7 Sebab Kenapa Bulu Kucing Gugur Teruk
7 Sebab Kenapa Bulu Kucing Gugur Teruk | Sudah hampir 6 bulan aku membela si Boboy. Alhamdulillah umur Boboy sekarang sudah hampir genap 8 bulan. Semakin hari semakin Boboy membesar tanpa ada sebarang masalah kesihatan, syukurlah. Tapi, Boboy saat ini sedang mengalami masalah bulu gugur.
Untuk mengatasi masalah ini, aku cuba mencari info berkaitan sebab kenapa bulu kucing gugur. Dari bacaan yang aku baca, masalah bulu kucing gugur ini normal terutamanya kepada kucing yang berbulu panjang atau tebal terutama baka Parsi seperti Boboy.
![]() |
Boboy bulu kucing baka parsi jenis flat face |
Tapi kalau dah teruk sangat, itu masalah yang kritikal jugak. Ada kes bulu kucing gugur sampai botak. Kadang-kadang bulu kucing dah tak setebal dulu atau botak pada satu tempat.
Ada juga kes bulu kucing gugur di ekor. Ini bermakna masalah bulu kucing gugur teruk perlu segera di beri perhatian sebelum menjadi semakin melarat.
Kenapa Bulu Kucing Boleh Gugur Teruk?
Ini persoalan yang membuatkan aku sendiri rasa tertanya-tanya. Tiba-tiba saja bulu kucing boleh gugur, dah kenapa?
Rupanya, bulu kucing memang akan gugur cuma kondisi itu mungkin tahap biasa ataupun teruk. Bulu kucing juga boleh banyak gugur bila menyapu lantai.
Kondisi kucing keguguran bulu juga disebut sebagai 'alopecia'. Selain bulu gugur, tanda lain alopecia adalah kucing anda menjadi pemarah, terdapat benjolan pada kulit dan muncul kurap.
7 Sebab Kenapa Bulu Kucing Gugur
1. ALAHAN
Seperti manusia, kucing juga boleh ada alahan pada sesuatu seperti makanan, gigitan serangga, habuk atau ubat. Kucing yang gatal disebabkan alahan juga biasanya akan lebih kerap menjilat tubuh sehingga boleh menyebabkan botak.
2. RASA SAKIT PADA SATU TEMPAT
Kadang-kadang, kucing tidak menjilat pada satu tempat kerana gatal. Ia mungkin berasa sakit pada kawasan tersebut.
Contohnya, bagi kucing yang mengalami arthritis, ia akan cenderung untuk menjilat pada bahagian sendi. Dengan menjilat, ia dapat rasa lebih lega.
Namun, ia tidak menyelesaikan masalah dan menyebabkan bulu lebih banyak gugur pada kawasan tersebut jika dibiarkan.
3. JANGKITAN PARASIT
Kucing juga lebih kerap menggaru atau menjilat tubuh disebabkan serangan parasit seperti kutu atau hama. Jika dibiarkan, kucing anda mungkin akan terus menggaru sampai kulit luka atau botak pada sesetengah tempat.
4. KURAP
Kucing juga terdedah kepada penyakit kurap atau ‘ringworm’ akibat jangkitan fungus. ‘Ringworm’ juga biasanya datang dari permukaan tanah atau pasir kucing.
Oleh itu, jangan biasakan kucing anda untuk selalu berguling-guling pada permukaan tanah. Bekas pasir kucing juga perlu dibersihkan selalu bagi elakkan risiko terkena kurap.
5. KUCING SEDANG MENGALAMI STRESS
Seperti manusia, kucing juga perlu menguruskan stres dengan baik. Kucing yang terlalu obses untuk menggaru pada bahagian perut, sisi dan kaki walaupun tiada jangkitan kulit biasanya didiagnos dengan ‘psychogenic alopecia’ .
Jika kucing anda disahkan mengalami stres, doktor mungkin akan menasihatkan anda supaya tukar persekitaran yang baru untuk kucing atau dijauhkan daripada kawasan yang banyak anjing.
6. HORMON KUCING TAK SEIMBANG
Penyakit hyperthyroidism menyebabkan hormon kucing tidak seimbang dan merencat perkembangan folikel bulu. Antara simptom yang ketara bagi penyakit ini ialah kekurangan berat badan dan keguguran bulu.
Kucing yang bunting atau sedang menyusu anak juga mungkin akan mengalami keguguran rambut disebabkan hormonnya yang sedang berubah. Bagi kes ini, anda tak perlu panik kerana ia adalah normal dan bulu akan tumbuh semula.
7. BUNTING
Ada sesetengah kucing betina yang bunting akan mengalami keguguran bulu. Membela kucing betina perlu juga tahu tanda-tanda kucing sedang bunting (hamil)
Apabila sudah tahu punca punca yang menyebabkan kucing gugur bulu kita boleh mula menyelesaikan masalah ini.
Rawatan Alopecia Untuk Kucing Kesayangan
Walaupun masalah keguguran bulu sering dipandang ringan, ia mungkin menjadi petanda bagi penyakit yang lebih serius. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah bawa kucing ke doktor haiwan.
Perlu diingatkan sekiranya keadaan kucing tiada perubahan, atau semakin teruk boleh bawa kucing ke vet berdekatan.
