Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kenangan Ziarah Makam Syuhada Sejarah Peristiwa Memali di Baling Kedah

Kenangan Ziarah Makam Syuhada Sejarah Peristiwa Memali di Baling Kedah | Setiap kali aku ingin pulang ke Utara dari Kelantan, aku akan melalui kawasan Parit Panjang di Baling Kedah. Sebalik saja aku memandu melepasi bulatan round bout di situ, terus terlihat papan tanda berwarna hijau yang bertulis 'Perkuburan Syuhada Memali'. 

Setiap kali melihat papan tanda ini, timbul persoalan di hati.

Kubur para syuhada siapakah yang dimaksudkan? 

Apakah kejadian yang berlaku pada 19 November 1985 itu?

Kenapa banyak nyawa para syuhada terkorban dalam satu masa?

Dah banyak kali sebenarnya aku nak singgah di makam perkuburan syuhada Memali ini tapi tak berkesempatan. Kali ini, alhamdulillah Allah SWT perkenankan.

Untuk menjawab persoalan berkenaan makam syuhada Memali, aku search di Google dan memang ada penceritaan kisah sejarah Memali yang berkaitan dengan kubur para syuhada ini. 

peristiwa-memali-1985
Makam Syuhada Memali - 19 November 1985


Kisah Benar Kejadian Memali dari Wikipedia

Peristiwa yang dikenali sebagai "Tragedi Memali" ini berlaku di Kampung Memali yang terletak di bawah mukim Siong, Baling, Kedah pada tahun 1985. 

Di tahun 1985, ketika itu aku masih terlalu kecil maka aku tak tahu bagaimana situasi keadaan negara kita semasa kejadian ini berlaku dulu. 

Aku tanya pada emak dan emak cakap dia masih ingat tentang peristiwa Memali atau Mamali tersebut. Mana boleh tak ingat katanya, itu peristiwa perang.  Heboh di TV. Masa tu TV hitam putih kebetulan sudah ada di rumah. 

Melalui RTM (jika tak salah), emak dapat tahu perkembangan yang dilaporkan tatkala anggota polis mula mengepung Kampung Memali di Baling, Kedah itu.

Berdasarkan info yang aku dapat dari Wikipedia pula, The Memali Incident (Malay: Peristiwa Memali) had code-named as Operasi Angkara ("Operation Cause") and Operasi Hapus ("Operation Destroy"). 

kg-memali
Kg Memali Baling Kedah Malaysia 

Peristiwa Memali digelar oleh pihak polis sebagai Operasi Angkara atau Operasi Hapus. Operasi ini merupakan insiden yang berlaku pada 19 November 1985 di Kampung Memali, Baling, Kedah. 

Dalam operasi tersebut, di bawah arahan Tun Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri ketika itu, lebih 200 anggota polis telah mengepung Kampung Memali di Baling, Kedah dan pada masa itu sasaran utama ialah Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya. 

Insiden ini merekodkan 18 orang telah terkorban iaitu 14 orang kampung dan 4 anggota polis dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain serta 159 orang ditahan. 

Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud telah terbunuh. 

Ketika peristiwa tersebut berlaku, Tun Musa Hitam merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu juga, Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dilaporkan berada di China.

sejarah-memali-baling-kedah
Sejarah memali Baling Kedah 1985 - sumber Google 

Lokasi Kejadian Memali Tahun 1985

Peristiwa Memali berlaku di Kampung Memali Kedah dan kawasan ini berhampiran dengan sempadan Kedah-Thailand. Penduduknya keturunan Melayu. Sebahagian mempunyai kaitan dengan Siam/Patani. Kegiatan ekonomi penduduk kampung kebanyakannya menoreh getah dan bersawah padi. 

Baling merupakan sebuah daerah yang dikaitkan dengan pertemuan antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng daripada Parti Komunis Malaya pada tahun 1955. 

Baling dikejutkan lagi pada tahun 1974 berikutan insiden kebuluran pada era Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pelajar. Seterusnya Baling dikejutkan dengan Peristiwa Memali. Ini bermakna kawasan Mamali ini banyak menjadi saksi beberapa kejadian besar dalam negara. 

