Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

10 Manfaat Kentut Untuk Diet Kesihatan, Sering Kentut Boleh Kurus?

10 Manfaat Kentut Untuk Diet Kesihatan, Sering Kentut Boleh Kurus? | Putttt... dengar suara kentut terus rasa semacam. Makin rimas jika ada orang lain lepaskan kentut semasa sedang berada dalam lif. Kentut tak bau masih okay lagi. Kentut busuk tu yang tak tahan. 

Cium bau kentut suami isteri dan bau kentut busuk bayi sendiri rasanya ramai yang dah biasa, tapi bila tercium kentut orang lain pasti rasa tak selesa. 

manfaat-kentut


Kenapa Kita Kentut?

Kentut merupakan proses semulajadi yang berlaku dari proses pencernaan. Gas-gas telah bercampur di dalam usus. 

Kentut terhasil dari campuran gas oksigen, nitrogen, hidrogen, karbon dioksida dan metana

Apakah Sering Kentut Itu Bagus?

Rata-rata manusia memproduksi antara 1 hingga 4 liter gas usus setiap hari dan melepaskan gas (kentut) sekitar 14 hingga 15 kali dalam sehari.

Ada antara kita yang kentut terus tapi tidak bau. Kerap kentut tapi tidak berbau ni kadang tu hanya dengar bunyi suara kentut je yang keluar. Ada pula yang kentut dengan bau busuk. Kentut bau busuk ini yang boleh menggangu orang lain. 

Selain itu, ada juga yang sering kentut di malam hari sedangkan di waktu siang tak kentut kerap pun. Sering kentut dan berbau ini pastinya boleh menyebabkan rasa tak selesa pada pasangan dan ahli keluarga yang tinggal serumah.

Apakah sering kentut itu bagus? Tak dinafikan kentut itu boleh menyebabkan tuan empunya badan berasa lega. Kentut itu sendiri ada banyak manfaatnya. 

10 Manfaat Kentut Untuk Kesihatan 

Memang ada manfaatnya kentut ini untuk kesihatan. Antara manfaat kentut untuk diet kesihatan adalah seperti yang di bawah ini. 

1. Menandakan makanan yang dikonsumsi sudah seimbang (cukup karbohidrat kompleks).

2. Mengurangkan rasa kembung dan sebu.

3. Bantu kurangkan rasa sakit pada perut.

4.  Menjaga kesihatan usus besar.

5. Membantu makan dengan lebih baik.

6. Membuang gas dari badan kerana menyimpan gas dalam perut dalam waktu yang lama boleh menyebabkan iritasi.


manfaat-kentut


7. Peringatan pada tuan empunya diri sama ada tubuh dalam keadaan baik atau tidak.

8. Dapat membantu diet.

9. Menunjukkan bakteria di dalam usus dalam keadaan baik.

10. Membuat tuan empunya diri berasa lega. 

11. Baunya baik untuk tubuh kita. 


Apakah menghirup bau kentut itu sihat? 

Aku sendiri terkejut saat terbaca tentang ini. Yelah, bau kentut busuk kot!

Perkongsian dari website Healthline, mengatakan ada sebuah penelitian dari University of Exeter di UK menyatakan bahwa mencium bau kentut mungkin boleh memberikan manfaat juga untuk kesihatan. Ini disebabkan oleh kewujudan hidrogen sulfida yang membuat kentut itu berbau. 

Penyelidikan terbaru dalam haiwan menunjukkan bahawa hidrogen sulfida, salah satu komponen utama gas berbau, yang memberikannya bau "telur busuk". 

Bau 'telur busuk' ini dikatakan mungkin boleh memberikan beberapa manfaat kesihatan pada manusia. Antaranya  untuk mencegah penyakit jantung dan kegagalan buah pinggang.

Kalaulah benar, bermakna boleh manfaat kentut untuk orang lain. Jangan sampai tahap tunggu nak bau kentut busuk suami sudahlah. Dahlah pernah viral tentang bau ketiak suami kerana dikatakan bau ketiak lelaki menenangkan wanita. 

Perempuan kan suka bau badan lelaki. Sebab tu ramai wanita rindu bau suami masing-masing. 

Manfaat Kentut Untuk Diet, Benarkah Kentut Boleh Kuruskan Badan?

Kentut bukan perkara buruk tapi bermanfaat untuk kesihatan termasuk membantu menyeimbangkan diet pemakanan dari apa yang kita makan. Berikut adalah soalan-soalan yang berkaitan dengan kentut ketika diet. 

Kenapa Saat Diet Sering Kentut? 

Orang yang melakukan diet akan lebih jarang buang angin dan ada juga yang sering kentut saat diet. Ini berlaku disebabkan pada makanan apa yang mereka makan pada hari itu. 

