Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

12 Resipi Biskut Kuih Raya Moden Popular Yang Mudah Dan Sedap

12 Resipi Biskut Kuih Raya Moden Popular Yang Mudah Dan Sedap | Hi Semua, sibuk dengan siapkan menu berbuka ke tu? Atau, dah pula mula fikir biskut raya apa nak buat untuk tahun ni. Walaupun sibuk dengan PKP, tak salah nak buat biskut raya untuk persediaan sambut Syawal. Tak boleh melawat saudara, kita boleh sambut raya dengan seisi keluarga yang ada dan jiran sebelah rumah saja. 

Di sini, saya nak ambil kesempatan untuk berkongsi beberapa resepi biskut raya yang berjaya saya temui di perkongsian Facebook. Senang simpan semua resepi biskut raya kat sini, nanti nak buat hanya perlu klik entry ini saja. 

Bagi korang yang tercari-cari idea untuk kuih raya, jemput cuba aneka resipi biskut raya mudah dan paling popular yang wajib ada pada tahun ni. Jika sebelum ni, tak cari resipi-resipi biskut raya mudah dan sedap atau sebagainya kerana lebih suka beli, tahun ni apa kata buat kelainan. 


Jom kita tengok himpunan resepi kuih raya popular yang boleh di boleh kat rumah, boleh buat bersama-sama untuk dihidangkan di pagi raya. 


12 Resepi Biskut Raya Popular Untuk Tahun Ini 

1. BISKUT PISANG LEBAM

Biskut Dan Kuih Raya Moden Popular


Bahan A
1cawan butter@marjerin
1/2cawan gula halus
2 biji kuning telur
1sudu makan minyak sapi
1 sudu kecil esen pisang

Cara : satukan semua bahan dan kacau sebati (pakai senduk je)


Bahan B
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2cawan tepung jagung
1/2sudu kecil baking powder

Cara : ayak semua bahan masukkan ke dalam bahan A. Uli hingga jadi doh dan bulat bulatan dan masukkan inti kacang. Bentukkan doh rupa pisang kemudian bakar pada suhu 170° selama 25 minit

Inti
2 cawan kacang tanah disangai
4 sudu makan gula

Cara : Blend kacang dan gula hingga halus. bulat bulatkan inti

Untuk Salutan Coklat
Coklat putih + pewarna kuning telur
Dark coklat 

Cara : cairkan coklat secara double boiler kemudian celup biskut satu-satu ke dalam coklat, coklat yang kuning dah keras baru sapu yang dark coklat


2. Almond London

Biskut Dan Kuih Raya Moden Popular

Bahan : 
-badam disangai hingga rangup
-1ketul buttercup@1 1/4cawan marjerin
-3/4cawan gula halus
-3sudu makan minyak masak@minyak jagung
-1sudu teh esen vanila
-1biji kuning telur

Cara satukan semua bahan kacau pakai senduk je. kemudian masukkan bahan-bahan di bawah ini : 

-1/2cawan nestum kisar
-2sudu makan susu tepung
-1sudu makan tepung beras
-1/2cawan tepung jagung
-4cawan tepung gandum
-1/2sudu teh baking powder

* uli hingga jadi doh
* isikan badam dan bulat bulatkan doh bakar suhu 170 api atas bawah 25-30minit

Coklat

-350gm@4blok coklat masakan
-3sudu makan shortening

*double boilerkan hingga larut
*celupkan biskut dan tabur badam yang disangai

3. Semperit susu rangup di luar.. Cair di mulut

Biskut Dan Kuih Raya Moden Popular

Bahan :
250gbuttercup@1ketul
1/4cawan gula halus
1/2cawan susu pekat
1/4cawan tepung kastard
400g tepung jagung(1paket)
Esen vanilla 1sudu

Cara cara

1-masukkan buttercup dan gula ke dlm mangkuk..pukul@whisk pakai senduk je hingga sebati jangan sampai kembang
2-masukkan susu dan esen vanila kacau sebati
3-ayakkan tepung jagung dan kastard dan masukkan ke dalam adunan..doh ni sangat lembut ehh
4-Bahagikan doh kepada 2 bahagian dan letak pewarna kesukaan Dan terap ke atas dulang yg disapu marjerin
5-Bakar suhu 180°c 25minit api atas bawah

***doh pukul hingga sebati je eahh jangan sampai kembang untuk elakkan kelopak bunga tuu jatuh bila bakar.

4. Biskut Red Pearl


Bahan : 
-150gm butter
-1/2cawan gula perang
-1biji kuning telur
-1sudu makan minyak sapi
-1sudu teh baking powder
-1sudu makan tepung beras
-2sudu makan tepung jagung
-1 1/2cawan tepung gandum
-1/2cawan cornflakes
-1/2cawan almond flakes
-4sudu makan nestum
-coklat chip secukupnya

