11 Resepi Kuey Teow Berkuah Mudah Simple Sedap Paling Menarik | Hi semua, dah lama rasanya tak masak dan makan kuey teow, asyik makan mee saja pun boring juga. Terdapat pelbagai aneka jenis hidangan boleh dihasilkan dengan menggunakan kuey teow. Kuey teow ialah sejenis mee yang lebar, nipis dan berwarna putih. Teksturnya sedikit kenyal dan licin. Ia biasanya dijual basah dibungkus dengan plastik dengan harga yang murah.  

Cara masakan kuey teow memang berbagai aneka jenis dalam bentuk masakan kering dan juga berkuah. Di sini akan disenaraikan 11 resepi kuey teow berkuah untuk dicuba. Kalau nak kurangkan makan nasi, bolehlah tukarkan kepada kuey teow ni sebagai hidangan. 

Siapa penggemar kuey teow bolehlah cuba resipi-resipi ni! Antaranya :

  • resepi char kuey teow basah Penang
  • resepi char kuey teow kungfu
  • resepi char kuey teow ladna 
  • resepi char kuey teow kantonis 
  • resepi char kuey teow hongkong
  • resepi char kuey teow sup 

Resepi Kuey Teow Berkuah Mudah

Inilah dia 11 resipi yang mudah dan sedap untuk kuey teow goreng basah dan berkuah bagi peminat menu Kuey teow di Malaysia. 

#1 - Resepi Char Kuey Teow Basah Penang (Berkuah)

Resepi Kuey Teow Berkuah


Bahan untuk buat paste Char Kuey Teow 

200 gm udang (guna 12 ekor udang size L)
250ml air (masukkan ½ cawan sahaja, sebab air rebusan dah banyak)
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1 kiub pati ikan bilis
*2 sudu kecil garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1 sudu kecil)
*1 sudu kecil gula
*** Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat Pes :
1. Rebus udang dengan air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya.
2. Air rebusan jangan buang. Kupas udang. Asingkan isi dari kulit serta kepala.
3. Ambil kulit dan kepala udang tu dan kisar bersama air rebusan tadi. Tapis dan ketepikan air pati udang ni.
4. Campurkan semua bahan untuk paste dengan air pati udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat.
5. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dalam fridge.

Bahan untuk Mee :
300gm kuey teow ( untuk 3 pinggan, boleh guna yang halus tu)
1 sudu besar cili boh
Kerang
Sedikit kucai & taugeh
1 biji telur

Cara Menggoreng Mee :
1. Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dalam 4sb paste tadi (guna 2 senduk kecil).

2. Masukkan udang yang telah direbus tadi dan kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cawan.

3. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh dan kacau rata.

4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dalam 3-4 minit sahaja, pastikan api kuat semasa memasak.

Kredit : Resepi Bonda 


#2 - Resepi Kuey Teow Kungfu 

Resepi Kuey Teow Berkuah

Bahan A : Ayam, Udang, Sotong. 

Bahan B : Sayur pak choy, Baby corn, Cauliflower, Carrot, Tomato.

Bahan Perasa : Bawang putih, Sos tiram, Kiub ayam, Lada sulah, Tepung jagung.

Cara-cara : 

Tumis bawang putih yang telah dicincang. Bubuh sos tiram ke dalamnya. Kemudian masukkan kiub ayam. Lalu masukkan air ikut banyak yang diinginkan. 

Masukkan ayam, carrot dan baby corn. Masukkan lagi udang, sotong, cauliflower dan pakchoy. 

Tunggu sampai mendidih. Kemudian masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh dengan air. Jangan lupa bubuh garam, perisa dan lada sulah. 

Pecahkan 3 biji telur, letak sedikit lada sulah dan pukul telur. Gaulkan dengan kuey teow. 

Kemudian goreng macam buat telur dadar. Tapi guna minyak banyak. Kalau buat garing lagi sedap. Bila mahu hidangkan, siramkan kuah ke atas kuey teow goreng.

Kredit : FB Nur Khalida Khalid‎‎


#3 - Resepi Kuey Teow Ladna

Resepi Kuey Teow Berkuah

Bahan-bahan :
4 paket kuey teow (leraikan)
2 sudu sos tiram
1/2 cawan kicap lemak manis
1 sudu sos ikan
Sedikit air

Bahan Kuah:
6 ulas bawang putih (cincang halus)
Sedikit minyak untuk menumis
1 cawan isi ayam hiris
1 cawan daging (dah direbus empuk dan hiris)
1 paket serbuk mee sup
Air secukupnya (dalam 3 ke 4 cawan)
2 biji telur
2 sudu sos ikan
1 biji limau nipis (ambil jus sahaja)
Sayuran pilihan (cendawan hitam yang direndam sampai kembang dan digunting, kailan, kobis cina, carrot dan cendawan enoki)
3 ke 4 sudu tepung jagung bancuh dengan 1/2 cawan air

Cara Membuat :
Mula-mula buat kuey teow dulu. Panaskan kuali, masukkan semua kuey teow.
Gaul kicap, sos tiram dan sos ikan dan tuangkan kedalam kueyteow. Kacau guna api kecil sampai semua sebati dan hampir masak. Tutup api, angkat.

