Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Makan Lecithin E Amway Untuk Kurus

Cara Makan Lecithin E Amway Untuk Kurus | Nutrilite vitamin E yang lebih dikenali sebagai Lecithin E merupakan produk yang aku amalkan sekarang. Aku memilih Nutrilite Amway sebagai jenama supplement yang diamalkan kerana Nutrilite mengutamakan bahan semulajadi, halal dan sudah berpuluh-puluh tahun jenama ini diyakini diseluruh dunia. 

Lecithin Amway untuk apa? 

Lecithin Amway merupakan salah satu produk kegilaan dalam senarai supplement Nutrilite. Suplement produk Amway ini berfungsi untuk kurangkan lemak dan kalori hingga disebut sebagai 'ubat kurus'. 

waktu-sesuai-makan-lecithin-amway
cara makan & waktu sesuai makan lecithin amway

Fungsi Lecithin E Amway

Lesitin / lecithin adalah bahan-bahan pembaur lemak dalam tubuh dan membantu dalam penyerapan vitamin E. Lecithin E boleh menyerap lebihan minyak dan lemak yang menempel di saluran darah.

Lebihan-lebihan lemak tak boleh larut dalam darah. Disebabkan tak larut maka ia akan menempel di saluran darah hingga boleh menyebabkan masalah lain seperti jantung, kolestrol, darah tinggi dan stroke. 

Dengan amalkan Lecithin E Amway ini ia akan menangkap lemak-lemak bahaya ini dan akan terlarut bersama Lecithin E. Jadi lecithin E boleh membawa lemak bersama untuk dibuang melalui najis. 

Kalau ada masalah sembelit pun bagus amalkan lecithin E ini kerana pmbuangan menjadi lawas. Najis menjadi lembut bila keluar bersama lemak-lemak ta

Bahan Kandungan Nutrilite Lecithin E Amway

cara makan lecithin e


Nutrilite Lecithin E dari Amway diambil dari bahan semulajadi yang terdiri daripada acang kedelai. Bahan aktifnya diambil dari fosfolipid kacang kedelai kerana kacang kedelai merupakan sumber lecithin E yang paling baik. NUTRILITE Lecithin ini, satu tablet yang boleh dikunyah mengandungi 25 IU Vitamin E dan 50 mg Lesitin. 

Kombinasi cemerlang vitamin E (d-alpha tocopheryl succinate) turut diambil secara semula jadi daripada minyak sayuran dan lesitin daripada minyak kacang soya. 

Lecithin E Amway diperasakan dengan madu, karob, dan mapel-walnat. Rasanya alhamdulillah sangat mirip dengan rasa kacang dan ada sedikit rasa manis madu. 

Sedap untuk diamalkan setiap hari. Vitamin E adalah antioksidan larut lemak yang diperlukan untuk menentang radikal bebas dan melindungi vitamin A daripada pengoksidaan. 

Kebaikan Lecithin E Amway 

Manfaat Nutrilite Lecithin E ini ada banyak sebenarnya. Antaranya,
  • berfungsi sebagai pemecah lemak dan kolestrol pada dinding pembuluh darah
  • dapat bantu mencegah pengerasan pada pembuluh darah (arterisklerosis)
  • dapat bantu melancarkan sirkulasi darah
  • dapat bantu mengaktifkan sel
  • bantu meningkatkan metabolisme tubuh
  • bantu mencegah perlemakan hati
  • bantu meneutralkan kelebihan alkohol dalam tubuh
  • dapat melindungi kesihatan rambut

Video Demo Lecithin E | Berkesan atau tidak dapat membuang cholestrol?


Cara Makan Lecithin E Amway Untuk Kurus Lebih Berkesan 

Nutrilite Lecithin-E Amway datang dalam bentuk tablet yang enak dan boleh dikunyah. Bila diamalkan ia dapat membantu membekalkan tubuh kita dengan vitamin E. 

Untuk menjawab pertanyaan Lecithin E Amway ambil sebelum atau selepas makan, sehari berapa kali kena makan dan berapa biji nak kena ambil, ini jawapannya. 

pengalaman-makan-lecithin-amway
pengalaman makan lecithin amway

Lecithin E di ambil sebelum atau selepas makan?

