Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kisah Inspirasi Cikgu Norasma, Anak Kepada Seorang Pendidik Dengan 9 Beradik Semuanya Guru. Ini Benar-Benar Istimewa!

Kisah Inspirasi Cikgu Norasma, Anak Kepada Seorang Pendidik Dengan 9 Beradik Semuanya Guru. Ini Benar-Benar Istimewa! | Alim ulama’ pernah berkata ‘Orang yang hebat adalah orang yang dapat melahirkan banyak karya, namun seorang yang luar biasa mampu melahirkan ribuan orang-orang yang hebat. Dan orang itu digelar sebagai GURU’. Guru. Ungkapan yang biasa namun mengungkapkan beribu makna di sebalik gelaran itu. 

Oleh yang demikian, adalah amat tepat apabila McDonald's mengangkat kisah-kisah guru ini dalam bentuk kempen yang diberi nama sebagai Guru Inspirasi McDonald. Jika sebelum ini saya telah berkongsi kisah mengenai Cikgu Ahmad Safarman dan juga Cikgu Mazlan, kali ini saya ingin berkongsi tentang kisah inspirasi Cikgu Norasma.

Puan Norasma binti Salleh, berasal dari Kelantan dan merupakan salah seorang otai dalam bidang bahasa. Beliau merupakan seorang guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah berasrama penuh, Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Kelantan. 

Kisah Inspirasi Cikgu Norasma


Guru Bahasa Melayu Yang Pernah Harumkan Nama Di Peringkat Antarabangsa 

Puan Norasma merupakan Guru Bahasa Melayu yang banyak mencurahkan ilmu tentang bidang bahasa kepada para murid di sekolah ini khususnya murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sebagai seorang pendidik yang tidak pernah kenal erti penat lelah. Di samping mengajar subjek Bahasa Melayu, Puan Norasma juga merupakan guru penasihat dalam Kelab Inovasi. 

Berkat usaha Pn. Norasma yang telah menjadikan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai pembelajaran kreatif, ramai pelajar semakin meminati subjek ini. Beliau mempunyai pemikiran di luar kotak dan sering menjadi ruang dan peluang untuk mencipta dan mereka produk-produk inovasi bertaraf global. 

Antara kejayaan atau pengikirafan yang telah diperolehi oleh Cikgu Norasma.

  • Guru Cemerlang 
  • Anugerah Emas International Learning Competition
  • Anugerah Emas IIMOS 2020
  • Anugerah Emas Pertandingan Inovasi (NCBPi) peringkat Antarabangsa
  • Penganjuran Pertandingan Inovasi Peringkat antarabangsa tahun 2021 

Kisah Inspirasi Cikgu Norasma

Guru Ini Sangat Peramah Dan Mudah Untuk Didekati  

Saat mula-mula berbual dengan Cikgu Norasma melalui whatsapp, terus nampak betapa ramahnya guru ini. Cikgu Norasma senang di ajak berbual dan tidak segan untuk bercerita mengenai kisah hidupnya sebagai salah seorang pendidik. 

Ditanya mengenai diri beliau, Cikgu Norasma merupakan seorang guru Bahasa Melayu dan merupakan anak tempatan. Maksudnya, Cikgu Norasma lahir di Kampung Padang Pak Amat, Pasir Puteh Kelantan. Guru ini juga mengajar di sekolah dalam kedudukan kawasan Kampung Padang Pak Amat. 

Bagaimana boleh mengajar di tanah tumpah tempat kelahiran sendiri, kata Cikgu Norasma, ini semua terjadi secara kebetulan di mana, semasa Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh ini mula di buka, Cikgu Norasma baru habis belajar. 

Dan berkebetulan pula tanah sekolah tersebut merupakan tanah ahli keluarga dan juga sedikit tanah wakaf dari ayahnda beliau. Ini bermakna, Cikgu Norasma bukan saja ada kaitan sebagai seorang pengajar malah mempunyai sejarah kenangan yang lebih besar dari itu. 

Kisah Inspirasi Cikgu Norasma

Perasaan Mengajar Di Sekolah Yang Ada Kaitan Dengan Keluarga Sendiri 

Ibu kepada 5 orang cahaya mata ini, bila ditanya apakah perasaannya saat mengajar di sekolah yang ada kaitan serba sedikit dengan keluarga sendiri, Cikgu Norasma menyatakan yang pelajar-pelajar merupakan intan dan berlian bagi beliau. 

