Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Petua Hilangkan Kurap Dengan Cepat Cara Semulajadi Dan Moden

Petua Hilangkan Kurap Dengan Cepat Cara Semulajadi Dan Moden | Kurap! Ya kurap memang mudah terjadi pada kulit. Kulit yang dijangkiti kurap ni bukan saja di kalangan orang dewasa malah pada kurap berlaku pada kanak-kanak juga. 

Terus terang, kurap merupakan sakit kulit yang amat memalukan. Namun jika dah ditakdirkan nak berlaku, apa boleh buat melainkan cuba hilangkannya cepat-cepat sebelum makin merebak. 


Kurap turut dikenali sebagai 'ringworm' dan ia merupakan sejenis jangkitan kulat yang sering berlaku pada kulit manusia. Kurap juga turut disebut sebagai tinea corporis yang disebabkan oleh jangkitan sejenis kulat (fungi) yang dipanggil dermatophyte. 

Kurap ini boleh menjangkiti kulit manusia pada mana-mana bahagian. Antaranya kurap kepala, kurap di perut, di bawah ketiak dan sebagainya.



Sebahagian Daripada Contoh Gambar Kurap Pada Kulit Tubuh Manusia





Awas! Kurap Boleh Berjangkit Dengan Cara Sentuhan 

Kurap boleh berjangkit melalui sentuhan kepada manusia, haiwan, tumbuhan, mahupun objek yang telah terjangkit. Oleh itu, cara yang terbaik untuk mengelakkan penyakit ini ialah dengan menjauhi daripada bersentuhan dengan seseorang atau haiwan yang telah disahkan menghidapi kurap pada kawasan yang terlibat sehingga rawatan diberikan.

Selain itu, tanah, permukaan, serta objek yang telah dipegang oleh manusia atau haiwan juga boleh membawa kulat kurap dan perlu diuruskan dengan berhati-hati. Contohnya seperti dinding,lantai, pakaian, cadar, tuala, dan sikat.

Apakah Perbezaan Antara Kurap Dan Kayap?

Sesungguhnya daku sendiri keliru antara kurap dan juga kayap. Dulu-dulu daku ingatkan kurap dan kayap ni sama tapi ternyata kedua-duanya adalah berbeza. Kurap dan kayap adalah penyakit pada kulit tetapi agak berbeza bentuknya. 

Kurap atau Dermatophytosis merujuk kepada sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan kulat. Terdapat beberapa jenis penyakit kurap yang boleh menyebabkannya, begitu juga dengan kayap. Antara perbezaan utama antara kurap dan kayap ini adalah pada bentuk, gejala dan cara rawatan.  

antara jenis sakit kulit pada tubuh manusia


Antara Gejala Dan Tanda Kurap 


  • Apabila diamati dengan mata kasar, kulit yang berkurap mempunyai plak kemerah-merahan yang  bersisik dan kadang-kala terdapat bintik-bintik merah atau bisul-bisul halus di sekelilingnya. Tanpa rawatan, plak ini boleh membesar dan kadang-kala akan membentuk gelang kemerah-merahan di sekelilingnya.
  • Rupa bentuk  seperti gegelang inilah yang menyebabkan ia juga dikenali sebagai ‘ringworm’  walaupun  sebenarnya  penyakit ini tidak ada kena mengena dengan jangkitan cacing. Kurap boleh menjangkiti mana-mana bahagian tubuh termasuklah bahagian  lipatan badan dan kawasan-kawasan yang sering berpeluh dan  tertutup seperti di punggung, peha, perut dan sebagainya.
  • Jangkitan kurap juga boleh dikenal pasti  dengan menggunakan beberapa teknik penyiasatan seperti kaedah skin scraping dan kultur kulat. Untuk melakukan skin scraping, kulit berpenyakit akan dikikis di bahagian sempadannya untuk mendapatkan sisik-sisik kulit.  Bahan yang dikikis akan diletakkan ke dalam titisan  cecair potassium hydroxide  di atas slaid kaca dan terus diamati menerusi mikroskop untuk mengecam  kulat  tersebut.
  • Kulat juga boleh dikenalpasti dengan menghantar bahan kikisan daripada kulit ke makmal dan ia akan dikulturkan di dalam media kultur khas. Selepas beberapa hari, jenis koloni kulat yang tumbuh dapat dikenal pasti.

Pantang Larang Kurap Bila Telah Mula Dijangkiti

#1 - JANGAN GARU ! 

Disebabkan kurap ini boleh berjangkit secara autoinokulasi iaitu jangkitan daripada kawasan yang telah dijangkiti, maka pantang larang paling utama adalah dengan tidak mengarunya. 

