Cara Mudah Tukar Domain Blogspot Ke Dotcom 2022
Cara Mudah Tukar Domain Blogspot Ke Dotcom 2022 | Domain merupakan idaman setiap blogger yang serius dalam dunia penulisan blog. Ada banyak jenis domain seperti .com .my .net .xyz dan lain-lain. Antara domain yang paling popular dan digunakan dengan meluas di seluruh dunia adalah .com (dot com).
Urusan beli domain Malaysia tidak susah. Ada banyak pihak yang menawarkan servis jual domain pada blogger. Antaranya GoDaddy dan NetKL.
Cara Mudah Tukar Domain Blogspot Ke Dotcom 2022 |
Kenapa blogger suka pasang domain pada blog?
Apakah kelebihan pasang domain pada blog ini?
Kelebihan Pasang Domain Pada Blog
Kelebihan memasang domain pada blog sangat banyak. Di sini aku kongsikan beberapa contoh kelebihan pasang domain pada blog.
Antara kelebihan pasang blog .com pada domain adalah :
- kelihatan lebih profesional
- keselamatan blog lebih terjamin
- nama domain yang pendek lebih mudah untuk diingat
- pembaca melihat si penulis sebagai blogger yang serius
- peluang jana pendapatan melalui blog menjadi lebih tinggi
- mendapat posisi yang lebih bagus pada halaman search engine
Cara Beli Domain Dotcom Dengan NetKL
Sebelum menukar domain di blogspot, kita perlulah membeli domain daripada pembekal domain dan di sini kita menggunakan NetKL.
Ini panduan ringkas cara beli domain untuk blogger di NetKL. Tutorial ringkas cara beli domain ni aku sertakan bersama gambar untuk memudahkan urusan pembelian domain untuk blog kalian.
1. layari website utama NetKL
2. Klik pada bahagian DOMAIN
3. Seterusnya pilih bahagian Menu 'Buy Domain Only'
4. masukkan nama domain yang diinginkan, jika masih ada tiada orang guna boleh klik checkout.
5. Masukkan detail mengikut apa yang diminta kemudian boleh terus proses pembayaran
Harga domain di NetKL, RM50 setahun. Jika nak renew beberapa tahun sekaligus juga boleh.
Harga Pasang Domain Dotcom NetKL Naik Harga
Baru-baru ni, aku mendapat satu mesej di whatsapp dari blogger Kak Zyn. Katanya kos tukar domain blogspot ke dotcom melalui NetKL dah naik harga. Harga dulu RM10 dan sekarang sudah naik ke RM50.
Aku layari website NetKL untuk dapatkan info terkini berkaitan harga pasang tukar domain blogspot ke dotcom ini, ternyata berita tersebut memang betul.
Aku tak salahkan NetKL 100% untuk urusan kenaikan harga ni sebabnya aku perasan NetKL mengambil keputusan ini berdasarkan beberapa faktor.
1. Harga tersebut sejak dari tahun 2013 lagi (kalau tak silap)
2. NetKL telah menukar platform tempat tukar domain dengan kaedah baru yang lebih mudah.
Bagi membantu Kak Zyn dan sahabat blogger lain untuk jimatkan duit urusan pemasangan (set up tukar domain) dengan NetKL, di sini aku sertakan sekali panduan cara tukar domain blogspot ke dotcom.
InshaAllah, kalian boleh buat sendiri lepas ni. Tak payah lagi bayar kos upah pemasangan tukar dan set up domain pada NetKL. Cukup gunakan NetKL untuk urusan beli domain saja.
Cara Mudah Tukar Domain Blogspot Ke Dotcom 2022
Kalau minta NetKL pasang domain, kena bayar servis RM50 sekarang ni. Ada baiknya pasang sendiri. Kenapa nak bazirkan RM50 kalau kita dapat buat sendiri proses tukar pasang domain ni. Tak reti sekalipun, cuba buat dulu tengok jadi atau tak.
Jangan takut bila buka bahagian setting domain tu. Walaupun tak biasa tetapi aku yakin kalian boleh buat. Ikut tutorial panduan yang telah aku kongsikan di sini. Buat secara perlahan-lahan langkah demi langkah. Jangan gopoh.
Lagi pula, cara nak tukar domain blogspot ke domain sekarang dengan NetKL ni jauh lebih mudah dari cara yang lama. Nampak lebih ringkas, cepat dan tersusun berbanding dengan cara yang lama. Aku yakin kalian akan berjaya tukar domain blogspot ke dotcom sendiri.
Panduan langkah-langkah untuk tukar domain blogspot ke dotcom seperti di bawah ini.
Langkah 1 - Login
1. Login ke lamanweb NetKL
2. Klik pada bahagian 'DOMAINS'
3. Seterusnya klik pada bahagian 'Domain DNS Manager' pada bahagian hujung kanan skrin.
Langkah 2 - Delete DNS Yang Tidak Berkaitan
1. Klik 'Yes, Create' tab warna merah
2. Di sini, NetKL akan terus beri beberapa DNS secara automatik.
3. Delete (padam) semua DNS yang diberikan secara automatik oleh NetKL tersebut.
Langkah 3 - Setting A-record
- 216.239.32.21
- 216.239.34.21
- 216.239.36.21
- 216.239.38.21
Langkah 4 : Setting CNAME Record
Langkah 5 - Setting CNAME Record Kedua
Langkah 6 - Copy Dan Paste CNAME Record Kedua
Langkah 7 - Setting domain Blogger
Klik on 'Redirect domain'. Sebab kalau followers atau sesiapa yang klik URL lama blog kita, diorang akan dapat masuk ke URL baru kita yang ada dotcom ni.
Bagus untuk blogger yang nak bertukar ke domain dot.com etc.
ReplyDeleteNaniey dulu tak reti nak set up. Last contact netkl utk buatkan. Jadi kena byk extra charges utk dorang set up tu. X ingat berapa tp murah je.
dulu murah RM10 je naniey. skrg ni RM50
Deletenampak macam mudah.. cuma nak tau.. yang Google IP address tu masukkan salah satu je atau masukkan kesemuanya 4 tu ya?
ReplyDeletekena masukkan semuanya. maksudnya kena buat 4x utk per Google IP Adress
Deleteumi pun pasang sendiri dulu walau masa tu baru RM10...tak tahu pula dah naik sampai RM50...fengsan
ReplyDeletedulu minta tolong diorang buatkan sebab kena bayar rm10 je utk charge setup. tak sangka sekarang sampai rm50. semoga bermanfaat tutorial ni :)
ReplyDeleteWahhhh naik harga sangat.. tapi ya lah , mmg harga dulu RM10 tu lama juga mereka tak naikkan.
ReplyDeleteTq Awa share tutorial ni.
panjang juga caranya.. tapi takpa..bila buat dan ikut satu2 pasti mnjadi. insyallah!
ReplyDeleteTips dan artikel yang bagus untuk blogger baru. Kte pun pakai netkl sebab senang nak berurusan hehe
ReplyDeleteVery important informations... thanks for your sharing...
ReplyDeleteblogging suka2..belum terfikir nak tukar..
ReplyDeleteterima kasih share..mnjdi alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah menjadi, terima kasih sis share ilmu 💗
ReplyDeleteSaya dah follow semua step sebab interface sama dengan hosting saya pakai ni. Lepas setup DNS ni kena tunggu sehari ke baru boleh set kat blogspot eh?
ReplyDeleteTerima Kasih info ni banyak membantu
ReplyDelete