Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Fakta Anak Sulung Perempuan Dan Anak Sulung Lelaki Dalam Percintaan Dan Perkahwinan

Senarai Fakta Anak Sulung Perempuan Dalam Percintaan Dan Sikap | Ramai beranggapan anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Selalu juga aku dengar orang tua cakap, "Anak sulung yang kahwin dengan anak sulung susah nak bahagia." Kenapa ya? Adakah ini hanya sekadar mitos atau fakta? 

Jika difikir secara logik akal, itu hanya mitos kerana setiap perkahwinan, semuanya sudah tertulis dan atas usaha tiap pasangan untuk melayari bahtera itu sebaik mungkin.

Tapi, bila dilihat pada fakta sikap si anak sulung, besar kemungkinan ianya benar. Mungkin disebabkan itulah, ada yang amat yakin, anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan yang juga merupakan anak sulung dalam keluarga. 

Untuk lebih mudah faham, anak sulung perempuan dan anak sulung lelaki dalam percintaan dan perkahwinan, agak besar cabarannya.

Anak Sulung Perempuan Dan Anak Sulung Lelaki Dalam Percintaan
sekadar gambar hiasan - kredit Amin Hussin Photography


Setiap ibu bapa sudah tentulah ingin memahami sifat dan personaliti diri anak-anak. Lain anak lain perangainya. Anak sulung dalam keluarga mempunyai keistimewaannya. 

Sikap dan fakta anak sulung berbeza dengan fakta anak kedua, fakta anak ketiga, fakta anak keempat dan fakta anak bongsu. 

Sebagai salah satu usaha untuk menjadi ibubapa yang lebih baik, pastinya perlu tahu fakta-fakta yang berkaitan dengan sikap anak-anak ini. Anak sulung sinonim dengan sifatnya yang ego dan tidak mahu mengalah.

Tetapi, disebalik sikap kurang elok si anak sulung, ada banyak kelebihan jika ditakdirkan berkahwin dengan anak sulung.

Apakah sifat dan fakta untuk anak pertama sulung perempuan dalam percintaan? Apakah pula fakta anak sulung mengikut Dr.Fadhilah Kamsah? Di sini akan dikongsikan beberapa fakta tentang sifat anak sulung yang perlu ibu bapa kenali. Bolehlah kita sama-sama belajar tentang fakta anak sulung ini.


10 Fakta Anak Sulung Lelaki Dalam Percintaan 

1. Mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin (ketua keluarga)

2. Lebih matang dan tegas dalam membuat apa jua keputusan.

3. Besar kemungkinan, boleh diharap untuk bantu isteri di dapur kerana sudah biasa tolong ibu.

4. Ego tapi penyayang

5. Agak keras kepala tapi masih boleh diajak berbincang.

6. Tahu hormat orang tua.

7. Selalunya lebih suka berdikari dari minta bantuan orang lain.

8. Ada rasa tanggungjawab

9. Suka apabila diberi perhatian 

10. Tidak gemar melengahkan kerja 

10 Fakta Anak Sulung Perempuan Dalam Percintaan Dan Perkahwinan

Sekiranya seorang lelaki itu berkahwin dengan anak sulung, sudah tentu akan perasan perwatakan mereka yang lebih kepada sifat keibuan. 

Banyak kelebihan berkahwin dengan anak sulung perempuan ni. Selain menjadi kakak yang terbaik kepada adik-adiknya, boleh juga menjadi pasangan yang terbaik untuk si suami.

Antara ciri-ciri untuk sikap si anak sulung perempuan ini adalah:

1. Matang

2. Suka memerhati 

3. Boleh diajak berbincang 

4. Sangat tegas dan amat benci ditipu

5. Nampak garang tapi pemaaf

6. Bertanggungjawab

7. Tahu hormat orang tua

8. Penyayang

9. Manja tapi hati kental

10. Adakalanya agak degil dan tidak suka mengalah


5 Fakta Anak Sulung Dr. Fadzilah Kamsah Berkaitan Sikap 

Melalui perkongsian melalui website Keluarga.my, menurut Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, anak sulung mempunyai karektor yang tenang, bertolak ansur dan mudah diajak berbincang. Namun dalam masa yang sama, anak sulung adakalanya agak sensitif dan inginkan perhatian yang lebih. 

Antara sifat-sifat yang berkaitan dengan fakta anak sulung ini adalah :

1. Ego

Anak sulung boleh diajak berbincang dan bertolak ansur tapi, anak sulung ini juga dilihat lebih degil dan sedikit ego dalam segala hal. Mungkin istilahnya mereka tidak mahu dipandang rendah dalam segala hal apa lagi diperkecilkan kebolehan mereka. Malah anak sulung juga tidak suka diarahkan segala tindak tanduk yang bakal mereka lakukan.

2. Bertolak Ansur & Rasional 

Pun begitu, dalam ketegasan, anak sulung juga dikatakan mampu bertolak ansur dalam segala hal. Hal ini mungkin disebabkan anak sulung cuba bersikap rasional dalam segala hal terutama sekali kepada adik beradik yang berada di bawahnya.

