Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Maksud Crush Dalam Bahasa Melayu Anak Muda

Maksud Crush Dalam Bahasa Melayu Anak Muda | Perkataan 'crush' dalam kehidupan anak muda sudah menjadi perkara biasa sekarang. Perkataan crush banyak digunakan dalam media sosial. Apa itu crush? Arti crush ini boleh dianggap bahasa slang dengan makna tertentu. 

Sama seperti perkataan lain yang pernah viral digunakan seperti ex, balak, makwe, pakwe dan banyak lagi. Untuk perkataan crush ini, ia turut mempunyai maksud disebaliknya.

Apakah maksud crush ini sebenarnya?

Kenapa perkataan crush selalu digunakan anak muda?


maksud-crush
Maksud Crush - image Pinterest sekadar hiasan

Maksud Crush Dalam Bahasa Inggeris 

Bila semak maksud crush dalam Bahasa Inggeris menerusi dictionary online (translate), terdapat beberapa maksud bagi perkataan 'crush' ini.

Maksud crush yang pertama adalah menekan, memampatkan atau memicit dengan kuat untuk memecahkan atau menghancurkan sesuatu benda. 

Maksud crush yang kedua ialah menggunakan kekerasan untuk menunduk atau mengalahkan sesuatu pihak. 

Maksud crush yang ketiga pula, sekumpulan orang ramai yang berkumpul, bersesak-sesak dan berhimpit pada satu tempat yang sama.

Maksud Crush Dalam Bahasa Melayu

Beza maksud crush dalam bahasa inggeris dan bahasa melayu memang sangat berbeza. Sama sekali tidak ada kaitan dengan the meaning of crush in english yang telah diberitahu tadi.

Untuk lebih memahami apakah maksud crush ini, kalian perlu tahu yang perkataan crush terbahagi kepada beberapa jenis penggunaan ayat seperti :

  • crush
  • my crush
  • crush on you

1. Maksud Crush

Crush bermaksud seseorang yang disukai, diminati atau disayangi secara diam (rahsia).

Selalunya, individu yang dimaksudkan crush tu, tak tahu ada seseorang sedang meminatinya dalam diam. Dalam erti kata lain 'secret admire'.

Contoh penggunaan perkataan crush dalam ayat : 
"Itu crush aku. Dah lama aku suka kat dia. Entah bila dia akan perasan." 
"Aku betul-betul crush kat dia. Sayangnya dia dah jadi milik orang lain."

"Apa maksud mimpi crush? Adakah itu tandanya dia benar-benar jodoh kita?" 

 

Baca Juga : Maksud Mimpi Crush Yang Kita Suka


2. Maksud My Crush

My Crush membawa maksud orang yang disukai dalam diam dan berani untuk meluahkan rasa cinta pada orang tersebut. Harapan dalam hati moga-moga orang yang dicintai itu akan membalasnya cintanya semula.

Contoh penggunaan my crush dalam ayat :
"My crush aku seorang yang tinggi dan cukup suka bergurau. Siapa dia? Biarlah aku sorang je yang tahu. "

"My crush dari mata jatuh ke hati."  


3. Crush On You 

I have a crush on you membawa maksud 'saya telah jatuh hati pada awak'. Ayat ini selalunya digunakan untuk menyuarakan rasa hati pada orang yang disukai. 

Contoh penggunaan crush on you dalam ayat : 
"I have a crush on you. I hope you know that I love you very much. Saya harap awak dapat terima isi hati saya ni."


Contoh Binaan Ayat Crush Dalam Bahasa Inggeris

Had a crush on you.

I had a huge crush on her.


I think he has a crush on you.

She had a crush on you.

She had a huge crush on her geography teacher.

It takes a minute to have a crush on someone, an hour to like someone and a day to love someone but it takes a lifetime to forget someone.


maksud-crush-on-you
maksud crush on you - image Pinterest sekadar hiasan

Beza Crush Dan Cinta 

Crush lebih kepada rasa suka. Meminati dalam diam. Meminati tak bermakna akan memiliki. Dalam erti kata lain, hanya sekadar menjadi seorang secret admire. 

Cinta pula sebuah perasaan yang sebolehnya ingin memiliki. Aku cinta dia dan aku harap dia juga cintakan aku. Lebih kurang begitu.

Walaubagaimanapun, crush boleh menjadi sama erti dengan cinta jika rasa 'crush' itu diberi perhatian yang lebih serius dengan hasrat ingin jadikannya sebuah realiti. 


Apa Maksud Crush Dalam Islam?

Jika disentuh tentang maksud crush ini dalam Islam, bagi aku tidak berdosa untuk kita jatuh cinta pada seseorang. Fitrah manusia punya rasa cinta suka dan sayang. 

Meminati, menyukai dan menyintai seseorang itu tidak salah selagi dijaga batas pergaulan dan tidak mendekatkan diri kepada fitnah, maksiat dan zina.

Kalau dah dah terjatuh cinta (crush) tahap angau tu, suruhlah mak ayah masuk meminang. 


Makna Crush Tersembunyi Pada Ejaannya 

CRUSH = Cinta Rahsia Untuk Seseorang dengan Harapan dia akan menyedarinya.


Maksud Crash Landing On You Apa?

Crash Landing On You nama sebuah drama Korea. Kaitan Crash Landing On You dengan maksud crush mungkin pada jalan cerita drama tersebut. 


Kesimpulan

Fenomena crush ini bukan baru sebenarnya. Sudah lama. Biasalah adat dunia yang berpusing. Sekejap hilang dek peredaran masa dan tak lama selepas itu boleh kembali menjadi trend semula. Sama seperti lagu zaman 90an yang kini kembali popular di corong radio.

Apa maksud crush? Apa maksud crush on you? Apa maksud my crush? Apakah perbezaan antara Crush and Love? Segalanya telah dijelaskan dalam artikel ini.

Secara ringkas, maksud crush dalam bahasa inggeris adalah menghancurkan, merenyukkan, menjahanamkan. Maksud crush dalam bahasa melayu dikalangan anak muda pula adalah rasa cinta dan rasa angau. 

Bila ada rasa crush pada seseorang, apa salahnya untuk berterus terang. Its can drive you crazy without you know in conscious. 

Mana tahu, rupanya sama-sama sudah saling suka dalam diam. 


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

7 comments for "Maksud Crush Dalam Bahasa Melayu Anak Muda "

  1. Itulah mula-mula dengar anak dengan anak-anak buah duk cerita crush-crush apo ko bondo ea pun Mrs. A tak faham huhuhuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. lepas ni paham dh kan? crush tu orang yang diaorg suka / jatuh hati :D

      Delete
  2. mcm secret admirer kurang lebih lah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul2. secret admire la ni.. dok pendam rasa hati tak berani nk bg tau

      Delete
  3. Sekarang anak-anak sekolah rendah pun dah pandai crush ni bagai apatah yang abang kakak sekolah menengah. Aduhai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasal. dok sebut crush sini crush situ. skrg mak ayah dh tau makna apa. lepas ni senang sikit nk paham perbualan anak.

      Delete
  4. Orang dulu-dulu biasa terkenal dengan secret admire..

    tapi penggunaan dan kaitan crush dalam bahasa Inggeris dan Melayu sangat jauh berbeza

    ReplyDelete