Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Review Drama : 10 Sebab Kenapa Ramai Orang Suka Tonton 7 Hari Mencintaiku 2 Sampai Trending

Review Drama : 10 Sebab Kenapa Ramai Orang Suka Tonton 7 Hari Mencintaiku Sampai Trending | Disebabkan drama 7 Hari Mencintaiku 2 sudah sampai ke penghujung, maka di sini suka untuk daku kongsikan mengapa daku suka tonton cerita ni dan mengapa juga ramai orang lain turut suka tonton drama ni sampai tahap trending! 

Bagi yang belum tahu, drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini adalah sinambungan kepada drama 7 Hari Mencintaiku 1 yang telah bersiaran pada 2 tahun yang lalu. Ia masih mengekalkan pelakon-pelakon utama yang sama dengan penambahan beberapa watak sampingan yang baru. 


Drama 7 Hari Mencintaiku diadaptasi dari novel karya Siti Rosmizah, salah seorang penulis novel genre romantik yang penuh suka duka. Siti Rosmizah sudah lama berkarya dan antara novel yang best untuk dibaca hasil tulisannya (selain 7 Hari Mencintaiku) adalah seperti :

  • Rindu Awak Separuh Nyawa
  • Takdir Itu Milik Kita
  • Jangan Menangis Cinta
  • Cukup Derita Itu
  • Andai Itu Takdirnya 
  • Dia Imamku dan banyak lagi. 

Untuk novel 7 Hari Mencintaiku yang pertama daku ada bebli tetapi untuk novel 7 Hari Mencintaiku 2 daku sudah tak beli. Bila dah ada kat TV rasa lebih best layan tonton di TV berbanding baca kat novel. Lagipun kalau dah start baca agak mencabar diri untuk stop baca. Jadi baik tonton di TV mengikut masa yang terluang, kalau terlepas episode pun boleh tonton semula secara online. 

Ohya bagi yang suka menonton drama melayu TV3 di Youtube, memang tak ada drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini di channel Youtube tu, sebaliknya drama TV3 popular 7 Hari Mencintaiku 2 ini boleh ditonton menerusi aplikasi striming IQIYI. 


+ Tonton 7 Hari Mencintaiku 1 >DI SINI<

+ Tonton 7 Hari Mencintaiku 2 >DI SINI<


7 Hari Mencintaiku mencatatkan penarafan tontonan drama yang tertinggi di Malaysia dan telah meninggalkan kesan besar terhadap penonton apabila ramai peminat drama tersebut menjatuhkan airmata dengan kisah cinta di antara Khuzairi dan Mia. Hasil drama 7 Hari Mencintaiku 1 itu juga nama 'Buntat' mula dikenali. 

Dan untuk tontonan drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini, hasilnya juga ternyata sama tatkala muncul pelbagai kisah yang terus menguji cinta Mia dan Abang Ri tersebut. Dan jika disenaraikan sebab musabab kenapa daku suka tonton drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini adalah : 

#1 - Tak Suka Dengan Masuk Campur Ibu Mertua Seperti Mak Leha

Watak Mak Leha lakonan Liza Abdullah memang best! Watak beliau yang bagiku persis seorang ibu dan juga ibu mertua yang suka ikut campur dalam urusan kebahagiaan anak menantu membuatkan daku rasa geram. Bagi pendapatku sendiri, soal kebahagiaan anak-anak, selaku ibu atau mertua tak boleh ikut campur hingga tahap begitu.

Sepatutnya Mak Leha kena fikir lebih jauh. Kena selam hati anak-anak. Kena cuba terima pilihan si anak walaupun hatinya terasa tak berkenan. Tiap orang ada kelebihan dan kekurangan maka Mak Leha sendiri kena usaha ke arah itu. Doa ibu itu mustajab jadi doalah untuk perkara yang baik-baik untuk anak menantu. 

#2 - Suka Dengan Watak Pak Samad Yang Cool Dan Understanding

Mujurlah Mak Leha bersuamikan Pak Samad yang bagiku amat cool dan understanding. Bila lihat watak Pak Samad teringat pada arwah ayah yang tetap cuba buat yang terbaik demi anak-anak. Inilah yang dikatakan kasih seorang ayah. Walaupun orang tak nampak tetapi beliau tetap dengan pendiriannya. 

Pak Samad juga cuba berusaha sedaya upaya untuk jaga keluarganya dari runtuh walaupun terpaksa berkorban perasaan. Sikap anak menantu dan isteri cuba difahami dengan memberi pelbagai peluang walaupun hakikatnya perasaan beliau sendiri sering terseksa dengan keadaan yang berlaku. Kunci Pak Samad hanya satu, anak dan menantu sama saja tempat dihatinya dan kepercayaan terhadap anak-anak dalam menentukan kehidupan sangat-sangat Pak Samad hormat. Maka disebabkan itu anak-anak ikut sayang dan hormat pada dirinya tanpa rasa berbelah bagi. 

