Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Mudah Tukar Domain Blogspot Ke Dotcom 2022

Cara Mudah Tukar Domain Blogspot Ke Dotcom 2022 |  Domain merupakan idaman setiap blogger yang serius dalam dunia penulisan blog. Ada banyak jenis domain seperti .com .my .net .xyz dan lain-lain. Antara domain yang paling popular dan digunakan dengan meluas di seluruh dunia adalah .com (dot com). 

Urusan beli domain Malaysia tidak susah. Ada banyak pihak yang menawarkan servis jual domain pada blogger. Antaranya GoDaddy dan NetKL. 

cara-pasang-domain-blog-netkl
 Cara Mudah Tukar Domain Blogspot Ke Dotcom 2022


Kenapa blogger suka pasang domain pada blog?

Apakah kelebihan pasang domain pada blog ini?

Kelebihan Pasang Domain Pada Blog 

Kelebihan memasang domain pada blog sangat banyak. Di sini aku kongsikan beberapa contoh kelebihan pasang domain pada blog. 

Antara kelebihan pasang blog .com pada domain adalah :

  • kelihatan lebih profesional
  • keselamatan blog lebih terjamin
  • nama domain yang pendek lebih mudah untuk diingat
  • pembaca melihat si penulis sebagai blogger yang serius 
  • peluang jana pendapatan melalui blog menjadi lebih tinggi
  • mendapat posisi yang lebih bagus pada halaman search engine


Cara Beli Domain Dotcom Dengan NetKL 

Sebelum menukar domain di blogspot, kita perlulah membeli domain daripada pembekal domain dan di sini kita menggunakan NetKL. 

Ini panduan ringkas cara beli domain untuk blogger di NetKL. Tutorial ringkas cara beli domain ni aku sertakan bersama gambar untuk memudahkan urusan pembelian domain untuk blog kalian. 

1. layari website utama NetKL 

2. Klik pada bahagian DOMAIN

3. Seterusnya pilih bahagian Menu 'Buy Domain Only'

4. masukkan nama domain yang diinginkan, jika masih ada tiada orang guna boleh klik checkout. 

5. Masukkan detail mengikut apa yang diminta kemudian boleh terus proses pembayaran

Harga domain di NetKL, RM50 setahun. Jika nak renew beberapa tahun sekaligus juga boleh. 

Harga Pasang Domain Dotcom NetKL Naik Harga 

Baru-baru ni, aku mendapat satu mesej di whatsapp dari blogger Kak Zyn. Katanya kos tukar domain blogspot ke dotcom melalui NetKL dah naik harga. Harga dulu RM10 dan sekarang sudah naik ke RM50. 

cara-tukar-domain-blog

Aku layari website NetKL untuk dapatkan info terkini berkaitan harga pasang tukar domain blogspot ke dotcom ini, ternyata berita tersebut memang betul. 

Aku tak salahkan NetKL 100% untuk urusan kenaikan harga ni sebabnya aku perasan NetKL mengambil keputusan ini berdasarkan beberapa faktor.

1. Harga tersebut sejak dari tahun 2013 lagi (kalau tak silap)

2. NetKL telah menukar platform tempat tukar domain dengan kaedah baru yang lebih mudah. 

cara-tukar-domain-blog

Bagi membantu Kak Zyn dan sahabat blogger lain untuk jimatkan duit urusan pemasangan (set up tukar domain) dengan NetKL, di sini aku sertakan sekali panduan cara tukar domain blogspot ke dotcom.  

InshaAllah, kalian boleh buat sendiri lepas ni. Tak payah lagi bayar kos upah pemasangan tukar dan set up domain pada NetKL. Cukup gunakan NetKL untuk urusan beli domain saja. 

 Cara Mudah Tukar Domain Blogspot Ke Dotcom 2022

Kalau minta NetKL pasang domain, kena bayar servis RM50 sekarang ni. Ada baiknya pasang sendiri. Kenapa nak bazirkan RM50 kalau kita dapat buat sendiri proses tukar pasang domain ni. Tak reti sekalipun, cuba buat dulu tengok jadi atau tak.

