Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Punca Kutu Kucing, Jenis Dan Cara Menghilangkannya

Punca Kutu Kucing, Jenis Dan Cara Menghilangkannya | Kutu kucing atau dikenali sebagai Ctenocephalides felis merupakan sejenis parasit penghisap darah yang boleh dijumpai pada badan kucing. Apakah punca dan sebab kenapa kucing itu boleh dijangkiti parasit seperti kutu kucing ini? 

Seperkara lagi, benarkah kutu kucing ini boleh menggigit manusia dan apakah cara menyembuhkan gigitan kutu kucing pada manusia? Itulah yang ingin kita ketahui dan di sini akan dikongsikan antara punca, jenis dan cara menghilangkan kutu kucing ini berkat info yang diperolehi dari Google Search dan bahan bacaan yang lain. 

Kutu Kucing, Jenis Dan Cara Menghilangkannya

Punca Kutu Kucing 

Semua kucing terdedah dan berisiko kepada masalah jangkitan kutu kucing dan tidak mustahil kita (manusia) dengan mudah dapat kesan kehadiran kutu kucing ini bila lihat ada kutu melekap di celah bulu pada badan kucing kesayangan. 

Kucing indoor sekalipun masih boleh dijangkiti kutu dari kucing yang berada di luar rumah. Kerana itu agak sukar untuk membendung kutu kucing ini dari berlaku melainkan cuba cari jalan bagaimana untuk menghilangkannya. 

Selain daripada jangkitan secara terus dari kucing yang lain, serangan kutu kucing ini juga boleh berlaku disebabkan oleh jenis perabot yang ada di dalam rumah. Kita sedia maklum kucing ini suka melompat, berlari dan sebagainya. Kucing juga suka duduk di atas perabot, tilam, sofa dan lain-lain lagi. Ini sedikit sebanyak turut boleh menjadi salah satu punca berlakunya masalah kutu kucing. 

Cuaca panas juga boleh mendatangkan masalah dalam bentuk serangan kutu ini. Peningkatan suhu menggalakkan pembiakan kutu kucing, justeru itu, lebih banyak kutu kucing berlaku pada badan kucing yang tidak dimandikan seperti kucing jalanan dan sebagainya. 

Jenis dan Jangka Hayat Kutu Kucing 

Ada beberapa jenis kutu kucing dan setiap satunya mempunyai jangka hayat yang berbeza. Antara jenis-jenis kutu kucing itu adalah : 

1. Ctenocephalides Felis Siklus 

Kehidupan atau jangka hayat jenis kutu Ctenocephalides Felis Siklus ini bisa bertahan hingga satu tahun. Ukuran tubuhnya juga biasa dilihat oleh mata si pemilik kucing dengan mudah disebabkan saiznya yang agak besar (ukuran seperti semut kecil). 

Punca Kutu Kucing, Jenis Dan Cara Menghilangkanny

2. Ear Mites 

Ear mites ini disebut juga sebagai Otodectes cynotis. Kutu jenis ini ukurannya lebih kecil dibanding jenis kutu kucing yang lain. Kucing yang terkena jenis kutu ini seringkali kelihatan menggaru bahagian telinganya. Selalunya kutu jenis ear mites ini akan kelihatan seperti tompokan hitam dan memang menyebabkan rasa yang amat gatal dan tak selesa pada kucing.

Punca Kutu Kucing, Jenis Dan Cara Menghilangkanny

Punca Kutu Kucing, Jenis Dan Cara Menghilangkanny

3. Lice 

Kutu jenis Lice ini bentuknya juga lebih kecil dibanding kutu kucing jenis Ctenocephalides felis tadi. Selalunya kutu ini akan melekat pada bahagian bulu dan ia hampir mirip seperti debu-debu. 

Apabila mendapat kutu kucing jenis ini, selalunya bulu kucing akan kelihatan kusam dan jika diamati pada bulunya, apa yang disangkankan hanya kotoran kelihatan seperti bergerak, di sini akan dapat tahu yang kucing telah terkena serangan kutu jenis Lice. 

Punca Kutu Kucing, Jenis Dan Cara Menghilangkanny


Tanda Kucing Dijangkiti Serangan Kutu Kucing 

Kebiasaannya, kucing yang dijangkiti parasit (kutu) ini akan mengalami tanda-tanda seperti :
  • Kegatalan, kerap menggaru 
  • Menjilat badan secara berlebihan. 
  • Anemia (pucat), keletihan (Jangkitan teruk) 
  • Hilang selera makan. (Jangkitan teruk)

Cara Untuk Menghilangkan Kutu Kucing Pada Meow Kesayangan 


Cara yang seringkali digunakan untuk mengatasi masalah kutu pada kucing ataupun untuk bunuh kutu kucing di rumah ini adalah :

1. Gunakan Produk Antikutu 

Para pemilik kucing boleh bertanya ke mana-mana klinik haiwan ataupun kedai PetShop yang berdekatan tentang produk antikutu yang ada di pasaran. Pihak ini juga boleh bantu mengesyorkan jenis barangan produk antikutu untuk menghilangkan kutu pada kucing masing-masing.
Jika ada yang dirasakan sesuai, boleh juga terus membelinya. Antara produk antikutu yang boleh digunakan sebagai cara untuk menghilangkan kutu kucing ini adalah seperti :
  • shampoo kutu kucing
  • ubat kutu kucing
  • spray kutu kucing 
  • kolar kutu kucing dan lain-lain lagi. 