Takut nanti jika di garu maka kuman yang ada akan melekat di bawah kuku dan akibatnya dengan mudah akan merebak ke bahagian kawasan tubuh yang lain. 

Sebagai contoh, pada bahagian perut telah mula dijangkiti kurap dan disebabkan kurap tersebut memberi rasa gatal maka digarunya pada kawasan itu dan kemudian di garunya pula pada bahagian yang lain. 
Haa maka akan berjangkitlah kurap yang hanya ada pada perut tadi ke kawasan yang lain pula. Makin merisaukan ia boleh berjangkit pada orang lain seperti anak kecil.


#2 - JANGAN PAKAI BAJU YANG MASIH LEMBAB / BASAH


Jangan pakai seluar serta baju yang basah kerana ia akan menyebabkan kurap tersebut akan makin mudah merebak ke kawasan yang lain. Bersihkan badan dengan sebaiknya dan selepas mandi, keringkan bahagian yang dijangkiti. 

Kelembapan boleh menggalakkan pertumbuhan kulat dan perkara ini perlu dielakkan. 


#3 - JANGAN KONGSI BARANG PERIBADI DENGAN ORANG LAIN

Barangan peribadi seperti tuala dan pakaian harian harus ditukar dengan lebih kerap dan dicuci dengan baik. Hindari daripada berkongsi dengan individu lain.




Rawatan Kurap Cara Moden

Penyakit kurap boleh dirawat dengan penggunaan ubat antikulat. Jenis rawatan bergantung kepada beberapa faktor seperti keluasan kawasan yang dijangkiti, kekerapan jangkitan berulang selepas dirawat, kurap yang tidak sembuh dengan rawatan sapuan krim dan sebagainya. 
Sekiranya kurap hanya melibatkan kawasan kulit yang terhad, ubat dalam bentuk krim adalah yang paling sesuai. 
Krim-krim yang mengandungi bahan aktif seperti imidazole, allylamine, tolnaftate dan cicloprox boleh digunakan. Teknik sapuan krim yang betul harus digunakan – ubat perlu disapu di atas plak dan melebihi sempadan kurap. 
Rawatan perlu dilakukan dua kali sehari selama dua hingga empat minggu, bergantung pada jenis ubat yang digunakan.


Jika terdapat banyak kawasan yang dijangkiti kurap, ubat antikulat dalam bentuk kapsul atau pil adalah pilihan yang lebih praktikal. Di antara ubat antikulat yang kerap digunakan adalah fluconazole, itraconazole dan terbinafine. 
Walau bagaimanapun, ubat-ubat ini mempunyai kesan sampingan yang tersendiri. Ia boleh berinteraksi dengan ubat-ubat lain dan boleh menyebabkan ‘hepatitis’ terutamanya pada sesetengah individu. 
Oleh itu, pastikan ubat-ubat ini diperoleh daripada pengamal perubatan yang arif tentang penggunaannya. 
Elakkan daripada membeli ubat-ubatan tanpa preskripsi terutamanya jika anda juga mengambil ubat-ubat yang lain. Boleh juga berjumpa doktor secara terus terutama untuk mendapatkan ubat kurap untuk kanak-kanak. 
Read This :

Cara Merawat Kurap Pada Manusia Dengan Bahan Semulajadi (Petua Orang Lama)


Apakah Ubat tradisional untuk Panau Kurap? Pasti ramai yang nak tahu kan lagi-lagi jika tak ada masa untuk pergi berjumpa doktor dan sebagainya. Jika kebetulan pula waktu tersebut belum terima gaji, hmmm lagilah haru.

Bawang putih

Setakat ini tidak bukti yang dapat mengesahkan tentang keberkesanan kaedah ini. Tetapi bawang putih dipercayai dapat mengatasi masalah kuman seperti ‘Candida’, ‘Torulopis’, ‘Trichophyton’ dan ‘Cryptococcus’. 
Cara untuk mempraktikkan kaedah ini adalah dengan menghancurkan bawang putih bersama minyak zaitun atau minyak kelapa. Kemudian sapukan pada bahagian yang dijangkiti. Biarkan selama 2 jam. Selepas itu, pastikan anda membasuhnya dengan bersih. 
Ulangi kaedah ini 2 kali sehari sehingga sembuh.

Cuka epal

Ramai yang berkata cuka epal ini bagus untuk merawat kurap. Bahan ini bersifat antibakteria dan cara untuk menggunakannya adalah dengan merendamkan kapas putih ke dalam cuka dan kemudian sapukan ia kepada bahagian kulit yang dijangkiti. 
Ulangi kaedah ini untuk 3 kali sehari sehingga sembuh.