1. Waktu sesuai makan Lecithin Amway

Manfaat Nutrilite Lecithin E sebagai pemecah lemak dan kolestrol pada dinding pembuluh darah jadi waktu sesuai makan Lecithin E Amway adalah ketika sedang makan tengahari dan makan malam. 

Berapa biji sehari?

2. Jumlah berapa biji sekali makan

Bahan yang digunakan untuk penghasilan Lecithin E Amway adalah daripada sumber organik. Maka, Lecithin E Amway boleh di ambil dari 1- 2 biji sekali makan dan amalkan 2 kali sehari.

Bagaimana cara makan Lecithin E Amway yang sering diamalkan?

3. Cara makan Lecithin E Amway yang diamalkan

Lecithin Amway cara makannya sangat mudah. 

Ketika makan tengahari, mula-mula, makan nasi sebanyak 2 suap. Hentikan suapan dan ambil 1 - 2 biji Lecithin. Kemudian sambung makan nasi hingga habis.

Sewaktu nikmati menu makan malam juga sama. Makan 2 suap makanan kemudian hentikan suapan dan ambil 1 - 2 biji Lecithin E Amway. Setelah makan Lecithin Amway boleh sambung makan nasi dipinggan hingga habis.

Lecithin E Amway Untuk Ibu Menyusu 

Breastfeeding mom boleh consume tak?

Tak dinafikan memang ramai ibu menyusu yang amalkan Lecithin E Amway ini. Ada banyak juga testimoni susu ibu bertambah selepas amalkan Lecithin E Amway, walaubagaimanapun ibu yang menyusui ini harus minta nasihat doktor dulu sebelum menggunakan Lecithin E Amway.

Lecithin E Amway yang dapat membantu dalam penyerapan vitamin E ini elok juga untuk menyembuhkan luka pembedahan. Fungsinya sama macam kita makan ikan haruan or pati ikan haruan tu.

Selain daripada dapat mengurangkan masalah di atas, Lecithin E  juga terkenal dengan Vitamin awet muda dan boleh menghilangkan kesan-kesan jerawat dan jeragat dimuka.

Boleh Amalkan Set Kurus Amway 3 Beradik Untuk Kesan Lebih Baik 

produk-amway-untuk-kurus
 produk amway untuk kurus


Produk Amway untuk kurus tidak hanya Lecithin E Amway saja. Jika benar-benar rasa nak kurus, boleh amalkan set kurus Amway 3 beradik untuk kesan yang lebih baik dan lebih cepat. 

Set kurus 3 beradik Nutrilite Amway ini terdiri daripada :

  • Lecithin E - bertindak untuk buang lemak lama. 
  • CB Plus - bertindak sebagai pemecah lemak tepu 
  • Green T - untuk sekat (block) karbohidrat dan untuk elak lemak baru terbentuk

Cara Makan Set Kurus Amway 3 Beradik Yang Disyorkan 

1. Makan 2 suap nasi dan terus makan  1-2 biji CB Plus kemudian habiskan baki nasi di pinggan hingga habis 

2. Selepas habis makan nasi, ambil 1 biji Green T Plus bersama 2 biji Lecithin E selepas makan.

3. Jika makan makanan terlebih banyak lemak seperti sup ekor / sup gear box ambil 3 - 4 biji Lecithin 

Tambahan : Lecithin E Amway kunyah dulu sebelum telan.

Pengalaman Makan Nutrilite Lecithin E Amway 

Lecithin Amway review sangat banyak. Aku salah seorang yang mengamalkan Lecithin E Amway untuk turunkan berat badan. 

Pertama kali nak makan Lecithin E Amway, aku agak teragak sikit kerana takut rasanya tak sedap. Tapi bila gagahkan diri letak sebiji Lecithin E Amway Nutrilite ini ke dalam mulut, ternyata rasanya sedap. 

Betul-betul seperti sedang makan kacang. Patutlah Nutrilite Lecithin-E didatangkan dalam bentuk mudah kunyah untuk mudah nak diamalkan. 

Nutrilite Lecithin-E adalah sekutu yang berguna untuk menentang kerosakan sel dan memperkuatkan diet dengan cara yang paling enak. Keinginan aku untuk kurus semakin berkobar-kobar sejak mula makan Lecithin E Amway ni. 

