Sejarah Asal Usul & Maksud Sebenar Di Sebalik Hari Valentine's Day 14 Feb | Hari Valentine berlaku setiap 14 Februari. Di seluruh Amerika Syarikat dan di tempat lain di seluruh dunia, gula-gula, bunga dan hadiah ditukar antara orang yang disayangi, semuanya atas nama St. Valentine. Valentine's Day sendiri menjadi sebuah perayaan hinggakan ramai pelajar sekolah bertukar-tukar mesej Valentine pada hari ini. 

Tapi tahukah kita tentang sejarah sebenar valentine day dan kenapa dilarang untuk menyambutnya menurut Islam. Jom kita ambil tahu tentang sejarah Valentine's Day.

Maksud Sebenar Di Sebalik Hari Valentine's Day


Sejarah Awal Asal Usul Hari Valentinet

Hari valentine ternyata memiliki sejarah yang sangat panjang. Berikut sejarah perayaan Hari Valentine atau Valentine Day yang dirayakan setiap tanggal 14 Februari, berawal dari tradisi Romawi kuno. 

Hari Valentine dinamakan sempena nama Saint Valentine. Saint Valentine merupakan seorang paderi Katolik yang tinggal di Rom pada abad ke-3. Terdapat banyak kisah mengenai St Valentine dan lama-kelamaan kisah ini berkembang menjadi legenda yang kita kenal hingga sekarang. 

Pada masa Valentine hidup, banyak orang Rom yang memeluk agama Kristian, tetapi Kaisar Claudius II adalah orang kafir dan membuat undang-undang yang ketat tentang apa yang dibenarkan oleh orang Kristian. 

Claudius percaya bahawa tentera Rom harus sepenuhnya setia kepada Rom dan oleh itu meluluskan undang-undang yang melarang mereka berkahwin. St Valentine mula mengahwini askar-askar ini dalam upacara Kristiani secara rahsia dan inilah permulaan reputasinya kerana mempercayai akan pentingnya cinta.

Akhirnya, Valentine ditemui dan dipenjara kerana kejahatannya terhadap Claudius. Semasa dipenjarakan, Valentine menjaga rakan-rakan tahanannya dan juga seorang perempuan yang buta. Legenda mengatakan bahawa Valentine menyembuhkan kebutaan gadis itu dan Valentine telah dihukum mati pada 14 Februari pada tahun 270.

Maksud Sebenar Di Sebalik Hari Valentine's Day

Bagaimana Hari Valentine Berkembang? 

Tidak lebih dari 200 tahun kemudian, tarikh kematian Saint Valentine yang jatuh pada tarikh 14 Februari itu telah diisytiharkan sebagai Hari Valentine. Pada masa ini, Roma telah menjadi Kristian dan Gereja Katolik bertekad untuk membasmi segala paganisme yang masih ada. 

Paus mengisytiharkan Hari Valentine Valentine pada 14 Februari, sehingga menetapkan hari perayaan ini pada Kalendar Orang Suci Katolik. Penyair Chaucer pada Abad Pertengahan adalah orang yang pertama menghubungkan St Valentine dengan cinta romantis. 

Maksud Sebenar Di Sebalik Hari Valentine's Day

Simbol Hari Valentine 

Amalan menghantar mesej cinta berkembang dan orang mula menghantar kad khas untuk menyatakan kasih sayang mereka terhadap orang yang dicintai. Kad-kad ini adalah ciptaan indah buatan tangan oleh pengirim dan direka secara individu untuk menunjukkan betapa mereka menyukai si penerima kad tersebut. 

Maksud Sebenar Di Sebalik Hari Valentine's Day

Kad biasanya mengandungi ayat sentimental. Kad Hari Valentine dihiasi dengan gambar cupid, hati dan bunga dan dihiasi dengan renda. Gambar-gambar ini masih digunakan hingga kini untuk melambangkan cinta dan dikenali di seluruh dunia. Cuma di zaman moden ia lebih berkembang dalam bentuk whatsapp, Instagram dan banyak lagi. 


Video Penerangan Sejarah Valentine's Day


Sejarah Hari Valentine Day Menurut Pandangan Islam

Baca dan tahu sejarah singkat Valentine Day ini sudah jelas, menurut Islam ianya sama sekali tidak sesuai dengan kita. Iyalah, Valentine day ini jelas dan nyata adalah hari demi untuk memperingati akan kematian seorang paderi bernama Saint Valentine. 

Sedangkan kita umat Islam tidak patut ada kaitan dengan kepercayaan agama lain seperti ini. Nak beri hadiah untuk insan yang kita suka tidak salah, asalkan jangan di beri demi kerana hari Valentine's day ini. 

Berilah pada hari apapun asalkan bukan dengan niat untuk memberinya sempena Hari Kekasih yang diadakan demi untuk meperingati tarikh kematian paderi Kristian ini. Jika nak beri bunga, boleh beli dan beri bunga mawar mengikut maksud di sebalik warna dan jumlah tangkainya dengan merujuk di artikel INI


Muslim Jangan Terikut! Jaga Akidah Kita

Itulah dia maksud sebenar valentine day dan kenapa valentine day dalam Islam dilarang. Melalui sejarah Valentine meskipun mempunyai pelbagai versi,. jelas ia dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine Day ada kaitan dengan agama mereka. 

Makna Valentine Day itu sendiri kita sudah jelas yang ianya ada kaitan dengan Kristian. Fatwa Valentine Day haram ada asasnya. Yang pasti fatwa ulama tentang Valentine's Day memang patut kita ikut kerana ia agak bercanggah dengan agama kita. 

Sebagaimana yang dikatakan tadi, Islam tidak melarang untuk kita memberi hadiah pada sesiapa. Tapi, bukanlah pada hari Valentine Day dengan alasan ingin menyambutnya sebagai hari kekasih. Ianya tak patut kerana kita kini sedia maklum yang hari ini demi kerana ingin memperingati tarikh kematian seorang paderi. 

Itulah serba sedikit info berkaitan valentine day dalam Islam. Semoga kita sama-sama faham maksud sebenar Valetine day dan janganlah kita ikut sambut dan raikan hari ini kerana ternyata ia sama sekali bercanggah dengan agama Islam. 

Katakan tidak kepada Valentine's Day. Hari Saint Valentine, atau lebih dikenali sebagai Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih, kerana ia adalah hari untuk memperingati kematian seorang paderi.