tersebut.
6. Uji suhu susu dengan menuang botol susu di atas bahagian atas tapak tangan. Suhu yang paling sesuai adalah tidak panas dan suam.

Ingat! Jangan simpan susu formula lebih lama daripada tempoh yang diperlukan bayi dan untuk elakkan pembaziran bolehlah di bancuh susu formula dalam amount yang sedikit setakat sekali minum. 

Jika bayi masih belum kenyang boleh bancuh semula dalam amount yang sedikit juga. Dengan cara ini, pembaziran dapat dikurangkan.



Jemput join  : 


2 comments for "Susu Formula Boleh Tahan Berapa Lama? Bolehkah Juga Disimpan?"

  1. susu formula brand aper yg baik untuk bayi

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian. Sangat bermanfaat 👍

    ReplyDelete