Apa Maksud Crush Dalam Bahasa Melayu Anak Muda
Apa Maksud Crush Dalam Bahasa Melayu Anak Muda | Perkataan 'crush' dalam kehidupan anak muda sudah menjadi perkara biasa sekarang. Perkataan crush banyak digunakan dalam media sosial. Apa itu crush? Arti crush ini boleh dianggap bahasa slang dengan makna tertentu.
Sama seperti perkataan lain yang pernah viral digunakan seperti ex, balak, makwe, pakwe dan banyak lagi. Untuk perkataan crush ini, ia turut mempunyai maksud disebaliknya.
Apakah maksud crush ini sebenarnya?
Kenapa perkataan crush selalu digunakan anak muda?
Maksud Crush - image Pinterest sekadar hiasan |
Maksud Crush Dalam Bahasa Inggeris
Maksud Crush Dalam Bahasa Melayu
Beza maksud crush dalam bahasa inggeris dan bahasa melayu memang sangat berbeza. Sama sekali tidak ada kaitan dengan the meaning of crush in english yang telah diberitahu tadi.
Untuk lebih memahami apakah maksud crush ini, kalian perlu tahu yang perkataan crush terbahagi kepada beberapa jenis penggunaan ayat seperti :
- crush
- my crush
- crush on you
1. Maksud Crush
"Itu crush aku. Dah lama aku suka kat dia. Entah bila dia akan perasan."
"Aku betul-betul crush kat dia. Sayangnya dia dah jadi milik orang lain."
"Apa maksud mimpi crush? Adakah itu tandanya dia benar-benar jodoh kita?"
Baca Juga : Maksud Mimpi Crush Yang Kita Suka
2. Maksud My Crush
"My crush aku seorang yang tinggi dan cukup suka bergurau. Siapa dia? Biarlah aku sorang je yang tahu. "
"My crush dari mata jatuh ke hati."
3. Crush On You
"I have a crush on you. I hope you know that I love you very much. Saya harap awak dapat terima isi hati saya ni."
Contoh Binaan Ayat Crush Dalam Bahasa Inggeris
maksud crush on you - image Pinterest sekadar hiasan |
Beza Crush Dan Cinta
Crush lebih kepada rasa suka. Meminati dalam diam. Meminati tak bermakna akan memiliki. Dalam erti kata lain, hanya sekadar menjadi seorang secret admire.
Cinta pula sebuah perasaan yang sebolehnya ingin memiliki. Aku cinta dia dan aku harap dia juga cintakan aku. Lebih kurang begitu.
Walaubagaimanapun, crush boleh menjadi sama erti dengan cinta jika rasa 'crush' itu diberi perhatian yang lebih serius dengan hasrat ingin jadikannya sebuah realiti.
Apa Maksud Crush Dalam Islam?
Jika disentuh tentang maksud crush ini dalam Islam, bagi aku tidak berdosa untuk kita jatuh cinta pada seseorang. Fitrah manusia punya rasa cinta suka dan sayang.
Meminati, menyukai dan menyintai seseorang itu tidak salah selagi dijaga batas pergaulan dan tidak mendekatkan diri kepada fitnah, maksiat dan zina.
Kalau dah dah terjatuh cinta (crush) tahap angau tu, suruhlah mak ayah masuk meminang.
Makna Crush Tersembunyi Pada Ejaannya
CRUSH = Cinta Rahsia Untuk Seseorang dengan Harapan dia akan menyedarinya.
Maksud Crash Landing On You Apa?
Crash Landing On You nama sebuah drama Korea. Kaitan Crash Landing On You dengan maksud crush mungkin pada jalan cerita drama tersebut.
Kesimpulan
Fenomena crush ini bukan baru sebenarnya. Sudah lama. Biasalah adat dunia yang berpusing. Sekejap hilang dek peredaran masa dan tak lama selepas itu boleh kembali menjadi trend semula. Sama seperti lagu zaman 90an yang kini kembali popular di corong radio.
Apa maksud crush? Apa maksud crush on you? Apa maksud my crush? Apakah perbezaan antara Crush and Love? Segalanya telah dijelaskan dalam artikel ini.
Secara ringkas, maksud crush dalam bahasa inggeris adalah menghancurkan, merenyukkan, menjahanamkan. Maksud crush dalam bahasa melayu dikalangan anak muda pula adalah rasa cinta dan rasa angau.
Bila ada rasa crush pada seseorang, apa salahnya untuk berterus terang. Its can drive you crazy without you know in conscious.
Mana tahu, rupanya sama-sama sudah saling suka dalam diam.
Itulah mula-mula dengar anak dengan anak-anak buah duk cerita crush-crush apo ko bondo ea pun Mrs. A tak faham huhuhuuu...
ReplyDeletehehe.. lepas ni paham dh kan? crush tu orang yang diaorg suka / jatuh hati :D
Deletemcm secret admirer kurang lebih lah kan.
ReplyDeleteya betul2. secret admire la ni.. dok pendam rasa hati tak berani nk bg tau
DeleteSekarang anak-anak sekolah rendah pun dah pandai crush ni bagai apatah yang abang kakak sekolah menengah. Aduhai.
ReplyDeleteitulah pasal. dok sebut crush sini crush situ. skrg mak ayah dh tau makna apa. lepas ni senang sikit nk paham perbualan anak.
DeleteOrang dulu-dulu biasa terkenal dengan secret admire..
ReplyDeletetapi penggunaan dan kaitan crush dalam bahasa Inggeris dan Melayu sangat jauh berbeza