#3 - Benci Dengan Sikap Nurul Yang Mata Duitan

Bila melihat pada watak Nurul yang sangat mementingkan diri untuk mengecap kemewahan tanpa memikirkan ikatan sebuah perkahwinan orang lain, membuatkan hati ni rasa mendidih! Terbayang kat fikiran bagaimanalah kalau keadaan ini berlaku antara daku dan suami. Betapa susah payahnya kami membina sebuah rumahtangga dari tak ada apa-apa hingga punya sedikit harta, eh tetiba datang wanita lain yang dengan mudahnya ingin menumpang senang. 

Tapi tak boleh dinafikan yang watak seperti Nurul ini memang benar-benar wujud di alam nyata. Moga-moga para 'perempuan' di luar sana, terutama yang masih mentah soal perhubungan begini, dapat menyelami erti sebuah rumahtangga itu sendiri. Nak kahwin bukan macam main pondok-pondok maka kahwinilah dengan niat hati yang ikhlas dan bersih berbanding sekadar untuk kahwin demi hidup senang dengan harta kekayaan. Tak bahagia hidup yang begitu. Kasih sayang jauh lebih seronok dan berbaloi berbanding wang ringgit yang menggunung macam KLCC. 

#4 - Stress Dengan Watak Doktor Adam Yang Tak Faham Bahasa 

Ini satu hal lagi. Nama saja doktor tetapi tak boleh fikir tentang perasaan dan hati orang lain. Berkahwin bukan hanya melibatkan hati sendiri tetapi juga hati dan perasaan orang yang ingin dicintai. Memang betul rasa cinta ini ada yang boleh dipupuk tetapi itu kalau hati seseorang itu terluka akibat ditinggalkan seseorang secara total tetapi berbeza dengan Mia dan Khuzairi yang terang-terang kelihatan saling menyayangi.

Khuzairi sendiri sudah berkali-kali mengatakan bahawa Mia masih isterinya jadi sangatlah tidak beradab apabila cuba membelakangkan suami wanita tersebut demi kerana nak menangkan perasaan sendiri. Lagipula, jika benar Mia dan Khuzairi berpisah sekalipun, ingat mudah untuk seorang wanita terus terima lelaki lain on the spot. Ini bukannya cinta monyet budak sekolah menengah. 

Kalau suamiku kat tempat Abang Ri, dah lama lebam muka Doktor Adam tu kena tumbuk!!

#5 - Watak Helmi dan Sofi Yang Sangat Tabah Walau Tak Ada Zuriat 

Helmi dan Mia untuk drama 7 Hari Mencintaiku 1 memang hot! Masih teringat lagi betapa sakannya Helmi dan Mia bergaduh untuk siri 1. Betapa degilnya Helmi tak nak dengar cakap Khuzairi sampai bikin pening kepala Pak Samad. Drama 7 Hari Mencintaiku 1 memang panas sepanas panasnya dengan konflik anak menantu dan adik beradik yang susah nak ngam!

Tetapi dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 Helmi benar-benar dah insaf. Disebabkan itu Helmi benar-benar sayangkan Sofi kerana isterinya itu adalah pemberi semangat untuk beliau terus menjadi seorang insan yang baik. Disebabkan itu, Helmi akan tetap setia di sisi isterinya walaupun mereka didatangkan ujian tanpa zuriat. 

#6 - Nad dan Doktor Zaidi Yang Sering Marah Marah Sayang

Untuk Nad dan Doktor Zaidi, mereka berdua ini boleh dikatakan sebagai pasangan yang sering marah-marah sayang. Jenis yang suka pendam perasaan di dalam hati tanpa suka nak berterus terang depan-depan. Akibatnya seringkali berlaku masalah makan hati walaupun hakikatnya masalah tu boleh diselesaikan bila-bila masa jika mereka berdua mahu. 

#7 - Ila Yang Penting Diri Hingga Menyebabkan Kenit Menjadi Mangsa 

Ila, seorang kakak yang juga seakan Nurul. Pentingkan harta dunia melebihi segalanya. Jika Nurul sanggup menjadi anak derhaka demi cita-citanya untuk bolot harta Khuzairi, Ila pula seorang kakak kejam yang sanggup pergunakan adik sendiri (Kenit) untuk kesenangan peribadi. 

Kehadiran Jali yang turut mempergunakan Ila membuatkan Kenit semakin terseksa hingga tahap di dera, dipukul, dirantai dan sebagainya. Nak senang bukan dengan cara begitu. Nak senang kena usaha dengan rezki yang Allah berkati barulah kehidupan menjadi berkat. 

