Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tanda Screen Laptop Rosak & Cara Penjagaan Laptop Yang Betul

Tanda Screen Laptop Rosak & Cara Penjagaan Skrin Laptop Yang Betul | Laptop merupakan salah satu keperluan buat masa ini. Baik untuk pelajar mahupun mereka yang sudah berkerjaya, komputer riba atau laptop ini sudah menjadi 'teman baik' kerana mudah untuk dibawa ke mana saja. 

Sayangnya tidak semua orang tahu cara penjagaan skrin laptop yang betul. Ada antara kita yang baru sedar laptop bermasalah hanya ketika muncul tanda screen laptop rosak. 

Tanda Screen Laptop Rosak & Cara Penjagaan Laptop Yang Betul

Muncul Tanda Screen Laptop Rosak, Terus Beli Baru? Sabar Dulu!

Salah satu kesilapan yang ramai orang buat adalah terus beli laptop baru setelah muncul tanda screen laptop rosak. Cara itu hanya akan membuat kita lebih rugi. 

Kalau screen laptop dah crack atau rosak, jangan beli laptop baru kerana laptop itu masih ada harapan untuk diselamatkan walaupun sudah ada tanda screen laptop rosak tersebut. 

Tanda Screen Laptop Rosak & Cara Penjagaan Laptop Yang Betul

Tanda Screen Laptop Rosak Yang Sering Berlaku 

Sebagai pengguna, kita perlu ambil perhatian tentang punca atau tanda screen laptop rosak ini. Setelah melihat ada tanda-tandanya, segera dapatkan bantuan servis tukar skrin laptop dari kedai baiki laptop yang berpengalaman. 

Antara tanda-tanda skrin laptop rosak yang perlu diberi perhatian adalah :

1. Skrin Laptop Tidak Hidup (Blank Screen)

Tanda Screen Laptop Rosak & Cara Penjagaan Laptop Yang Betul

Skrin laptop tidak hidup dikenali sebagai blank screen. Walau laptop sudah on tetapi skrin laptop tetap gelap tidak berfungsi. Ini salah satu masalah yang paling mengecewakan kerana sukar untuk menentukan punca masalahnya sebenarnya apa. 

2. Skrin Laptop Retak 

Tanda Screen Laptop Rosak & Cara Penjagaan Laptop Yang Betul

Skrin laptop yang retak akan kelihatan seperti garisan pecah dan merekah pada skrin. Skrin retak ini benar-benar menganggu dan sudah pada tahap tidak boleh digunakan lagi melainkan dengan menukarnya dengan skrin yang baru. 

3. Muncul Garisan Menegak / Mendatar Pada Paparan Skrin 

Tanda Screen Laptop Rosak & Cara Penjagaan Laptop Yang Betul

Garis-garis halus pada skrin komputer boleh muncul dalam dua keadaan iaitu secara melintang atau menegak. Ada garisan yang muncul dalam warna putih dan ada juga yang berwarna-warni. Garisan ini boleh keluar pada mana-mana bahagian di skrin dan jika dibiarkan, garisan yang sedikit akan bertambah menjadi semakin banyak dan teruk. 

4. Skrin Berkelip 

Tanda Screen Laptop Rosak & Cara Penjagaan Laptop Yang Betul

Apabila skrin anda berkelip atau mengalami herotan warna itu tandanya skrin laptop benar-benar sedang mengalami masalah. Tnada screen laptop rosak ini perlu segera diberi perhatian. 

5. Skrin Laptop Malap


Tanda Screen Laptop Rosak & Cara Penjagaan Laptop Yang Betul


Masalah skrin laptop malah turut dianggap sebagai salah satu masalah pada skrin. Cara mudah untuk menyedarinya apabila telah menaikkan tahap pencahayaan skrin di tahap maksimum tetapi skrin masih tetap malap. Ada juga skrin yang pada mulanya cerah tetapi bertukar menjadi malap secara tiba-tiba ketika sedang digunakan. 

Apa Punca Screen Laptop Rosak? Ini Sebab Kenapa Skrin Laptop Boleh Rosak 

Tanda Screen Laptop Rosak & Cara Penjagaan Laptop Yang Betul

Untuk pengetahuan, screen laptop rosak ini boleh berlaku disebabkan oleh kecuaian kita sendiri sebagai pengguna. 

Antara kesilapan atau kecuaian yang sering dilakukan hingga menyebabkan tanda screen laptop rosak ini muncul adalah seperti yang di bawah ini. 

  • Tidak pernah mematikan laptop selepas selesai guna.
  • Mengambil laptop dengan memegang kuat pada bahagian skrin.  
  • Meletakkan barangan lain seperti buku di atas skrin (hempap skrin).
  • Tidak pernah peduli untuk memasang antivirus.
  • Selalu membiarkan banyak tab terbuka dalam satu masa.
  • Terlalu banyak program dilancarkan ketika laptop dihidupkan.

10 Tips Cara Penjagaan Laptop Yang Betul 

Tanda Screen Laptop Rosak & Cara Penjagaan Laptop Yang Betul

Laptop merupakan peralatan yang sangat sensatif dan memerlukan penjagaan yang baik. Sekadar beli hanya untuk guna tanpa tahu cara penjagaan skrin laptop yang betul akan menyebabkan kita perlu berdepan dengan masalah ini untuk setiap laptop yang dimiliki. 

