Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Petanda Binatang Masuk Rumah Menurut Islam Dan Kepercayaan

Petanda Binatang Masuk Rumah Menurut Islam Dan KepercayaanBila ada binatang masuk rumah, eh ada apa-apa maksud ke? Haa kalau nak tahu memang ada pun maksud atau petanda untuk binatang masuk rumah ni, lagi-lagi menurut kepercayaan melayu. Kalau nak disenaraikan memang banyak jugalah arti binatang masuk rumah ni untuk kita baca. 

Antaranya seperti petanda biawak masuk rumah, petanda ular masuk rumah, petanda rama-rama masuk rumah, mentadak mentadu masuk rumah, kelawar masuk rumah, belalang masuk rumah,cengkerik masuk rumah dan macam-macam lagi. 

Antara maksud atau petanda binatang masuk rumah ni, ada yang kita dengar sejak masih kecil dulu lagi. Kiranya entah sejak bila gamaknya semua maksud atau petanda ini wujud, tahu-tahu dah memang ada pun di kalangan masyarakat kita

Menurut kepercayaan, antara binatang atau haiwan yang dikatakan ada maksud bila masuk ke dalam rumah ini adalah seperti biawak, cengkerik, ular, kupu-kupu / rama-rama, tebuan, kodok/katak, ayam, kelip-kelip, kelawar, cengkerik, kala jengking, belalang, mentadak dan banyak lagilah! 

Bagi yang seronok untuk tahu apakah maksud yang dikatakan sebagai petanda bila haiwan ini masuk rumah, di sini akan senaraikan sebahagian daripadanya. 

Petanda Biawak Masuk Rumah & Tafsir Mimpi Tentang Biawak Mengikut Kepercayaan


- Petanda Biawak Masuk Rumah

Pertanda apa biawak masuk rumah menurut islam? Jika menurut Islam tak pasti tapi untuk tafsir mengikut  kepercayaan masyarakat tempat, pertanda apa biawak masuk rumah menurut islam ada maksud buruk.

Keluarga akan menerima masa-masa susah kerana biawak ini sering dikaitkan dengan 'sial' / malang. Tafsir dan ramalan dari mimpi melihat biawak masuk rumah pula akan sakit dalam waktu yang terdekat ini.

- Petanda Biawak Melintas Jalan Tika Sedang Lalu

Dikatakan jika biawak melintas jalan yang sedang kita lalui maka ia boleh membawa petana tidak baik. Jadi bila lihat biawak sedang melintas jalan, biarkan biawak melintas sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran.

- Arti Mimpi Melihat Biawak

Tafsir mimpi biawak artinya anda akan bertemu dengan seseorang yang mampu mengisi kekosongan hati anda, jika anda sudah memiliki kekasih maka hal ini akan lebih hebat, lebih membahagiakan. 


biawak lintas jalan (gambar Google)


- Tafsir Mimpi Digigit Biawak

Tafsir mimpi dipatuk atau digigit biawak artinya dipercayai bahawa ada sebuah situasi di mana jika si pemimpi itu perempuan maka dia akan mendapat tekanan dari orang-orang yang menyayanginya tentang jodoh dan kerjaya. Seolah-olah macam nak suruh cepat kahwin la tu! 

- Mimpi Lihat Biawak Sedang Bergaduh

Maknanya sedang berusaha meraih kejayaan

Arti Mimpi Membunuh Biawak yang Besar

Dikatakan membawa maksud akan mendapat rezeki yang besar dalam waktu dekat

- Bermimpi Dikejar Biawak

Maknanya akan mendapatkan kesialan atas apa yang sedanng lakukan.

- Arti Mimpi Melihat Biawak Tidak Berekor

Dikatakan mimpi melihat biawak tidak berekor ini membawa maksud bahawa akan mendapat rezeki tetapi akan ada pula pengeluaran yang tidak disangka. 

- Bermimpi Menangkap Biawak 

Maknanya akan mendapat jalan keluar dari masalah yang di hadapi.

- Arti Mimpi Memijak Biawak

Bermakna akan mendapat pujian dari orang yang disayangi.