Menjadi guru merupakan jiwanya. Beliau berasa cukup bangga berjaya menjadi seorang guru, sama seperti jejak langkah nenek dan ayahnya sendiri. 

Nenek kepada Cikgu Norasma merupakan seorang guru mengaji AlQuran. Manakala, ayahanda kepada Cikgu Norasma pula merupakan seorang pendidik. Abahnya bernama Haji Mohamed Salleh bin Haji Hussain dan ibunya pula bernama Hajjah Khatijah binti Mohamad. Tuan Haji Mohamed Salleh merupakan bekas pengarah IPGKB suatu ketika dulu. 

Kisah Inspirasi Cikgu Norasma

Apabila sahaja orang bercerita pasal guru, aura Cikgu Norasma mula bertukar. Pada Cikgu Norasma, perkataan 'guru' itu sendiri telah membawa banyak makna besar dalam dirinya. Ayah beliau sendiri seorang guru yang telah banyak memberi inspirasi pada dirinya. 

Ayah Cikgu Norasma merupakan seorang insan yang terlalu mementingkan pendidikan. Dalam masa yang sama terlalu menekankan aspek keikhlasan dalam pekerjaan. Guru ini menjadikan ayahnya sebagai role model yang sering dijadikan sebagai tempat rujukan, sumber pemberi semangat dan pendorong utama. 

"Kita perlu mengajar anak orang lain dengan cara yang paling baik, kerana Allah akan membalasnya dengan orang lain juga akan mengajar anak kita dengan baik” - Haji Mohamed Salleh


Punya 9 Beradik Dan Hampir Seluruh Keluarga Menjadi Guru 

Cikgu Norasma merupakan anak kedua di dalam keluarga. Suami kepada guru ini juga merupakan salah seorang pendidik di Malaysia. Tidak hanya itu, adik beradik Cikgu Norasma yang lain turut bertemu jodoh dari kalangan tenaga pengajar. 

Antara mereka yang sedang berkhidmat sebagai guru dari kalangan adik beradik dan ipar duai Cikgu Norasma ini adalah. 

1. Cikgu Siti Faizah Binti Mohamed Salleh - mengajar di SK Taman Desa 2, Bandar Country Homes Rawang

2. Cikgu Ahmad Amzar Bin Mat Said - mengajar SK Taman Desa, Bandar Country Homes Rawang

3. Cikgu Salbiah Binti Mohamed Salleh - mengajar di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh 

4. Cikgu Ahmad Sahli bin Mohd Hasan - mengajar di Sekolah Menengah Sains Machang

5. Cikgu Nur Afifah Binti Mohamed Salleh - mengajar di SK Taman Seri Gombak, Batu Caves

6. Cikgu Ahmad Zhafran bin Md Noor - mengajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Tua Baharu, Batu Caves

7. Cikgu Solihah Binti Mohamed Salleh - mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang 

8. Cikgu Fadli - mengajar di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak 

9. Cikgu Azura - mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati

10. Cikgu Hamiza - mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan 

11. Cikgu Norhana - mengajar di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah Raub Pahang

12. Cikgu Wan Adnan - mengajar di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah Raub Pahang


Kisah Inspirasi Cikgu Norasma

Cikgu Norasma Mahu Anak Didik Berjaya Dalam Pelajaran, Punya Personaliti & Kreatif

Ayah adalah idola dan kerana itu, Cikgu Norasma mahu anak didinya berjaya. Cikgu Norasma mementingkan aura positif dan tidak mahu anak-anak muridnya hilang semangat untuk belajar.

Bagi beliau, Allah telah memberi satu Anugerah dengan menjadi guru, tambahan pula mengajar sekolah menengah Sains dengan prestasi pelajar-pelajar yang semuanya hebat-hebat belaka. 

Pelajar ini hanya menunggu masa untuk dicorakkan oleh guru-guru kerana itu, para pelajarnya di anggap terlalu istimewa dan untuk menjadikan mereka lagi hebat, guru perlu sentiasa bijak dan kreatif dalam apa jua tindakan dan ajaran. 

"Masuk kelas saya seronok. Macam-macam boleh buat dengan pelajar. Ada-ada saja yang ingin disampaikan. Ada-ada saja aktiviti yang ingin dilakukan bersama." - Cikgu Norasma 

Kisah Inspirasi Cikgu Norasma

Bagi guru ini, PdPR bukan sesuatu yang boleh menyekat pelajar dari terus belajar. Sebaliknya keadaan begini, beliau sebagai guru perlu pandai olah dan aturkan para pelajar. 