Ustaz Ibrahim didakwa membawa ajaran sesat. Pada 19 November 1985, polis datang untuk menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau enggan menyerah diri menyebabkan berlaku pertempuran antara polis dan pengikutnya dan beliau turut terkorban.

Biodata Ustaz Ibrahim Bin Mahmud (Ustaz Ibrahim Libya)

Biodata-ibrahim-libya
Biodata Ustaz Ibrahim Libya - sumber Google 
Nama sebenar Ibrahim bin Mahmud. Dikenali sebagai Ustaz Ibrahim Libya. Ustaz Ibrahim Libya lahir pada tahun 1942 dan tinggal di Kampung Memali, mukim Siong, Baling, Kedah. 
Ustaz Ibrahim Libya merupakan seorang tokoh agama dan ahli politik yang terbunuh dalam Peristiwa Memali 1985. 
Beliau memulakan pengajian di Madrasah al-Khairiyah al-Islamiyyah, Pokok Sena, Kepala Batas. Beliau juga merupakan lulusan Universiti al-Azhar, Mesir. Kemudiannya Ustaz Ibrahim Libya sambung belajar lagi di India dan Libya. 
Ustaz Ibrahim Libya pernah bekerja sebagai pegawai pendakwah di Bahagian Agama (JAKIM) di Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Pada ketika itu, Ustaz Ibrahim Libya kerap berceramah di saluran RTM1 Malaysia. 
Kemudian, beliau meletak jawatan lalu pulang ke kampung halamannya di Baling. Beliau letak jawatan untuk berkhidmat kepada masyarakat kampungnya, rumahnya dijadikan tempat pengajian, orang kampung datang untuk menimba ilmu.
Ustaz Ibrahim Libya kemudiannya memulakan sekolah dan kelas agama di kampung asal usulnya. Hasrat beliau ingin meneruskan usaha tuan-tuan guru pada masa yang dahulu yang membuka sekolah pondok atau sekolah agama. 
biodata-ustaz-ibrahim-libya
Ustaz Ibrahim Libya semasa masih hidup  - sumber Google 

Perjuangan Ustaz Ibrahim Libya sealiran dengan PAS dan beliau menyertai PAS kemudiannya. Pada tahun 1978, atas tiket PAS, Ustaz Ibrahim Libya bertanding di kawasan Bayu - Baling. Beliau memperoleh 5,081 undi berbanding 6,169 undi yang dimenangi pihak Barisan Nasional.

Operasi Angkara Mengorbankan Banyak Nyawa

Faktor berlakunya peristiwa memali menurut Wikipedia, bila mana Tun Musa Hitam menjelaskan bahawa Operasi Angkara bertujuan untuk menangkap dan menghapuskan penjenayah. Ustaz Ibrahim Libya memang dikehendaki pihak polis di bawah ISA. 
Ustaz Ibrahim Libya dituduh mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam. 
Selain itu, dalam sidang akhbar New Straits Times bertarikh 21 November 1985. Musa Hitam turut menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kedah pada masa itu mengatakan Ustaz Ibrahim hanyalah memberikan ceramah agama. 
Ustaz Ibrahim Libya juga dituduh melindungi penjenayah yang sangat dikehendaki oleh polis iaitu Yusof Che Mit dan Ramli Che Mit. 
Sebelum polis menyerang, penduduk kampung yang berkumpul di rumah Ibrahim Libya diminta menyerahkan Yusuf dan Ramli, tetapi mereka berdua tidak ada di situ. Beberapa hari kemudian Ramli ditangkap, tetapi tidak pula dibicarakan di mahkamah kerana dia ditahan di bawah ISA. 
faktor-berlakunya-peristiwa-memali
Sejarah Memali Baling Kedah - sumber Google 