Dengan cara pengambilan Lecithin ini harap dapatlah menjadi asbab untuk usaha terus turunkan berat. Jom sama-sama jadikan amalan makan Nutrilite Lecithin-E untuk setiap hari demi kesihatan kita. Apa salahnya kita jaga diet pemakanan masing-masing. 

Yang penting, janganlah ambil Lecithin E Amway terus jadi obses. Untuk semakin sihat pastikan perlu minum air kosong yang secukupnya dan perlu juga senamkan badan.

Testimoni Nutrilite Lecithin-E Amway Berjaya Kurus

testimoni-lecithin-amway
testimoni kurus dengan amway


testimoni-lecithin-amway
testimoni Lecithin Amway

Video Testimoni Nutrilite Lecithin-E Amway | Review 

Lecithin Amway review agak banyak kerana Nutrilite Lecithin-E Amway ini sudah lama ada di pasaran. Sejak dulu hingga kini Lecithin-E Amway sentiasa mendapat tempat di hati pengguna. 

Kenapa Ada Yang Cakap, Jangan Terus Beli di Shopee Nanti Rugi!

Tak dinafikan ada produk keluaran Amway yang dijual di Shopee, termasuklah Lecithin-E ini. Tetapi, tahukah anda dengan menjadi ahli Amway, anda boleh mendapat banyak manfaat lain. 

Kelebihan menjadi ahli Amway ada banyak dan di sini dikongsikan secara ringkas untuk beberapa perkara. 

1. Jimat Duit Beli Barangan Amway
2. Untung Runcit Bila Buat Bisnes Amway
3. Bonus Tunai Berterusan Untuk Keahlian Aktif 
4. Peluang Bercuti Bersama Pasangan

"Umur itu bukan penghalang" - Aunty Zainab 

cara-daftar-amway-online

Dalam banyak-banyak kisah inspirasi di Amway, kejayaan Aunty Zainab menjadi satu sumber inprirasi pada ramai anak muda dan surirumah-surirumah. Bagi Aunty Zainab kejayaan beliau adalah kejayaan bersama dan beliau suka berada di Amway kerana tidak bersifat 'menyusahkan dan mengkayakan orang lain'.

Aunty Zainab sendiri seringkali menasihati rakan-rakan lain di Amway supaya lakukan yang terbaik. Beliau tidak pandai IT dan tidak pandai berniaga online, tetapi beliau yakin rezki Allah SWT. 

Disebabkan itu, Aunty Zainab selalu beri semangat pada yang lain supaya buat yang lebih baik lagi daripada apa yang dia mampu buat. 

Daftar Keahlian Untuk Jimat Beli Barang Amway, Akhirnya Dapat Cash Bonus Berkali Ganda

Aku salah seorang dalam team Amway Aunty Zainab. 

Aku join sejak bulan March 2022 dan jumlah pendapatan bulan pertama cecah RM660.

Bulan April 2022 merupakan bulan kedua aku bersama Amway dan Mei merupakan bulan ketiga. Hasil pendapatan benar-benar tak disangka-sangka.

produk-amway-untuk-kurus
produk amway datangkan hasil 


Bagaimana cara nak jadi ahli Amway?

Berapakah harga ahli Amway untuk tahun 2022?

Harga Ahli Amway (Yuran Pendaftaran / Membership)

Harga ahli Amway untuk proses pendaftaran tidak semahal yang disangka. 

Harga yang perlu dibayar untuk harga ahli Amway ini hanyalah RM60 sahaja!

Bagai tak percaya tapi itulah hakikatnya. RM60 ini boleh daftar atas nama bersama suami dan isteri. 

Kesimpulan : Nak Kurus Dengan Lecithin Amway? Nak Beli Sambil Jadi Ahli? Hubungi Kami Sekarang !

Nak diet bukan satu kerja mudah tapi tak mustahil juga berjaya untuk dilakukan. Paling penting kena berdisplin untuk jaga makan. Jika terlalu susah untuk berdiet dengan konsisten boleh amalkan makanan tambahan seperti Lecithin-E Amway untuk bantuan tambahan pada badan. 

Berminat jaga kesihatan sambil jana pendapatan? Boleh whatsapp dengan tekan link di bawah ini :


Jemput join  : 

Sis Hawa Dot Com 

Window Shopping Malaysia 


4 comments for "Cara Makan Lecithin E Amway Untuk Kurus "