Doktor haiwan akan menjalankan beberapa pemeriksaan dan ujian bagi mencari punca utama keguguran bulu. Doktor akan mengesyorkan rawatan yang sebaiknya berdasarkan punca yang ditemui.
Antara masalah yang boleh dikesan setelah pemeriksaan dilakukan adalah :
1. Keadaan kesihatan kucing
Ketidakseimbangan hormon seperti hipertiroidisme atau peningkatan kadar steroid dalam tubuh, dapat menyebabkan bulu kucing gugur. Penyebab lain biasanya disebabkan elergi kulit atau reaksi terhadap elergi.
Selain bulu gugur, tanda lain alopecia adalah kucing anda menjadi pemarah, terdapat benjolan pada kulit dan muncul kurap. Ini adalah tanda jelas, si bulus mengalami masalah kulit selain parasit seperti kutu, tungau yang menyebabkan kegatalan dan keradangan sehingga bulunya gugur.
2. Masalah emosi
Gangguan saraf yang memberi kesan kepada perilaku kucing seperti menjilat tubuh secara berlebihan dapat menyebabkan masalah bulu gugur.
Perilaku itu mungkin disebabkan berlaku gangguan emosi sehingga boleh menyebabkan tekanan dan memberi kesan kepada bulunya. Bagaimanapun dengan ubat-ubatan tertentu, masalah itu dapat diatasi.
3. Kesakitan fizikal
Sakit yang ditanggung kucing dapat menjadi penyebab lain masalah bulu gugur yang mungkin puncanya kerana rasa sakit pada otot atau sendi di bawah kulit.
Untuk meredakan rasa sakit, kucing akan menjilat bahagian yang terkesan dan bulu gugur merupakan kesan sampingan perbuatannya itu.
Petua Atasi Masalah Bulu Kucing Gugur
1. Beri makanan yang berkhasiat, antara yang dicadangkan ialah telur kuning. Lebih baik telur kuning ayam kampung. Boleh campurkan dalam makanan kucing. (diberi mentah).
2. Kerap sikat/brush bulu kucing dan urut manja badan mereka untuk aliran darah yang bagus.
3. Luangkan lebih masa jika ia disyaki stress. Ajak kucing bermain dengan mainan untuk naikkan semula mood dia.
Kucing indoor perlu juga ajak main di luar untuk hilangkan stress dan tension. Asyik dikurung je dalam rumah, kita sendiri sebagai manusia pun jadi tertekan! Pastikan persekitaran mereka ceria, aktif, selamat untuk mengurangkan stress mereka.
![]() |
Boboy happy dan ceria bila boleh main di halaman rumah |
4. Beri pokok helikopter. Pokok helikopter ini biasanya dijadikan petua yang digunakan apabila kucing sakit, muntah, cirit birit, demam, selesema, dan tak ada selera makan.
5. Boleh cuba suplemen / vitamin untuk bulu gugur. Antara yang popular salmon oil. Seeloknya pastikan tanya dengan vet juga.
6. Jika semuanya tak berkesan, buat lion cut. Nanti bulu yang tumbuh lagi sihat dan tak gugur teruk. Shave lion-cut perlu mengikut tebalan bulu bagi mengurangkan masalah ulu bergumpal dan keguguran berpanjangan, di samping mengelakkan Impacted Hairball dalam perut dan usus.
Apakah jenis makanan untuk kurangkan bulu kucing gugur?
Perlukah beri vitamin untuk bulu kucing gugur?
Adakah ubat bulu kucing gugur bertompok?
Makanan Untuk Kurangkan Bulu Kucing Gugur
Kucing boleh mengalami alergi pada sesetengah sumber protein. Dengan ini pemilik kucing perlu memberi makanan kepada kucing dari jenis makanan khas untuk kucing yang ada masalah bulu gugur.
Dalam artikel yang dikongsikan oleh Oyen.Club, ada pelbagai jenis makanan untuk kurangkan bulu kucing gugur di pasaran.
Antaranya seperti :
- ProDiet Adult & Senior Dry Food
- Whiskas Adult Cat Dry Food
- Cindy's Recipe Naturelle Holistic Chicken & Salmon
- Royal Canin Hair & Skin
- Misha Dry Cat Food
Ubat & Vitamin Untuk Bulu Kucing Gugur
![]() |
Boboy minum susu dan makan Royal Canin sebagai makanan kurang bulu gugur |
Cara Mencegah Bulu Kucing Gugur Teruk
Gunakan sikat bergigi rapat untuk menyikat bulunya untuk melihat sama ada terdapat benda asing pada bulunya seperti kutu.
Jika ada melihat si bulus kerap menggaru di sesuatu bahagian tertentu, periksa untuk mengenal pasti sebarang masalah.
Perhatikan kucing yang sedang mengigit atau menarik bulunya dan bawa kucing untuk dilakukan pemeriksaan menyeluruh pada kulit dan bulunya ke doktor haiwan.
Kesimpulan
Rujukan :
Thanks for your sharing...
ReplyDeleteMemang tak tahan dengan bulu kucing. Masa dulu, memang ingat semua orang akan rasa gatal bila pegang kucing. Bila dah besar, baru tau sebenarnya ada allergic dengan kucing.
ReplyDeleteterima kasih atas artikel ni. selalu macam tak sure nak buat macam mana
ReplyDelete