Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Senarai Menu Dan Harga Starbucks Malaysia

Senarai Menu Kopi Dan Harga Starbucks Malaysia Terkini | Starbucks Malaysia atau Starbucks Coffee nama yang tidak asing lagi bagi masyarakat dunia. Walaupun harga minuman Starbucks di Malaysia mahal, masih ramai yang rasa teringin nak minum minuman kopi dari jenama Starbuck ini. 

Starbucks menawarkan banyak jenis menu. Starbucks Malaysia sendiri menawarkan pelbagai menu minuman berasaskan kopi yang pelbagai. Ada juga makanan ringan yang ditawarkan untuk minum bersama minuman kopi pilihan. 

Starbucks-Malaysia-Menu
Senarai Menu Kopi Dan Harga Starbucks Malaysia

Kualiti kopi dari Starbucks antara yang terbaik kerana Starbucks merupakan salah satu pengedar biji kopi yang bermutu tinggi. Starbucks tidak hanya mendapat permintaan tinggi di Malaysia malah di Indonesia juga. 

Malaysia menu dan Indonesia menu untuk coffee Starbucks lebih kurang sama saja. Hingga ke hari ini, beberapa produk kopi dari Starbucks telah menjadi popular tahap viral di Malaysia dan Indonesia.

Gambar Kedai Starbucks Malaysia

Starbucks-Malaysia
Cawangan Starbucks Malaysia

Gambar Kedai Starbucks Indonesia

Starbucks-Indonesia
Cawangan Starbucks Indonesia


Jenis-Jenis Menu Minuman di Starbucks Malaysia

Kopi itu sendiri mempunyai dua jenis pokok kopi yang umumnya dikenali, iaitu Arabica Coffee (Coffea arabica) dan Robusta Coffee. Di Starbucks secara umumnya ada 5 (lima) jenis minuman untuk dipilih. 
  1. Kopi (Panas/Sejuk) 
  2. Frappe (Ice Blended) – paling famous di media sosial 
  3. Teh (Panas/Sejuk) 
  4. Coklat (Panas/Sejuk) 
  5. Jus (Sejuk)

Ukuran Saiz Minuman Starbucks 

Starbucks menjual minuman kopi dalam pelbagai saiz kaca atau gelas. Sebelum order minuman Starbucks, mula-mula mesti kenal pasti jenis size pesanan di Starbucks. Tall 12oz (354 ml) Grande 16oz (473 ml) Venti 20oz (591 ml) Short 8oz (236 ml) Trenta 31oz (916 ml)

Saiz yang paling biasa dan boleh didapati di seluruh Malaysia Indonesia ialah Tall, Grande, dan Venti. Mula-mula kita kena kenal ‘terms’ bagi saiz minuman Starbucks. 

Di Starbucks mereka gunakan term ‘tall’ untuk short atau small, ‘grande’ untuk medium, dan ‘venti’ untuk large. Beza setiap saiz minuman lebih kurang RM 1.00


Apakah jenis menu Starbucks Malaysia?

Mana satu air Starbuck yang paling sedap?

Apakah minuman Starbucks yang recommended Malaysia?

Benarkah Starbucks Chocolate menu Malaysia yang popular?

Sebahagian Jenis Menu Starbucks di Malaysia 

Menu-Starbucks-Malaysia
aneka menu Starbucks Malaysia

Menu-Starbucks-Malaysia
aneka menu Starbuck Malaysia


Harga Menu Starbucks Malaysia

Penasaran nak tahu apakah menu Starbucks Malaysia dan harganya?

Untuk tahu apakah jenis menu Starbucks yang ada di Malaysia, boleh rujukan senarai menu Starbucks di bawah sebagai panduan. Senarai menu ini termasuk harga Starbucks mengikut kategori jenis minuman.