Bagi beliau ilmu merupakan sesuatu perkara yang luas dan perlu dipelajari jadi tidak kira dalam apa jua keadaan, ilmu itu perlu terus dicari. Jangan sesekali letakkan rasa susah dan malas dalam diri. 

Suka Mengajar Dalam Suasana Ceria dan Kreatif  

Walaupun beliau adalah seorang guru, Cikgu Norasma sentiasa bersiap sedia untuk belajar dengan pelajarnya tentang perkara yang beliau sendiri tidak tahu. Cikgu Norasma tidak berasa malu atau kekok. Semakin banyak beliau luangkan masa bersama pelajar, semakin erat dan seronok suasana pembelajaran itu. 

Kisah Inspirasi Cikgu Norasma

Kisah Inspirasi Cikgu Norasma

Kisah Inspirasi Cikgu Norasma

Sedikit berbeza dengan guru yang lain, Cikgu Norasma lebih suka mengajar dalam suasana ceria dan kreatif. Sebagai contoh, Cikgu Norasma menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang menyeronokkan. Ketika belajar, saling berinteraksi dan ini merupakan salah satu cara kreatif untuk mengatasi masalah malu dalam kalangan para pelajarnya. 

Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu yang diajar, Kemahiran Lisan merupakan salah satu perkara penting. Jadi Cikgu Norasma menyediakan bahan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk bercakap tanpa rasa malu dan segan. Cikgu Norasma turut memberi ganjaran untuk para pelajarnya dari masa ke semasa. 

Kisah Inspirasi Cikgu Norasma

Kisah Inspirasi Cikgu Norasma

Impian Membawa Nama Malaysia ke Peringkat Antarabangsa Pernah Tersekat Dengan Penularan Virus Corona

Di sebalik usaha dan penat lelah dalam mengusahakan sebuah projek bagi dibentangkan, takdir menduga Cikgu Norasma ketika usaha beliau dan pasukannya untuk membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa disekat dengan penularan virus corona yang kian menular pada masa itu. Akibatnya, pihak peserta dan guru-guru kerugian sejumlah wang yang besar. 

Dapat dilihat sedikit kekecewaan yang terukir di wajah guru pembimbing terutamanya Puan Norasma sendiri. Akan tetapi, guru ini bijak menyembunyikan perasaannya dan semangat beliau dalam bidang inovasi dan reka cipta sedikit pun tidak terusik kerana perkara tersebut. Malahan, azam beliau untuk membawa nama sekolah ke persada yang lebih tinggi masih marak membara. 

Akhirnya, berkat usaha dan kerja keras beliau dan para murid yang terlibat, Cikgu Norasma telah berjaya merangkul sebuah anugerah hebat, Anugerah Guru Apresiasi Inovasi Pembelajaran 2021. Pada tahun ini, Cikgu Norasma bersama anak-anak didiknya sudah bersedia juga untuk mengharumkan nama sekolah, negeri serta negara ke persada yang lebih tinggi.

Pelbagai program dan strategi telah dibina oleh Cikgu Norasma bersama anak muridnya. Semoga Tuhan membuka peluang kepada mereka untuk membuktikan kemampuan dan usaha mereka selama ini. 

Cikgu Norasma Dicalonkan Sebagai Guru Inspirasi McDonald's Oleh Ramai Pelajar

Kisah Inspirasi Cikgu Norasma


#1 - Nur Izzatul Athirah Binti Azman 

Bukan hanya ilmu sahaja yang Cikgu Asma berikan, tetapi nasihat dan didikan beliau jugalah yang membentuk karakter saya kini. Tidak ada yang boleh saya berikan sebagai penghargaan selain ucapan jutaan terima kasih setinggi langit. Beliau seorang yang ceria dan sentiasa memberi semangat serta motivasi kepada saya dan rakan-rakan.

Beliau menjadi idola dan contoh yang terbaik buat saya bagi mencapai segala impian yang saya kejari. Semangat yang tidak terhingga beliau berikan kepada saya agar sentiasa bersedia menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup. 

Selain itu, sikap beliau yang kelakar dan peramah sentiasa menceriakan setiap kelas yang diajarinya. Beliau menjalankan aktiviti pembelajaran yang unik dan menyeronokkan agar pelajarnya tidak jemu dengan gaya pembelajaran yang sama. 