Tindakan Polis Untuk Menawan Ustaz Ibrahim

Dikhabarkan melalui info Wikipedia lagi, pada waktu itu terdapat banyak ajaran sesat di Malaysia. Pernah berlaku serangan terhadap Balai Polis Batu Pahat dan serangan terhadap kuil Hindu di Kerling pada tahun 1979. 
Kementerian Dalam Negeri Malaysia menerusi polis dan pegawai agama di Jabatan Agama Islam tidak mahu insiden ini berpanjangan dan menyatakan bahawa ajaran sesat perlu ditumpaskan terlebih dahulu sebelum menjadi tragedi. 
Peristiwa Memali adalah insiden yang dianggap oleh parti pemerintah sebagai satu kaedah untuk menghapuskan ajaran sesat. 
Di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah seramai 3,600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Pulau Pinang), Pasukan Senoi Praaq, anggota polis beruniform, Unit Tindakan Khas (UTK Berpakaian Komando 69) dari Bukit Aman menerima taklimat dari pegawai Bukit Aman. 
Taklimat yang diberi adalah berkaitan dengan operasi menggempur pengganas komunis. Ramai dikalangan anggota polis yang tidak menyangka Ibrahim Libya yang akan menjadi sasaran mereka, bukannya komunis sepertimana yang disampaikan oleh pihak pegawai atasan. 

Malam Kejadian

Pada malam tersebut Ustaz Ibrahim Mahmud memberi kuliah sehingga jam 11.45 malam. Seramai 50 orang penduduk kampung hadir mendengar ceramah agamanya. Dikatakan jarang sekali kuliah atau ceramah biasa dijalankan sehingga 11.45 malam kecuali ceramah politik, itupun terdapat sekatan dan larangan dan memerlukan permit daripada Balai Polis Daerah. 
Sekatan jalan raya dilakukan untuk meminta Ustaz Ibrahim Libya menyerah diri. Alternatif lain turut difikirkan. Antaranya 10 orang pegawai polis dikatakan telah menyusup masuk ke Kampung Memali untuk memantau dan memberi laporan. 
kronologi-peristiwa-memali
Rumah Ustaz Ibrahim Libya 1985  - sumber Google 
Pada malam itu, Ustaz Ibrahim Libya dan 39 pengikutnya tidur di madrasah tersebut setelah dimaklumkan oleh seseorang akan bilangan polis yang ramai di Balai Polis Sungai Petani. Pelbagai senjata ala kampung disediakan seperti kapak, pisau dan buluh runcing. Mereka yang mahir pula, memasang koktel molotov yang diperbuat daripada minyak tanah dan petrol. 
Seluruh pengikut Ustaz Ibrim Libya menunaikan solat hajat, membaca surah Yassin dan berzikir sebagaimana pahlawan Islam dahulu. 
Sepasukan polis yang terdiri daripada Pasukan Polis Hutan, Senoi Praaq, Polis Anti-Pengganas Unit Tindakan Khas (UTK berpakaian Komando 69), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta Tugas Am bertindak melakukan serbuan di madrasah tersebut. 
Dalam serbuan itu, seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan, seorang anggota pangkat rendah dan dua orang konstabel tertembak. Keempat-empat mereka telah terkorban akibat serangan tersebut. 
Mengikut sumber dalaman, mereka yang terkorban ini disebabkan terkena peluru sesat dari pasukan itu sendiri semasa serbuan dibuat. Bukti lain, tiada pula mana-mana penduduk yang pernah dibicarakan kerana memiliki senjata api selepas kejadian tersebut. 
Dua helikopter polis telah digunakan bagi membawa pegawai polis yang terkorban. Mangsa yang cedera dan meninggal telah dihantar ke Hospital Sungai Petani dan Hospital Alor Star. 
Seramai 14 penduduk Memali terbunuh dalam serbuan tersebut termasuk Ustaz Ibrahim Libya sendiri. 
Menurut sumber, Ustaz Ibrahim Libya ditembak berpuluh kali di dadanya oleh anggota Unit Tindakan Khas (UTK), dan sempat mengucapkan kalimah syahadah dipangkuan seorang pegawai kanan polis yang memangkunya sebelum beliau meninggal dunia. 