Harga (RM) ini dari Starbucks Johor. Harga menu di lokasi Starbucks lain boleh berbeza tetapi tidak terlalu jauh. Harga boleh berubah tanpa notis.

harga-menu-starbuck-malaysia
harga menu Starbucks Malaysia

harga-menu-starbuck-malaysia
harga menu Starbuck Malaysia

Menu Starbucks Yang Paling Popular

Dalam banyak-banyak menu minuman kopi Starbucks tadi, terdapat beberapa minuman Starbucks yang mendapat permintaan tinggi dari pelanggan. 

Jika baru nak cuba minuman Starbucks, boleh cuba menu Starbucks yang paling popular seperti caramel macchiato atau Frappucino seperti : 
  • Chocolate Cream Chip Frappucino 
  • Java Chip Frappucino 

Starbucks chocolate menu merupakan salah satu menu Starbuck yang popular.

Menu-Starbucks-Popular-malaysia
Frappucino

Cara Order Starbucks Dengan Betul

Bagaimana cara nak order Starbucks dengan betul?

Cara nak order Starbucks ini tidak susah sebenarnya. Tak perlu daftar susah payah. Cara order minuman di Starbucks lebih kurang sama saja dengan cara order makanan McDonalds

1. Pergi ke mana-mana kedai Starbucks Cofee yang berhampiran dan terus tuju ke arah cashier untuk membuat pesanan minuman.

2. Tentukan dari awal apakah jenis menu minuman Starbucks yang mahu di order. Dah tahu apa nak pesan? Order ikut langkah-langkah seterusnya.

3. Pilih saiz minuman yang dimahukan antara Tall, Grande atau Venti. 

Contoh cara pesan minuman : Saya nak pesan Java Chip Frappucino Grande satu

4. Jangan lupa sebut jenis minuman itu panas atau sejuk bekas minuman (botol tumble) untuk minuman panas dan sejuk adalah berbeza.

5. Beritahu cashier tersebut juga jika mahu kurangkan ais kiub, tambah sirap gula tambahan dan sebagainya.

6. Cashier akan tulis nama minuman yang dipesan bersama nama kalian sendiri pada bekas minuman. Bila minuman sudah siap, nama akan dipanggil. 

7. Tunggu minuman di meja sebelah barista atau cari meja yang tidak jauh dari barista supaya dapat mendengar nama dengan jelas ketika dipanggil. 

8. Bayar pesanan dengan tunai, kad debit/kad kredit dan Kad Starbucks.

Cara Order Starbucks Minuman Harga Murah Untuk Newbie

Untuk dapatkan minuman Starbucks dengan harga murah, kena guna coupon. Untuk newbie yang tak tahu cara order starbucks untuk dapatkan harga murah, kalian boleh dapatkan coupon di media sosial twitter, instagram dan facebook rasmi Starbucks. 

Waktu itu boleh dapat pesan minuman Starbucks dengan harga jauh lebih murah. Antara promosi promo yang selalu dibuat ialah Beli 1 Percuma 1 atau 50% diskaun. 

Berikut adalah antara cadangan menu menarik yang dikongsikan oleh netizen di media sosial untuk dicuba bersama. Boleh jadikan panduan jika tak tahu nak order minuman Starbucks yang mana ketika sedang buat pesanan.

1. Green Tea Frappuccino + vanilla cream + drizzle choc
2. Asian Dolce Latte

3. Cocoa Caramel Coffee Frappucino + vanilla whipping cream

Starbucks memang selalu adakan promosi. Rajin-rajinlah jenguk sosial media Starbucks Malaysia kalau nak tahu promosi terbaru!

Jika salah order adakah harga kopi Starbucks ini boleh menjadi lebih mahal? 

Jika nak lebih berjimat, jangan pilih susu atau add-on topping bagi ‘beginner’. Add-on topping ini boleh membuatkan order Starbucks jadi susah dan harga minuman itu makin mahal.

Kalau dah biasa beli, bolehlah upgrade minuman dengan buat ‘custom drink’ iaitu minuman yang diolah dengan tambah topping macam-macam. 