Apa gunanya hanya tahu guna dan tukar baru setelah rosak sedangkan perkara ini boleh diatasi dengan cara yang lebih baik. 

1. Jangan dedahkan laptop kepada perubahan suhu yang cepat. Turun naik suhu yang besar boleh menyebabkan kerosakan besar pada laptop. 

2. Jangan tinggalkan laptop di dalam kereta. Meninggalkan komputer riba di dalam kereta akan mendedahkannya kepada suhu yang terlalu teruk dan boleh menyebabkan kerosakan yang serius.

3. Meninggalkan komputer riba di dalam kereta ini juga boleh menjadi sasaran pencuri. 

4. Gunakan beg komputer riba untuk mengurangkan kemungkinan terjatuh atau terlanggar secara tidak sengaja pada laptop tersebut. 

5. Gunakan beg komputer riba yang sesuai. Pastikan beg cukup besar untuk memuatkan komputer riba dengan selesa. Elakkan letak laptop bersama barangan lain bagi mengelak laptop menjadi calar dan pecah skrinnya.

6. Untuk mencegah kerosakan pada monitor, pastikan tiada halangan (klip kertas, pen atau pensel) pada keyboard semasa menutup penutup. Item seperti ini boleh mengemek, mencalar atau bahkan memecahkan skrin.

7. Tutup penutup dengan betul. Tutup penutup perlahan-lahan dan tahan dari tengah skrin. Menutup tudung menggunakan hanya satu tepi menyebabkan tekanan tambahan pada engsel yang lama kelamaan akan retak dan pecah.

8. Pegang komputer riba pada tapaknya. Mengangkat dan memegang komputer riba pada paparan menghasilkan tekanan yang tidak diperlukan pada engsel. Tindakan ini boleh mengarahkan tekanan ke LCD dan mengubah bentuk atau memecahkan skrin itu sendiri. 

9. Bersihkan habuk pada keyboard dari masa ke semasa.

10. Lap skrin laptop dengan cecair pencuci skrin yang boleh didapati dari kedai-kedai menjual peralatan laptop dan komputer. 

Screen Laptop Rosak? Jangan Terus Beli Baru! Jimatkan Wang Dengan Hantar Baiki di FR Laptop Service

Sebagaimana yang telah dikongsikan tadi, cara penjagaan screen laptop yang salah merupakan salah satu sebab kenapa screen laptop menjadi rosak. Walaubagaimanapun, perkara yang sudah berlaku tidak bermakna kita perlu terus menyalahkan diri. 

Jika benar screen laptop telah rosak, jangan terus membuat kesilapan dengan segera membeli laptop baru kerana ia akan menyebabkan kita perlu berbelanja dengan lebih banyak.

Tanda Screen Laptop Rosak
LAPTOP DENGAN MASALAH SKRIN LAPTOP RETAK / PECAH


Tanda Screen Laptop Rosak
SELEPAS TUKAR SKRIN LAPTOP BARU


Sebelum membeli laptop baru, ada baiknya mencari dulu tentang servis repair screen. Walau kita tidak tahu how to rerpair screen laptop tetapi kita masih ada pilihan dengan menghantar repair screen laptop ini pada mereka yang pakar. 

Salah satu pihak yang boleh repair laptop screen ini adalah FR Laptop Service. Boleh lihat wajah gembira para pelanggan yang gembira dapat selamatkan laptop masing-masing tanpa perlu berbelanja lebih. Dapat jimat kos baiki laptop dari beli baru. 


Tanda Screen Laptop Rosak & Cara Penjagaan Laptop Yang Betul

Tanda Screen Laptop Rosak & Cara Penjagaan Laptop Yang Betul

Tanda Screen Laptop Rosak & Cara Penjagaan Laptop Yang Betul



Tidak sempat nak hantar laptop ke kedai kerana tidak ada masa? Tidak juga boleh hantar laptop kerana lokasi jauh? Jangan bimbang kerana pihak FR Laptop Service ada menawarkan khidmat runner untuk ambil dan hantar semula laptop setelah siap di baiki. 

Laptop rosak pada bahagian skrin atau apa, boleh hubungi pihak FR Laptop Service. Harga baiki screen laptop rosak ini juga sangat berbaloi-baloi. Tidak kisahlah repair screen laptop Acer, Asus atau lain-lain jenama sekalipun, pihak FR Laptop Service sentiasa ready untuk menawarkan khidmat mereka dengan harga yang sangat berpatutan. 

Akhir kata semoga artikel ini dapat membantu memberi sedikit sebanyak info berkaitan tanda screen laptop rosak bersama tips panduan cara penjagaan laptop yang betul. 

Sekali lagi diingatkan, jika ada tanda-tanda screen laptop rosak jangan sibuk mencari punca sebaliknya lekas bertindak tukar skrin laptop rosak dengan yang baru bagi mengelak masalah tersebut berlarutan. 




Alamat: 
508 Jalan Kanan 1 Kampung Pandan 
55100 Kuala Lumpur 
No tel: 0172882349 

Waze/Google Maps: FR Laptop Services 
Waktu Operasi: Isnin – Ahad, 9 am – 9 pm





2 comments for "Tanda Screen Laptop Rosak & Cara Penjagaan Laptop Yang Betul "

  1. RUnsing di hati kalau laptop atau komputer rosak ni kan

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing sis. Laptop dah jadi keperluan zaman sekarang so jagalah dengan baik.

    ReplyDelete