Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Panduan Senarai Barang Baby Yang Perlu Dibeli, Keperluan Bayi Baru Lahir

Panduan Senarai Barang Baby Yang Perlu Dibeli, Keperluan Bayi Baru Lahir | Senarai barang baby yang perlu dibeli jika tidak mengikut panduan boleh menyebabkan berlakunya pembaziran. Disebabkan itu sebaiknya ikut panduan senarai barang baby yang perlu dibeli mengikut keperluan bayi baru lahir itu sendiri.

Di sebabkan daku ni dah bergelar ibu sejak berbelas tahun dan sudah ada pengalaman lahir baby sebanyak enam kali untuk 6 orang anakku, maka di sini daku kongsikan senarai barang baby yang perlu di beli mengikut keperuan bayi baru lahir untuk mengelakkan pembaziran. 
 
Tips beli barang baby ini daku akan kongsikan dalam bentuk yang lengkap termasuk info tentang berapa helai baju baby newborn yang perlu dibeli, waktu sesuai beli barang baby, tips beli barang keperluan bayi baru lahir untuk kegunaan yang lengkap sepenuhnya dalam konsep untuk berjimat cermat! 

Kiranya, belanja hanya untuk barang yang betul-betul perlu dan memang akan guna.

Sebahagian dari koleksi pakaian baby setelah punya lima anak. Ada yang di beli sendiri dan ada juga yang di hadiahkan oleh saudara dan teman-teman.

 

Barang Baby Baru Lahir Ada Yang Mahal dan Ada Yang Murah

Bercerita tentang topik jimat, aku agak terkilan ketika mengeluarkan belanja semasa menyambut anakku yang pertama dulu. Ini kerana aku sama sekali tak ada info dan ilmu tentang barangan yang  perlu aku persiapkan buat menyambut anak sulungku ketika itu. 
 
Mudah cakap, kalau boleh semua benda aku nak beli. Jika tak beli aku takut kalau-kalau barangan tu perlu dan berguna untuk si comelku nanti. Akibat dari keghairahan tersebut aku dan suami telah membelanjakan hampir 4 angka.

Setelah Allah berikan peluang untuk aku bergelar ibu untuk lima orang anak (sekarang sedang menunggu kelahiran yang ke enam), aku sudah semakin peka dan tidak lagi terlalu fanatik semasa berada di bahagian baby di dalam pasaraya. 
 
Ini di sebabkan aku dah tahu apakah barangan yang wajib dan penting untuk di gunakan ke atas baby dan apakah barangan yang hanyalah di tahap harus dan agak membazir jika di beli pada ketika itu.

Mesti ada ibu bapa di luar sana yang berminat untuk tahu apakah sebenarnya barangan utama dan wajib untuk di beli buat menyambut baby baru kesayangan masing-masing kan? Ye lah, untuk apa kita pening kepala siapkan budget yang tinggi sedangkan barangan yang kita nak beli tu tak penting pun untuk si kecil.

Senarai Barang Baby Yang Perlu Dibeli (Barang Baby Wajib Beli!)

Inilah dia senarai barang baby yang perlu dibeli mengikut pengalamanku sebagai ibu kepada 6 orang cahayamata. Sejak mula lahirkan hingga baby berusia beberapa bulan, inilah dia barang yang baby perlukan.

  • Set tilam berserta bantal
  • Selimut
  • Kain lampin
  • Minyak telon
  • Set mandian
  • Bedak berubat
  • Putik kapas bersaiz kecil
  • Stokin tangan dan kaki
  • Baju
  • Barut
  • Topi
  • Tuala mandi dan tuala muka
  • Lampin pakai buang 
  • Alas getah (changing mat)
  • Tisu basah
  • Krim lampin
  • Penyembur tangan
  • Kelambu
  • Tab mandi 
  • Botol susu size paling kecil  
  • Beg pakaian
  • Pemotong kuku bayi
  • Kit mudah guna untuk menguruskan uri bayi

Wah!! nampak macam banyak kan? Normal lah untuk sambut bayi sulung sebabnya memang belum ada lagi barangan bayi sama sekali. Jika ada rezeki untuk punya anak yang lain banyak list di atas dapat di kurangkan.