Contoh Menu Starbucks Custom Drink Dan Harganya 

Ramai peminat Starbucks yang dah ‘pro’ dan rajin kongsi menu ‘custom drink’ di sosial media seperti Twitter dan TikTok. Memang menarik dan nampak sedap untuk dicuba.

Antara ‘custom drink’ yang boleh dicuba : 

1. Java Frappucino Venti Tambah Almond Nut 
- Harga RM 19.50 

2. Green Tea Cream Frappucino Venti Tambah Caramel Upside Down & Frappe Chips 
- Harga RM 21.50

3. Iced Asian Dolce Latte Venti Tambah Cold Foam & Caramel Upside Down 
- RM 21.00

4. Caramel Cream Frappucino Grande Tambah Hazelnut Syrup , Chocolate Chips & Extra Caramel Drizzle 
- RM 16.00

5. Iced Shaken Lemon Passion Tea Tambah Dolce Sauce, Vanilla Syrup & Cold Foam 
- RM 17.50


Kalau rasa berbelit lidah,  cara senang untuk buat pesanan order untuk costum drink ini dengan tunjukkan screenshot menu minuman yang nak dipesan. 

* Harga harga untuk kopi kopi Starbucks ini mungkin berubah mengikut harga pasaran semasa.

starbucks-chocolate-menu-malaysia
air starbuck yang paling sedap

Cara Bayar Starbucks Untuk Pesanan Order

Sebagai kedai kopi antarabangsa yang sudah mempunyai banyak cawangan di Malaysia dan di seluruh dunia, kaedah pembayaran di Starbucks cukup mudah dan efisyen. 

Ada beberapa pilihan cara pembayaran mudah yang telah disediakan oleh pihak Starbucks Malaysia. Antaranya, boleh bayar secara tunai dan bayar menggunakan mesin EDC untuk pelanggan yang guna kad debit atau kad kredit. 

\Starbucks juga menyediakan program Kad Starbucks di mana pengguna yang memegang Kad Starbucks boleh berurus niaga di seluruh Starbucks di Malaysia menggunakan kad tersebut.

Sejarah Ringkas Starbucks Dunia Dan Malaysia

Starbucks asal telah dibuka di Pike Place Market di Seattle, Washington pada tahun 1971 oleh tiga orang sahabat: guru bahasa Inggeris Jerry Baldwin, guru sejarah Zev Siegel, dan penulis Gordon Bowker. 

Sahabat bertiga itu menerima ilham daripada Alfred Peet, (kenalan peribadi mereka), untuk menjual biji kopi bermutu tinggi dan kelengkapan membuat kopi. Starbucks menjual drip brewed coffee, minuman panas berasaskan-espreso, minuman panas dan sejuk lain, makanan ringan dan biji kopi segar. 

Howard D. Schultz is an American businessman and author. He served as the chairman and chief executive officer of the Starbucks Coffee Company from 1986 to 2000, and then again from 2008 to 2017.

ceo-starbucks

Lokasi Starbucks pertama di luar benua Amerika Utara dibuka di Tokyo, Jepun pada tahun 1996. Starbucks memasuki pasaran United Kingdom pada tahun 1998. Kemudian, Starbucks Coffee memasuki Malaysia. 

Di Malaysia wujudnya Starbucks adalah kerjasama diantara Berjaya Group Berhad dan diberi penjenamaan sebagai ‘Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn Bhd’. Cawangan Starbucks pertama dibuka di Kuala Lumpur pada 17 December 1998 dan sehingga Januari 2012, Starbucks telah membuka 140 buah outlet di seluruh Malaysia. 

Konsep ‘Drive-thru’ turut diwujudkan di Johor Bahru, Shah Alam, Cyberjaya, Petronas Kajang, di sepanjang lebuhraya dan di Pulau Pinang. 

Starbucks kini adalah syarikat kedai kopi terbesar dalam dunia dengan 16,120 buah kedai di 49 buah negara termasuk Malaysia. Kedai kopi antarabangsa ini di hampir ada semua negara di dunia. 