- Bermimpi Melihat Biawak / Bangkai Biawak Dimakan Binatang Lain

Maknanya diam-diam ada orang yang menutup pintu rezezi 

- Arti Mimpi Makan Daging Biawak

Bermakna akan mendapatkan pujian atau kehormatan dari jasa yang diberikan


- Mimpi Bunuh Biawak

Bermakna akan mendapatkan rezeki yang besar dalam waktu dekat.

- Tafsir Mimpi Biawak Besar

Bermakna akan mendapatkan masalah yang bersangkut dengan ramai orang.

- Tafsir mimpi melihat Biawak Di Sungai

Dikatakan bahawa mimpi melihat biawak di sungai begini boleh membawa bahawa akan ada hal buruk yang bakal terjadi pada keluarga



Read This :



Arti Binatang Masuk Rumah Mengikut Kepercayaan (Haiwan Lain Selain Biawak)

- Petanda Masuk Cengkerik Dalam Rumah

Cengkerik ni memang ada banyak di waktu selepas hujan pada waktu malam dan tak sangka pula yang cengkerik ni pun dikatakan ada petanda bila masuh rumah. Menurut kepercayaan cengkerik ini ada tanda yang berkaitan dengan sihir dan perlu dibuang segera jika masuk ke dalam rumah.

- Petanda Kupu-Kupu / Rama-Rama Masuk Rumah

Rama-rama masuk rumah memang selalu di sebut bahawa itu tandanya akan ada tetamu yang akan bertandang ke rumah. Kiranya kalau ada rama-rama atau kupu-kupu yang tiba-tiba datang masuk ke dalam rumah, tu tanda ada orang nak datang. Lagi-lagi jika si rama-rama tu masuk rumah lepas waktu maghrib. 

Dikatakan juga yang rama-rama ni kalau terbang masuk ke rmah akan membawa tanda-tanda untuk berita baik. 

Kenapa rama-rama atau kupu-kupu ini ada aura untuk kebahagian dan apakah petanda rama rama masuk rumah menurut Islam? Bab ni aku tak pasti, cuma rama-rama dikaitkan dengan benda baik mungkin kerana ia cantik barangkali.


rama-rama / kupu-kupu (gambar Google)


- Petanda Bila Belalang Pelesit Masuk Rumah 

Belalang pelesit, ya memang itu nama panggilannya, Tak tahulah jugak kenapa di gelar sebagai belalang pelesit. Dan untuk belalang pelesit ini dikatakan membawa petanda buruk dan ada kaitan dengan unsur mistik. 

Dah nama pun pelesit kan. Jadi kalau ada belalang pelesit ini masuk ke rumah terutama pada waktu malam bolehlah tangkap dan lepaskannya di luar rumah.

- Petanda Kelip-Kelip Masuk Rumah

Biasanya kelip-kelip atau kunang-kunang ini dianggap sebagai binatang yang agak romantis. Cantik kot! Bila ada banyak kat pokok dah macam pohon krismas yang bermandikan lampu dan cahaya. Kelip-kelip atau kunang-kunang ini juga dianggap cantik dengan cahaya seakan bintang di langit.

Tapi di sebalik kecantikan di kelip-kelip ini turut ada maksud lain disebaliknya mengikut kepercayaan. Katanya kelip-kelip atau kunang-kunang ini sebenarnya adalah jelmaan iblis. 
Ada juga yang berkata bahawa kelip-kelip atau kunang-kunang ini sebenarnya datang dari perkuburan dan ada kaitan dengan orang yang telah meninggal atau mati. 

- Petanda Burung Merpati Masuk Rumah

Jika tinggal di kawasan perumahan atau kampung, kadangkala memang ada sejumlah burung merpati. Mengikut kepercayaan burung mepati ini boleh membaa petanda muncul dan boleh mejnjadi petanda bahawa rumahtangga yang di bina akan bergolak.


burung merpati (gambar Google)


- Petanda Tebuan Masuk Rumah

Jika ada nampak sarang tebuan di sekitar rumah halaman rumah, lebih baik  segera memusnahkan sebab tebuan bukan saja bahaya malah dikatakan turut membawa pertanda buruk dan mengundang kecelakaan untuk orang di rumah.


