Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Dapatkan CIMB Bank Statement Online Melalui CIMBClicks

Cara Dapatkan CIMB Bank Statement Online Melalui CIMBClicks | How to check bank statement CIMB click? Bagi korang yang sedang mencari cara bagaimana untuk mendapatkan penyata bank CIMB Clicks Malaysia secara online, di sini aku akan kongsikan caranya. 

Kalau dulu nak dapatkan penyata bank ni, kena terus ke bank. Tapi sekarang penyata bank CIMB begini, terus boleh dapat secara online dari CIMB Clicks tanpa perlu lagi pergi ke bank. 

Cara Dapatkan CIMB Bank Statement Online Melalui CIMBClicks

Dah lama pun sebenarnya CIMB guna konsep bank statement online melalui CIMB Clicks ni. Di portal rasmi mereka juga dah disebutkan "Go green and switch to eStatement to get your credit card/deposits/loan/financing account statement to enjoy greater convenience and enhanced security!

Dalam erti kata lain, CIMB menyarankan cara dapatkan CIMB bank statement online melalui CIMB clicks ini bagi mengurangkan penggunaan kertas juga. Tidak hanya CIMB je tau malah hampir semua bank dah gunakan sistem e-statement begini. 


Melalui artikel ini aku akan kongsikan beberapa topik yang berikut.

1. Contoh rupa bank statement sample dalam bentuk PDF 

2. Cara dapatkan CIMB bank statement online melalui CIMB Clicks

3. Cara download CIMB bank statement

4. Perbezaan antara CIMB bank statement pdf dengan CIMB bank statement atm

5. Cara Print CIMB Bank Statement Mini Di Mesin ATM CIMB Bank


1. CIMB Bank Statement Sample (dalam bentuk PDF)

Ini adalah contoh penyata bank CIMB yang telah di download. Penyata bank ini menggunakan CIMB Clicks. Aku sendiri suka bank statement dalam bentuk pdf begini kerana dapat save terus dalam komputer, dapat print bila masa nak guna dan sangat mudah juga untuk di baca. 

Bank statement CIMB dalam bentuk PDF ini boleh digunakan untuk urusan bank pada bila-bila masa. Bank statement CIMB sekarang pun, tak terhad lagi hanya untuk 3 bulan terkini saja. 


Cara Dapatkan CIMB Bank Statement Online Melalui CIMB Clicks

2. Cara Dapatkan CIMB Bank Statement Online Melalui CIMB Clicks 

Di sini aku kongsikan cara dapatkan bank statement CIMB bank melalui CIMBclicks sebagai panduan. 

Langkah 1 : Login CIMB Clicks macam biasa. 

Langkah 2 : klik pada bahagian SERVICES (rujuk gambar di bawah)

Cara Dapatkan CIMB Bank Statement Online Melalui CIMB Clicks


Langkah 3 : klik VIEW STATEMENT untuk lihat penyata bank. 

Cara Dapatkan CIMB Bank Statement Online Melalui CIMB Clicks


Langkah 4 : pada bahagian View eStatement, klik pada Deposit, Loan/Financing, Investment.

Langkah 5 : pilih bulan yang dikehendaki untuk eStatement CIMB tersebut. Contoh, aku pilih cimb bank statement date ini untuk bulan November 2021.

Cara Dapatkan CIMB Bank Statement Online Melalui CIMB Clicks



Langkah 6. boleh terus download penyata bank dan save. 

Cara Dapatkan CIMB Bank Statement Online Melalui CIMB Clicks


3. Cara Download CIMB Bank Statement


Aku kongsikan sekali bagaimana cara untuk memuat turun iaitu download penyata bank CIMB bank tadi. Korang boleh rujuk pada video di bawah ini untuk lihat cara download bank statement CIMB clicks ini untuk lebih mudah faham. 



Tambahan :

  • untuk download penyata bank CIMB ini, perlu guna laptop atau PC
  • penyata bank hanya dalam bentuk PDF, tidak ada dalam bentuk excel
  • perlu memiliki Adobe Reader Software untuk view penyata bank CIMB secara penuh. 
  • untuk hentikan penyata bank ke alamat rumah boleh klik pada Stop/Resume Paper Statement
  • untuk hentikan penyata bank melalui email, klik pada Email Statement Delivery

4. Perbezaan CIMB bank statement pdf dengan CIMB bank statement atm 

CIMB bank statement pdf menunjukkan transaksi penuh mengikut bulan yang di pilih sedangkan CIMB bank statement atm hanyalah penyata mini yang boleh menunjukkan traksaksi terbaru sahaja. Selalunya penyata mini dalam bentuk CIMB bank statement atm ini untuk kita semak baki terkini dalam akaun bank tersebut. 

Ini contoh CIMB bank statement pdf

Cara Dapatkan CIMB Bank Statement Online Melalui CIMBClicks
cimb bank statement example pdf


Ini pula contoh untuk CIMB bank statement dari mesin atm.

Cara Dapatkan CIMB Bank Statement Online Melalui CIMB Clicks
cimb bank statement example atm - pic credit sihuudo

5. Cara Print CIMB Bank Statement Mini Di Mesin ATM CIMB Bank

Untuk tahu cara mendapatkan bank statement CIMB atm, boleh rujuk pada video di bawah ini.

cara print cimb bank statement mini di mesin ATM 



Baca Juga :

Itulah dia panduan cara dapatkan CIMB bank statement online melalui CIMB Clicks dan lain-lain panduan yang berkaitan dengannya. Aku guna CIMB Clicks Malaysia dah lebih dari 10 tahun dan bagi aku bank ini tidak ada masalah selama aku gunakan dari dulu sampai sekarang. 

Anak remaja aku pun dah mula gunakan akaun CIMB untuk urusan terima wang saku sejak dia belajar di Kuala Lumpur. Ada masa akan aku kongsikan cara untuk buka akaun bagi urusan anak sambung belajar melalui bank CIMB ini. 

Semoga panduan ini dapat memberi manfaat. 



2 comments for "Cara Dapatkan CIMB Bank Statement Online Melalui CIMBClicks "