Siapa Wanita Pada Logo Starbucks

Starbucks memasang gambar putri duyung yang tengah memegang dua ekornya. Susuk perempuan itu wujud setengah manusia dan setengah ikan. Secara visualnya, makhluk itu bisa diinterpretasikan sebagai makhluk mitos yang bernama Mélusine.

logo-starbuck
sejarah logo Starbucks Coffee


Mélusine adalah salah satu legenda lama Skandinavia/Kelt tentang putri duyung yang berekor dua. Malah Mélusine juga digambarkan sebagai arwah penjaga air tawar yang mendiami danau atau sungai.

Namun ada juga yang menamakan atau menyatakan bahawa wanita itu adalah Siren, putri duyung berekor satu, dan tidak jarang mereka juga bisa menjelma menjadi manusia.

Malah tak kurang juga ada yang mendakwa Starbucks itu sebenarnya bermaksud ‘duit untuk bintang’ iaitu simbol negara Israel. 

Tambah panas bila StarBucks dikatakan pernah memenangi anugerah Israel 50th Anniversary Tribute Award.

harga-starbucks-malaysia

Kesimpulan 

Nak minum Starbucks ataupun tidak, itu terpulang pada diri masing-masing. Aku sendiri sudah biasa dengan sachet minuman mocha, latte, green tea, cappuccino namun selera aku lebih kepada teh tarik dan kopi beng pyior. 

Bukan kerana tak pandai order Starbucks dan tak tertarik dengan kemasan kopi Starbuck, tapi lidah aku sendiri dah sebati dengan menu minuman kopi sejati Malaysia. 


Rujukan :



Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Semoga bermanfaat. 
Terima kasih kepada yang membaca Senarai Menu Dan Harga Starbucks Malaysia



14 comments for "Senarai Menu Dan Harga Starbucks Malaysia"

  1. Replies
    1. sis suka kopi beng pyior lagi.. jenis tekak melayu gamaknya hehe

      Delete
  2. Tak reti sangat nak order dan nak pilih. hehe...

    ReplyDelete
  3. sekrg ni nak order McD kat outlet dia dah tak order di kaunter, semua guna portal, cuma bayar cash di kaunter...kfc pun dah ikut mcm ni juga..

    tak pernah gi starbuck...huhu...selalu bos belanja, order online..

    ReplyDelete
  4. Macam2 menu starbucks ni tp pernah try berapa jenis je. Tak reti nak order..haha

    ReplyDelete
  5. Ceritanya lah kan, semenjak bela saka kat perut ni, ada juga perut tambahan yang menumpang, tapi demand nak menu yang di olah sampai RM27 sebekas.. hahahhahahaha..

    ReplyDelete
  6. Boleh try yg newbie tu . Bajet

    ReplyDelete
  7. Haishhh rasa mcm nk minum starbucks je hari hari

    ReplyDelete
  8. byknya menu dia..walaupun rina tak gemar kopi..tpi tgok menu2 dan gambar2 ni rasa mcm nak sgt2 minum aih.

    ReplyDelete
  9. Lamanya x mimum Starbucks.
    Dulu2 layan juga pasal kedai ni dekat dgn ofis. Suka minta whip cream tu banyak2, ekeke. Ni kalau selalu layan, boleh gemukssss la hai.

    ReplyDelete
  10. bonde ngaku tak pandai nak oder air dekat starbuck bla dah baca ni… bolehlah try2 order nnt selain tu nak try air sally yang popular kat tiktok hehehe

    ReplyDelete
  11. Wah macam2 menu ada. Patutlah ramai orang p starbucks. Kita xpernah masuk pun. Hehe

    ReplyDelete
  12. tq sharing..yong pun sesekali beli jugak sebab jenis x reti order..thanx to medsos lah aku snap and tunjuk je menu di kaunter.. so far sally upside down tu lah rasa not bad .. bagi kawan try minum pon dia ckp just nice ..hentam lah labuuu

    ReplyDelete
  13. Abes laaa nanti ... dah la Starbucks nak buka sebelah opisss... jahat tauu

    ReplyDelete