Sekarang buat kuah. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga keperangan dan naik bau.
Masukkan ayam dan daging. Kacau.

Masukkan air. Tambah serbuk mee sup, carrot dan batang kailan. Perasakan dengan sos ikan. Kacau dan biar mendidih. Masukkan cendawan hitam. 

Bila semua sudah mendidih, masukkan kailan dan kobis cina yang dipotong. Tambahkan telur. Kacau perlahan.

Masukkan air tepung jagung dan kacau sampai pekat dan mendidih. Tutup api.

Tuang kuah atas kuey teow. Makan dengan cili potong dan sos ikan. Siap.

#4 - Resepi Kuey Teow Ladna Special 

Resepi Kuey Teow Berkuah

Bahan:
1 Paket Kuey Teow
Sotong
Udang
4 helai daun limau purut
2 sudu besar tepung jagung bancuh bersama sedikit air sehingga sebati
4 ulas bawang putih. cincang halus.
1 batang carrot
sedikit baby corn
5 biji cili padi (pecah2kan.. kalau nak pedas lagi, tambahkan)
sedikit bunga kobis
sedikit sawi
1 sudu besar taucu
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan (kalau tak letak pun takpe)
sedikit kicap
ayam dan daging. (rebus untuk dptkan airnya)

Bahan hiasan:
Cili hidup merah dan hijau,
Limau kasturi
Daun sup
Daun Bawang

Cara membuatnya:
1. Gaulkan kicap dengan kuey teow hingga sebati. Perapkan selama 10 minit.

2. Panaskan kuali/frying pan dan goreng tanpa minyak. Gunakan kuali/frying pan yang non- stick (tidak melekat)..sebab rai tak suka berminyak2 nanti kuah nya.

3. Angkat dan biarkan seketika.

4. Tumis bawang putih dan cili padi hingga naik bau. masukkan daun limau purut.

5. Masukkan ayam dan daging yang ditoskan tadi.

6. Masukkan sos tiram, taucu dan sos ikan.

7. Masukkan air rebusan ayam dan daging tadi

8. Bila dah mendidih, masukkan bunga kobis + jagung + tepung jagung.

9. Perahkan sedikit limau kasturi

10. Akhir sekali masukkan udang, sotong dan sawi. masukkan garam kalau tak cukup masin lagi.

11. Kacau sebati dan biarkan hingga mendidih. angkat. Jangan terlalu lama. nanti sotong dan udang kecut. curahkan kuah ke atas kuey teow tadi


#5 - Resepi Kuey Teow Cantonese 

Resepi Kuey Teow Berkuah


BAHAN A:
- 2 peket kueh teoy (cuci - tos - gaul dgn sedikit kicap pekat + kicap masim) anggaran dlm 2 sudu besar setiap kicap.
-4 ulas bawang putih - diketuk
- sedikit isi ayam (boneless) - dihiris nipis
- sedikit udang - terpulang nak byk mana
Sedikit sotong
- 4 tangkai sayur sawi atau pak choy
- 4 keping fish cake atau secukup yer
- minyak masak secukup kegunaan

BAHAN B:
- serbuk pati secukup rasa @ garam
- sedikit sos tiram
- kicap cair ( secukup kegunaan )
- kicap pekat 2 @ 3 titik ( utk bg warna gelap )
- air secukupnya utk dijadikan kuah

BAHAN C:
- sedikit bancuhan tepung jagung ( tepung jagung + air )
- sebiji telur ( dipukul sikit )

CARANYA:
1. panaskan sedikit minyak dan goreng kuey teow seketika ( saya guna non stick pan utk memudahkan kerja ) - angkat & ketepikan.

2. tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan hirisan daging ayam - masak seketika.masukkan fish cake.

3. tambahkan udang, sawi gaul rata.

4. kemudian tambahkan air dan perasakan secukupnya dgn bahan B - biarkan mendidih.