- Petanda Kodok/Katak Masuk Rumah

Katak juga menjadi salah satu haiwan yang seringkali masuk ke dalam rumah. Katak dikatakan membawa maksud bahawa akan ada tetamu yang bakal datang dari jauh. 


- Petanda Kumbang Masuk Rumah 

Kumbang ni adalah dari jenis yang bertanduk dan mengikut kepercayaan, apabila kumbang jenis ini masuk rumah pada waktu malam ataupun siang, dikatakan yang ia membawa maksud akan mendapat fitnah yang disebarkan oleh orang yang dengki. 


- Petanda Ular Masuk Rumah

Sama seperti biawak, menurut kepercayaan orang jika ular masuk rumah ia merupakan satu pertanda. Masuknya ular ke dalam rumah dikatakan adanya iblis atau jin yang cuba untuk masuk ke dalam rumah. 

Dan kedatangan ular ini juga dikatakan boleh mengganggu janin yang sedang dalam kandungan jika kebetulan di dalam rumah tersebut ada wanita yang sedang hamil.

Walaubagaimanapun, untuk mimpi kena patuk ular tandanya ada orang nak masuk meminang dan seperkara lagi, pernah juga dengar yang tidak boleh bermain rekoder atau sebarang alat tiupan dalam rumah pada waktu malam kerana dipercayai akan ada ular masuk ke dalam rumah nanti.


- Petanda Kelawar Masuk Rumah 

Kelelawar dipercaya dapat membawa nasib buruk. Kelelawar sering dikaitkan dengan kematian dan energi negatif. 

Kelelawar dapat mengundang konflik di rumah bersama dengan kemungkinan kerugian dari segi kewangan. Walaupun begitu, ada juga yang percaya bahawa kelawar ini boleh menjadi simbol kepada kekayaan yang besar. 

Dipercayai juga jika kelelawar hanya datang dan masuk ke dalam rumah maka ia akan dianggap sebagai membawa sial namun jika kelawar tersebut bersarang di rumah, maka ia akan membawa  sebuah keuntungan besar dalam bentuk wang. Dan kelawar serta biawak sering dikaitkan dengan nombor 4D


- Petanda Kucing Hitam Masuk Rumah 

Jika tiba-tiba kucing hitam datang dan mulai tinggal di rumah, ini dianggap tidak menguntungkan. Sudah sering menjadi kepercayaan umum bahwa kucing hitam sepenuhnya ini menunjukkan sihir hitam yang dikirim ke dalam rumah.

Untuk kucing warna lain tidak pula dikaitkan dengan petanda kucing hitam ini. 

- Petanda Burung Hantu Masuk Rumah 

Meskipun burung hantu biasanya tidak masuk ke dalam rumah, harus tetap waspada jangan sampai ia memasuki rumah kerana dipercayai burung hantu ini adalah pertanda buruk


burung hantu (gambar Google)


Lain-Lain Petanda Mengikut Kepercayaan Berkaitan Alam

1. Jika anjing menyalak lama di tengah malam, orang Melayu percaya adanya makhluk halus yang berkeliaran.

2. Seseorang yang sedang sakit tenat, tiba-tiba didekati atau dihinggapi kupu-kupu, dipercayai kehidupannya sudah tidak lama lagi.

3. Jika terdengar suara burung hantu atau gagak hitam di tengah malam, itu petanda musibah.

4. Jika langit cerah dan berwarna merah di waktu malam, itu menandakan seorang raja sedang nazak atau sudah menemui ajalnya.

5. Kalau katak berbunyi, itu petanda hari nak hujan.

6. Kalau katak berbunyi bersahut-sahutan, bermaksud akan berlaku ribut puting beliung.

7. Jika banyak kelkatu menghurungi cahaya lampu, itu menandakan akan berlaku banjir.

8. Jika kucing membersihkan muka di hadapan pintu, itu menunjukkan akan didatangi tetamu yang cantik dan pembersih.

9. Kalau ada burung yang tersesat ke dalam rumah kita, juga menunjukkan tuan rumah akan mendapat rezeki dan ada tetamu yang akan datang.

10. Bila ada kumbang atau belalang pelesit yang masuk ke dalam rumah, bermakna ada benda mistik yang tidak elok bertandang.