Jika makan makanan yang mengandung pemanis, susu, kacang polong dan karbohidrat (seperti ubi keledek). Makanan jenis lebih mudah difermentasi oleh bakteria usus boleh menghasilkan gas yang lebih banyak. Kentut boleh menjadi lebih kerap. 

Bolehkah Kentut Mengecilkan Perut? 

Perut lebih kempis ramping selepas kentut hanyalah efek sementara. Bakteria di usus mengeluarkan gas untuk membantu mencerna makanan. Perut buncit ini berasal dari timbunan udara di dalam saluran pencernaan yang berasal dari proses menelan udara. 

Telan udara ni selalunya berlaku ketika saat makan, minum, mengunyah. Di kalangan mereka yang pakai gigi palsu, ramai mengalami masalah perut buncit kerana selalu tertelan udara. 

Sering Kentut Boleh Menurunkan Berat Badan? 

Seorang pakar obesitas, dari American Board of Obesity Medicine, Spencer Nadolsky D.O, mengatakan bahawa kentut tidak boleh membakar kalori tubuh

Lepas buang angin perut terasa lega dan ringan hanya kerana tekanan gas yang ada di perut telah terdorong ke arah anus. Jadi, jangan berharap berat badan akan turun dengan kentut.

Apakah Benar Lemak Keluar Melalui Kentut? 

Ini hanya sebuah mitos. Jangan percaya.

Mengapa Sering Kentut Saat Tidur? 

Tidur smbil kentut memang boleh terjadi. Penyebab sering kentut di malam hari kerana sistem saraf tubuh tetap bekerja seperti biasa ketika kita tidur. Saraf di otot cincin anus masih boleh kawal pelepasan gas walau kita sedang tidur lena.

Buang gas di pagi hari saat bangun tidur pula menandakan bahawa sistem pencernaan bekerja dengan baik. Saat tubuh kita beristirahat, sistem pencernaan kita tetap bekerja. 

Makanan yang kita makan semalam juga tetap dicerna saat kita tidur. Sebab itu saat bangun tidur, tubuh mula merangsang pergerakan usus untuk membuang air besar. 



Read This :


Ciri-Ciri Kentut Yang Membatalkan Wudhu Dalam Islam


Bercerita tentang kentut, sebagai seorang umat Islam kita tahu kentut itu akan membatalkan wudhu. Dan salah satu syarat sahnya shalat ialah berwudhu. 

Maka, ketika kita shalat, lalu kita buang angin sudah tentu boleh batal. Tapi ada ciri-cirinya yang tertentu. 

ciri-kentut-batal-wudhu


Berikut ini adalah kesimpulan dari penjelasan Ustadz Abdul Somad mengenai ciri-ciri kentut yang membatalkan sholat.

1. Apa yang dimaksudkan dengan hadas?

Keluar angin itu namanya adalah hadas. Selama kentut itu tidak berbunyi dan tidak bau, ia tidak membatalkan sholat kerana itu merupakan angin perut dan bukanlah najis.

2. Apakah gelembung dari dubur membatalkan wudhu?

Jika tidak mendengar suara angin (suara kentut) yang keluar dari dubur, tidak juga menghirup aroma baunya, maka wudhu tetap sah. Shalat juga sah. 

3. Kentut tidak berbunyi dan tidak berbau apakah membatalkan shalat? 

Jika tidak terdengar suara atau mencium bau, maka shalat itu tidak menjadi batal. Maka yang penting dalam isu ini ialah keyakinan bahawa memang ada hadas yang keluar, lalu membatalkan wuduk dan solat

4. Kentut bagaimana yang boleh membatalkan wudhu dan solat?

Menurut hadith, kentut yg membatalkan wudhu itu apabila terdengar bunyinya atau tercium bau.

“Hendaknya siapa pun dari kalian tidak membatalkan shalatnya sampai ia mendengar suara (kentut) atau mencium baunya,” kata Rasulullah seperti dinukilkan Bukhari dan Muslim.


Apakah Sering kentut itu Okay? 

Ada terbaca kerap kentut tanda kanser? Tak semestinya kerap kentut itu tanda penyakit bahaya. 

Secara umumnya sering kentut ini tidak berbahaya tapi jika kekerapan kentut itu dirasa berlebihan daripada biasa, seharusnya perlu berjumpa dengan doktor untuk kawal gas yang berlebihan dalam usus tubuh. 

Jika korang salah seorang kaki kentut yang asyik kentut tak berhenti. Situasi ini mungkin jawapannya!
  • perubahan pola pemakanan
  • makan makanan bergas
  • sembelit
  • menghidap intoleransi laktosa 
  • penyakit celiac 
  • masalah irritable bowel syndrome (IBS) 

Intoleransi laktosa : tubuh tidak mampu memproses laktosa iaitu sejenis protein yang terkandung dalam produk berasaskan susu.

Irritable bowel syndrome (IBS) : ini adalah sindrom gangguan usus pada saluran pencernaan yang mengakibatkan sakit perut, gas berlebihan, kentut dan cirit-birit.


