12 Resipi Biskut Kuih Raya Moden Popular Yang Mudah Dan Sedap
12 Resipi Biskut Kuih Raya Moden Popular Yang Mudah Dan Sedap | Hi Semua, sibuk dengan siapkan menu berbuka ke tu? Atau, dah pula mula fikir biskut raya apa nak buat untuk tahun ni. Walaupun sibuk dengan PKP, tak salah nak buat biskut raya untuk persediaan sambut Syawal. Tak boleh melawat saudara, kita boleh sambut raya dengan seisi keluarga yang ada dan jiran sebelah rumah saja.
Di sini, saya nak ambil kesempatan untuk berkongsi beberapa resepi biskut raya yang berjaya saya temui di perkongsian Facebook. Senang simpan semua resepi biskut raya kat sini, nanti nak buat hanya perlu klik entry ini saja.
Bagi korang yang tercari-cari idea untuk kuih raya, jemput cuba aneka resipi biskut raya mudah dan paling popular yang wajib ada pada tahun ni. Jika sebelum ni, tak cari resipi-resipi biskut raya mudah dan sedap atau sebagainya kerana lebih suka beli, tahun ni apa kata buat kelainan.
12 Resepi Biskut Raya Popular Untuk Tahun Ini
1. BISKUT PISANG LEBAM
Bahan A
1cawan butter@marjerin
1/2cawan gula halus
2 biji kuning telur
1sudu makan minyak sapi
1 sudu kecil esen pisang
Cara : satukan semua bahan dan kacau sebati (pakai senduk je)
Bahan B
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2cawan tepung jagung
1/2sudu kecil baking powder
Cara : ayak semua bahan masukkan ke dalam bahan A. Uli hingga jadi doh dan bulat bulatan dan masukkan inti kacang. Bentukkan doh rupa pisang kemudian bakar pada suhu 170° selama 25 minit
Inti
2 cawan kacang tanah disangai
4 sudu makan gula
Cara : Blend kacang dan gula hingga halus. bulat bulatkan inti
Untuk Salutan Coklat
Coklat putih + pewarna kuning telur
Dark coklat
Cara : cairkan coklat secara double boiler kemudian celup biskut satu-satu ke dalam coklat, coklat yang kuning dah keras baru sapu yang dark coklat
2. Almond London
Bahan :-badam disangai hingga rangup
-1ketul buttercup@1 1/4cawan marjerin
-3/4cawan gula halus
-3sudu makan minyak masak@minyak jagung
-1sudu teh esen vanila
-1biji kuning telur
-1/2cawan nestum kisar
-2sudu makan susu tepung
-1sudu makan tepung beras
-1/2cawan tepung jagung
-4cawan tepung gandum
-1/2sudu teh baking powder
* uli hingga jadi doh
* isikan badam dan bulat bulatkan doh bakar suhu 170 api atas bawah 25-30minit
Coklat
-350gm@4blok coklat masakan
-3sudu makan shortening
*double boilerkan hingga larut
*celupkan biskut dan tabur badam yang disangai
3. Semperit susu rangup di luar.. Cair di mulut
Bahan :250gbuttercup@1ketul
1/4cawan gula halus
1/2cawan susu pekat
1/4cawan tepung kastard
400g tepung jagung(1paket)
Esen vanilla 1sudu
Cara cara
1-masukkan buttercup dan gula ke dlm mangkuk..pukul@whisk pakai senduk je hingga sebati jangan sampai kembang
2-masukkan susu dan esen vanila kacau sebati
3-ayakkan tepung jagung dan kastard dan masukkan ke dalam adunan..doh ni sangat lembut ehh
4-Bahagikan doh kepada 2 bahagian dan letak pewarna kesukaan Dan terap ke atas dulang yg disapu marjerin
5-Bakar suhu 180°c 25minit api atas bawah
***doh pukul hingga sebati je eahh jangan sampai kembang untuk elakkan kelopak bunga tuu jatuh bila bakar.
4. Biskut Red Pearl
-150gm butter-1/2cawan gula perang
-1biji kuning telur
-1sudu makan minyak sapi
-1sudu teh baking powder
-1sudu makan tepung beras
-2sudu makan tepung jagung
-1 1/2cawan tepung gandum
-1/2cawan cornflakes
-1/2cawan almond flakes
-4sudu makan nestum
-coklat chip secukupnya
satukan butter, gula, esen vanila, kuning telur, minyak sapi dan kacau hingga sebati pakai senduk je
5. Almond Chocochips
-3/4cawan butter
-1/4cawan minyak@lebih kurang 5sudu makan
-1/2cawan gula perang
-1/2gula halus
-esen vanila
-1biji kuning telur
-2cawan tepung gandum
-1/2sudu teh soda bikarbonat
-1/2sudu teh baking powder
-1sudu besar tepung beras
-1sudu besar serbuk koko
satukan tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder, tepung beras, serbuk koko dan ayakkan
-coklat chips secukupnya
-almond flakes secukupnya
6. Cornflakes Madu
1/2 cawan madu
2sudu makan gula
2sudu makan susu pekat
Cornflakes secukupnya
Cara :
Cairkan butter dalam kuali dan masukkan gula, madu dan susu pekat
Tunggu hingga berbuih dan masukkan cornflakes gaul hingga rata
Sudukan ke dalam papercup dan taburkan coklat rice
Bakar suhu 150° selama 5minit
7. Biskut Susu Jem
250gm buttercup ( 1 ketul )gula halus 1/2cawan
minyak sapi 3sudu besar
esen vanila 1sudu kecik
kuning telur sahaja 2biji
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecik baking powder
1/2 sudu kecik soda bikarbonat
4 sudu besar susu tepung apa2 brand pun boleh
5 sudu besar nestum dikisar halus
Cara-cara :
1. pukul sebati(pakai senduk je)buttercup,gula halus,minyak sapi, esen vanilla dan bila dah sebati masukkan kuning telur
lembut dan canaikan
3. terap pakai acuan bunga tu
4. bila dah terap paipkan jem dibahagian tengah.