5. pekatkan kuah dgn bancuhan tepung jagung gaul sebati dan matikan api. Masukkan telur yang dikacau sedikit. siap. letak kuey teow tadi atas pinggan @ mangkuk dan curahkan kuah ke atasnya..
sedia untuk dinikmati sedap dimakan bersama cili padi kicap

Kredits : Anita Daniel's kitchen

#6- Resepi Kuey Teow Daging Halia

Resepi Kuey Teow Berkuah
Bahan-bahan : 
Daging, 
Kuey teow, 
Kicap cair, Halia, 
Bawang putih, 
Dua sudu serbuk pati ayam, 
Lada sulah, 
3-4 sudu besar bancuhan tepung jagung, 
Kucai dan daun bawang, 
Sebiji telur besar, 
Cuka hitam.

Cara : 
Daging digoreng kosong atau goreng kicap. Goreng sekejap kuey teow dengan sesudu besar kicap cair. Asingkan letak tepi. 

Tumis halia dan bawang putih cincang. Masukkan air ikut sebanyak mana kuey teow anda. Bila mula mendidih, masukkan dua sudu serbuk pati ayam dan sedikit lada sulah. Tunggu hingga mendidih. 

Kemudian masukkan dalam 3-4 sudu besar bancuhan tepung jagung. Bila pekat kuah sudah sesuai, masukkan kucai dan daun bawang. 

Tutup api kemudian masukkan sebiji telur besar dan kacau. Baru masukkan daging yang digoreng tadi. Akhir sekali, renjiskan cuka hitam.

Kredit : FB Wan LuQman 

#7 - Resepi Kuey Teow Hong Kong

Resepi Kuey Teow Berkuah


Bahan-bahan :
100 gm Kuey teow
1 biji Telur

Bahan Kuah :

1 biji Bawang putih - dicincang
3 biji Cili padi - diketuk
15 gm Isi ayam
3 ekor Udang
10 gm Lobak - dipotong panjang
1 batang Putik jagung
1 poko Kailan
3 sdb Sos tiram
3 sdb Tepung jagung
Garam
Lada sulah
Air secukupnya
Minyak

Langkah penyediaan :

1-Panaskan minyak atas api.
2-Pukul telur dan masukkan kuey teow dalam telur.
3-Goreng hingga garing dan angkat. Hidangkan dalam pinggan.
4-Untuk menyediakan kuah, tumis bawang putih dan cili padi. Masukkan ayam dan udang.
5-Kemudian, masukkan sayuran, sos tiram dan air secukupnya. Pastikan kuah cukup untuk 1 orang makan saja.
6-Perasakan dengan garam, lada sulah dan jus limau.
7-Bancuhkan tepung jagung dengan air. masukkan kedalam kuah yang mendidih hingga pekat.
8-Angkat dan tuang kuah atas kuey teow yang digoreng tadi . Hidangkan bersama bawang goreng dan daun ketumbar.

#8 - Resepi Kuey Teow Sup Fishball

Resepi Kuey Teow Berkuah

1 ketul isi ayam + sedikit bahagian tulang atau kaki.
1 pek kuewtiau dicelur sekejap dan toskan.
1 pek kecil fishball dibelah dua.
1 pek kecil fishcake - dihiris nipis.

Cara untuk membuatnya:


1. Masukkan air dalam periuk dan rebus isi ayam dan tulang sampai mendidih dan campaklah fishball dan fishcake kedalamnya. Takde tumis apa-apa okeh. Tambah garam secukup rasa atau masukkan 1 kiub pati ayam kalau sudi. Kacau dan tutup api. Siap dah. Mudah kan?

Cuma nak best kena makan ni dengan minyak bawang putih dan juga cili kicap. Nak buat pun mudah yakmat aih.

Cara untuk membuat Minyak bawang putih:

1. Hiris 1 labu bawang putih. Masukkan minyak dalam kuali dan masukkan terus bawang putih dan barulah hidupkan api paling perlahan.

2. Kacau sesekali sampailah bawang bertukar kekuningan dan matikan api. Jangan sampai bawang bertukar perang keemasan yer. Siap.

Cara untuk membuat Cili Kicap:

1. Bakar seulas bawang putih dan masukkan ke dalam bekas. Potong cili ikut kesukaan, lepas tu letaklah kicap banyak mana yang suka.

2. Perah sedikit limau. Siap.

Cara untuk menyediakan hidangan ini keseluruhan:

1. Hidangkanlah kuey teow tadi bersama isi ayam yang dicarik, fishball dan fishcake, ihirisan daun bawang dan daun sup bersama sayuran seperti sawi atau taugeh.

2. Letaklah minyak bawang putih dan cili kicap sesedap rasa. Makanlah, hiruplah dan nikmatilah dengan penuh rasa bahagia.