Cara Mengatasi Masalah Kerap Kentut 

Jika sering alami masalah sering kentut dan mahu kurangkan kentut yang terus-menerus. Ada beberapa amalan yang boleh kita terapkan bagi mengawal kentut berlebihan ini.

Berikut adalah cara-cara untuk kurangkan kerap kentut yang boleh korang lakukan di rumah. 

1. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandung gas tinggi. Elak mengambil makanan yang boleh menyebabkan kita sering kentut.

2. Makanan dalam kuantiti kecil tetapi kerap. Langkah ini akan mengurangkan keradangan pada sistem pencernaan dan menurunkan jumlah gas yang dihasilkan.

3. Minum air putih sebelum makan.

4. Makan dan minum dengan perlahan-lahan, jangan gelojoh! Tabiat itu dapat meningkatkan jumlah udara yang ditelah dan menyebabkan pengumpulan gas berlebihan.

5. Kurangkan makanan berlemak kerana ia paling lambat dicerna sehingga membolehkan ia terapai dan menghasilkan lebih banyak gas.

6. Hindari pemanis buatan.

7. Bersenam secara teratur untuk mencegah pengumpulan gas pada saluran pencernaan. Paling tidak, bersenam selama 30 minit setiap hari.

8. Kurangkan makanan yang tinggi serat untuk sementara.

9. Kurangkan kebiasaan menelan udara.

10. Jauhi minuman bersoda dan alkohol. Kedua-dua jenis minuman ini menyebabkan gelembung udara membentuk pada pencernaan.

Obat Tradisional Agar Tidak Sering Kentut


Selain daripada cara-cara tadi, ada beberapa bahan semulajadi yang digunakan sebagai obat tradisional agar tidak sering kentut.

1. Minum teh chamomile 

Minum-teh-chamomile


Teh chamomile merupakan teh yang dibuat dari bunga-bunga kering. Teh chamomile adalah sejenis teh yang berasal dari bunga Matricaria chamomilla atau dikenal sebagai chamomile. 

Teh ini boleh membantu masalah gangguan pencernaan, termasuk saat ada gas yang terperangkap dalam perut kembung. Minum teh chamomile sebelum makan dan menjelang tidur dikatakan boleh bantu kurangkan masalah kentut yang berterusan.

2. Minum cuka epal

cuka-epal


Masukkan satu sudu makan cuka epal dalam minuman seperti air mineral atau teh. Minum sebelum makan secara teratur. Boleh amalkan 3 kali sehari atau sesuai dengan keadaan semasa. Campuran cuka epal ini dikatakan dapat mengurangkan kentut yang berlebihan.

Cuka epal sering juga diamalkan bersama dengan madu untuk pelbagai masalah kesihatan. Antaranya sakit sendi, pedih ulu hati, tekanan darah tinggi, kekurangan vitamin, sakit tekak, kolesterol tinggi, keletihan kronik, demam dan lain-lain lagi. 

Minum cuka epal dan madu telah disebut-sebut sebagai ubat-ubat untuk beribu-ribu tahun.

3. Arang aktif 

arang-aktif-ubat-selalu-kentut


Arang aktif (activated charcoal) dapat membantu mengurangi kelebihan gas dan kembung. Arang aktif tak sama dengan arang yang kita dok guna untuk membakar tu. 

Arang aktif ni biasanya berbentuk pil. Ketika arang aktif masuk ke dalam usus, arang akan menempel pada cairan di usus untuk mengurangkan gas dan kembung hingga boleh mengurangkan kentut yang terlampau kerap.


Kesimpulan 

Jangan tahan kentut kerana ia boleh sistem pencernaan rasa tak selesa dan boleh dapat sembelit. Bila dah kentut, usus boleh merasa senang. Perut boleh ikut rasa lega. Kentut juga boleh bantu menurunkan masalah risiko komplikasi usus besar di masa depan. 

Jika ada masalah kerap kentut lebih dari biasa, sakit perut, cirit-birit, demam, najis berdarah serta penurunan berat badan, sebaik-baiknya berjumpa dengan doktor bagi memastikan tiada masalah lebih teruk.


Sumber : Guesihat.com


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia



6 comments for "10 Manfaat Kentut Untuk Diet Kesihatan, Sering Kentut Boleh Kurus?"

  1. nice sharing. selalu orang kata kentut ni samada berbunyi atau berbau je. Yang bahaya bila berbau tu..silent killer tak tau sape punya keje. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. tiba2 je bau. tak tau sapa punya keja pun kiki

      Delete
  2. eh!! kita risau tau kalau anak tak kentut..hahahah..sebab selalu dia kentut memang kalah orang tua. risau something wrong somewhere je kalau dia tak kentut..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak kentut rasa lega kan. lagi2 yg baby tu. boleh tau perut dia okay. kalau tak kentut nnti kembung. payah

      Delete