    Baca Juga : Panduan Untuk Memilih Nama Idaman Untuk Anak / Bayi

Panduan & Tips Beli Barang Baby Mengikut Keperluan Bayi Baru Lahir

Inilah part yang paling penting sekali iaitu bagaimana untuk menentukan jumlah sebenar yang perlu di beli supaya tidak berlaku sebarang pembaziran. Berapa helai baju untuk newborn, apa jenis minyak untuk baby baru lahir, saiz barang mandian baby dan sebagainya.

Di sini daku senaraikan list barang baby yang perlu dibeli berserta dengan penerangan yang perlu untuk lebih mudah difahami. Bolehlah guna list ini sebagai checklist.

1- SET TILAM 

Beli set tilam lengkap berserta dengan satu bantal tidur dan dua bantal peluk. Pastikan tilam di perbuat daripada kain cotton sepenuhnya.

2- SELIMUT 

Pastikan membeli selimut yang ada hood (penutup kepala) di hujungnya. Selimut ini bukan saja berfungsi semasa baby sedang tidur malah semasa mahu membawa baby ke hospital nanti.

3- KAIN LAMPIN 

Beli hanya 10 - 12 helai sahaja!! Tak usahlah di beli sampai berdozen-dozen, buat membazir jer. Lainlah kalau ualls jenis malas nak basuh. Ye lah, baby nanti akan di pakaikan dengan lampin pakai buang dan kain lampin ni hanya akan di gunakan untuk proses membedung jer... jadi memang sempat untuk di gilirkan ke atas baby walau hanya ada 10 - 12 helai sahaja. 
 
Pastikan beli yang tebal ya. Selalunya kain lampin berwarna putih adalah lebih tebal dan berkualiti daripada kain lampin yang bercorak. Biar nampak tak cantik asal boleh guna lama!

4. Minyak Untuk Baby Baru Lahir

MINYAK TELON amat wajib. Aku suka beli minyak YuYi Cap Limau atau Minyak TYT untuk di gunakan sebagai minyak telon untuk di sapukan ke atas perut baby nanti.

5. Toiletries Untuk Bayi Baru Lahir

SET MANDIAN wajib kerana baby perlukan barangan yang sesuai dan serasi dengan kulitnya tapi tidak bermakna perlu beli dalam kuantiti yang banyak. Belilah 1 set size sederhana yang tahan untuk kegunaan bayi selama sebulan. 
 
Jangan juga beli barangan ni secara berasingan ya kerana harga untuk 1 set lebih murah dan mudah untuk di bawa ke mana-mana kerana ia di datangkan di dalam bekas travel. Set mandian ini termasuklah gel mandian, shampoo, losyen dan bedak.



6- BEDAK BERUBAT 

Ini lah yang aku gunakan ke atas bayi baru lahirku semasa ia baru di lahirkan. Ini kerana aku sendiri belum tahu apakah produk yang sesuai dengannya maka aku mengambil keputusan untuk menggunakan bedak berubat. 
 
Bila dia sudah semakin besar dan aku yakin yang dia tidak punya apa-apa alahan pada kulit barulah aku tukar bedak jenama lain yang lebih best dan wangi. Selalunya aku akan beli bedak berubat jenama Pureen (botol berwarna merah).

7 - PUTIK KAPAS BERSAIZ KECIL 

 amat penting untuk di gunakan semasa meletakkan ubat hospital ke atas bahagian pusat bayi nanti.

8 - STOKIN TANGAN DAN KAKI BABY

Tak perlu membeli dalam jumlah yang terlalu banyak. Selama aku menjadi ibu kepada lima orang cahayamata ini, bagi aku jumlah sarung kaki dan tangan yang paling ideal untuk si kecil baru lahir ini adalah sebanyak 6 pasang.


