Fakta Anak Sulung Perempuan Dan Anak Sulung Lelaki Dalam Percintaan Dan Perkahwinan
![]() |
sekadar gambar hiasan - kredit Amin Hussin Photography |
10 Fakta Anak Sulung Lelaki Dalam Percintaan
10 Fakta Anak Sulung Perempuan Dalam Percintaan Dan Perkahwinan
1. Matang
2. Suka memerhati
3. Boleh diajak berbincang
4. Sangat tegas dan amat benci ditipu
5. Nampak garang tapi pemaaf
6. Bertanggungjawab
7. Tahu hormat orang tua
8. Penyayang
9. Manja tapi hati kental
10. Adakalanya agak degil dan tidak suka mengalah
5 Fakta Anak Sulung Dr. Fadzilah Kamsah Berkaitan Sikap
Melalui perkongsian melalui website Keluarga.my, menurut Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, anak sulung mempunyai karektor yang tenang, bertolak ansur dan mudah diajak berbincang. Namun dalam masa yang sama, anak sulung adakalanya agak sensitif dan inginkan perhatian yang lebih.
Antara sifat-sifat yang berkaitan dengan fakta anak sulung ini adalah :
1. Ego
Anak sulung boleh diajak berbincang dan bertolak ansur tapi, anak sulung ini juga dilihat lebih degil dan sedikit ego dalam segala hal. Mungkin istilahnya mereka tidak mahu dipandang rendah dalam segala hal apa lagi diperkecilkan kebolehan mereka. Malah anak sulung juga tidak suka diarahkan segala tindak tanduk yang bakal mereka lakukan.
2. Bertolak Ansur & Rasional
Pun begitu, dalam ketegasan, anak sulung juga dikatakan mampu bertolak ansur dalam segala hal. Hal ini mungkin disebabkan anak sulung cuba bersikap rasional dalam segala hal terutama sekali kepada adik beradik yang berada di bawahnya.
3. Sangat Tegas
Ya anak sulung biasanya lebih tegas berbanding anak lain. Mungkin sebagai ketua kepada adik-adiknya, karektor ini lebih terserlah. Mungkin kerana cuba mempamerkan sikap dan rasa tanggungjawab mereka kepada ibu ayah serta kesemua adik beradik lain.
4. Suka Mengawal dan Control Orang Lain
Hal ini sering dikaitkan dengan keupayaan anak sulung yang pandai bermain dengan kata-kata. Keramahan serta pergaulannya yang lebih luas membolehkan dia mengawal situasi dan mengawal orang lain di sekeliling.
Hal ini mungkin juga dikaitkan dengan rasa hormat adik beradik lain kepada anak sulung yang lebih banyak ilmunya.
5. Lebih Bijak
Sebagai orang yang terawal, anak sulung dilihat lebih bijak dalam segala hal. Ini termasuklah berjaya di dalam pelajaran dan kerjaya. Kegigihan ini didorong oleh rasa ingin dicontohi oleh orang lain terutamanya adik beradik yang berada di bawahnya.
Sebagai Muslim, seeloknya memberi nama anak menurut Islam dengan maksud yang baik-baik. Sikap anak itu sendiri kadangkala berkait dengan maksud nama yang diberi. Ini kerana nama itu adalah seperti doa.
Menurut pembacaa pula, anak pertama perempuan berpotensi lebih hebat dari anak pertama laki-laki. Mungkin kerana anak pertama perempuan itu lebih cepat matang dan boleh diajak ke dapur untuk bantu itu ini.
Walaubagaimanapun, anak lelaki tetap boleh di ajak ke dapur jika di asuh dengan betul sejak kecil.
Anak Sulung Sangat Istimewa Di Hati Ibubapa
Sebagai seorang ibu yang punya anak ramai ini, tidak dinafikan anak sulung mempunyai tempat yang sangat special di dalam hati. Ini kerana, anak sulung merupakan cahayamata pertama yang memberikan gelaran mama untuk diri ini.
Walaupun adakalanya anak sulung kelihatan agak 'bossy' di depan adik-adik, jika tidak keterlaluan tidak mengapa. Ini kerana anak yang lain memang perlu ada rasa hormat terhadap anak sulung sebagai 'abang besar' untuk mereka.
Anak sulung biasanya diharapkan untuk menjadi contoh teladan yang baik untuk anak-anak yang lain. Anak sulung ini juga sentiasa diharapkan supaya menjadi seorang anak yang mendengar kata, ringan tulang dan boleh diharap itu dan ini.
Walaubagaimanapun, setinggi mana sekalipun harapan yang diletakkan pada anak sulung itu, janganlah ditukarkannya menjadi satu bebanan. Anak pertama ini cenderung ke arah lebih mudah stress kerana tertekan.


Terima kasih kongsi info. Setiap anak ada keunikan masing-masing.
ReplyDeletePC ada dengar juga. Biasa kalau nak kahwin soalan yang selalu di tanya anak nombor berapa.
ReplyDeleteAkak anak sulung...ex husband pun nak sulung..panas kata org tua2...hehehe
ReplyDeleteakak anak sulung hband pun anak sulung... mak ayah pun dua2 sulung...
ReplyDeleteSinggah baca fakta pasal diri sendiri hehe
ReplyDelete