Tanda Screen Laptop Rosak & Cara Penjagaan Laptop Yang Betul
Tanda Screen Laptop Rosak & Cara Penjagaan Skrin Laptop Yang Betul | Laptop merupakan salah satu keperluan buat masa ini. Baik untuk pelajar mahupun mereka yang sudah berkerjaya, komputer riba atau laptop ini sudah menjadi 'teman baik' kerana mudah untuk dibawa ke mana saja.
Sayangnya tidak semua orang tahu cara penjagaan skrin laptop yang betul. Ada antara kita yang baru sedar laptop bermasalah hanya ketika muncul tanda screen laptop rosak.
Muncul Tanda Screen Laptop Rosak, Terus Beli Baru? Sabar Dulu!
Kalau screen laptop dah crack atau rosak, jangan beli laptop baru kerana laptop itu masih ada harapan untuk diselamatkan walaupun sudah ada tanda screen laptop rosak tersebut.
Tanda Screen Laptop Rosak Yang Sering Berlaku
Sebagai pengguna, kita perlu ambil perhatian tentang punca atau tanda screen laptop rosak ini. Setelah melihat ada tanda-tandanya, segera dapatkan bantuan servis tukar skrin laptop dari kedai baiki laptop yang berpengalaman.
Antara tanda-tanda skrin laptop rosak yang perlu diberi perhatian adalah :
1. Skrin Laptop Tidak Hidup (Blank Screen)
2. Skrin Laptop Retak
3. Muncul Garisan Menegak / Mendatar Pada Paparan Skrin
4. Skrin Berkelip
5. Skrin Laptop Malap
Masalah skrin laptop malah turut dianggap sebagai salah satu masalah pada skrin. Cara mudah untuk menyedarinya apabila telah menaikkan tahap pencahayaan skrin di tahap maksimum tetapi skrin masih tetap malap. Ada juga skrin yang pada mulanya cerah tetapi bertukar menjadi malap secara tiba-tiba ketika sedang digunakan.
Apa Punca Screen Laptop Rosak? Ini Sebab Kenapa Skrin Laptop Boleh Rosak
Untuk pengetahuan, screen laptop rosak ini boleh berlaku disebabkan oleh kecuaian kita sendiri sebagai pengguna.
Antara kesilapan atau kecuaian yang sering dilakukan hingga menyebabkan tanda screen laptop rosak ini muncul adalah seperti yang di bawah ini.
- Tidak pernah mematikan laptop selepas selesai guna.
- Mengambil laptop dengan memegang kuat pada bahagian skrin.
- Meletakkan barangan lain seperti buku di atas skrin (hempap skrin).
- Tidak pernah peduli untuk memasang antivirus.
- Selalu membiarkan banyak tab terbuka dalam satu masa.
- Terlalu banyak program dilancarkan ketika laptop dihidupkan.
10 Tips Cara Penjagaan Laptop Yang Betul
Laptop merupakan peralatan yang sangat sensatif dan memerlukan penjagaan yang baik. Sekadar beli hanya untuk guna tanpa tahu cara penjagaan skrin laptop yang betul akan menyebabkan kita perlu berdepan dengan masalah ini untuk setiap laptop yang dimiliki.
Apa gunanya hanya tahu guna dan tukar baru setelah rosak sedangkan perkara ini boleh diatasi dengan cara yang lebih baik.
1. Jangan dedahkan laptop kepada perubahan suhu yang cepat. Turun naik suhu yang besar boleh menyebabkan kerosakan besar pada laptop.
2. Jangan tinggalkan laptop di dalam kereta. Meninggalkan komputer riba di dalam kereta akan mendedahkannya kepada suhu yang terlalu teruk dan boleh menyebabkan kerosakan yang serius.
3. Meninggalkan komputer riba di dalam kereta ini juga boleh menjadi sasaran pencuri.
4. Gunakan beg komputer riba untuk mengurangkan kemungkinan terjatuh atau terlanggar secara tidak sengaja pada laptop tersebut.
5. Gunakan beg komputer riba yang sesuai. Pastikan beg cukup besar untuk memuatkan komputer riba dengan selesa. Elakkan letak laptop bersama barangan lain bagi mengelak laptop menjadi calar dan pecah skrinnya.
6. Untuk mencegah kerosakan pada monitor, pastikan tiada halangan (klip kertas, pen atau pensel) pada keyboard semasa menutup penutup. Item seperti ini boleh mengemek, mencalar atau bahkan memecahkan skrin.
7. Tutup penutup dengan betul. Tutup penutup perlahan-lahan dan tahan dari tengah skrin. Menutup tudung menggunakan hanya satu tepi menyebabkan tekanan tambahan pada engsel yang lama kelamaan akan retak dan pecah.
8. Pegang komputer riba pada tapaknya. Mengangkat dan memegang komputer riba pada paparan menghasilkan tekanan yang tidak diperlukan pada engsel. Tindakan ini boleh mengarahkan tekanan ke LCD dan mengubah bentuk atau memecahkan skrin itu sendiri.
9. Bersihkan habuk pada keyboard dari masa ke semasa.
10. Lap skrin laptop dengan cecair pencuci skrin yang boleh didapati dari kedai-kedai menjual peralatan laptop dan komputer.
Screen Laptop Rosak? Jangan Terus Beli Baru! Jimatkan Wang Dengan Hantar Baiki di FR Laptop Service
LAPTOP DENGAN MASALAH SKRIN LAPTOP RETAK / PECAH |
SELEPAS TUKAR SKRIN LAPTOP BARU |
RUnsing di hati kalau laptop atau komputer rosak ni kan
ReplyDeletethanks for sharing sis. Laptop dah jadi keperluan zaman sekarang so jagalah dengan baik.
ReplyDelete