9 - JENIS DAN JUMLAH PAKAIAN BABY YANG PERLU DI BELI

Bila masuk topik baju mulalah si mama jadi rambang mata. Kalau boleh semua jenis baju mama nak beli untuk baby. Bawa-bawa bersabar ya mama... baby baru je keluar dan belum tiba masanya lagi untuk kita pakaikan dia dengan pelbagai jenis pakaian bagaikan seorang prince or princess. 
 
Masa ini mama-mama kena faham yang baby perlukan pakaian yang wajib saja dulu. Nanti baby dah masuk ke usia tiga bulan boleh lah mama start shopping baju baby yang pastinya lebih cute dan lawa. Okay??


Jumlah baju yang sesuai di beli untuk baby ketika ini adalah sebanyak 10 - 12 PASANG SAHAJA! Dan semua baju ini tidak boleh di beli di dalam size Newborn sepenuhnya. Baby cepat membesar dan seeloknya beli baju dengan satu size lebih besar daripada newborn supaya lebih jimat.


           Baca Juga : 5 Pergerakan Paling Berkesan Untuk Mudah Cepatkan Proses Bersalin


JUMLAH BAJU BABY NEWBORN YANG PERLU DI BELI

Senarai jumlah berapa helai baju termasuk jumlah pakaian lain yang perlu dibeli sebagai barangan keperluan bayi baru lahir ini berdasarkan pengalaman semasa menyiapkan keperluan baby baru lahir untuk 6 orang anak ku. 

- 2 pasang baju seluar panjang + tangan panjang size Newborn
- 2 pasang baju tangan pendek + seluar pendek size Newborn
- 2 pasang baju lubang-lubang tangan pendek + seluar pendek/panjang size 12 @ 3M
- 2 pasang baju tangan panjang + seluar panjang size 12 @ 3M
- 2 pasang baju tangan pendek + seluar pendek size 12 @ 3M
- 2 helai romper yang cute size 12 @ 3M untuk ke klinik.




SENTIMENTAL VALUE >> Baju dan selimut ini ku beli ketika sambut anak sulung lima belas tahun yang lalu. Hingga kini masih dalam keadaan elok dan yang paling bestnya ke dua-dua barangan ini telah aku gunakan ke atas semua anak-anakku sebelum ini. Sekarang ia sedang menanti si pemakainya yang ke enam pula. Nanti lepas aku dah tutup kilang, akan ku abadikan barangan ini di dalam bingkai bercermin sebagai salah satu kenangan yang terindah =D


10 - BARUT


Barut agak penting juga untuk baby. Sejak dari bersalin anak sulung hingga yang akan datang ni semuanya aku sentiasa pakaikan dengan barut. Walau ada barut jenis velcro (tampal) yang lebih mudah dan praktikal namun aku tetap lebih sukakan barut bertali daripada kain cotton. Ini di sebabkan aku boleh laras dengan mudah dan ianya juga lebih tahan lama sehingga bertahun-tahun lamanya walau sudah di basuh berkali-kali.


Percaya atau tidak, aku masih boleh gunakan barut lama yang di beli untuk anak sulungku hingga kini. Jika nak lebih jimat ualls boleh jahit sendiri sebabnya untuk buat barut bertali ni cukup mudah sekali. Jumlah barut yang sesuai untuk di beli adalah sebanyak 5 - 8 helai.

Turun temurun dari anak sulung... hehe

11- TOPI  

baby memadai hanya satu helai je dulu. Nak pakai ke klinik je pun kan...

12- TUALA MANDI 

sediakan sebanyak dua helai juga. Sediakan sekali tuala muka untuk di letakkan ke dalam bag apabila membawa baby ke klinik nanti. Mana tahu baby muntah susu ke apa, senang sikit!!


13- LAMPIN PAKAI BUANG SIZE NEWBORN 

Mana ada lagi ibu ayah yang beri anak pakai kain lampin dengan pin sekarang ni hehe. Tak perlu beli lampin pakai buang dalam kuantiti yang terlalu banyak ini kerana baby ccpat membesar dan kita juga belum tahu tahap kesesuian lampin terbabit dengan kulit bayi.. Maka belilah sekadar 1 bungkus saja dulu sebagai persediaan awal. Nanti kalau habis bolehlah minta encik encik asben tambahkan stok.