Cara : 

satukan butter, gula, esen vanila, kuning telur, minyak sapi dan kacau hingga sebati pakai senduk je

masukkan baking powder, tepung beras, tepung gandum tepung jagung kacau hingga sebati

masukkan cornflakes, almond flakes, coklat chip, nestum sebatikan

cubit cubitkan doh dan letak ceri. bakar suhu 170° api atas bawah selama 25-30minit


5. Almond Chocochips


Bahan : 

-3/4cawan butter
-1/4cawan minyak@lebih kurang 5sudu makan
-1/2cawan gula perang
-1/2gula halus
-esen vanila
-1biji kuning telur
-2cawan tepung gandum
-1/2sudu teh soda bikarbonat
-1/2sudu teh baking powder
-1sudu besar tepung beras
-1sudu besar serbuk koko

Cara : 

satukan tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder, tepung beras, serbuk koko dan ayakkan
-coklat chips secukupnya
-almond flakes secukupnya

satukan butter, minyak, gula dan esen vanila whisk@kacau pakai senduk je

masukkan kuning telur dan kacau lagi

masukkan campuran tepung yang diayak gaul sebati tambahkan almond flakes dan coklat chips

simpan adunan di dalam peti sejuk lebih kurang 1/2jam

panaskan oven, sudukan adunan ke atas dulang dan bakar suhu 170°selama 25minit

6. Cornflakes Madu


Bahan : 
1cawan butter
1/2 cawan madu
2sudu makan gula
2sudu makan susu pekat
Cornflakes secukupnya

Cara : 

Cairkan butter dalam kuali dan masukkan gula, madu dan susu pekat
Tunggu hingga berbuih dan masukkan cornflakes gaul hingga rata
Sudukan ke dalam papercup dan taburkan coklat rice
Bakar suhu 150° selama 5minit

7. Biskut Susu Jem



Bahan-bahan : 
250gm buttercup ( 1 ketul )
gula halus 1/2cawan
minyak sapi 3sudu besar
esen vanila 1sudu kecik
kuning telur sahaja 2biji

Bahan untuk di ayak : 
4 cawan tepung gandum
1 sudu kecik emplex (kalau tak ada gantikan dengan 1sudu besar tepung beras)
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecik baking powder
1/2 sudu kecik soda bikarbonat
4 sudu besar susu tepung apa2 brand pun boleh
5 sudu besar nestum dikisar halus


Cara-cara : 

1. pukul sebati(pakai senduk je)buttercup,gula halus,minyak sapi, esen vanilla dan bila dah sebati masukkan kuning telur

2. masukkan tepung yang diayak kacau sebati, bila dah sebati uli pakai tangan hingga doh menjadi 
lembut dan canaikan

3. terap pakai acuan bunga tu 

4. bila dah terap paipkan jem dibahagian tengah. 

5. loyang disapu marjerin dulu kemudian bakar pada suhu 170°api atas bawah 20 minit

Kredit : Raja Amanina 


8. Resepi Nutella Tart


Bahan : 
250gm butter
60gm gula halus
1 biji kuning telur
450gm tepung gandum

Bahan inti : 
* Nutella Coklat 
* almond flavour 1/2 tsp (tak letak pun boleh)

Cara-cara : 

1.pukul manja jer mentega dan gula sampai sebati,bukan sampai kembang taw.

2.lepas tu masukkan kuning telur.

3.dan akhir sekali masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh.

4.terap doh menggunakan acuan tart dan susun diatas dulang pembakar.

5.paipkan nutella ikut banyak mana yang kita nak lepas tu tabur dengan badam cincang yang telah dibakar seketika.

6.bakar selama 15-20 minit, kalau
 suka garing sikit biskutnya, bakar dulu selama 5 minit,lepas tu baru paipkan coklat nutella dan bakar lagi dalam 10-15 minit

kredit resepi: Umie Nurhayati

9. Resepi Shell Tart 




Bahan : 

125gm majerin/butter
150gm gula kastor
1 biji telur saiz B
400gm tepung gandum
Esen Vanilla

Cara Buat Shell Tart

1 ) Dalam bekas masukkan marjerin dan gula , kacau dan Sebatikan.

2 ) Kemudian Masukkan telur dan vanilla dipukul sedikit. Gaul sebati.

3 ) Akhir masukkan tepung sedikit demi sedikit dan ramas dengan tangan hingga sebati dan menjadi doh. Tak perlu uli lama sangat. Cukup setakat jadi doh.

4 ) Bulat2kan sebesar guli masukkan dalam bekas tart. Tekankan dengan jari hingga cantik dan kemaskan lebihannya.

