Menu Diet Serta Jadual Pemakanan Bagi Ibu Yang Punya Masalah GDM | Tetapi apakah itu GDM?
Jika ualls nak tahu apa itu GDM dan apakah info-info lain yang berkaitan dengannya, jom baca dari awal hingga akhir.

Sebenarnya, GDM ini dalam bahasa saintifiknya adalah Gestational Diabetes Mellitus atau dalam bahasa melayunya Diabetes gestasi. GDM merupakan diabetes yang pertama kali berlaku hanya ketika seseorang wanita itu hamil. Pendekata, GDM ini hanya muncul ketika wanita itu sedang hamil meskipun hakikatnya si ibu itu sama sekali bukan seorang yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan kencing manis sebelum itu. GDM ini berlaku akibat dari peningkatan paras gula dalam darah yang dikesan melalui ujian MGTT yang dilakukan semasa pemeriksaan berkala kehamilan. Kebiasaannya semasa trimester kedua kehamilan.



Alhamdulillah setiap kali mengandung daku tak pernah ada masalah diabetis yakni kencing manis ketika hamil ni namun kakak ipar ku sendiri seringkali mengalaminya sehinggakan terpaksa menyucuk insulin sendiri di rumah. Daku pernah tengok, ishh ngeri pulak rasa. Apa taknya, kena cucuk kat hospital pun aku dah berpaling ke arah lain, inikan pula terpaksa cucuk sendiri kat rumah. Oh tidakkk!!


Jom kita ambil tahu lebih lanjut berkaitan perkara ini....

Berapa bacaan paras gula untuk GDM?
Wanita hamil yang mencatatkan paras gula 7.80mmol/L hingga 11.00mmol/L selepas melakukan ujian MGTT dikategorikan sebagai berisiko menghidapi GDM. Manakala bagi wanita hamil yang mencapai bacaan 11.10mmol/L dan keatas pula dikategorikan sebagai pengidap GDM atau diabetes gestasi.


Bagaimana GDM boleh berlaku?
Diabetes terjadi disebabkan oleh insulin yang tidak mencukupi, ataupun insulin tidak berfungsi dengan baik bagi menukarkan gula/glukosa kepada tenaga. Bagi penghidap GDM, insulin mereka tidak dapat berfungsi secara normal disebabkan hormon yang dihasilkan oleh plasenta iaitu lactogen plasental human, estrogen, progesteron, kortisol dan prolaktin. Kebiasaannya diabetes gestasi akan hilang selepas kelahiran bayi.


Kalau ualls nak tahu juga, penyakit kencing manis ketika hamil sememangnya sangat bahaya jika tidak di pantau dari awal. Ia bukan hanya boleh membahayakan nyawa si ibu malah boleh memberi risiko yang tidak sepatutnya ke atas bayi yang sedang berada di dalam kandungan. 


FAKTOR RISIKO
  • 1. Berat badan lebih 80kg/ BMI >30
  • 2. Sejarah keluarga mempunyai kencing manis 
  • 3. Sejarah kandungan lalu mengalami GDM
  • 4. Umur >25 tahun 
  • 5. Mempunyai sejarah anak mati dalam kandungan, lahir mati dan keguguran berturutan (lebih 3 kali)
  • 6. Sejarah berat lahir bayi > 4kg
  • 7. Air mentuban banyak
  • 8. Jangkitan disaluran kencing yang berulang
  • 9. Kehadiran glukos dalam air kencing sebanyak 2 kali


RISIKO KEPADA BAYI
  • 1. meninggal dalam perut
  • 2. Macrosomia (berat > 4kg)
  • 3. bahu tersangkut
  • 4. Respiratory Distress Syndrome
  • 5. Jaundis (kuning)
  • 6. mengalami kencing manis II di kemudian hari
  • 7. lewat perkembangan dan pembesaran



RISIKO KEPADA IBU
  • 1. peningkatan insiden preklampsia (sawan)
  • 2. peningkatan kelahiran dengan kaedah pembedahan
  • 3. kecederaan di bahagian salur peranakan
  • 4. peningkatan insiden jangkitan saluran kencing (UTI)
  • 5. mengalami kencing manis di kemudian hari



TANDA-TANDA KEPADA IBU YANG SEDANG MENGALAMINYA
  • 1. Dahaga
  • 2. Kerap kencing
  • 3. Letih lesu
  • 4. Loya dan muntah
  • 5. Mata kabur
  • 6. Resah gelisah



Kerana itu bagi setiap ibu yang mengalami masalah GDM ini mereka dinasihatkan untuk menjaga kesihatan diri dengan baik termasuklah mengamalkan diet menu sihat yang sesuai untuk masalah tersebut.

MENU PEMAKANAN UNTUK IBU YANG MENGALAMI GDM


Sarapan pagi:
  • 1 gelas susu rendah lemak
  • 1 cawan susu + 1 cawan oat
  • Sekeping thosai/capati
  • 2 senduk rata nasi/beehoon/pasta
Minum pagi:
  • 3 keping biskut kraker
  • 1 biji kuih (tidak manis ye)
  • Sekeping roti mil penuh
Makan tengah hari
  • 2 senduk rata nasi
  • bayam masak air
  • 1 peha ayam panggang
  • 1 mangkuk sup
  • 1 ekor ikan selar masak asam pedas
  • 1 mangkuk salad
Minum petang
  • 3/4 cawan natural yogurt
  • 1 gelas susu
  • 1 biji kuih tidak manis
  • 1 keping Roti mil penuh
Makan malam
  • 2 senduk rata nasi
  • seketul ikan/ayam
  • sayuran hijau
Supper
  • 1 keping roti mil penuh
  • 3 keping biskut krim kraker
  • segelas susu


MAKANAN YANG PATUT DI KURANGKAN !!
  • Nasi
  • Roti
  • Ubi kentang
  • Ubi keledek
  • Ubi kayu
  • Jus
  • Kelapa
  • Daging kambing
  • Buah-buahan jeruk
  • Bahan-bahan tenusu



MAKANAN YANG PATUT DI ELAKKAN !!
  • Gula
  • Gula melaka
  • Coklat
  • Jem
  • Madu
  • Sirap
  • Aiskrim
  • Biskut-biskut yang manis
  • Kek yang manis
  • Minuman bergas
  • Susu pekat
  • Minuman ringan
  • Gula-gula jeli



Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan semoga kita sama-sama dapat menjaga kesihatan terutama untuk kesihatan bayi tersayang yang ada di dalam kandungan. Bagi yang pernah alami masalah ni, jangan segan-segan boleh ceritakan pengalaman ualls tu di ruangan komen kat bawah.

KENCING MANIS KETIKA HAMIL? JOM KITA ATASINYA BERSAMA.....