14- SUSU IBU MENGANDUNG 

Minum selalu,jangan lupa. Susu ni boleh di makan sejak mengandung tetapi setelah selesai bersalin nanti masih boleh minum jika kebetulan belum habis. Daku sendiri memang amalkan minum susu tika mengandung. Barulah anak sihat dan kuat. Dah lahir nanti pun tak ada banyak masalah.


Bila ibu banyak minum susu ibu secara tak langsung badan makin bersedia untuk menyusukan baby. Kat pasaraya ada banyak jenis susu untuk ibu mengandung ni! Kalau pening tak tahu nak pilih yang mana satu boleh lihat kat blog IBUSYURGA. Kat sana ada macam-macam detail untuk 12 jenis susu bagi ibu yang sedang mengandung.

Dah beli Kain Lampin dan penyembur tangan baru!!


15 - CHANGING MAT, TISU BASAH, KRIM LAMPIN dan PENYEMBUR TANGAN 

Ini adalah empat benda yang wajib untuk aku siapkan. Ke empat-empat barangan ini akan sentiasa di gunakan bersama kerana bayi memang akan membuang air besar dengan kerap nanti. 

Penyembur tangan itu sangat membantu aku untuk urusan membersih punggung baby sebabnya aku tak puashati jika sekadar lap dengan tisu basah jer semata-mata.

Macamana sekalipun aku akan pastikan punggung bayi bersih sebersihnya dengan bantuan air dan untuk bawa di basuh ke toilet semestinya sukar kan? Tambahan pula ibu tak dapat banyak bergerak jadi jalan penyelesaian terbaik adalah dengan menggunakan penyembur tangan.


16- KELAMBU dan TAB MANDI 

Jangan lupa beli ye. Nantikan tak pasal-pasal baby kena gigit nyamuk dan terpaksa mandi dalam besen basuh pakaian... hehe...


17- BOTOL SUSU SIZE PALING KECIL 

Ini bukan untuk beri baby minum susu tetapi untuk beri baby minum air masak. Maka semestinya ada yang bersetuju dan pasti juga ada yang tidak bersetuju. Memang tidak di nafikan bahawa susu sudah memadai untuk bantu baby kenyang dan selesa namun aku lihat air masak juga ada kegunaannya tetapi.... janganlah beri dalam kuantiti yang banyak. 
 
Setakat beberapa hisapan sekali suap untuk beberapa kali sehari sudah memadai. Itupun jika baby nampak berpeluh panas dan dahaga. Jika tidak hanya fokus beri susu ibu saja semata-mata.

18 - BAG PAKAIAN 

Jika nak sediakan bag khas untuk baby pun boleh dan jika nak guna bag sedia ada pun boleh. Takde masalah. Janji jangan sampai takde bag untuk isi kelengkapan bayi untuk di bawa ke hospital sudah lah...


19 - PENGETIP KUKU BABY 

baru lahir agak panjang dan bila dah di potong nanti pun akan cepat panjang semula jadi kena rajin kemaskan kuku si comel ualls tu dengan baik supaya mukanya tidak tercalar.


         Baca Juga : Benarkah Air Selusuh Boleh Mudahkan Proses Bersalin?

20 - KIT MUDAH GUNA UNTUK URUSKAN URI BAYI

Kit mudah guna untuk menguruskan uri pun ada dijual tau. Setelah selesai melahirkan bayi pastinya ayah akan mula sibuk mencari itu mencari ini untuk menguruskan uri. Bagi yang sudah terbiasa mungkin sudah dapat menyediakan segala barangan dari awal tetapi bagi yang baru bergelar seorang ayah dengan kekangan masa yang agak sibuk pastinya agak sukar untuk menyediakan apakah sepatutnya bahan yang diperlukan. 

Bagi memudahkan urusan adalah lebih baik membeli Kit mudah guna yang lengkap dengan barangan untuk basuh uri dan sedia untuk ditanam. Antara pihak yang ada menjual kit mudah guna untuk basuh uri ini adalah PLACENTO. Harganya juga murah ( kalau tak silap berharga RM35 ) dan sangat lengkap dengan barang dan arahan satu demi satu untuk memudahkan lagi urusan si ayah. 



