Cara Membaca Result Ultrasound Kehamilan
Cara Membaca Result Ultrasound Kehamilan | Setiap kali mengandung mesti tak sabar nak scan baby tu kan? Aku pun macam tu juga! Macam-macam perkara boleh kita ambil tahu melalui ultrasound ni seperti ukuran panjang, berat, jantina, degup jantung dan semestinya jantina.
Ultrasound sekarang juga sudah makin canggih hingga boleh di buat secara 3D dan 4D. Ini bermakna dah boleh lihat keadaan bayi dengan lebih jelas termasuklah rupanya sekali.
Di bawah ini adalah gambaran scan dalam bentuk 3D untuk salah seorang anak ku. Korang boleh lihat sendiri betapa detailnya maklumat yang terpapar di situ.
Maksud untuk singkatan yang ada pada gambar scan baby seperti di bawah.
> GS (Gestational Sac) : Ini adalah ukuran kantung kehamilan. Ia hanyalah berupa sebuah bulatan berwarna hitam. Biasanya di ambil pada trisemester awal.
> CRL (Crown Rump Length) : Ukuran jarak daripada puncak kepala ke ‘ekor’ bayi. Ini juga biasa digunakan oleh doktor untuk mengukur janin di usia kehamilan trisemester pertama.
> BPD (Biparietal diameter) : Ukuran tulang pelipis kiri dan kanan. Biasanya digunakan untuk mengukur janin di trisemester ke-2 atau ke-3.
> FL (Femur Length) : Ukuran panjang tulang paha bayi.
> HC (Head Circumferencial) : Ukuran lingkaran kepala bayi. Digunakan untuk mengukur usia kehamilan bayi pada trismester ke-dua dan ke-tiga.
> AC (Abdominal Circumferencial) : Ukuran lingkaran perut bayi. Jika dikombinasikan dengan BPD maka ia akan dapat menghasilkan perkiraan berat bayi.
> FW (Fetal weight) : Berat janin di dalam kandungan.
> F-HR (Fetal Heart Rate) : Frekuensi pergerakan jantung bayi.
> FTA (Fetal Trunk Abdominal) : Merupakan ukuran panjang bayi.
> EFW (Estimation Fetal Weight) : Jangkaan berat bayi.
> LMP (Last Menstrual Period) : Hari pertama haid yang terakhir.
> EDD (Estimated Delivery Date) : Tarikh jangkaan bersalin.
Read This :
Ini pula, panduan untuk para ibu supaya dapat lebih memahami berat badan normal untuk baby semasa di dalam kandungan :
Akhir kata, moga-moga info yang di berikan di dalam entry ni dapat membantu mommy-mommy lain di luar sana. Ameen.
- RUPA MUHAMMAD AWWAL SEMASA DI DALAM KANDUNGAN - |
Pada gambar scan di atas, dengan jelas nampak rupa anak. Bahagian mata, hidung, mulut. Walau belum lahir dah boleh lihat gambaran wajah anak. Jika bernasib baik, boleh tahu jantina bayi perempuan atau lelaki dari hasil gambar result scan ultrasound kehamilan ni.
Cuma kita akan rasa sedikit terkilan apabila susah nak paham huruf-huruf singkatan yang di gunakan ke atas result ultrasound ni kan? Begitu jugalah dengan aku.
Cara nak tengok scan baby ni bukan mudah. Mujurlah ada Google yang boleh membantu. Hasil dari pencarian, aku dah dapat sedikit sebanyak pencerahan berkaitan maksud huruf-huruf terbabit.
Cara Membaca Result Ultrasound Kehamilan (Gambar Scan Baby)
Untuk pengetahuan, hasil result ultrasound selepas scan ini dapat memberitahu kita tentang beberapa perkara penting berkaitan tumbesaran baby dalam kandungan.
Antaranya boleh tahu ukur lilit bayi dalam kandungan dan boleh tahu ukuran berat bayi dalam kandungan.
Maksud untuk singkatan yang ada pada gambar scan baby seperti di bawah.