Read This :

11. Jika cicak berbunyi, itu menunjukkan cicak mengiyakan percakapan kita. Cicak dianggap berkata atas dasar kebenaran.

12. Bila kita berjalan dan dilintasi binatang juga mempunyai beberapa maksud. Kalau kucing yang melintas jalan kita, itu bermaksud kita akan berjumpa kawan di dalam perjalanan.

13. Kalau biawak yang melintas jalan kita, bersedia untuk menanggung beban. Mungkin melalui kepercayaan inilah wujudnya peribahasa ‘biawak hidup’ yang menyamakannya dengan manusia yang tidak memberi hasil dan hanya membebankan orang lain.

14. Jika didatangi binatang-binatang tertentu seperti kala jengking, katak, cengkerik, belalang, kupu-kupu, kumbang, dan sebagainya, sebaik-baiknya tidak diganggu atau dibunuh. Sewajarnya ditangkap dan dilepaskan di luar rumah kerana kehadiran binatang-binatang ini terjadi secara alamiah.

Arti Binatang Masuk Rumah Dalam Islam

Jika di atas tadi berdasarkan kepada kepercayaan, ini pula jawapan berdasarkan Islam. Sebagaimana kita tahu, haiwan ini juga adalah makhluk Allah SWT dan tidak dinafikan yang Allah SWT turut menciptkan benda ghaib dan mistik yang sangat misteri. 

Benda ini memang boleh merupa sebagai haiwan dan sukar untuk kita tahu atau bezakan dengan mata kasar tanpa ilmu agama yang tinggi untuk hal ini.

Maka mungkin disebabkan itu telah membuatkan ada unsur kepercayaan untuk sesetengah haiwan yang telah diperkatakan sejak dari zaman dulu hingga terbawa ke masa kini. 

Tanda-tanda berkenaan haiwan dan alam ini sebenarnya ada yang boleh kita ambil sekadar untuk langkah waspada dan ada yang hanyalah tahyul semata-mata.

Sebagai contoh tanda-tanda alam yang seakan mengarut seperti kupu-kupu masuk ke dalam rumah itu tandanya ada orang jauh nak datang. Jika cengkerik berbunyi itu tandanya ada benda tak elok bakal berlaku. Eh macam tak logik je. Jika ada berlaku sekalipun rasanya sekadar kebetulan saja kot.

Walaubagaimanapun, sebagai orang Islam kita kena tahu binatang apa yang boleh kita bunuh dan binatang apa yang patut kita biarkan hidup. Takut-takut kalau haiwan yang ada bersangkutan dengan benda ghaib itu 'dibunuh' tanpa sedar hingga boleh bawa musibah.


Apakah Jenis Binatang Yang Boleh Dan Tidak Boleh Di Bunuh Menurut Islam? 

Mahu tahu info tentang haiwan apa yang boleh dibunuh? Hasil dari pembacaan, ada 4 jenis binatang / haiwan yang tidak boleh di bunuh menurut Islam. Antara haiwan yang tidak kita dilarang bunuh dalam Islam adalah :
  • Semut
  • Lebah
  • Burung hud-hud
  • Burung Shurad

1. Semut 

Secara asasnya Islam melarang umatnya membunuh semut tanpa sebarang tujuan. 

Semut mempunyai surah khas tersendiri iaitu Surah An-Naml, yang diambil sempena kisah Nabi Sulaiman AS dan ketua semut yang berkomunikasi dengan Nabi Sulaiman AS yang memohon agar tentara Nabi Sulaiman AS supaya tidak memijak mereka.

2. Lebah

Dalam Surah An-Nahl (ayat 68 dan 69), ada dinyatakan dengan jelas arahan Allah SWT pada lebah di mana mereka tinggal dan tugas mereka di muka bumi ini sebagai makhluk Allah. Faedah lebah kepada manusia juga sangat besar dengan hasil madu untuk makanan dan ubat-ubatan.

3. Burung Hud-hud

Burung hud-hud ada disebut dengan jelas dalam Surah An-Naml ayat 22. Atas usaha burung hud-hud memerhatikan manusia termasuk hubungan spesis ini dengan Nabi Sulaiman AS, maka burung hud-hud adalah salah satu burung yang dilarang untuk umat Islam bunuh.