Daun lidah buaya (aloe vera)

Tumbuhan ini sememangnya baik untuk kulit. Ini kerana ia mengandungi sifat antikuman, antibakteria, antivirus serta berperanan sebagai antiseptik yang baik. Ia amat sesuai untuk digunakan untuk mengubati semua jenis masalah kulit. 
Untuk menggunakan ubatan semula jadi ini, sapukan gel lidah buaya pada bahagian badan yang dijangkiti. Ulang selama 3 atau 4 kali sehari

Minyak kelapa


Minyak ini dipercayai boleh membunuh kuman pada kulit manusia. 
Anda boleh menggunakan minyak kelapa sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan menyapu pada bahagian terlibat. Tetapi, sekiranya selepas menggunakan kaedah-kaedah yang disebutkan di atas ini, muncul gejala seperti bengkak, kemerahan atau lain-lain, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan kaedah ini.

Rawat Masalah Kulit Dengan Losyen Tangan & Badan ALLANO

Losyen-Tangan-Badan-ALLANO
Losyen Tangan & Badan ALLANO


Losyen Tangan & Badan Allano ialah losyen badan berasaskan buih yang menampilkan formula yang melembap secara mendalam yang menyamankan, melicinkan dan menyegarkan kulit. 

ALLANO Hand & Body Lotion ialah losen berbuih pekat yang menyamankan dan melembapkan kulit yang pecah-pecah lagi kasar. Ia juga mencipta perisai yang melindungi daripada kotoran dan kehilangan lembapan untuk menjadikan kulit rasa lembut.

Ia mudah disapu, tiada tumpahan atau kebocoran dan cepat diserap. ALLANO Hand & Body Lotion membentuk perintang lembapan untuk menangkis air dan mengekalkan keberkesanan bahan-bahan lain serta membolehkan kulit bernafas.

Lotion Allano Bantu Atasi Pelbagai Masalah Kulit

ALLANO Hand & Body Lotion membantu melegakan dan melicinkan kulit yang pecah-pecah dan kasar serta mengekalkan keseimbangan lembapan semula jadi kulit. 

Antara masalah berkaitan kulit yang boleh dibantu oleh ALLANO Hand & Body Lotion dengan izin Allah SWT ini seperti masalah panau, sunblock, bekas rekahan lepas bersalin,kurap, kulit kering, melecur, ekzema dan jerawat. 

Lotion-Allano-Atasi-Masalah-Kulit
Bantu Atasi Pelbagai Masalah Kulit

Kelebihan Lotion Allano 

Terdapat banyak kelebihan jika menggunakan ALLANO Hand & Body Lotion dari jenama Amway ini. Antaranya : 
  1. Allano boleh dijadiakan first aid dirumah.
  2. sangat sesuai utk semua generasi umur
  3. tahan lama
  4. cara guna hanya sapu dibahagian yang terlibat
  5. mudah di bawa
  6. boleh sapu satu badan 
  7. terasa nyaman dan sejuk saat digunakan 

Sebahagian Testimoni Pengguna ALLANO Hand & Body Lotion


Testimoni-Pengguna-ALLANO-Lotion-amway
Testimoni Pengguna ALLANO Hand & Body Lotion

Testimoni-Pengguna-ALLANO-Lotion-amway
Testimoni Pengguna ALLANO Hand & Body Lotion

Testimoni-Pengguna-ALLANO-Lotion-amway
Testimoni Pengguna ALLANO Hand & Body Lotion

cara-rawatan-kayap
lotion ALLANO rawat kayap 

Harga RM45.00 sebotol 

Whatsapp untuk beli di link ini - https://wa.link/r2ll26

Kesimpulan 

Penyakit kurap dan lain-lain penyakit kulit merupakan masalah yang boleh berlaku pada sesiapa saja. Tugas kita untuk sama-sama mecari jalan untuk atasi masalah kesihatan yang menimpa. 

Semoga dengan adanya perkongsian melalui artikel ini dapat memberi sedikit sebanyak info yang bermanfaat. 


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia



Sumber rujukan : Kelab Mama 

4 comments for "Petua Hilangkan Kurap Dengan Cepat Cara Semulajadi Dan Moden"

  1. ngeri pulak tengok gejala masalah kulit nih, mintak di jauhkan lah...
    tq sbb share sbb dana sendiri pun kadang tertukar antara kurap dengan kayap

    ReplyDelete
  2. Moga dijuahkan dr segala penyakit kulit ni.. takut jg..
    TQ sharing info..

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian, ilmu yang bermanfaat.

    ReplyDelete