> GS (Gestational Sac) : Ini adalah ukuran kantung kehamilan. Ia hanyalah berupa sebuah bulatan berwarna hitam. Biasanya di ambil pada trisemester awal.
> CRL (Crown Rump Length) : Ukuran jarak daripada puncak kepala ke ‘ekor’ bayi. Ini juga biasa digunakan oleh doktor untuk mengukur janin di usia kehamilan trisemester pertama.
> BPD (Biparietal diameter) : Ukuran tulang pelipis kiri dan kanan. Biasanya digunakan untuk mengukur janin di trisemester ke-2 atau ke-3.
> FL (Femur Length) : Ukuran panjang tulang paha bayi.
> HC (Head Circumferencial) : Ukuran lingkaran kepala bayi. Digunakan untuk mengukur usia kehamilan bayi pada trismester ke-dua dan ke-tiga.
> AC (Abdominal Circumferencial) : Ukuran lingkaran perut bayi. Jika dikombinasikan dengan BPD maka ia akan dapat menghasilkan perkiraan berat bayi.
> FW (Fetal weight) : Berat janin di dalam kandungan.
> F-HR (Fetal Heart Rate) : Frekuensi pergerakan jantung bayi.
> FTA (Fetal Trunk Abdominal) : Merupakan ukuran panjang bayi.
> EFW (Estimation Fetal Weight) : Jangkaan berat bayi.
> LMP (Last Menstrual Period) : Hari pertama haid yang terakhir.
> EDD (Estimated Delivery Date) : Tarikh jangkaan bersalin.
Read This :
- Amalan Doa Ketika Hamil
- Panduan Cara Dan Tabiat Pemakanan Betul Untuk Ibu Mengandung
- Lambat Datang Haid Lepas Bersalin, Adakah Itu Normal?
- Maksud Mimpi Hamil dan Mimpi Bersalin
- Jenis Makanan Sejuk Berangin Tak Boleh Makan Dalam Pantang
Ini pula, panduan untuk para ibu supaya dapat lebih memahami berat badan normal untuk baby semasa di dalam kandungan :
Gestational age | Length(US) | Weight(US) | Length(cm) | Mass (g) |
(crown to rump) | (crown to rump) | |||
8 weeks | 0.63 inch | 0.04 ounce | 1.6 cm | 1 gram |
9 weeks | 0.90 inch | 0.07 ounce | 2.3 cm | 2 grams |
10 weeks | 1.22 inch | 0.14 ounce | 3.1 cm | 4 grams |
11 weeks | 1.61 inch | 0.25 ounce | 4.1 cm | 7 grams |
12 weeks | 2.13 inches | 0.49 ounce | 5.4 cm | 14 grams |
13 weeks | 2.91 inches | 0.81 ounce | 7.4 cm | 23 grams |
14 weeks | 3.42 inches | 1.52 ounce | 8.7 cm | 43 grams |
15 weeks | 3.98 inches | 2.47 ounces | 10.1 cm | 70 grams |
16 weeks | 4.57 inches | 3.53 ounces | 11.6 cm | 100 grams |
17 weeks | 5.12 inches | 4.94 ounces | 13 cm | 140 grams |
18 weeks | 5.59 inches | 6.70 ounces | 14.2 cm | 190 grams |
19 weeks | 6.02 inches | 8.47 ounces | 15.3 cm | 240 grams |
20 weeks | 6.46 inches | 10.58 ounces | 16.4 cm | 300 grams |
(crown to heel) | (crown to heel) | |||
20 weeks | 10.08 inches | 10.58 ounces | 25.6 cm | 300 grams |
21 weeks | 10.51 inches | 12.70 ounces | 26.7 cm | 360 grams |
22 weeks | 10.94 inches | 15.17 ounces | 27.8 cm | 430 grams |
23 weeks | 11.38 inches | 1.10 pound | 28.9 cm | 501 grams |
24 weeks | 11.81 inches | 1.32 pound | 30 cm | 600 grams |
25 weeks | 13.62 inches | 1.46 pound | 34.6 cm | 660 grams |
26 weeks | 14.02 inches | 1.68 pound | 35.6 cm | 760 grams |
27 weeks | 14.41 inches | 1.93 pound | 36.6 cm | 875 grams |