Jangan takut bila buka bahagian setting domain tu. Walaupun tak biasa tetapi aku yakin kalian boleh buat. Ikut tutorial panduan yang telah aku kongsikan di sini. Buat secara perlahan-lahan langkah demi langkah. Jangan gopoh. 

Lagi pula, cara nak tukar domain blogspot ke domain sekarang dengan NetKL ni jauh lebih mudah dari cara yang lama. Nampak lebih ringkas, cepat dan tersusun berbanding dengan cara yang lama. Aku yakin kalian akan berjaya tukar domain blogspot ke dotcom sendiri. 

Panduan langkah-langkah untuk tukar domain blogspot ke dotcom seperti di bawah ini. 

Langkah 1 - Login 

1. Login ke lamanweb NetKL

2. Klik pada bahagian 'DOMAINS'

3. Seterusnya klik pada bahagian 'Domain DNS Manager' pada bahagian hujung kanan skrin.

cara-tukar-domain-blog

cara-tukar-domain-blog


Langkah 2 - Delete DNS Yang Tidak Berkaitan

1. Klik 'Yes, Create' tab warna merah

2. Di sini, NetKL akan terus beri beberapa DNS secara automatik.

3. Delete (padam) semua DNS yang diberikan secara automatik oleh NetKL tersebut.

cara-tukar-domain-blog


cara-tukar-domain-blog

Langkah 3 - Setting A-record

Pada bahagian 'Add a new DNS record' tadi, masukkan senarai Google IP address yang aku senaraikan di bawah ini. Ada empat kesemuanya. 
  • 216.239.32.21 
  • 216.239.34.21 
  • 216.239.36.21 
  • 216.239.38.21

Cara untuk setting A-record ini :

1. Masukkan nama domain yang dibeli pada bahagian Host Name

2. Bahagian TTL jangan kacau! Biarkan 

3. Bahgian Type : A 

4. Masukkan senarai Google IP address yang pertama (216.239.32.21) pada bahagian Value.

5. Klik 'Save Changes'.

6. Ulangi langkah yang sama hingga habis untuk keempat-empat Google IP address yang telah diberikan tadi. Rujuk gambar di bawah. 

cara-tukar-domain-blog

Langkah 4 : Setting CNAME Record 


1. Pada bahagian Type, pilih CNAME 

2. Pada bahagian Host Name, isikan dengan www

3. Pada bahagian Value, isikan dengan ghs.google.com

4. Klik 'Save Changes' 

Peringatan : Bahagian TTL jangan usik apa-apa. Rujuk gambar di bawah. 

cara-tukar-domain-blog


Selesai semuanya dari langkah 1 hingga langkah 4, ini bermakna hanya tinggal beberapa langkah lagi untuk berjaya tukar domain blogspot ke dotcom sendiri. 

Langkah 5 - Setting CNAME Record Kedua 

Untuk setting CNAME Record yang kedua ini, kalian perlu pergi ke dashboard blog masing.masing. Kena login masuk ke dashboard blog sendiri kerana detail CNAME Record yang ke dua ada di sana. 

Peringatan : Cname Record Blogger bersifat sulit (rahsia). Jangan sesekali tunjukkan kod CNAME Record Blogger ni pada sesiapa. Lain blog lain kodnya. 

1. Login masuk ke dashboard blogger.com 

2. Klik pada 'Settings'

3. Pergi ke bahagian 'Publishing'

4. Klik 'Custom domain' dan masukkan URL domain sendiri yang telah dibeli dari NetKL. 

5. Klik 'SAVE' 

Seterusnya, akan muncul sebuah kotak bersama tulisan berwarna merah secara pop-up. Terdapat 2 nama CNAME di situ. Salah satunya kita telah isikan tadi. Ini bermakna hanya tinggal satu CNAME lagi yang perlu di ambil untuk di isi ke platform NetKL. 