#8 - Yati, Seorang Ibu Yang Tak Tahu Batas Agama

Jika Mak Leha boleh dianggap sebagai mertua yang tak tahu nak hargai kasih sayang dan kelebihan adanya seorang menantu, Yati pula boleh dianggap sebagai seorang ibu yang tak tahu nak hargai kasih sayang dan kelebihan adanya seorang anak. 

Bagi Yati segala-galanya adalah duit. Keseronokan dunia adalah kehidupan yang beliau suka tanpa terfikir tentang dosa dan pahala. Bagi beliau hatinya perlu puas walaupun dengan cara yang salah. Akibatnya apa yang dilakukan kembali menjadi karma untuk dirinya sendiri. 

#9 - Keluarga Andak Yang Penuh Kasih Sayang

Mak Andak, dari siri 1 daku suka watak dia. Walaupun kehadirannya tak penuh layar 100% tetapi impak wataknya tu sangat baik. Keluarga Andak yang penuh kasih sayang menjadi tempat untuk Mia dan sesiapa saja untuk tenangkan fikiran dari masalah. Pintu rumah keluarga Andak ini sentiasa terbuka untuk sesiapa saja yang memerlukan. Beranilah buat apa-apa pada Mia, Mak Andak akan serang dengan batang kayu dan penyapu. 

#10 - Mia dan Khuzairi Yang Ada Pegangan Berbeza 

Mia, bagi daku watak Mia ni agak sukar untuk difahami oleh sesiapa dengan mudah. Antara sebabnya, Mia kurang kasih sayang jadi beliau agak sukar untuk membuka pintu hatinya dengan mudah untuk sesiapa. Tetapi sekali hatinya dah jatuh sayang, Mia akan cinta habis-habisan untuk sanggup berkorban apa saja walaupun dirinya sendiri menjadi galang ganti. 

Kerana itu, Mia sanggup berbuat apa saja demi suaminya Khuzairi. Bagi Mia juga, dirinya bukan seorang isteri dan menantu yang baik. Disebabkan itu bila Mak Leha berdoa dan terus berkata yang Mia bukan jodoh bagus untu Khuzairi, Mia dengan sendirinya ikut redha dengan apa jua yang bakal berlaku.

Bagi Mia, dia mahukan yang terbaik untuk suaminya. Dia mahu suaminya menjadi seorang anak yang tidak derhaka pada ibu dan dalam masa yang sama dia mahu suaminya mendapat seorang isteri yang jauh lebih baik darinya. Walaupun hatinya mengatakan jangan kerana cara itu salah, namun Mia tetap berpegang pada janji demi kebahagiaan orang yang dia sayang. 

Berbeza dengan Khuzairi yang menganggap dirinya pula tidak layak untuk Mia. Andaian Khuzairi, Mia sanggup izinkan dia berkahwin dengan orang lain kerana Mia tak pernah menghargai segala kasih sayang dan pengorbanannya selama ini. Khuzairi sangat sayangkan Mia dan dia mahu Mia pamerkan kasih sayang dan cinta itu padanya secara terang-terangan. Bukan dalam bentuk ego yang tak berkesudahan. 

Itulah dia antara 10 sebab utama mengapa daku ikut tonton drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini. Tak dinafikan, jalan cerita drama itu sendiri boleh menjadi faktor kenapa kita menonton sesuatu drama tersebut. Walaubagaimanapun, tak dinafikan yang pemilihan pelakonitu sendiri turut memainkan peranan.  Dan terus terang drama ini ada pengajarannya dan memang ada terjadi dalam  sesebuah perkahwinan nyata atas sebab-sebab tertentu.

Yang pasti, dalam hidup ini kita jangan terlalu cepat berburuk sangka pada sesiapa dan sebab itu jugalah orang selalu cakap, kalau marahkan seseorang tu, jangan marah lama-lama. Kalau benci seseorang itu juga jangan pula terus membenci kerana takut nanti boleh memakan diri sendiri. 

Untuk keluarga Pak Samad dan Mak Leha, moga terus bersatu dengan kehadiran anak menantu dan cucu-cucu. Mana tahu, kalau tetiba akan ada episode khas 7 Hari Mencintaiku Raya atau sebagainya ke nanti. Sama-sama kita tunggu. 



4 comments for "Review Drama : 10 Sebab Kenapa Ramai Orang Suka Tonton 7 Hari Mencintaiku 2 Sampai Trending "

  1. Bgs watak perwatakan dln citer ni. Spt karekter ada kekutan masing2

    ReplyDelete
  2. jarang nk tengok sebab balik kerja lmbt.. lama tak tgk tv..haha

    ReplyDelete
  3. Banyak teladan dari citer ini :)

    ReplyDelete
  4. biasanya cerita begini amat dekat dengan hati masyarakat..

    sebab itu disukai ramai dan diminati tanpa jemu

    ReplyDelete