28 weeks | 14.80 inches | 2.22 pounds | 37.6 cm | 1005 grams |
29 weeks | 15.2 inches | 2.54 pounds | 38.6 cm | 1153 grams |
30 weeks | 15.71 inches | 2.91 pounds | 39.9 cm | 1319 grams |
31 weeks | 16.18 inches | 3.31 pounds | 41.1 cm | 1502 grams |
32 weeks | 16.69 inches | 3.75 pounds | 42.4 cm | 1702 grams |
33 weeks | 17.20 inches | 4.23 pounds | 43.7 cm | 1918 grams |
34 weeks | 17.72 inches | 4.73 pounds | 45 cm | 2146 grams |
35 weeks | 18.19 inches | 5.25 pounds | 46.2 cm | 2383 grams |
36 weeks | 18.66 inches | 5.78 pounds | 47.4 cm | 2622 grams |
37 weeks | 19.13 inches | 6.30 pounds | 48.6 cm | 2859 grams |
38 weeks | 19.61 inches | 6.80 pounds | 49.8 cm | 3083 grams |
39 weeks | 19.96 inches | 7.25 pounds | 50.7 cm | 3288 grams |
40 weeks | 20.16 inches | 7.63 pounds | 51.2 cm | 3462 grams |
41 weeks | 20.35 inches | 7.93 pounds | 51.7 cm | 3597 grams |
42 weeks | 20.28 inches | 8.12 pounds | 51.5 cm | 3685 grams |
43 weeks | 20.20 inches | 8.19 pounds | 51.3 cm | 3717 grams |
Berapa kali boleh scan baby selama tempoh 9 bulan hamil?
Untuk soalan berkaitan, selama tempoh hamil aku pernah scan di hospital kerajaan dan klinik swasta. Untuk hospital kerajaan aku diberi tarikh pemeriksaan berdasarkan usia kandungan. Pernah scan trismester pertama untuk sahkan kehamilan, kemudian diikuti dengan trimester ke dua dan trimester ke tiga.
Scan di klinik swasta pula, aku buat ketika trismester ke tiga untuk tahu jantina baby selalunya. Sambil tu untuk pastikan tahap kesihatan bayi sebagai pendapat ke dua dari doktor yang berlainan.
Betulkah kalau selalu scan ni, boleh beri masalah pada bayi?
Untuk soalan ni, itu aku tak pasti. Tapi, dulu semasa aku sedang hamil anak ke dua untuk masalah songsang dan ketika hamil anak ke tiga untuk masalah air ketuban kurang, aku pernah di scan lebih kerap berbanding dengan scan terhadap kandungan aku yang lain.
Tapi, itu disebabkan ada masalah yang perlu doktor pantau. Dan alhamdulillah tak ada apa-apa kesan sampingan waktu tu. Cuma untuk menjawab kembali soalan di atas, aku tak pasti.
Apa tips sebelum scan baby?
Okay, sebelum scan pastikan banyak minum air kosong dan tahan kencing sekejap. Air yang banyak dalam badan ketika tu dapat membantu doktor untuk lihat hasil scan ke atas baby dengan lebih baik dan jelas.
Kalau tak minum air kosong dengan banyak, scan baby tak nampak jantina nanti.
Jemput join :
Telegram Rasmi Sis Hawa Blog https://t.me/sishawadotcom
Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby https://t.me/ibuhamilmalaysia
Tawaran Hebat Harga Jimat Amway
ini kali betul-betul boom!!
whatsapp :
Tq pengkongsian ni
ReplyDeleteSemoga husniey dapat merasai perkara indah ni tak lama lagi.. Aaminnn sis awa doakan ye! 😘
ReplyDeleteTq sis awa share info ni.
ReplyDeleteExcellent information on your blog, thank you for taking the time to share with us. Amazing insight you have on this, it's nice to find a website that details so much information about different artists. Pregnancy scan oxford
ReplyDelete