4. Burung Shurad

Burung shurad tidak disebutkan dalam Al-Quran dan juga tidak mempunyai kisah pertalian dengan mana-mana Nabi tetapi disebut dalam dua buah hadis sebagai salah satu haiwan yang tidak patut dibunuh.


Cara Halau Biawak Masuk Rumah / Cara Usir Biawak Keluar

Biawak ini tak dinafikan memang boleh masuk ke dalam rumah dan selalunya berada di dalam tandas. Bila ada biawak dalam tandas, hmm memang boleh meremang bulu roma oi! Takut! Tak kiralah biawak kecik atau besar, biawak tetap biawak dan daku sendiri gerun bila fikirkan rupanya dengan lidah yang bercabang tu. Ya Allah, Kau jauhkanlah.. 

Dan menurut apa yang dikongsikan melalui carian Google, cara untuk halau biawak dalam tandas ini adalah dengan menggunakan garam. Tak tahu betul ataupun tidak tapi dikatakan yang biawak ini kelemahannya adalah takut pada garam

Jadi jika kebetulan lepas ini ada biawak masuk ke dalam rumah bolehlah di usir biawak keluar dengan cara melemparkan garam ke arahnya. Moga-moga berhasil. InshaAllah. 



Kesimpulan Untuk Topik Ini

Tanda-tanda alam termasuk haiwan atau binatang ini memang boleh memberi gambaran maksud negative atau positif jika melibatkan benda yang ghaib. Lagi-lagi jika binatang ini masuk ke dalam rumah pada waktu malam. 

Walaubagaimanapun kita jangan terlalu obses hingga semuanya nak di anggap sebagai ada maksud atau petanda. 

Sebagai contoh ada yang takut dengan cengkerik sedangkan cengkerik tu kan selalu ada jual di kedai haiwan sebagai makanan untuk ikan peliharaan. Inilah yang dikatakan jangan obses hingga anggap semuanya ada kaitan dengan petanda.

Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran dan jika haiwan itu berbahaya eloklah kita usir segera. Tak perlu fikir apa maksud di sebaliknya melainkan halau biawak atau apa saja binatang yang masuk rumah dengan segera. 

Jika rasa binatang tu patut bunuh, bunuhlah dengan cepat hingga mati. Jangan sekadar mencederakan saja. Dan jika rasa binatang tu boleh halau tanpa perlu di bunuh maka halaulah hingga dia keluar dengan baik. 

Keselamatan keluarga kita perhatikan dan akidah dalam diri kita jaga. Biar ke duanya seiring barulah tidak terjebak dengan apa-apa pemahaman yang salah berkaitan apa saja termasuklah untuk petanda binatang masuk rumah ini.


Sumber: iluminasi.com


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia




6 comments for "Petanda Binatang Masuk Rumah Menurut Islam Dan Kepercayaan "

  1. kadang tak tau nak balas macam mana ayat kalau pasal petanda binatang masuk rumah ni. kang dikata menjawab pulak, huhu

    ReplyDelete
  2. Baru tahu rupanya biawak takut pada garam..

    ReplyDelete
  3. Sy dgr rama2 masuk umah mmg tanda org nk dtg.. tp kalo kupu2 (yg kaler brown tu atau kaler hitam) masuk umah makna nya tak bagus.. wallahua'lam!

    ReplyDelete
  4. Apa maknak nya kalau kala jengking masuk dalam bilik ditur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pon ada kene kala jengking ada di depan bilik tidur, kebetulan pula baru lepas balik dari berubat masa tu, masa tu plak pkol 12 lebih tgh malam.. mmg Aneh rasa, tibe2 muncul, tak penah2 ada sblom ni, besar plak tu.. saya terpkse bunuh takut bahaya ahli keluarga saya, sambil bunuh baca Bismillah.. xtau nk buat apa jgak masa tu, jadi saya fikir secara logik harus bunuh, ikot Islam berserah pada Allah jika ada gangguan sihir..

      Delete
  5. melihat beruk @ monyet berwarna kuning keemasan

    ReplyDelete