Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Panduan Bersihkan Barang Elektrik Selepas Banjir, Masih Boleh Guna

Langkah Bersihkan Barang Elektrik Selepas Banjir, Masih Boleh Guna | Aku antara mangsa banjir besar di Kelantan. Waktu tu, air naik cukup cepat hinggakan aku dan suami sama sekali tak dapat selamatkan barang-barang. 

Kami hanya mampu angkat letak di atas meja dan lain-lain tempat tinggi yang ada. Sama sekali tak sangka itu banjir besar hingga air masuk ke paras pinggang di dalam rumah dan setinggi paras dada di luar rumah. 

Kereta kami sempat keluarkan tetapi rupanya tetap tenggelam hingga nampak bumbung. Saat tu, jiran-jiran tetangga masing-masing hanya mampu ucap perkataan Allahuakbar. Sama-sama redha dengan apa yang berlaku. Sama-sama cuba bantu setakat apa yang boleh demi menjaga keselamatan bersama.

bersih-rumah-lepas-banjir
sekadar gambar hiasan


Apa yang lebih menyedihkan saat melihat keadaan selepas banjir. Setelah air surut, masing-masing pulang ke rumah dan sedih pilunya hati, Tuhan saja yang tahu.

TV kena banjir, mesin cuci kena banjir, peti sejuk kena banjir dan lain-lain perabot turut terkena air. Jumlah kerosakan susah nak dianggarkan. 

Nasib baiknya, suami aku seorang yang memang ada sedikit kepakaran dalam membaiki barangan elektrik jadi langkah pertama yang dilakukan adalah dengan mengeringkan barang-barang elektrik ini supaya dapat diselamatkan.

Panduan Langkah Bersihkan Barang Elektrik Selepas Banjir

Di sini aku kongsikan beberapa tips untuk menyelamatkan peralatan elektriknya selepas tenggelam banjir contohnya TV, peti ais,mesin basuh dan sebagainya.

selamat-barang-elektrik-lepas-banjir
sekadar gambar hiasan



Caranya ialah :

1. Keluarkan semua barangan elektrik yang nak diselamatkan keluar dari rumah

2. Jangan sesekali ON (hidupkan) TV, peti sejuk, mesin basuh selepas banjir

3. Cabut plug  

4. Kalau ada skru driver, buka cover belakang TV. 

5. Lap semua lumpur yang ada melekat dengan kain kering. Tak perlu sembur air.

5. Semua barangan elektrik ni kena keringkan segera. Lagi bagus kalau dapat jemur dalam keadaan terbuka. Lagi cepat kering lagi baik.

6. Selepas 1 ke 2 minggu, apabila dah pasti TV, peti sejuk dan mesin basuh ini betul-betul dah kering, cuba ON semua perkakas elektrik ini dan test.

7. Jika hidup itu bermakna dah berjaya diselamatkan, jika tak hidup alamatnya kena hantar kedai atau beli yang baru.

Pengalaman Selamatkan Kereta Selepas Banjir 

Kereta aku yang terselam air juga di buat dengan cara yang sama. Kereta yang kena banjir jangan sesekali dihidupkan (jangan start).

Untuk kereta suami tak buat sendiri, sebaliknya suami aku call mekanik untuk datang tunda kereta ke bengkel. Jadi pihak mekanik yang tanggalkan semua untuk cuci lumpur pada kusyen dan rangka kereta.

Setakat cuci kusyen je tak jadi tau, kereta perlu ditanggalkan semua hingga cuci pada rangka kereta tu sendiri. Kalau tak buat gitu, nanti kereta akan cepat berkarat. Kompenen elektrik yang ada dalam kereta pun kena diberi perhatian untuk kereta dapat bergerak semula. 

Rasanya aku dah habiskan lebih dari RM5,000 untuk selamatkan kereta Myvi kesayangan yang kena banjir dulu tu. Mula mekanik basuh semuanya dan keringkan. Kemudian mekanik baiki enjin supaya boleh start semula.

selamat-kereta-kena-banjir
sekadar gambar hiasan

Lepas tu bahagian kompenan elektrik pula, terpaksa bawa ke mekanik yang lain. Uruskan supaya radio kembali berbunyi. Alarm kereta kembali okay. 

Selesai semua, eh masalah pada aircond pula. Dah kena bawa kereta kepada mekanik bahagian aircond untuk selesaikan masalah berkaitan. 

Tiga orang mekanik terpaksa bantu selamatkan kereta, barulah segalanya okay kembali. Itupun tak betul-betul baik sebagaimana keadaan asal. Apapun, alhamdulillah dapat juga selamatkan kereta kesayangan tu dan masih lagi digunakan hingga saat ni. 


Read This :


Pengalaman Menjadi Mangsa Banjir Besar Membuatkan Aku Trauma

Jujur cakap, aku benar-benar trauma. Banjir kilat besar dengan banjir biasa tak sama tau. Banjir kilat ni airnya naik dengan cepat. Air yang banyak tu berserta dengan tanah yang menjadi lumpur selepas banjir surut.

Dahlah semasa banjir takut dengan air yang tinggi. Lepas banjir takut juga nak masuk ke rumah kalau ada binatang berbisa yang turut masuk melingkar di dalam almari dan barangan perabot lain yang terbalik dan sebagainya. 

Sedih hati lihat barang dalam rumah rosak tak leh dibayangkan dengan kata-kata. Sebak. Remuk. Terpana. 

Tapi, nak tak nak kena selesaikan semuanya. Rumah yang kotor penuh lumpur kena segera dibersihkan. Barangan yang masih boleh guna dan sudah rosak kena diasingkan. Mana yang masih boleh selamat cepat-cepat cuba dikeringkan. Mana yang betul dah rosak terpaksa kumpul satu tempat supaya mudah pihak terlibat datang angkat semua barangan yang dah jadi sampah ini untuk di buang ke tempat lain.

Itu belum di kira soal kain baju tau. Habis semua basah penuh tanah! Dengan buku-buku lagi. Gambar kenanagan kahwin dan sebagainya, banyak rosak sekali tak dapat diselamatkan.

Penatnya cuci rumah lepas banjir ni tak tahu nak cerita. Tak hanya makan masa sehari tapi berbulan-bulan baru semuanya boleh selesai. 

Jangan Terus Mengeluh, Bersyukur Semuanya Selamat

Berat yang kita rasa, ada lagi orang lain yang ujiannya lebih berat dari kita. Buktinya di kawasan tempat tinggal aku sewaktu banjir besar itu berlaku, ada jiran yang sama sekali kehilangan rumahnya. Rumah yang dibuat dari kayu itu telah dibawa arus hingga roboh sepenuhnya. Jiran depan rumah pula, kereta baru keluar seminggu dari kedai tersadai tenggelam di dalam banjir. 

Mengenangkan ada yang kehilangan ahli keluarga tersayang, membuatkan aku kembali bersyukur. Setidaknya aku hanya perlu susah payah basuh cuci rumah selepas banjir. Setidaknya kereta yang alami rosak teruk tapi masih berjaya diselamatkan.

Pada sesiapa yang menjadi mangsa banjir, ku doakan semuanya kembali okay. Jika ada TV kena banjir, mesin cuci kena air dan peti sejuk kena air, moga dapat diselamatkan dengan sedikit panduan di atas.

 Hati-hati juga dengan plug elektrik dan susi yang masuk kena air kerana ia boleh undang bahaya.




Post a Comment for "Panduan Bersihkan Barang Elektrik Selepas Banjir, Masih Boleh Guna"