Pengebumian Para Syuhada Peristiwa Memali

Jenazah Ustaz Ibrahim Libya serta pengikutnya dikebumikan dalam satu kubur panjang tanpa dimandikan kerana dipercayai tergolong sebagai para syuhada. Sultan Kedah sendiri turun mencemar duli untuk mengunjungi makam tersebut. 
Menurut penduduk setempat, Kawasan Memali pada keseluruhan hari itu mendung dan gelap. Tiada sebarang aktiviti harian dijalankan dan banyak kedai ditutup berikutan insiden tersebut. 
Status mereka sebagai syahid disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak. Kematian syahid ini berdasarkan mereka yang mempertahankan diri dan harta mereka adalah syahid. 
Bagaimanapun mereka yang mengeluarkan fatwa berkenaan ini telah disingkirkan daripada menganggotai badan fatwa berkenaan. 

Senarai 14 Nama Para Syuhada Yang Terkorban 

perkuburan-mangsa-memali-baling-kedah
Makam Perkuburan Syuhada mangsa peristiwa Memali di Baling

1. Ustaz Ibrahim Libya

Ustaz Ibrahim Libya (Ustaz Ibrahim bin Mahmud) dari Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah. Usia 45 tahun dan merupakan seorang guru agama dan pendakwah Islam. 
Allahyarham meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. 
Ustaz Ibrahim Libya turut meninggalkan lima orang anak. Dua orang anak allahyarham sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil. 

2. Ahmad Hassan

Ahmad Hassan dari Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar. Berusia 30 tahun dan berkerja sendiri. Allahyarham Ahmad Hassan merupakan bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. 
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah. 

3. Syafie bin Dahaman

Allahyarham merupakan berusia 30 tahun, merupakan guru Sekolah Menengah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak. 

4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman

Allahyarham Haji Abdullah dari Mukim Siong Baling, berusia 72 tahun. Merupakan seorang penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak. 

5. Abdul Manaf bin Wade

Allahyarham Abdul Manaf dari Kampung Becah Sawa berusia 58 tahun. Seorang penoreh getah. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak. 

6. Ghazali bin Mohd Saman

Allahyarham Ghazali dari Kampung Becah Sawa berusia 36 tahun. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak. 

7. Mohd Radzi bin Ahmad

Allahyarham Mohd Radzi dari Kampung Ubi Memali. Berusia 27 tahun dan bekerja sebagai penoreh getah. Allahyarham meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama. 

8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir

Allahyarham Wan Abdullah dari Kampung Charok Bunting, Siong, Baling berusia 32 tahun dan merupakan seorang penoreh getah. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah ketika itu. 

9. Mohd Aroff bin Hashim

Allahyarham Mohd Aroff dari Kampung Becah, Siong berusia 36 tahun dan merupakan seorang penoreh getah. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam orang anak. 

10. Zamri bin Md Isa

Allahyarham Zamri dari Kampung Charok Puteh berusia 37 tahun. Allahyarham bekerja sebagai seorang pemandu dan meninggalkan seorang balu serta tiga orang anak. 

11. Abdullah bin Yasin

Allahyarham Abdullah dari Kampung Guar Reban, Kupang berusia 33 tahun, berniaga untuk mencari rezeki. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak. 

12. Mohd Daud bin Kadir

 Allahyarham Mohd Daud dari Kampung Becah Sawa berusia 53 tahun dan bekerja sebagai seorang  penoreh getah. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak. 

13. Ahmad bin Ismail

Allahyarham Ahmad dari Kampung Cepir, Sik berusia 30 tahun merupakan seorang mekanik motosikal. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak. 

14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh

Allahyarham Haji Abdul Rahman dari daerah Siong, Baling berusia 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.

Tragedi Memali 1985, Detik Hitam Kedah


Gambar Terkini Parit Panjang Baling Kedah Tahun 2022 

faktor-berlakunya-peristiwa-memali
gambar sekitar kawasan Parit Panjang dalam daerah Baling Kedah

sejarah-memali-baling-kedah
Kampung Memali dan Parit Panjang berkembang dengan pelbagai kemudahan

peristiwa-memali-sebenar
laluan Utara Kelantan melalui Parit Panjang Baling

Kesimpulan : Isu Memali salah siapa? 