Kredit : Khairul Abdullah 

#9 - Resepi Kuey Teow Theng Simple

Resepi Kuey Teow Berkuah

Bawang putih (blender) 
Bawang besar (blender) 
Lada biji (tumbuk) 
Kiub ayam
Ayam 
Halia 
Fish Cake

Cara-caranya 

Panaskan myak, masuk bawang yang telah di blend tadi, kemudian masuk air, lada, ayam, haliadan fish cake 

Perasakan dengan gula garam dan sedikit serbuk secukup rasa (jika ada). Tunggu mendidih sebentar dan masukkan kuey teow sebentar. Siap! 

Untuk cili : Cabai kering (rebus) dan blend kemudian Panaskan minyak dan tumis cili blend sampai pecah minyak. Setelah itu masukkan asam keping, garam, gula dan serbuk perasa (jika suka), selesai.

Kredit : FB Ieda Latisyaa 

#10 - Resepi Kuey Teow Hailam Mudah 

resepi Kuey Teow Berkuah Mudah


Bahan-bahan :

Kuey teow 1 bungkus 
udang + ayam + sotong ~ boleh tambah telur kalau suka 
bawang putih + cili padi [ tumbuk / blender] 
carrot + baby corn + bunga kubis 
sos tiram + kicap pekat + bancuhan tepung jagung 

Cara Membuatnya :
1. tumiskan bahan kisar / tumbuk sampai wangi 
2. masukkan ayam ~ masak sampai agak empuk dan masukkan sos tiram + kicap pekat  
3. then masukkan sotong + udang + kue teow + sayuran 
4. masukkan bancuhan tepung jagung & masak sampai kuah jadi agak pekat [ ikut selera masing2] 
5. boleh hidangkan dgn lada jeruk kalau suka 

Kredits : Blog Ayiewiyah 

#11 - Resepi Kuey Teow Basah (Kuey Teow Goreng Basah)

Resepi Kuey Teow Berkuah


BAHAN BAHAN 

1 Bungkus Kueytiaw Udang/ Kerang / Ayam 
1 Biji Telur 
2 biji bawang merah (dihiris) 
4 ulas bawang putih (diketuk) 
2 biji cili 
2 sudu besar sos tiram 
2 sudu besar sos cili 
3 sudu besar kicap manis 
2 Cawan Air 
Segenggam Taugeh 
Sedikit hirisan daun kucai 
Garam / pati ayam. 

CARA - CARA MEMBUATNYA 
1. Tumiskan 2 biji bawang merah (dihiris), 4 ulas bawang putih (diketuk) dan 2 biji cili 
2. Apabila tumisan sudah garing sikit, masukkan 2 sudu cili boh,Tumiskan Seketika. 
3.  Kemudian masukkan 2 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar sos cili dan 3 sudu besar kicap manis 
4. Masukkan udang dan kerang ( nak letak ayam/daging pun boleh) 
5. Masukkan 2 cawan air 
6. Masak sehingga mendidih, kemudian masukkan 1 biji telur (dipukul sedikit dengan garfu) 
7. Masukkan 1 bungkus kuey teow,Segenggam taugeh dan Sedikit hirisan daun kucai 
8. Perasakan dengan garam & serbuk/kiub pati ayam secukup rasa 
9. Kacau rata, siap!

Kredits : Raffieyusoff via ibu resepi

Resepi Menarik Lain :

+ 12 Resepi Mee Berkuah Mudah Sedap Yang Best

+ 15 Resepi Popia Popular Yang Menyelerakan 

+ 10 Himpunan Resepi Kek Mudah Guna Blender 

+ 10 Roti Homemade Senang, Buat Sendiri Di Rumah 


Selamat mencuba resepi kuey teow yang telah dikongsikan tadi. Sesekali makan menu kuey teow kuah begini sedap juga kan? Dan bagi yang sudah biasa dengan menu kuey teow kuahkueyteow bandung dan sudah selalu asyik masak resepi mee bandung je, sekarang bolehlah pelbagaikan menu makanan di rumah dengan resepi-resepi kuey teow berkuah yang telah diberikan tadi. 

Cuma, kalau di tanya bagaimana nak masak kuew teow macam menu Chinese dengan api yang besar tu, memang tak reti ler... itu tahap chef otai boleh masak dengan api besar. Tapi tak dinafikan yang kuew teow ini sering dinikmati oleh chinese dan cara masakannya juga lebih hebat dengan api yang menjulang tinggi. Jika di Thailand pun sama. Makin best kalau dapat makan Kuey teow sup Thailand, perghh sedap! 

Okaylah, selamat mencuba dan untuk semua tuan puan empunya resepi untuk kuey teow berkuah ini, terima kasih banyak-banyak diucapkan.