Cara Daftar Foodpanda Rider Malaysia & Peniaga Bisnes Makanan 2022
Cara Daftar Foodpanda Rider Malaysia & Peniaga Bisnes Makanan 2022 | Di Malaysia, nama Food Panda sudah dikenali ramai. Tema beruang panda dengan warna pink terang sudah sinonim dengan nama Foodpanda ini. Tua muda kecil dan besar, semua kenal siapa Foodpanda.
Foodpanda memperluaskan servis sebagai penghantar makanan bermotor di seluruh pelusuk negara. Dari Perlis sampailah ke Sabah, ada servis Foodpanda di sana.
Untuk pengetahuan, servis penghantaran makanan Foodpanda ini berasal dari Jerman. Ibu pejabat untuk Foodpanda terletak di Berlin. Kini, Foodpanda telah beroperasi di 40 buah negara dan wilayah.
Image credit: Wilsiong Lim |
Kelebihan FoodPanda Malaysia
1. Memudahkan urusan pesanan makanan
2. Menjimatkan masa orang ramai yang mahukan makanan
3. Memberi peluang pekerjaan sebagai Rider
4. Membuka platfrom perniagaan kepada peniaga makanan
Apa Kebaikan Jadi Rider Food Panda Malaysia?
- jadual bekerja boleh pilih untuk satu hari sama ada syif pada tengah hari atau tengah malam
- fleksibiliti masa berkerja dapat disesuaikan dengan kehidupan harian
- dapat kutip pengalaman baru sebagai seorang rider
- dapat kenal pelbagai tempat dan lokasi
- bina hubungan bonding persahabatan yang kuat di antara sesama rider
- ada program khas bersama komuniti penghantar makanan seperti Ride Amal
- banyak program dianjur khas oleh pihak lain untuk rider
Jumlah Bayaran Gaji Rider Foodpanda dan Bila Gaji Dibayar
Foodpanda salary rider Malaysia tidak di bayar sebulan sekali seperti kebanyakan kerja lain. Gaji rider Food Panda Malaysia dibayar secara mingguan (sekali seminggu). Bayaran gaji mingguan ini dibuat pada setiap hari Selasa.
1. Untuk jumlah bayaran gaji rider Foodpanda ini, permulaan gaji seorang rider adalah sebanyak RM5 sehingga RM6 sejam.
2. Gaji Foodpanda akan meningkat naik dari RM6 ke RM7 sejam itu setelah cukup tempoh 3 bulan bekerja.
3. Gaji Food Panda akan bertambah meningkat dari RM7.50 ke RM8.50 setelah cukup tempoh 6 bulan bekerja.
Terdapat juga tips sebanyak RM3 dalam setiap delivery. Semakin rajin bekerja, income pendapatan sebagai rider Foodpanda ini akan bertambah dari masa ke semasa.
Makin bagus jika dapat berkerja untuk lokasi rider Foodpanda yang banyak permintaan. Semakin banyak permintaan untuk rider, bermakna semakin banyak jumlah pesanan makanan yang masuk untuk dihantar kepada pelanggan.
Di bawah ini antara senarai lokasi permintaan tinggi untuk rider Foodpanda. Antaranya :
- Kuala Lumpur
- Shah Alam
- Johor Bahru
- Penang
- Melaka
- Ipoh
Viral, Gaji Rider Foodpanda Malaysia Cecah RM18,000
Cara Daftar FoodPanda Rider Malaysia Secara Register Online
Sebelum menjadi penghantar makanan FoodPanda, seseorang individu perlu mendaftar terlebih dahulu. Untuk menjadi krew rider penghantar makanan bagi pihak Foodpanda sebagai satu kerjaya, korang perlu mendaftarkan diri dengan buat akaun yang baru di website Foodpanda.
Cara untuk mendaftarCara cipta dan daftar akaun baru Food panda rider seperti panduan di bawah ini.
Panduan Cara daftar Foodpanda rider Malaysia Langkah Demi Langkah
1. Layari laman web rasmi Foodpanda Rider App di https://rider.foodpanda.my/2. Pada ruangan “Pilih Bandar Anda”, masukkan nama lokasi tempat kalian sedang menetap untuk memudahkan urusan korang sebagai rider.
Foodpanda akan menghantar SMS kepada untuk meminta pemohon hadir ke pejabat mereka bagi mendengar taklimat ringkas.
Sesi praktikal bersama pekerja senior juga turut dijalankan untuk belajar dan tahu bagaimana cara untuk menguruskan pesanan dan membuat penghantaran.
Jika tiada sebarang masalah setelah selesai sesi praktikal, boleh segera menjadi rider Foodpanda untuk kawasan sendiri selepas daftarkan diri dan dapatkan ID berserta kata laluan dari aplikasi Foodpanda.
Testimoni Selepas Kerja Dengan Foodpanda
Peralatan untuk memudahkan urusan hantar makanan seperti beg Foodpanda dan beg Thermos akan turut diberikan.
testimoni rider Food Panda Malaysia |
Cara Daftar Foodpanda Malaysia Untuk Peniaga Bisnes Makanan
Kesimpulan
Kerja menjadi rider Foodpanda bukanlah pekerjaan yang mudah. Kerja ini sangat memenatkan kerana perlu bergerak ke sana dan ke sini setiap masa.
Semoga perkongsian tentang cara daftar food panda rider Malaysia ini dapat memberi manfaat. Jika benar-benar berminat boleh segera register dan semoga rezeki menyebelahi kalian.
Selamat bekerja dan selamat menjana pendapatan bersama Foodpanda Malaysia.


betul lah tu..flexibility tu best.
ReplyDeleteThanks for your sharing:)
ReplyDelete