Tips Beli Keperluan Bayi Baru Lahir Dengan Bijak!

  • Sentiasa membuat survey tentang harga barangan bayi sebaik saja di sahkan hamil supaya tidak mudah terpengaruh dengan kempen jualan murah
  • Beli barangan yang berkaitan sedikit demi sedikit setelah kandungan memasuki trimester ke tiga
  • Beli barangan yang wajib sahaja. Jika ada wang lebih, sila simpan dulu untuk shopping bersama baby setelah dia membesar nanti.
  • Berhenti membeli setelah semua barangan cukup!
  • Pentingkan soal kualiti daripada design yang comel

Beli Lampin Size L jenama DIAPEX utk anak no 5 - dapat Tisu Basah Percuma untuk baby bakal lahir


SELAMAT BERBELANJA DENGAN SERONOK UNTUK BABY TAPI JANGAN SAMPAI MEMBAZIR kerana buat masa ini baby hanya perlukan barangan yang wajib saja. 

 Nak shopping lebih-lebih tunggu baby dah makin besar sikit ye. Lagipun baby belum boleh keluar rumah selalu selagi tempoh berpantang kita belum habis. 

Semoga info ini bermanfaat untuk semua.


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia


12 comments for "Panduan Senarai Barang Baby Yang Perlu Dibeli, Keperluan Bayi Baru Lahir"

  1. rindunyaaa nak sambut baby baru..hahaha...tak sabar tunggu awa deliver baby..hehe

    ReplyDelete
  2. moga dipermudahkan bersalin ye sis hawa

    ReplyDelete
  3. sis hawa.. set tilam baby dilah guna dari anak 1st - 3rd. InsyaAllah yg ke4 nanti pun guna yg sama.. masih cantik elok lagi.. walaupun skrg ni dah byk set tilam baby yg cantik2.. kalau ikut hati tergoda nak beli jugak. tp biasa tak pakai lama pun kan.. tu yg pk guna jer la yg ada.. jimat byk gak tu..

    ReplyDelete
  4. Bila jer nk dtg org baru ada sj sikit sebnyk nk beli wlupun dh ada dr ank yg lepas.

    ReplyDelete
  5. Bagus Ada list mcm.ni senang jadikan panduan. Semoga urusan awa dipermudahkan juga

    ReplyDelete
  6. Semoga dipermudahkan semuanya sis..

    ReplyDelete
  7. info yang bagus untuk sy yang baru nk bergelar ibu ni.. thanks a lot..

    ReplyDelete
  8. Hi..saya nak tanya..mcm mana nak anggarkan berapa byk nak beli botol susu and saiz apa yg sesuai utk newborn-1 tahun. Sorry..first time mom..x byk ilmu 😅..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi nadya.. untuk botol susu newborn x leh pakai hingga usianya 1 tahun... sbb masa lama sgt tu.. kena tukar juga nnti... so utk permulaan Nadya fokus beli utk newborn dulu ye... jika hajat nk susukan dgn susu badan beli 1 botol susu saiz paling kecik utk air masak (kena bg juga air sikit2) dan jika hajat utk beri susu formula... beli la 1 botol paling kecik utk air masak dan beli at least 2 botol susu biasa utk susu formula... nnti boleh tukar basuh... pastikan juga beli yg kualiti bagus dgn puting susu lembut mcm puting susu ibu tu

      Delete
  9. Bgus sgt ada panduan mcm ni. Sy nk bsalin ank kdua tp jarak 8thn.jd kali ni blurr sgguh lupa lgsg mcm mna ank first dulu punya persiapan. Trima kshh ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah, jarak 4 tahun, persiapan asas tu boleh lah tapi bab2 berapa banyak nak beli jadi blur. Thanks sis hawa! Moga Allah berkati sis atas perkongsian dan pahala dari kami yg beramal ni. :D

      Delete