Perhatian coding tersebut dengan teliti, copy CNAME ke-2 tersebut untuk copy masuk ke dalam NetKL. 

cara-tukar-domain-blog

Langkah 6 - Copy Dan Paste CNAME Record Kedua 

1. Copy 'Name' dan 'Destination' yang diberi. Contoh :

Name: dsgdssdgsds9 
Destination: ks-fekl4hfi6opa7g.dv.googlehosted.com

2. Masuk balik ke page NetKL, pada bahagian Type pilih CNAME 

3. Paste detail CNAME Record ke dua yang telah di copy tadi mengikut panduan ini. Sebagai contoh, 

Name : dsgdssdgsds9 
Destination: ks-fekl4hfi6opa7g.dv.googlehosted.com

4. Bahagian TTL jangan kacau apa-apa. 

5. Klik 'Save Changes'

cara-tukar-domain-blog

Sekarang perhatian balik semuanya. Secara keseluruhan, ada 6 barisan semuanya. 4 A-record dan 2 CNAME record. Bila dah confirm semuanya betul, log out (keluar) dari NetKL. 

Tunggu, belum habis lagi. Masih ada satu langkah lagi. 

Langkah 7 - Setting domain Blogger

1. Kembali semula ke dashboard blogger.com 

2. Pada bahagian pop up mesej tulisan warna merah tadi, klik 'SAVE'

3. Jika tak ada sebarang masalah, pop up akan auto close dan bahagian 'Publising' akan jadi macam ni:

Klik on 'Redirect domain'. Sebab kalau followers atau sesiapa yang klik URL lama blog kita, diorang akan dapat masuk ke URL baru kita yang ada dotcom ni.

cara-tukar-domain-blog

Langkah 8 -Setting HTTPS 

Bahagian HTTPS ni sebaiknya kena buat. Sebab, https ni lebih selamat berbanding link http biasa. 

1. Klik on 'HTTPS availability' dan 'HTTPS redirect'. 

2. Refresh page.


cara-tukar-domain-blog-2022


Kesimpulan 

Aku suka guna perkhidmatan NetKL sejak dulu kerana tak ada masalah. So far servis NetKL memang salah satu yang terbaik untuk urusan pembelian domain dari blogspot ke dotcom dan lain-lain. 

Jika dah beli domain dari NetKL terus cuba pasang sendiri mengikut langkah panduan tadi. Beralih ke domain dari blogspot ni merupakan salah satu pencapaian untuk seseorang blogger. Puashati rasanya dapat pasang domain di blog, lagi-lagi domain yang berjaya tukar sendiri dari blogspot ke dotcom ini.

Happy blogging. 

Rujukan : 






15 comments for " Cara Mudah Tukar Domain Blogspot Ke Dotcom 2022"

  1. Bagus untuk blogger yang nak bertukar ke domain dot.com etc.
    Naniey dulu tak reti nak set up. Last contact netkl utk buatkan. Jadi kena byk extra charges utk dorang set up tu. X ingat berapa tp murah je.

    ReplyDelete
  2. nampak macam mudah.. cuma nak tau.. yang Google IP address tu masukkan salah satu je atau masukkan kesemuanya 4 tu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena masukkan semuanya. maksudnya kena buat 4x utk per Google IP Adress

      Delete
  3. umi pun pasang sendiri dulu walau masa tu baru RM10...tak tahu pula dah naik sampai RM50...fengsan

    ReplyDelete
  4. dulu minta tolong diorang buatkan sebab kena bayar rm10 je utk charge setup. tak sangka sekarang sampai rm50. semoga bermanfaat tutorial ni :)

    ReplyDelete
  5. Wahhhh naik harga sangat.. tapi ya lah , mmg harga dulu RM10 tu lama juga mereka tak naikkan.
    Tq Awa share tutorial ni.

    ReplyDelete
  6. panjang juga caranya.. tapi takpa..bila buat dan ikut satu2 pasti mnjadi. insyallah!

    ReplyDelete
  7. Tips dan artikel yang bagus untuk blogger baru. Kte pun pakai netkl sebab senang nak berurusan hehe

    ReplyDelete
  8. Very important informations... thanks for your sharing...

    ReplyDelete
  9. blogging suka2..belum terfikir nak tukar..

    ReplyDelete
  10. terima kasih share..mnjdi alhamdulillah

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah menjadi, terima kasih sis share ilmu 💗

    ReplyDelete
  12. Saya dah follow semua step sebab interface sama dengan hosting saya pakai ni. Lepas setup DNS ni kena tunggu sehari ke baru boleh set kat blogspot eh?

    ReplyDelete
  13. Terima Kasih info ni banyak membantu

    ReplyDelete