3. Sangat Tegas

Ya anak sulung biasanya lebih tegas berbanding anak lain. Mungkin sebagai ketua kepada adik-adiknya, karektor ini lebih terserlah. Mungkin kerana cuba mempamerkan sikap dan rasa tanggungjawab mereka kepada ibu ayah serta kesemua adik beradik lain.

4. Suka Mengawal dan Control Orang Lain 

Hal ini sering dikaitkan dengan keupayaan anak sulung yang pandai bermain dengan kata-kata. Keramahan serta pergaulannya yang lebih luas membolehkan dia mengawal situasi dan mengawal orang lain di sekeliling. 

Hal ini mungkin juga dikaitkan dengan rasa hormat adik beradik lain kepada anak sulung yang lebih banyak ilmunya.

5. Lebih Bijak

Sebagai orang yang terawal, anak sulung dilihat lebih bijak dalam segala hal. Ini termasuklah berjaya di dalam pelajaran dan kerjaya. Kegigihan ini didorong oleh rasa ingin dicontohi oleh orang lain terutamanya adik beradik yang berada di bawahnya.

Sebagai Muslim, seeloknya memberi nama anak menurut Islam dengan maksud yang baik-baik. Sikap anak itu sendiri kadangkala berkait dengan maksud nama yang diberi. Ini kerana nama itu adalah seperti doa. 

Menurut pembacaa pula, anak pertama perempuan berpotensi lebih hebat dari anak pertama laki-laki. Mungkin kerana anak pertama perempuan itu lebih cepat matang dan boleh diajak ke dapur untuk bantu itu ini. 

Walaubagaimanapun, anak lelaki tetap boleh di ajak ke dapur jika di asuh dengan betul sejak kecil. 

Anak Sulung Sangat Istimewa Di Hati Ibubapa 

Sebagai seorang ibu yang punya anak ramai ini, tidak dinafikan anak sulung mempunyai tempat yang sangat special di dalam hati. Ini kerana, anak sulung merupakan cahayamata pertama yang memberikan gelaran mama untuk diri ini. 

Walaupun adakalanya anak sulung kelihatan agak 'bossy' di depan adik-adik, jika tidak keterlaluan tidak mengapa. Ini kerana anak yang lain memang perlu ada rasa hormat terhadap anak sulung sebagai 'abang besar' untuk mereka. 

Anak sulung selalunya menjadi harapan nombor satu keluarga berbanding anak-anak lain. Tidak kira anak sulung itu anak perempuan ataupun anak lelaki, anak sulung pertama memang sering menjadi harapan utama keluarga. 

Anak sulung biasanya diharapkan untuk menjadi contoh teladan yang baik untuk anak-anak yang lain. Anak sulung ini juga sentiasa diharapkan supaya menjadi seorang anak yang mendengar kata, ringan tulang dan boleh diharap itu dan ini.

Anak Sulung Perempuan Dan Anak Sulung Lelaki
Ariq - anak sulung Johan dan Ozlynn ada ciri pemimpin keluarga yang baik 


Walaubagaimanapun, setinggi mana sekalipun harapan 
yang diletakkan pada anak sulung itu, janganlah ditukarkannya menjadi satu bebanan. Anak pertama ini cenderung ke arah lebih mudah stress kerana tertekan. 

Seperkara lagi, mengikut pembacaan, fakta anak pertama laki-laki dan perempuan ternyata ada perbezaan di keduanya. Walaupun anak sulung lelaki lebih mudah berasa tertekan sebaliknya anak sulung perempuan tidak seperti itu. 

Bahkan, anak sulung perempuan memang ada keinginan untuk membantu kerana rasa sangat bertanggungjawab dalam menjaga keperluan adik-adiknya. 

Pernikahan anak pertama dengan anak pertama atau anak sulung dengan anak sulung, jika itu sudah takdir tidak mengapa. Anak sulung sesuai dengan anak keberapa usah difikir, kerana perkahwinan itu sendiri mampu dibentuk. 

Biarlah suami anak sulung atau tidak, terimalah dia seadanya. Biarlah juga isteri anak sulung atau tidak, bimbinglah dia ke arah yang baik. 


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

5 comments for "Fakta Anak Sulung Perempuan Dan Anak Sulung Lelaki Dalam Percintaan Dan Perkahwinan"

  1. Terima kasih kongsi info. Setiap anak ada keunikan masing-masing.

    ReplyDelete
  2. PC ada dengar juga. Biasa kalau nak kahwin soalan yang selalu di tanya anak nombor berapa.

    ReplyDelete
  3. Akak anak sulung...ex husband pun nak sulung..panas kata org tua2...hehehe

    ReplyDelete
  4. akak anak sulung hband pun anak sulung... mak ayah pun dua2 sulung...

    ReplyDelete
  5. Singgah baca fakta pasal diri sendiri hehe

    ReplyDelete