Kredit : Raja Amanina
8. Resepi Nutella Tart
250gm butter
60gm gula halus
1 biji kuning telur
450gm tepung gandum
Bahan inti :
* Nutella Coklat
* almond flavour 1/2 tsp (tak letak pun boleh)
2.lepas tu masukkan kuning telur.
3.dan akhir sekali masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh.
4.terap doh menggunakan acuan tart dan susun diatas dulang pembakar.
5.paipkan nutella ikut banyak mana yang kita nak lepas tu tabur dengan badam cincang yang telah dibakar seketika.
6.bakar selama 15-20 minit, kalau suka garing sikit biskutnya, bakar dulu selama 5 minit,lepas tu baru paipkan coklat nutella dan bakar lagi dalam 10-15 minit
kredit resepi: Umie Nurhayati
9. Resepi Shell Tart
1 ) Dalam bekas masukkan marjerin dan gula , kacau dan Sebatikan.
2 ) Kemudian Masukkan telur dan vanilla dipukul sedikit. Gaul sebati.
3 ) Akhir masukkan tepung sedikit demi sedikit dan ramas dengan tangan hingga sebati dan menjadi doh. Tak perlu uli lama sangat. Cukup setakat jadi doh.
4 ) Bulat2kan sebesar guli masukkan dalam bekas tart. Tekankan dengan jari hingga cantik dan kemaskan lebihannya.
5 ) Cucuk2 sedikit dengan garfu. Bakar suhu 170c hingga masak dan jadi keperangan. Masa atas oven masing2.
6 ) Setelah masak..Keluarkan dari oven. Biar sebentar dan baru keluarkan dari shell. Sejukkan atas redai.
7 ) Shell boleh dijadikan stok dengan menyimpannya dalam bekas kedap udara.
BAHAN FILLING CHEESE :
1 ) 500gm cream cheese dari peti sejuk
2 ) 100gm gula kastor
3 ) 6 sdb telur yg telah dipukul sedikit
4 ) 2 sdb butter
5 ) 1 sudu kecil Esen Vanilla atau 2 sudu kecil perahan lemon
INTI :
Apa-apa filling kegemaran.
Cara2 : Buat Filling Cheese
1 ) Masukkan semua bahan kecuali vanilla dalam bekas.
2 ) Mix hingga berkrim dan gebu tapi masih kental.
3 ) Masukkan vanilla dan mix bagi sebati.
4 ) Masukkan dalam piping bag.
5 ) Picitkan sedikit filling dalam shell. dan baru Paipkan cheese ke dalam shell.
6 ) Untuk dapat filling yang tinggi. Caranya paip ditengah hingga penuh tanpa mengegerak piping , bila penuh tarik naik perlahan sambil picit dengan muncung piping masih dalam cheese hingga tinggi yang nak baru berhenti picit dan tarik keluar piping.
7 ) Jika ada sedikit cacat atau bertanduk. Celup jari dalam air masak dan betul2kan sedikit.
8 ) Lukis permukaan jika suka mengguna filling atau cheese yg diwarnakan.
9 ) Bakar suhu 170c lebih kurang 7-8 minit . Sekadar bila sentuh cheese tidak lekat dijari. Untuk hasil yang cantik. Cheese masih moist tidak kering
10. Swiss tart strawberry
Choc rice 1/2cup
Tepung gandum 1- 1/2cawan
Tapung jagung 1- 1/2 cawan
Filling strawberry secukupnya
12. Resepi Biskut Untaian Kasih
Selamat berpuasa dan semoga semuanya berada dalam keadaan yang baik-baik saja ya.


First time tengok dan tahu biskut pisang lebam tuuuu hahahaha, comel je bentuknyaaa.
ReplyDeleteCornflakes madu tu memang kuih wajib! Tak sempat raya, habis duluuuu.
Sedapnya
ReplyDeleteBaru tahu ni ada biskut nama pisang lebam.
ReplyDeleteSemua nampak sedap
1st time tau biskut pisang lebam
ReplyDeleteapapun cornflakes paling senang nk buat. hehehe
ReplyDelete