2. Bersihkan Perabot


PetLovers boleh menggunakan produk antiseptik untuk membersihkan perabot yang sering kucing sukai di rumah. Kumpulkan juga benda-benda yang sering digunakan untuk membersihkan kucing seperti sisir, berus, tualanya. Tak lupa juga bekas tempat tinggalnya. Bersihkan semuanya dengan baik bagi mengurangkan masalah serangan kutu kucing ini dengan lebih serius. 

Kawasan persekitaran yang menjadi tempat tumpuan kucing perlu dibersihkan dengan menggunakan cecair atau sabun yang boleh membunuh parasit dan telurnya. Vakum juga semua karpet sebab dalam gumpalan bulu kucing yang gugur, masih ada terdapat kutu/ telur kutu. Kalau boleh, vakum satu rumah baru yakin telur-telur kutu dapat dihapuskan.

3. Bawa Kucing Kepada Doktor Haiwan

Jika dilihat serangan kutu kucing ini agak serius, eloklah terus di bawa kepada doktor haiwan yang terdekat untuk rawatan segera yang perlu. 

Adakah Kutu Kucing Bahaya Dan Menggigit Manusia?

Secara amnya, kutu boleh hidup pada badan haiwan tetapi ia tidak dapat hidup pada tubuh badan manusia. Walaubagaimanapun, pendapat ini benar-benar kena diperbetulkan kerana Kutu tetap boleh memberi bahaya pada manusia. 

Hanya perlukan kutu tersebut menumpang pakaian apabila berada berhampiran dengan kucing dan seterusnya Kutu kucing ini boleh menggigit dan boleh memakan darah manusia terutamanya di kawasan buku lali, pergelangan kaki, betis, tangan dan badan.

Gigitan kutu kucing boleh mendatangkan ruam, alahan, berbintik merah, gatal dan keradangan. Apabila kegatalannya semakkin kuat pastinya ia akan digaru. Dengan sentuhan sedemikian mungkin boleh dijangkiti jangkitan yang berbahaya seperti Dermatitis, Eritema, Pulicosis, Brucellosis, Ensefalitis dan Salmonellosis. Penyakit ini sangat berbahaya bagi manusia dan boleh mandatangkan maut.

Punca Kutu Kucing, Jenis Dan Cara Menghilangkanny

Cara mengelakkan adalah : 

- Segera mencuci Kawasan gigitan dengan sabun antibakteria 

- Gunakan air sejuk kerana dengan menggunakan air panas atau air suam akan memburukkan lagi rasa gatal pada bitnik tersebut. 

- Lap kering dengan tuala bersih 

- Sapukan krim Hydrocortisone atau gunakan losyen Calamine untuk melegakan rasa gatal tersebut. 

- Menggunakan ais batu juga membantu mengurangkan bengkak pada gigitan kutu. 

- Jangan menggaru kerana ini akan menggalakkan jangkitan bakteria. 

- Sentiasa bersihkan & vakum tempat kediaman sekurang-kurangnya 4 kali seminggu. 

- Semburkan air yang bercampurkan Bayticol pada kawasan sekitar rumah dan semburkan pada haiwan peliharaan.


Kucing anda banyak kutu? Sememangnya kutu kucing ini sudah menjadi satu masalah biasa untuk semua pemilik kucing tapi janganlah biarkan ia begitu saja. Kutu kucing hendaklah segera di bendung agar tidak membawa bahaya kepada manusia selaku si pemilik kucing tersebut. 

Pencinta kucing selalunya memang dah tahu akan bahaya kutu kucing terhadap orang disekeliling dan  siapa yang dah pernah kena serangan kutu kucing, pasti dah terasa sangat serik dengan kegatalan melampau yang perlu dihadapi. 

Hama kutu benar-benar gatal dan apa yang lebih menyakitkan hati, kutu kucing ini lama kelamaan akan kembali menyerang setelah kesan ubat pada kucing sudah berkurangan. Adakalanya kutu akan dah mula menyerang kucing walaupun masih memakai kolar.

Punca Kutu Kucing, Jenis Dan Cara Menghilangkanny

Si pemilik hendaklah terus berusaha untuk merawat kucing dari serangan kutu kucing ini. Jangan setelah tiada kesan-kesan kutu terus berhenti sebaliknya kekalkan kaedah yang telah di buat supaya kucing terus kekal sihat dari serangan kutu kucing tersebut. Membela kucing bukan setakat hanya memberinya makan dan tempat tinggal sebaliknya hendaklah turut menjaga kebersihan dan kesihatan kucing-kucing yang dibela.

Moga perkongsian di dalam artikel ini memberi manfaat dan selamat berjuang untuk kucing-kucing kesayangan. Belailah kucing dengan mesra kerana ia adalah haiwan kesayangan Nabi dan ia juga adalah makhluk ciptaan Allah SWT. 


Artikel menarik lain : Cara Penjagaan Anak Kucing Umur 2 Bulan 


Credits : 

Myklinikhaiwan.com

TVSarawak.com  

3 comments for "Punca Kutu Kucing, Jenis Dan Cara Menghilangkannya "

  1. baik bawa kucing pergi spa mandi 2 bula sekali. kalau rajin sebulan sekali. pantang betul nampak kucing banyak kutu dekat badan tu.

    ReplyDelete