Peristiwa Memali yang berlaku di Kampung Memali, Baling, Kedah, pada 19 November 1985 merupakan sebahagian daripada Sejarah Malaysia. Ia menyaksikan pertempuran sengit di antara anggota keselamatan dengan penduduk kampung. 

Meskipun aku tidak tahu kisah sebenar Memali dan faktor berlakunya peristiwa memali ini, namun sedikit sebanyak aku dapat tahu serba ringkas melalui Memali incident video dari Youtube. 

Isu Memali salah siapa? 

Apakah kisah sebenar Memali ini? 

Itu semua Allah SWT Maha Mengetahui apa yang berlaku dari awal hingga akhir. 

Lebih 35 tahun tragedi berdarah Memali berlalu, semoga kejadian ini dapat memberi sedikit sebanyak iktibar pada kita. 

Papan tanda peristiwa Memali itu sendiri menjadi saksi yang kejadian peristiwa Memali ini benar-benar telah berlaku dan tersimpan sebagai salah satu lipatan sejarah tanah air. 

peristiwa-memali-malaysia
Makam Syuhada 14 orang - mangsa peristiwa Memali

Sedihnya, kesibukan kita di tengah dunia teknologi ini kadang-kadang menyebabkan kita seakan terlupa tragedi sejarah yang pernah berlaku dalam negara. Salah satu daripadanya pertumpahan darah di daerah sejarah Memali Baling Kedah ini.

Syukur alhamdulillah, aku dapat menziarahi tapak perkuburan makam syuhada Memali, tempat bersemadinya Ustaz Ibrahim dan sahabat-sahabatnya. Secara tidak langsung, aku dapat tahu peristiwa Memali dengan membaca kisahnya menerusi carian di internet. 

Aku TIDAK kongsikan kisah ini untuk dikaitkan dengan mana-mana parti politik. Tujuan aku hanya ingin berkongsi tentang perkuburan syuhada Memali yang telah aku ziarahi. 

Al-Fatihah pada semua yang terkorban. 

Info lanjut berkaitan 'Peristiwa Memali Baling Kedah' boleh baca melalui sumber di bawah. 

1. Wikipedia 
2. 1media


Jemput join di telegram:

12 comments for "Kenangan Ziarah Makam Syuhada Sejarah Peristiwa Memali di Baling Kedah "

  1. kisah ni pernah menjadi isu huhu. harap tak berulang lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. apa yg dh berlaku Allah SWT Maha Mengetahui apa yang terjadi. kita hanya berdoa semoga keadaan negara tetap aman. Aamiin

      Delete
  2. Kinah masa pergi Kedah haritu ada lalu rumah bersejarah peristiwa memali. Tapi tak sempat nak singgah makam sebab kejar masa pada masa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah ustaz ibrahim awa x singgah. tak silap katanya masih ada kesan peluru

      Delete
  3. Sejarah
    masa tu ciknur sek rendah lg tapi heboh kan masa tu
    tak faham sgt
    cuma dah besar baca kisah2 nya baru faham
    Al Fatihah buat yg terkorban

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah. dh dewasa ni baru dpt baca kisah apa yg jadi. dulu kecik2 manalah nk tahu ciknur. al-fatihah

      Delete
  4. Good sharing Awa.. Al Fatihah untuk semua yang terkorban..

    ReplyDelete
  5. ooh masa ni (tahun 1985) wak tgh belajar kat obersi, sampai wakil kerajaan ada dtg ke U kami cuba menceritakan hal sebenar (dari pandangan kerajaan yg memerintah masa tu).. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awa masa tu kecik lg wak, mmg tak ingat apa. mujur ada internet skrg ni, dapat recall balik sejarah yang dh pernah jadi. kisah sebenar Allah SWT lebih tahu

      Delete
  6. Al Fatihah untuk mereka yang terkorban

    Terima kasih Sis share details pasal peristiwa ni. Good info.

    ReplyDelete
  7. Al Fatihah buat syuhada, saya nak tanya jika melalui round about berdekatan Petronas di Parit Panjang tu, makam terletak di sebelah masjid (sebelah kanan) ke?

    ReplyDelete