#2 - Batrisyia Qistina binti Abdul Razak

Sepanjang lapan belas tahun saya melayari bahtera sebagai seorang pelajar yang menuntut di bangku persekolahan, saya berpeluang berjumpa ramai guru yang sangat berdedikasi dalam memikul amanah sebagai seorang pendidik. Namun takdir Tuhan menemukan saya dengan seorang guru yang sangat istimewa. 

Di bawah bimbingan beliau, sekolah kami berjaya merangkul pelbagai pingat, anugerah dan trofi dalam pelbagai peringkat sehinggalah pada peringkat antarabangsa. Saya juga pernah berada di bawah bimbingan beliau. Pengalaman menjadi anak didik beliau sama sekali tidak akan saya lupakan. 

Buat guru saya, Puan Norasma binti Salleh. Saya doakan usaha dan kejayaan cikgu tidak pernah berhenti dan semoga cikgu dikurniakan kesihatan dan tubuh badan yang sihat agar cikgu mampu melahirkan ramai pereka dan pelajar pintar dan kreatif dalam melahirkan idea-idea baru dalam bidang inovasi dan rekacipta. Walaupun kita berpisah, jasa dan memori bersama cikgu akan saya kenang. Terima kasih cikgu!


#3 - Yasmin Salsabila Binti Sahaimi 

Cikgu Norasma telah membuka minda saya dalam bidang inovasi. Beliau telah melatih saya dengan bersungguh-sungguh supaya saya menjadi salah seorang pemimpin yang mampu memimpin kumpulan inovasi di sekolah dan beberapa kali memenangi pertandingan peringkat antarabangsa. 

Sekolah kami juga telah berjaya menganjurkan pertandingan inovasi peringkat antarabangsa dengan kerjasama dan kolaborasi bersama universiti tempatan dan luar negara. 

Di sekolah, Cikgu Norasma sering memberikan kerja rumah yang berbentuk IT seperti membuat video dan membuat slide Power Point kerana beliau bukan sahaja mahu kami cemerlang dalam Bahasa Melayu, tetapi beliau mahu kami cemerlang dalam bidang IT. 


Nasihat Cikgu Norasma Pada Guru Pendidik Yang Lain 

Sebagai seorang guru kita mesti ada JIWA dengan JIWA itulah kita boleh melahirkan anak-anak pelajar yang betul-betul berpotensi

Pelajar merupakan cerminan kita sebagai seorang yang telah membimbing dan menunjuk jalan kepada mereka, jadi kita mestilah memahami dan arif tentang jalan itu sebelum kita membawa pelajar kita ke sesuatu destinasi.

Guru juga merupakan seorang pejuang, kita perlu berjuang dengan cara yang terbaik agar sasaran kita tepat dan mantap.Jadilah pejuang yang hebat pada mata Allah,

Jadilah pejuang yang dirindui oleh pelajar

Jadilah pejuang yang mempunyai ilmu

Jadilah pejuang yang didoakan oleh mereka supaya saham kita bukan hanya di dunia ini malah di negeri ABADI.

Langkah GURU perlu lebih awal selangkah daripada muridnya

Jika ada antara kita yang langkahnya terbelakang sedikit tak mengapa

CARILAH ILMU

GALILAH ILMU

kerana dengan cara tersebut sahaja dapat menjarakkan langkah anda dengan mereka.

MENJADI SEORANG GURU MUNGKIN MENJADI FAKIR DI DUNIA

TAPI AKAN MENJADI JUTAWAN DI AKHIRAT


Doa dan harapan, semoga Cikgu Norasma sentiasa kekal bersemangat dalam mendidik anak-anak muridnya. Semoga Cikgu Norsama juga sentiasa diberi kesihatan yang baik oleh Allah SWT. Teruskan memberi inspirasi kepada murid-murid untuk lebih berusaha menjadi insan berpersonaliti baik yang penuh dengan keyakinan.

McDonald’s Malaysia akan mengumumkan penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 tidak lama lagi. Jom nantikan pengumumannya. Semoga ada rezeki Cikgu Norasma.

 Aamiin. 


5 comments for "Kisah Inspirasi Cikgu Norasma, Anak Kepada Seorang Pendidik Dengan 9 Beradik Semuanya Guru. Ini Benar-Benar Istimewa! "