5 ) Cucuk2 sedikit dengan garfu. Bakar suhu 170c hingga masak dan jadi keperangan. Masa atas oven masing2.

6 ) Setelah masak..Keluarkan dari oven. Biar sebentar dan baru keluarkan dari shell. Sejukkan atas redai.

7 ) Shell boleh dijadikan stok dengan menyimpannya dalam bekas kedap udara.

BAHAN FILLING CHEESE :

1 ) 500gm cream cheese dari peti sejuk
2 ) 100gm gula kastor
3 ) 6 sdb telur yg telah dipukul sedikit
4 ) 2 sdb butter
5 ) 1 sudu kecil Esen Vanilla atau 2 sudu kecil perahan lemon

INTI :

Apa-apa filling kegemaran.

Cara2 : Buat Filling Cheese

1 ) Masukkan semua bahan kecuali vanilla dalam bekas.

2 ) Mix hingga berkrim dan gebu tapi masih kental.

3 ) Masukkan vanilla dan mix bagi sebati.

4 ) Masukkan dalam piping bag.

5 ) Picitkan sedikit filling dalam shell. dan baru Paipkan cheese ke dalam shell.

6 ) Untuk dapat filling yang tinggi. Caranya paip ditengah hingga penuh tanpa mengegerak piping , bila penuh tarik naik perlahan sambil picit dengan muncung piping masih dalam cheese hingga tinggi yang nak baru berhenti picit dan tarik keluar piping.

7 ) Jika ada sedikit cacat atau bertanduk. Celup jari dalam air masak dan betul2kan sedikit.

8 ) Lukis permukaan jika suka mengguna filling atau cheese yg diwarnakan.

9 ) Bakar suhu 170c lebih kurang 7-8 minit . Sekadar bila sentuh cheese tidak lekat dijari. Untuk hasil yang cantik. Cheese masih moist tidak kering

Kredit : Roshidah Abu Bakar Shidah

10.  Swiss tart strawberry





Bahan :

Buttercup 1cawan (*)
Gula icing 1/2 cawan (*) 
Essen vanilla 1sudu teh (*) 
Choc rice 1/2cup
Cornflakes 1/2cup( blend halus)
Tepung gandum 1- 1/2cawan
Tapung jagung 1- 1/2 cawan
Filling strawberry secukupnya

Cara-cara : 

1. Bahan kering perlu di ayak terlebih dulu 

2. Gaul manja bahan bertanda (*) dan masukan cornflakes, tepung jagung dan tepung gandum. Akhir sekali masukan choc rice. 

3. Bentukan dan letak filling strawberry di tengah. 

4. Bakar 20 minit pada suhu 170° atau ikut oven masing-masing

kredit: nur syaidatul fazreen

12. Resepi Biskut Untaian Kasih



Bahan :
1 buku buttercup
3/4 gule icing
2 1/2 tepung jagung
1sdb tepung kentang
1sdb susu tepung
1sdt esen vanila
cery atau coklat chip

Cara-cara :
Pukul butter dgn gula hingga sebati. Masukkan esen vanila. Kacau dan masukkan semua tepung.

Ayakkan tepung terlebih dulu. Gaul hingga mnjadi doh yang lembut. Masukkan dalam acuan dan bentukkan.

Hiaskan dengan ceri atau coklat chip. Bakar pada suhu 180 selama 15 - 20 min. Ini ikut oven masing-masing.

Kredit: Chef Dya


Yang masih tercari-cari resepi biskut raya, bolehlah cuba 12 Koleksi Resepi Biskut Raya moden dan popular yang telah dikongsikan tadi. Walaupun dikalangannya adalah biskut raya viral dengan resipi yang agak baru, tapi InshaAllah rasanya juga sedap setanding dengan resepi biskut lama yang kita sudah biasa makan. 

Ohya, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua tuan asal empunya resepi dan semoga Allah SWT permudahkan segala urusan, aamiin. 

Selamat berpuasa dan semoga semuanya berada dalam keadaan yang baik-baik saja ya. 


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Suka Shopping Malaysia 👉  https://t.me/windowshoppingmalaysia


5 comments for "12 Resipi Biskut Kuih Raya Moden Popular Yang Mudah Dan Sedap"

  1. First time tengok dan tahu biskut pisang lebam tuuuu hahahaha, comel je bentuknyaaa.

    Cornflakes madu tu memang kuih wajib! Tak sempat raya, habis duluuuu.

    ReplyDelete
  2. Baru tahu ni ada biskut nama pisang lebam.
    Semua nampak sedap

    ReplyDelete
  3. 1st time tau biskut pisang lebam

    ReplyDelete
  4. apapun cornflakes paling senang nk buat. hehehe

    ReplyDelete